Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Wednesday, March 03, 2010

kelas mingguan senamrobik

Sukacita dimaklumkan, kelas senamrobik mingguan kami kini dibuka untuk SEMUA! Berikut ialah butiran tentang kelas:

Hari:
Selasa dan Khamis setiap minggu (kecuali jika diberitahu sebaliknya)

Masa:
5.30 petang

Tempat:
Perpustakaan Politeknik Port Dickson

Keahlian:
Perempuan sahaja

Anda semua, terutama yang tinggal berhampiran dengan Politeknik, Teluk Kemang, Port Dickson, Seremban atau sesiapa saja yang berminat dijemput hadir dan mengeluarkan peluh dengan cara yang paling seronok!

Rujuk peta dan pelan untuk ke Politeknik Port Dickson

(Kami sedang menanti maklumbalas positif daripada golongan lelaki untuk membantu kami memutuskan sama ada perlu atau tidak kami mengadakan kelas untuk kalian. Sila bantu!)

Blog rasmi: http://aerocppd.blogspot.com/

Sunday, May 17, 2009

kekosongan jawatan

Fauzul Na'im Sdn. Bhd. sebuah syarikat penyedia perkhidmatan penerbitan milik penuh bumiputera yang berpusat di Wangsa Melawati sedang mencari calon-calon berpotensi mengisi jawatan berikut :

EKSEKUTIF PEMASARAN PENERBITAN


Eksekutif penerbitan bertanggungjawab menjalankan program pemasaran dan promosi bagi perkhidmatan penerbitan FNSB. Di samping itu juga beliau mengurus dan mengendalikan negosiasi dengan para pelanggan. Beliau juga melakukan proses pentadbiran yang melibatkan perkhidmatan penerbitan FNSB.

Kelayakan

  • Mempunyai ijazah ataupun diploma dalam bidang pemasaran, pentadbiran perniagaan, penerbitan, kewartawanan ataupun yang sewaktu dengannya (Graduan baru digalakkan memohon)
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
  • Mampu bekerja dalam pemantauan yang sedikit
  • Mempunyai kenderaan (motosikal, kereta dsb.)
  • Mempunyai kemahiran mengendalikan perisian MS Office dan mesra IT


Kepada sesiapa yang mempunyai kelayakan di atas boleh mengirimkan resume kepada

Pengarah Urusan
Fauzul Na'im Sdn. Bhd.
11-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Tel : 03 4149 2560
Faks : 03 4149 3560


ataupun emailkan kepada group@fauzulnaim.com

Saturday, February 21, 2009

dragonball evolution








Wah, saya nak tonton! Saya nak tonton! Dulu saya memang kipas-susah-mati Dragonball. Sekarang dah jadi real! Cayalah!!

Err... siapa yang nak sertai saya?

Sunday, August 26, 2007

video tutorial percuma

Salam semua.

Nak beritahu, 2 orang usahawan internet kita iaitu Zamri Nanyan dan Mohd Sufian dah lancarkan website videopercuma.com.



Kalian yang nak jadi usahawan internet mesti tengok website ni sebab saudara Zamri dan Sufian ada sediakan video tutorial mengenai pengurusan bisnes internet secara percuma untuk kita! Video-video ni dirakam dalam bahasa melayu supaya tak ada yang kita tak faham dan kita boleh kuasai kemahiran yang diajar sepenuhnya.

Mesti banyak usaha dan tenaga yang dicurahkan oleh Zamri dan Sufian untuk buat video tutorial ni. sebab tu saya terkejut bila tau diorang menyebarkannya tanpa sebarang bayaran. secara percuma!

Tapi saya juga tau, tawaran ni sementara je. Jadi sebelum tawaran berakhir, silalah ke videopercuma.com, daftar, dan tonton semua video yang disediakan ;)

Itu saja dulu buat masa ni. Kalau ada apa-apa lagi nanti saya beritahu kemudian.

[bercita-cita nak jejaki Irfan Khairi, tapi modal tak mengizinkan. Lagipun, produk tak berapa nak ada] :p

Salam usahawan internet!

Friday, March 30, 2007

iklan

Assalamualaikum semua pengunjung .:bisikan nurani:.! Terima kasih sebab masih setia. Ni ada sikit pesanan penaja :)


blog baru

http://mehbelibuku.blogspot.com ialah blog yang memaparkan review buku² terpilih yang boleh didapatkan daripada kami, Madani Solution. Kami masih menggunakan cara tradisi, tanpa automated dengan e-commerce. Cukuplah dengan kemahiran yang ada dulu buat permulaan. Yang penting matlamat tercapai :)

Jadi, kepada sesiapa yang ingin mendapatkan sebarang buku terbitan PTS Publication, bolehlah turut arahan yang telah disediakan di sidebar blog tersebut. Pada penghujung borang ini pun ada.

Mohon feedback daripada semua. Terima kasih :)


prepaid

Ini bukan iklan untuk jual prepaid [sebab prepaid boleh didapati di mana² dengan mudah tanpa perlu beli jauh² macam ni -- walau boleh]. Tapi ini iklan untuk ajak kalian jual prepaid :)

Kita beli prepaid setiap bulan. Paling sikit pun RM30, betul? Kita beli daripada orang, orang tu akan dapat komisen hasil pembelian kita. Bagaimana jika kita beli daripada jualan sendiri? Belum tambah jika kita jual juga pada orang lain. Kita akan dapat poin untuk setiap pembelian dan poin itu boleh ditukar kepada RM [1 poin = RM1]

Sistem yang saya uar-uarkan ni ialah Mymode. Mungkin ramai yang pernah dengar, tapi belum dengar sepenuhnya. Sebab pada saya, sesiapa yang benar² tahu pasal Mymode ni susah untuk kata tak. Sebab ia memang beri untung pada kita yang memang guna prepaid.

Kita jual prepaid tak guna kad, tapi cuma request kod topup tu. Rekod kita semua disimpan dalam database komputer mereka. Bayaran, poin bonus yang kita dapat, semua boleh dirujuk semula dalam website. Transparent :)

Jadi, bisnes ni tak libatkan orang lain, memang 100% bergantung pada kita sahaja. Tak perlu sekali seminggu jumpa orang untuk bayar dan tambah kad yang sedia ada. Jika ada dalam database tu, bolehlah kita dapatkan kod topup pada bila² masa, 24x7.

Sebarang maklumat lanjut, atau berminat untuk sertai, bolehlah emel saya di mirakimura(at)gmail.com. Bahayalah jika nak dedahkan no telefon di sini kan? :p

Terima kasih! :)

Friday, February 16, 2007

akrab dengan tuhan



Akrab dengan Tuhan

Mohd Zawawi Yusoh, Amira Hariyati Ruzaidi,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 14.90 / RM 17.90 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 166 halaman



Buah tangan dari saya. Kelahiran pertama, alhamdulillah. Silalah komen ya? Jika nak dapatkan dari saya pun boleh :)

Friday, January 19, 2007

buku² imaduddin onefaith



Mencari Dewasa
Imaduddin Zainal Arifin,
PTS Fortuna

Harga: RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 336 halaman




Cili Padi
Imaduddin Zainal Arifin,
PTS One Sdn Bhd

Harga: RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 192 halaman



Boleh buat tempahan, dengan menghantarkan emel ke kimura_16@yahoo.com

Thursday, January 11, 2007

comics for sale



Majalah Komik Alwan edisi pertama
RM 3.50



Azhar Ahmad (Tembakau),
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 104 halaman

Rujukan: Kartini Kembali



Assalamualaikum semua.

Nak beritahu yang saya ada jual komik Alwan dan Kartini Kembali. Untuk pelajar UIA Gombak, sesiapa yang ingin mendapatkannya, boleh ke bilik saya di Haleemah E4.1. Atau hubungi saya di kimura_16@yahoo.com. Terima kasih ;)

Friday, September 22, 2006

SEMINAR DAN FORUM 'GELOMBANG TAJDID MELANDA MALAYSIA'

SEMINAR DAN FORUM 'GELOMBANG TAJDID MELANDA MALAYSIA'

Tarikh:

7 OKTOBER 2006 (SABTU)

Tempat:

DEWAN UTAMA, PUSAT AKTIVITI KEBUDAYAAN (CAC), UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, GOMBAK

Masa:

3.00 PETANG HINGGA 10.00 MALAM

Tajdid, Satu Gelombang...

Tajdid, satu istilah yang kini menjadi topic perbincangan hangat oleh masyarakat masa kini. Istilah ini kini tidak asing lagi di kalangan pendokong Islam kerana bukan sahaja tajdid telah menjadi satu identiti malah satu gelombang perubahan ke arah melaksanakan agama Islam sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah.

Menyedari hakikat dan kepentingan akan kebangkitan gelombang ini Pusat Psikologi Gunaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerja sama Majalah I dan Majalah Nur mengorak langkah menganjurkan forum berkaitan kebangkitan gelombang gerakan ini dengan memfokuskan perbincangan kepada arah dan hala tuju gerakan ini. Forum ini secara tidak langsung merupakan lanjutan Forum Gerakan Tajdid : Sejarah, Perkembangan dan Cabaran di Era Globalisasi anjuran Muslim Profesionals Forum (MPF) beberapa ketika yang lalu. Secara umumnya, objektif program ini adalah untuk memberikan penjelasan secara ilmiah dan universal berkenaan cara mengubah pemikiran dan sikap yang lebih baik dan berkesan dalam mengikuti arus tajdid.

Antara lain, program ini juga diharapkan dapat membuka ruang diskusi ilmiah antara ahli panel dan para peserta. Di samping itu, pertemuan yang bakal diadakan nanti juga dapat mengeratkan ukhuwah antara masyarakat awam dan golongan belia, terutamanya mahasiswa sebagai pemangkin kepada gerakan tajdid.

Aturcara Majlis

2.45 petang: Ketibaan audiens dan pendaftaran
3.05 petang: Kata-kata aluan pengerusi majlis
3.10 petang: Ucapan oleh Prof. Dr. Rahmattullah Khan Abdul Wahab
Khan, Pengarah Pusat Psikologi Gunaan UIAM.

3.15 petang: Forum: GERAKAN TAJDID : GELOMBANG PERUBAHAN DI ALAF BARU (Sessi I)

Ahli Panel:

1. Ustaz Mohd Yaakub Mohd Yunus
2. Ustaz Tuan Hassan Tuan Lah
3. Ustaz Maszlee Malik

Moderator: Ustaz Anzaruddin bin Ahmad

4.30 petang: Solat Asar berjemaah
5.00 petang: Forum (Sessi II)

Ahli Panel:

1. Rosmalizawati Ab. Rashid
2. Prof. Madya Dr. Ahmad Farouk Musa
3. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Moderator: Ustaz Adlan bin Abd Aziz

6.15 petang: Sessi soal jawab
7.00 malam: Pembahagian kurma untuk iftar
7.10 malam: Iftar
7.25 malam: Solat Maghrib berjemaah
7.50 malam: Makan malam
8.20 malam: Solat Isya' dan Tarawih berjemaah
10.00 malam: Bersurai

Maklumat Ahli Panel:

PROFESSOR MADYA DR. AHMAD FAROUK MUSA
Ahli Pengasas MPF
Pakar Bedah Kardiotorasik merangkap Pensyarah Fakulti Perubatan UPM
Ahli akademik dan penyelidik yang banyak membentangkan kertas kerja di pelbagai peringkat.

USTAZ MASZLEE MALIK
Pensyarah di Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM
Sering terlibat dalam seminar-seminar keagamaan
Banyak memberi ceramah dan menghasilkan karya berkaitan isu PALESTIN

DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Pensyarah merangkap Penyelaras Seketariat Falsafah Sains Islam USM
Mempunyai pengkhususan dalam bidang hadith dan sering terlibat dalam pembentangan kertas kerja dan kuliah-kuliah agama

USTAZ TUAN HASSAN TUAN LAH
Pengurus, Strategi Perniagaan TM
Salah seorang pengasas laman web al-Ahkam (http://Al-ahkam. net), sebuah laman web yang membincangkan Islam secara konprehensif melalui internet.

USTAZ MOHD YAAKUB MOHD YUNUS
Naib Presiden, Bahagian Perbankan Perusahaan Affin Bank Berhad
Aktif menulis buku-buku agama
Antara buku yang ditulis beliau ialah `Kaedah Memahami Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah', `Sembahyang Jamak dan Qasar Adalah Sedekah Allah dan banyak lagi.

Program Ini Terbuka Untuk Semua Golongan

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 10. Bayaran termasuk kos pengurusan dan jamuan iftar. KEPADA PARA PELAJAR IPT, hanya RM 5 sahaja dikenakan.

Ahli-ahli professional, para pelajar IPT, pendokong dan penyokong gerakan tajdid, orang-perseorangan dan siapapun anda, pastikan peluang ini tidak dilepaskan. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi nama di bawah untuk urusan pendaftaran. Kehadiran anda amatlah dialu-alukan.

1. MOHD MASRI BIN RAMLI (019-3269091)
muslimz87@yahoo. com
2. NAZIFAH MUSTAFFHA (019-3022655)
nazifah02@gmail. com
3. ILI DALILA MOHD REDZUAN
rumaisha85@hotmail. com


"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (33:21)

Tuesday, August 15, 2006

belajar buat duit dengan internet

klik untuk maklumat lanjut
(Klik kat banner atas ni)


Ikuti seminar langkah-langkah mudah memulakan perniagaan internet yang praktikal dan terbukti berkesan! Disampaikan oleh 2 usahawan internet muda, Sabri Hassan Assaari & Wan Syazwan Wan Sukri.

Promosi menarik untuk masa ini! Siapa yang memang hobinya mengadap internet tu bolehlah ambil peluang ini, ambil kesempatan 'sambil-sambil' yang mudah ;)

Tinggal lagi 16 tempat saja. Siapa cepat, dia dapat!

Selamat buat duit dengan internet! ;)

Pendaftaran dibuka sekarang.

Thursday, August 03, 2006

pengumuman

Salam.

Kepada semua warga UIA atau yang tinggal di sekitarnya, saya ada dapat mesej dari Presiden SRC pagi tadi, ada pengumuman sikit:

Forum 'Islam Under Attack' by Tan Sri Sanusi Junid. Yusri Mohamed. 4/8. Jumaat. Masjid UIA. Lepas solat. 2.15 pm. Datang ramai-ramai (sisters at 2nd floor) - sebarkan!


Kepada yang berkelapangan dan nak dengar perutusan Presiden UIA kita ni, komennya pasal situasi sekarang, sila datang ya?

bantah IFC!

Salam semua!

Kepada sesiapa yang masih belum menurunkan tandatangan petisyen membantah IFC sila ke



selewat-lewatnya esok. Bertindak segera! Untuk masa depan agama Islam di negara kita sendiri.

Monday, July 31, 2006

zionis

Israel, oh, Israel, kenapalah kalian ni dah tak serupa manusia? Wanita, kanak-kanak dan orang tua pun kalian bantai.

Dah tak ada alasan dah untuk kalian dera lagi satu demi satu negara Islam, tapi buat juga. Polis antarabangsa dunia si AS pula bukan setakat tutup sebelah mata, tapi dah langsung tak pandang. Adilnya..

PBB melihat saja. OIC juga seakan merelakan saudara kita dianiaya. Sedang kita bersenang di sini, setiap saat, mereka di sana ketakutan. Tak ada jaminan langsung walaupun umat Islam di dunia selaut ramainya.

Lawat laman ini:

from israel to lebanon

from israel to lebanon

Kemudian tanda tangan petition ini untuk menunjukkan sokongan anda dalam mengutuk kekejian [bukan lagi kekejaman] Israel ini:

epetition

Tolong sebarkan kepada semua yang masih mahu begelar manusia.

Friday, July 28, 2006

AMAR dah ada website!!

Salam semua!

Akhirnya, penantian sekian lama telah pun berakhir. Arif Muazzim aka AMAR dah siap pun buat dan publish laman web pertama beliau. Banyak juga isi menarik dalam tu. Dan kepada sesiapa yang nak sumbang ide untuk tambah apa, dipersilakan. Sumbang gambar bersama AMAR dari album peribadi masing-masing pun akan dapat cenderahati menarik dari AMAR :)



Sila, jemputlah ke

Tuesday, June 06, 2006

kursus kawen!

KURSUS PRA PERKAHWINAN


TEMPAT:
AUDITORIUM MINI, UIA

MASA:
8 AM

YURAN:
RM25 (SAHAJA!!!)

OLEH:
MASJID SULTAN HAJI AHMAD SHAH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)



TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR DAN STAF UIA

SIJIL ADALAH UNTUK SEPANJANG HAYAT

MARI SERTAI! JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

Tuesday, April 25, 2006

UNDILAH AMAR!!!



Assalamualaikum Semua!!!

Berita gembira buat industri nasyid tanahair negara apabila ARIFF MUAZZIM RAHMAN atau AMAR telah tercalon bagi ANUGERAH BELIA REMAJA 2006. Apakah Anugerah Belia Remaja 2006 ni?

KENAPA AMAR?

Berikut adalah kriteria-kriteria yang telah diambil kira oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk melayakkan beliau dicalonkan sebagai Belia Remaja Ikon:

  • Merupakan satu-satunya penasyid solo yang menjadi juara dalam Pertandingan Akhir Nasyid Minggu Ini anjuran RTM dan JAKIM.Beliau telah mengatasi kesemua Kumpulan-kumpulan Nasyid terkenal tanah air dengan lagu Nurul Iman yang diciptanya sendiri.

  • Beliau merupakan seorang produser, muzik programmer dan komposer lagu selain mahir dalam bermain pelbagai alat-alat muzik yang telah menerbitkan banyak lagu yang berkonsepkan pendidikan dan banyak memberi manfaat kepada remaja-remaja di Malaysia.Antaranya lagu Cinta Pertama yang berkonsepkan motivasi nyanyian Kumpulan Far-East yang sehingga kini masih menduduki tangga pertama carta NMI.

  • Beliau juga pernah menjadi kartunis untuk majalah hiburan Islam termasuklah majalah ASUH terbitan Galeri Ilmu. Kesemua kartun-kartun beliau bertemakan motivasi,pendidikan dan dakwah yang juga banyak memberi manfaat kepada pembinaan sahsiah remaja. Sekarang beliau dalam proses pembikinan buku kartun solo yang juga bertemakan pendidikan.

  • Belum pernah lagi mana-mana artis yang berjaya menceburi bidang yang melampaui definisi seni dimana AMAR merupakan seorang Ahli Silap Mata yang telah berjaya menghasilkan vcd silap mata solo beliau yang berjudul IPT MAGIC. Silap mata juga merupakan cabang seni yang amat halus kerana memerlukan skil kepantasan,dan mental yang tinggi. Beliau sering mempersembahkan aksi silap mata beliau di setiap persembahan pentas yang diadakan selain menyanyi.

  • Dalam usia yang muda beliau telah mempunyai syarikat produksi dan studio sendiri yang memudahkan kerja-kerja pembikinan album beliau yang telah beberapa kali pernah dicalonkan sebagai finalis Anugerah Carta Nasyid IKIM, Anugerah AIM dan lain-lain.

  • Akhir sekali sebagai seorang pelajar, penyanyi, komposer, kartunis, produser dan muzik programmer yang sentiasa sibuk, beliau bijak menguruskan masa. Oleh yang demikian, beliau sentiasa dijemput untuk memberi motivasi di sekolah-sekolah dan di IPT-IPT tanah air.

    Berikut adalah cara-cara mengundi beliau untuk Anugerah Belia Remaja:

    Untuk undian SMS:

    1. Taip IKON [jarak] no. kad pengenalan anda [jarak] B4

    2. Hantarkan kepada 32020.

    Untuk undian melalui akhbar:

    Anda boleh dapatkan Akhbar Berita Harian untuk keluaran setiap hari Sabtu, Isnin dan Rabu. Dapatkan keratan borang yang asli untuk mengundi AMAR dalam kategori Seni dan Budaya. Pastikan syarat-syarat undian dipenuhi.

    Tarikh akhir undian adalah pada 10 Mei 2006.

    Semoga undian anda terhadap AMAR akan dapat melahirkan seorang ikon remaja yang dapat dijadikan contoh remaja-remaja masa kini.



Rujukan:
TelagabiruFan

Tuesday, February 07, 2006

perhatian

Salam semua.

Lama tak kemaskini blog, tanpa sebarang sebab atau alasan yang kukuh.

Sekarang saya lebih tumpu di

http://www.alif.com.my

Harap maklum. Dan maaf untuk yang menanti. Marilah sertai sekali di sana. Sambung diskusi di sana pula.

InsyaALLAH, mungkin nanti :)

Friday, September 16, 2005

minta bantu

Dah pernah tanya soalan ni.

Siapa tahu macam mana nak dapat skil komunikasi dan kepimpinan?

Respon tak best sangat. Suruh baca buku motivasi itu, buku karisma ini.

Nak tukar sikit.

Siapa boleh bantu saya bina skil komunikasi dan jadi seorang pemimpin?

Banyaknya perkara yang saya tak boleh buat sendiri tanpa kedua-duanya.

Atau, positifkan sikit ayat, banyaknya perkara yang saya boleh buat jika saya ada kedua-duanya.

Wednesday, August 17, 2005

www.myblogarea.com

www.myblogarea.com

Dah lama sebenarnya diperkenalkan dengan servis blog BUDIHOST ni. Tapi baru sekarang teringat semula. Jadi, sementara boring-boring mengadap komputer ni, cuba gak godek-godek [pinjam perkataan abang wanzu] :)

Mula-mula dulu kata minta jadi tester saja, beri pendapat. Apa yang ok, apa yang tak ok.

Dah lama tak jengah sini, bila masuk semua, ok la! Mudah macam tulis dalam Microsoft Word [belum masuk dalam arus open source ;p ].

Jadi, ini sebagai promosi pada 'produk' [servis] BUDIHOST, kepunyaan sahabat saya yang paling power dalam KICT ni, Mr Farhan Faisal.

Good job Paan! Anda selamanya jadi rujukan dan sumber inspirasi saya. Semoga kejayaan sentiasa mengakhiri usaha anda! Dan, tahniah sekali lagi untuk CONVEST 2005 :)