Friday, February 24, 2006

khitbah

Ustaz Maszlee cerita, konsep pertunangan/khitbah di Malaysia tak sama dengan di Arab.

Kalau di Malaysia, tunang tu setakat cop je. Lebih sikit saja dari couple, sebab dengan persetujuan ibu bapa. Tak ada sebarang lesen untuk buat lebih daripada batasan yang telah ditetapkan antara bukan muhrim.

Di negara-negara Arab, konsep khitbah ialah NIKAH tanpa majlis dan tak duduk sama [dalam hal sebagai pelajar]. Maknanya, secara rasminya mereka dah jadi suami isteri, tapi tak formalize. Tak diumumkan pada orang ramai, sebab tanpa kenduri. Kan hikmah kenduri itu untuk beritahu pada umum mengenai status satu-satu pasangan?

Walaupun tak formal, tapi hubungan mereka dah sah. Jadi, tak ada zina, tak ada gugur atau buang anak.

Malaysia, memang sepatutnya aplikasi konsep itu, dengan keadaan sekarang yang makin hari makin kronik. Walaupun KOSMO! dan cover cerita-cerita pelajar IPT dengan penemuan tapak kaki BigFoot [alahai...].

Ia tetap tak merubah fakta.

Nanti akan ada yang berbunyi, "Kami tak sedia lagi. Tak ada duit nak sara kehidupan."

Ustaz jawab, "Sekarang ni korang tak cukup makan ke?"

"Tapi ustaz, nanti masa cuti nak balik rumah siapa?"

"Korang ni..., ish! Kenapa fikir susah-susah? Buat macam sekarang la..."

Khitbah cara Arab ini cuma untuk menghalalkan hubungan yang haram. Tak perlu lagi fikir pasal rumah, kereta, kerja... Tak perlu tokok dosa lagi dengan 'aktiviti-aktiviti' semasa couple.

[Masa couple pun ada fikir ada yang tak fikir juga, kan?]

Sementara tengah belajar ni. Belajar, yang kebanyakan ibu bapa jadikan alasan untuk anak-anak mereka tak boleh fikir pasal benda-benda ni. Sebab fitrah itu tak dapat nak dikekang pada usia 'remaja' universiti, maka, diam-diamlah mereka buat projek, tak nak ibu bapa tahu.

Ibu bapa percaya. Anak-anak pula leka. Last-last masing-masing tak tau mana nak taruk muka.

Saya setuju dengan ustaz. Ibu bapa perlu lebih bersikap terbuka dalam hal ni. Jangan asyik dok fikir, nanti kalau anak aku ni tiba-tiba je nak kawin, tak menyempat-nyempat, apa pula kata orang. Mesti orang akan kata, tak ada angin, tak bergoyang pokok...

Peduli apa kata orang. Mulut tempayan boleh tutup. Mulut manusia yang tak boleh.

Asal kita tahu apa yang kita buat tak salah. Cuma untuk harap redha TUHAN yang jauh lebih baik daripada segala-galanya. Yang penting, ibu bapa kenalah ambil tahu hal anak-anak remaja mereka dan sokong fizikal, mental dan material.

Jom buat petition. Minta sokongan orang ramai. Buat adat dan cara baru, jika adat yang sedia ada menyusahkan.

"Islam itu mudah, adat yang menyusahkan."

[NIKAH, connecting people, halal way]

Tuesday, February 21, 2006

puteriku sayang -- nasyid pilihan

Puteriku Sayang

Lembutmu tak bererti
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi
Lelaki dalam berbakti

Lembut bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri
Pada suami yang sejati

Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung
Tersembunyi dalam diri

Itulah sekeping hati
Yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji
Mengabdikan diri

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Malumu makkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama
Benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua
Dari dibinasakannya

Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

[Hijjaz]

akademi al-quran



Alhamdulillah, moga-moga inilah alternatif yang selama ini kita tunggu-tunggu. Perang program realiti, AKADEMI FANTASIA vs AKADEMI AL-QURAN.

Kata Ketua Pegawai Operasi Channel 9, Bukhari Che Muda, penerbitan Akademi Al-Quran yang akan bermula April depan di saluran itu adalah sebagai meneruskan kelangsungan terhadap usaha membantu golongan remaja mencari haluan hidup.

Alhamdulillah, ada juga pihak yang menyahut seruan masyarakat yang menginginkan perubahan positif dalam akhlak umat terakhir ini. Akademi Al-Quran yang selama ini dicanang-canangkan.

Alternatif yang nantinya akan buka mata kita, bagaimanakah penilaian masyarakat sekarang akan dua kehidupan yang berbeza. Untuk dunia atau akhirat?

Adakah nanti kita akan dapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang menyerang saraf impuls kita hari ini? Mengapa kelakukan remaja generasi baru ini terlalu melampau?

Adakah sebab silap ibu bapa yang tak wujudkan persekitaran Islamiah di rumah? Tak tau baca Quran dan tak kenal pemilik mukjizatnya, Muhammad bin Abdullah?

Sama-sama kita nantikan.

"Akademi Al-Quran tidak berniat mencari personaliti popular. Biarpun penyertaan penonton turut diambil kira, namun, pendekatannya sama sekali berbeza dengan apa yang digunakan dalam Akademi Fantasia." - Bukhari

bedah plastik



Saya jadi tak percaya saya hidup di negara ISLAM HADHARI.

Kalau dah pak menteri mengarut, apatah lagi anak-anak rakyatnya?

Bedah plastik nak dijadikan salah satu penarik untuk industri pelancongan negara MALAYSIA BOLEH? Astaghfirullah...

[Kalau nak kata yang bersyarat tu, patut kata sektor perubatan, bukan pelancongan...]

Saya jadi was-was akan martabat ISLAM di mata semua. Masih adakah yang berjaga? Mengaplikasi ilmu yang dipelajari sejak taska?

Siapa yang boleh bangkit berdiri lagi? Pelajar universiti harapan bangsa, cream of the cream pun dah rosak...

ALLAHUAKBAR, apa yang dah berlaku sebenarnya sekarang?

Benar-benar risau...

alahai bangsaku...

Media kini fokus pada gejala sosial yang melanda para remaja; yang muda dan yang tua. Ya, remaja tua, yang dah boleh dikira dewasa, matang akal dan fikiran. Lebih-lebih lagi yang bergelar mahasiswa mahasiswi.

Mastika dah berbulan-bulan menghidangkan pembaca dengan isu yang sama. Kalau bukan Black Metal, dengan isu MMS gambar dan video lucah, aksi remaja Melayu kita. Lagi, kisah gugur anak dan jual pil seks.

Terbaru [walaupun isu ini sepatutnya dah jadi lama], timbul pula isu web porno dan gay.

Saya pun dah jadi bosan, lali dengan berita-berita macam ni, tak seperti masa mula-mula baca dulu.

Bila kisah zina dan maksiat dah berleluasa, inilah jadinya, dah jadi tak pelik.

Ingat ALLAH saja-saja tetapkan hukuman sebat kepada mereka yang menuduh orang berzina tanpa 4 saksi bersyarat? Sebab tak mau orang cakap benda yang melibatkan maruah ini sebagai perkara biasa. Macam sekarang inilah.

Sesungguhnya, jika Mastika dan media lain tak memberitakan realiti ini, saya takkan tahu benda yang memalukan ini berlaku di Malaysia, pada orang Melayu yang beragama Islam.

Tengok? Memang tak salah para ustaz semua kekalkan dan tak beri rukhsah lagi pada benda-benda yang menjatuhkan maruah agama dan bangsa ini.

Alahai bangsaku, benda ni dah jadi hiburan terkini pula ke?

Atau, tak ada yang nampak patern ni sebagai sesuatu yang pelik?

# Risau sangat dengan kelakuan generasi muda hari ini...

Thursday, February 16, 2006

bicara rasa -- nasyid pilihan

Inilah bicara rasa buat penyempurna taklif
Ingat beringat teringat
Kunci puitis yang berlindung di sudut
Kehidupan manusia

Sayang kasih rindu kata-kata indah
Fitrah keluhuran hati
Semaikanlah sebaiknya
Kau tak akan menyesal
Kau tak akan menyesal

Bermula sembilan bulan
Kejenuhan ibunda dan ramanda
Yang berkais demi sesuap kurnia
Mencetus kamilnya insan
Di dunia

Apakah suaka nan indah ini
Dapat menjadi suatu majaz dan kinayah
Yang mampu mengubati kelaraan hati
Apa tergamakkah lentera
Yang dikiaskan itu dipersalahkan
Sedang kau dibatasi kekurangan

Maka letaklah sesuatu pada tempatnya
Seperti berpegang kepada tali yang satu
Seperti insan berpagi tidak kan kepapaan
Moga lahir tautan syahdu bak haruman istanggi
Di kala kekusutan

Bicara Rasa, AMAR

isu, isu, isu...

Susah kan untuk bercouple dan rasa diri baik?

Susah kan untuk menulis dalam keadaan rasa diri tak sebaik selalu?

Berat. Teringat surah As-Saff ayat 3 lagi.

"Amat besar kebencian di sisi ALLAH, kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan."


Orang akan terus bertanya sesuatu yang dah pasti kejelasannya. Sehingga mereka dengar jawapan yang diinginkan.

Macam jika dikata pakai seluar jeans untuk perempuan tak boleh. Haram! Sebab? Masih tak menepati kriteria tutup aurat.

Tapi yang memang nak pakai juga ni akan seboleh-bolehnya cari alasan, kan ada seluar jeans untuk perempuan, longgar. Tak nampak bentuk.

Atau pergi cari dan pujuk ustaz lain untuk puaskan hasrat mereka nak pakai seluar jeans. Akhirnya guna kondisi 'tapi...' tu untuk bidas setiap hukum yang masih memberatkan hukum pakai seluar jeans untuk perempuan.

[Korang pakai seluar jin, jin nak pakai apa?]

Tutup aurat bukan setakat menyelimuti seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan [tapak tangan atau sehingga pergelangan tangan?], malah jangan sehingga yang menjadi 'selimut' itu jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh dan warna kulitnya.

Kata Ustaz Maszlee, berhijab adalah satu konsep, bukan kata kerja. Berhijab maksudnya tidak terdedah fizikal dan persepsi [ini kata Syarafuddin suatu waktu dulu], bukan sekadar tutup aurat.

Bab tutup aurat pun ramai tak lulus [bukan nak kata saya lulus], apatah lagi nak kuasai penghayatan berhijab.

Berhijab termasuklah menjaga muamalat, batas pergaulan antara yang bukan muhrim.

Kalau ada yang dah baca buku Ustaz Maszlee, 300 Kemusykilan Remaja, itulah dia, hukum Islam sebenar, yang ALLAH dah tetapkan seawal waktu, untuk menjaga Maqasid as-Syariah. Untuk maslahat semua. Tapi berapa ramai yang benar-benar yakin dan percaya? Berapa ramai yang ikut apa yang ALLAH suruh ni?



Ustaz seboleh-bolehnya tidak meringankan hukum batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Kalau dengan keadaan sekarang pun masih ada rukshahnya, apatah lagi jika ustaz mengurangkan beratnya hukum 'taqrabuzzina'. Ini kata-kata TUHAN, bukan kata-kata ustaz.

Saya tak betah nak berceloteh panjang lagi di sini pasal hukum-hukum dalam berpasangan ni. Para ustaz dan pakar motivasi dah banyak cakap. Buku-buku pasal Cara Berdating yang Betul, Mengapa Harus Bercinta dan sebagainya dah banyak dikeluarkan [promo untuk PTS].

Semua orang dok baca, baca, dan baca. Malah, boleh dikatakan setiap hari cikgu-cikgu sekolah dan mak bapak di rumah dok pesan sampai berbuih mulut.

Tapi tak seorang pun yang nak bertindak dan berubah jadi yang lebih baik lepas dapat ilmu-ilmu tu. Kenapa?

Sebab masyarakat itu masih sama. Kau tu masih sama.

Islam dah banyak membenarkan. Yang haram tu sikit saja. Tapi orang masih nak yang haram. Nak cuba-cuba. Cuba-cuba langgar hukum ALLAH.

Ni soalan budak universiti, "Kenapa lelaki dan perempuan tak boleh pegang tangan?"

Soalan semudah itu. Yang dah belajar sejak tadika lagi.

Patutlah 40% pelajar IPT gugurkan kandungan. Yang lagi 60%? Budak-budak yang umur 15 sampai 18 tahun...

ALLAHUAKBAR!!!


"Ya ALLAH, berikanlah kami cahaya petunjuk. Bimbinglah kami dalam meniti jalan sehala ini. Tunjukilah kami jalan yang KAU redhai. Bantulah kami yang membantu agama-MU ya ALLAH. Selamatkan kami dari azab neraka..."

kita.. hakim kehidupan

Sepanjang saya 'senyap' ni, saya bukan diam. Dalam diri bergelodak kencang.

Akal? Dalam soal emosi dan rasa, ia kurang memainkan peran. Sebab ikut akal, semuanya sebenarnya mudah. Hanya yang alami akan kata ia bukan semudah itu.

Sebab rasa itu, semuanya akan jadi panjang dan terus memanjang. Apa yang panjang? Kata-kata dan luahan rasa. Pasal benda yang sama.

Sampai saya, 'sasterawati negara' [gelaran yang Aizat beri di matrik dulu] ni pun jadi penat. Nak diam semula.

Kadang-kadang, saya rasa macam ada akal lelaki. Kata Dr Fadzilah Kamsah, orang lelaki banyak masa ikut logik. Ikut akal.

Itu lebih mudah. Macam robot yang tak ada perasaan. Selesaikan semua masalah program aturcara, logik dan mantik. Tak perlu bebankan diri dengan perasaan.

Namun, perasaan ini anugerah ALLAH untuk manusia. Haiwan pun ada perasaan. Kita berbeza dengan haiwan dengan akal. Juga hukum ALLAH yang menjaga semua acara dalam hidup.

Hakim tak boleh jadi hakim bila dipengaruhi emosi. Tak boleh jadi hakim bila terlalu marah atau terlalu gembira. Sebab? Emosi tak stabil. Takut-takut keputusan yang diambil nanti jadi berat sebelah atau tak menggunakan kematangan akal dan ilmu.

Saidina Umar pun pernah tolak untuk jadi hakim lepas kena simbah air dengan orang yang nak dihakiminya.

Dalam sehari-hari, kita pun selalu kena jadi hakim, walau bukan di mahkamah hakimi orang.

Ini, di mahkamah kehidupan. Kehidupan sendiri.

Bila-bila nak buat keputusan, jangan libatkan emosi. Diam. Cool down. Beberapa saat, minit, jam, hari...

Bimbang, jika kita terlepas cakap atau buat keputusan dalam kondisi tu, kita akan menyesal kemudian nanti.

Rasa itu berubah-ubah. Tak akan kekal yang sama hingga hujung nyawa.


"Cintailah insan kau kasihi dengan sekadarnya
Kerna kelak engkau mungkin akan membencinya pula.
Bencilah manusia kau musuhi dengan sekadarnya
Kerna suatu masa mungkin engkau mencintainya pula."


Cinta dan Benci, Saujana

Tuesday, February 07, 2006

perhatian

Salam semua.

Lama tak kemaskini blog, tanpa sebarang sebab atau alasan yang kukuh.

Sekarang saya lebih tumpu di

http://www.alif.com.my

Harap maklum. Dan maaf untuk yang menanti. Marilah sertai sekali di sana. Sambung diskusi di sana pula.

InsyaALLAH, mungkin nanti :)