Tuesday, October 18, 2005

mencari cinta

Seminggu dua ni, hujan lebat turun tak henti-henti. Alhamdulillah, tambah rahmat di bulan yang memang tersedia penuh berkat.

Along kata, hujan lebat ni, doa makbul. InsyaALLAH, tambah makbul di bulan mulia. Tambahnya, bila hati YAKIN segalanya mungkin.

Membuka jalan mengalirkan persoalan yang lama terpendam.

YAKIN. Atau kata lain, IMAN. Yalah, beriman kepada ALLAH kan sama dengan YAKIN akan ALLAH? Macam mana nak peroleh? Boleh beri saya jawapan?

Nanti ada yang kata, kejadah? Buang tebiat? Kau ni biar betul? Kata orang Islam?

Memang ada yang pernah tegur saya bila terlalu banyak tanya soalan yang berkait dengan akidah.

"Mira, kau ni tanya soalan banyak-banyak, asas kau dah kukuh belum?"

Eh, apa kena-mengena nak tahu lebih tentang Islam dengan asas yang saya ada? Tak pun, beritahulah apa yang saya perlu tahu dulu, pre-requisites, nak tanya soalan-soalan tu.

Itulah masalahnya. Tak tahu, tapi tak mahu persoal, bimbang nanti dikata murtad. Sedangkan jawapan kepada persoalan itu amat perlu dalam nak tambah keYAKINan kita pada ALLAH.

Ini juga masalah segelintir orang Islam. Kalau tidak, mengapa ada yang mengaku Islam dan marah apabila dikata kafir, tetapi tetap tak tutup aurat, tak jaga solat? Bukankah itu berkait dengan keYAKINan?

Hari ini saya buka pekung. Kalian katalah apa saja. Asalkan saya dapat jawapan, saya dapat puaskan hati sendiri, tak lagi hidup dalam 'aku ada persoalan, tapi kalau aku tanya, apa orang kata?'

Sedangkan Nabi Ibrahim sendiri minta ALLAH tunjukkan pada baginda bagaimana ALLAH menghidupkan kembali makhluk-NYA yang sudah mati. ALLAH tanya Nabi Ibrahim, "Tidakkah engkau berIMAN dan PERCAYA pada kekuasaan-KU?"

Nabi Ibrahim jawab, "Betul wahai Tuhan, aku telah beriman dan percaya kepada-MU dan kepada kekuasaan-Mu, namun aku ingin sekali melihat itu dengan mata kepalaku, agar aku mendapat ketenteraman dan ketenangan dalam hatiku dan agar main menjadi tebal dan kukuh keyakinanku kepada-MU dan kepada kekuasaan-Mu."

(Surah al-Baqarah ayat 260)

Nabi Musa pula meminta untuk dibukakan hijab antara baginda dengan ALLAH agar dapat melihat wajah-NYA. Inilah kisah apabila dinampakkan wajah ALLAH pada gunung pun, gunung itu hancur luluh masuk ke dalam perut bumi tanpa meninggalkan bekas.

(Surah al-A'raf ayat 143)

Kenapa perlu nabi-nabi ini akan bukti? Sedangkan mereka itu nabi dan rasul, yang memang diutuskan untuk membimbing manusia ke jalan yang benar?

Melalui pembacaan, kaum Israil ni kaum yang paling ramai Nabi yang diutuskan kepada mereka. Lihat saja dalam al-Qur'an, nama Bani Israil, selalu saja disebut. Tapi kenapa jadi semacam degil sangat? Iman mereka tak pernah sebati. Lihat saja apa dah jadi sekarang? Entah iman dari mana yang mereka ambil pun saya tak pasti. Kenapa jadi begitu?

YAKIN - satu benda abstrak. Sebab ia payah nak diukur, kita biasanya hanya mengabaikan kepentingan untuk tokok keyakinan itu. Padahal, yakin adalah satu perkara yang sangat penting dalam hati seorang yang bernama hamba.

Hanya dengan yakin sajalah kita akan ada rasa perhambaan dan pergantungan kepada-NYA, Tuhan yang telah mencipta kita.

Dari yakin, kita akan dapat ikhlas. ILMU IKHLAS, ilmu yang memberi pengertian kepada 'Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati LILLAHI RABBIL ALAMIN". Pengertian yang akhirnya memungkinkan kita


Untuk belajar bukan lagi kerana peperiksaan.

Untuk mengelak bertemu dengan bukan muhrim bukan lagi kerana takutkan kehadiran dan pujukan jahat syaitan.

Untuk berpuasa dan terus bersolat tanpa peduli ada orang yang memandang atau tidak.
Untuk berderma tanpa ragu-ragu akan balasan ALLAH di akhirat kelak.

Untuk saling membantu sesama insan tanpa prejudis, bimbang nanti jadi ini, nanti jadi itu.

Untuk membaca al-Qur'an sebanyak-banyaknya tanpa jemu, tanpa bimbang tak cukup masa nak study.

Untuk menyanyi "Akan ku tunggu dirimu di pintu SYURGA" sambil pakai tudung... [hek eleh, nyanyi pandai, macam mana nak masuk syurga tak pernah ambil peduli]



dan banyak lagi. Segalanya jadi indah bila dilakukan ikhlas kerana ALLAH.

Tapi, bagaimana untuk betul-betul yakin bahawa ALLAH adalah seperti 99 nama-NYA?

Semasa di konsert amal Caring Club lepas, Mestica ada cerita pasal seorang hamba ALLAH ni yang hari-hari, tak putus-putus berdoa minta bantuan dari ALLAH tapi ALLAH masih tak perkenankan doanya. Sampaikan malaikat pun kasihan lalu tanya pada ALLAH kenapa tak dimakbulkan saja permintaannya?

ALLAH jawab, "AKU bimbang sekiranya AKU berbuat demikian, dia tak akan lagi meminta daripada-KU."

Itu memang benar. Tapi, bagaimana kiranya sebelum ALLAH memperkenankan permintaannya, hamba ALLAH ini terlebih dahulu berputus asa dan tak lagi yakin kepada-NYA?

Astaghfirullah, harap ALLAH ampunkan saya atas persoalan ini.

Tapi satu perkara, saya perlu tahu jawapannya.

Apa yang saya percaya, janji ALLAH itu benar. Bila DIA kata bulan Ramadhan ini bulan rahmat dan berkat di mana setiap permintaan akan diperkenan, maka, saya minta pada-NYA. Minta agar hati ini dipupuk rasa cinta dan pergantungan kepada-NYA.

Memang malanglah bagi mereka yang tak percaya akan kewujudan ALLAH dan pernah tahu akan tawaran ini. Lebih malang lagi kepada mereka yang tahu tapi tak yakin, sebab lepas tu mereka tak akan rebut pun.

Jadi, ustaz ustazah, alim ulama' di luar sana yang membaca, minta komen atas persoalan YAKIN dan IKHLAS ini.

Terima kasih.

Bertemu cinta teragung
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Sinar cintanya menerangi jiwa

Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit
Di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku MENCARI CINTA

Oh, ku sangka teguh kiranya MASIH RAPUH
Ku sangka mudah namun AMAT PAYAH
Ku sedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku diselimut cinta
CINTA AGUNGNYA

Sekian lama diri terlara
Kehidupan terabai
Oh, akhirnya aku temui
Kedamaian abadi...


Mencari Cinta
Saujana

5 comments:

Mentor_ulung said...

Assalamualaikum...nice entry...again:)erm...meransang org berfikir. Kita sama-sama fikirkan ya :)

Anonymous said...

salamualaik.. semoga sentiasa di bawah lindungan rahmat ilahi di bulan yg mulia ini..

menarik btul entry kali nie.. klu nak komen nie rasa cukup plak nak wat lagi satu entri..

tapi skrg mungkin x sempat..

pendek crite ini semua kembali kpd ilmu.. dan basic ilmu adalah 'bertanya bila tak tahu'..

Ayat Qur'an menyebut fas'alu ahlaz zikri in kuntum la ta'lamun yg maksudnya "bertanyalah kpd ahlaz zikr jika kalian tidak mengetahui"

siapa ahlaz zikr..?? ia dtg dari perkataan 'ahl' dan 'zikr'..

'ahl' bermaksud ahli.. dan konteks lain ia bermaksud pakar.. spt ahli sains sama maksudnya dgn pakar sains.. ahli sukan bererti pakar dlm bidang sukan.. dan.. ahli agama mestilah pakar dlm bidang agama.

klu 'zikr' plak.. bermaksud ingat.. dari kata asal 'zakara'..

jadi.. ahlaz zikr nie membawa maksud 'pakar ingat'.. pakar dlm mngingati bidang ilmu..

jadi bila kembali kpd ayat tadi Allah menyuruh kita bertanya kepada yang pakar dlm bidang ilmunya apabila kita tak tahu dan nak ambil tahu.. dan pastilah jawapan yg tepat akan diberikan oleh yg pakar dlm bidangnya.. yakni ahlaz zikri tadi..

so, tak timbul isu jgn bnyk tanya sbb ini dtg dr pengaruh ajaran2 tertentu yg melarang anak murid bertanya kpd tok guru seolah2 tidak menghormati pdhal tok guru bimbang tak mampu mnjwb sdgkn agama tidak pernah melarang selagi pertanyaan itu didasarkan ats perasaan ingin tahu bukan untuk menguji yg ditanya maka ini ada larangannya dari nabi.

dlm hal nie.. ada baiknya mira bertanyakan kpd panel forum al-ahkam.net krn mereka mampu memberikan jwpn sbg ahlaz zikr berdasarkan hujah dan dalil dr qur'an dan sunnah.. ataupun pergi kpd org yg pakar dlm bidang aqidah.. krn di malaysia pengajian agama bnyk dipecah2kan kpd aqidahnye, hadisnye, tafsirnye.. tak mcm di timur tengah.. belajar sume skaligus.. baru namanya pengajian Islam..

pjg sgt dah plak.. nway, sy nampak ada bbrp isu lagi yg perlu diperjelaskan..
1.masalah iman
2.kaitan iman dgn amal
3.fitrah berdoa

takpe.. teruskan mencari kebenaran.. sy akn tolong stkt trmampu..

sekadar renungan..

Allah menyebut..
"apabila kamu bertelingkah tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan RasulNya (Sunnah) jika kamu beriman kepada Allah dan kari kiamat"(tak ingat surah mana ayat mana)

Ayat lain dlm surah al-Hujurat:1..
"Wahai org2 yg beriman, jgnlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya (dgn akal), dan bertaqwalah kpd ALlah, sesungguhnya Allah maha Mendenagr lagi Maha Mengetahui"

mira said...

mekasih along, syarief. ha'ah, panjanglah syarief. nanti leh buat entri baru ye? dah siap gtau, saya baca :)

ah-ahkam.net ye? hmm...

Anonymous said...

bagus jugak paparan utk dikongsi sama2

Unknown said...

Humble is an act of wisdom.