Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Wednesday, June 02, 2010

sekitar 2 minggu... (sambungan)

VI.

Selepas semua kegembiraan, saya mendapat berita sedih.

Mantan penasihat Ansara Matrik UIA saya dahulu, Tuan Haji Noorazman bin Mohd Samsudin yang lebih kami kenali sebagai Ustaz Azman, adalah ketua Misi Keamanan Lifeline for Gaza (LL4G).

Lantas, beliau berada di atas kapal milik Turki, Mavi Marmara bersama dengan 11 rakyat Malaysia yang lain yang diberitakan telah diserang oleh tentera zionis Isreal ketika berada di perairan antarabangsa, dalam perjalanan menghantar bantuan kepada penduduk Gaza.

Sebab ia sudah melibatkan rakyat Malaysia, sebab ia sudah melampui satu lagi batasan kemanusiaan sejagat dengan menyerang di perairan antarabangsa yang tidak dimiliki mana-mana negara, sebab ia melibatkan seseorang yang saya kenali dan sanjungi, saya jadi berang.

Mereka bukanlah daripada pihak tentera. Jikalah ada senjata tajan yang dibawa (pisau? gunting? garfu?) mungkinlah hanya sebagai pertahanan dalam sebarang kemungkinan yang tidak dapat diagak. Seperti ini.

Zionis Israel menyerang kapal misi dari jauh menggunakan bom, mana mungkin pada waktu itu mereka sudah tahu adanya senjata-senjata tajam seperti yang didakwa? Mereka mendarat atas Mavi Marmara dan kapal-kapal lain dan menyerang penumpangnya seperti mereka menghukum pengganas. Mereka fitnah, katanya sebab penumpang kapal yang cuba menyerang mereka dahulu.

(Siapa pengganas yang sebenarnya? Siapa penceroboh negara dan pencabul hak kemanusiaan dunia? Apa hak mereka untuk fitnah yang sebegitu? Tidak malukah mereka?)

PBB? Ah, ikut sejarah, mana pernah mereka ambil tindakan terhadap kezaliman zionis Israel. Mengutuk dan mengecam saja. Cakap mulut. Tangan tak terangkat.

Demonstrasi telah diadakan di seluruh dunia, termasuk di negara-negara sekutu Israel. Ternyata, rakyat negara sekutu Israel juga tidak merestui dan merelakan perbuatan pemimpin-pemimpin negara mereka.

Mari, bersatulah kita. Kita mungkin tidak seberani mereka yang menjadi sukarelawan penghantar bantuan kepada rakyat Gaza yang terseksa, apatah lagi menjadi mujahid tegar berlawan tentera Israel secara berdepan.

Tetapi kuasa ekonomi ada pada kita sebagai pengguna. Jika kita boikot produk dan perniagaan yang memberi sumbangan ekonomi Israel, sudah tentu mereka akan keputusan bekalan; makanan, ubatan, dan peluru.

Setiap riyal, dirham… yang digunakan untuk membeli produk mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru yang digunakan untuk menembak saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban untuk tidak sekali-kali membantu (musuh Islam) dengan membeli produk mereka. Membeli produk mereka adalah menyokong tirani, penjajahan dan kekejaman.

Sheikh Yusuf al Qaradawi

Jadi, marilah kita ambil tahu produk dan perniagaan yang perlu diboikot dan mulalah untuk tidak membeli barangan-barangan tersebut saat ini!

Lihat sini untuk senarai barangan yang perlu diboikot (klik logo untuk tahu kajian disebaliknya): inminds.com

Dan baca sini untuk tahu relevennya memboikot: haluanpalestin.org.my

Tuesday, June 01, 2010

Kenapa Perlu Boikot Israel & Sekutunya?

Boikot kepada produk dan perniagaan Israel dan sekutunya adalah merupakan usaha kita sebagai pengguna untuk memilih keperluan yang sentiasa menjurus kepada terhapusnya kekejaman dan kezaliman Israel terhadap bangsa Palestin.

Usaha tersebut harus dilihat sebagai salah satu langkah protes secara aman dan adil, justeru memberi tekanan di peringkat antarabangsa terhadap rejim teroris Israel sepertimana yang pernah dilakukan oleh mesyarakat dunia terhadap rejim aparthied Afrika Selatan dengan jayanya.


Adakah kita memboikot semua kaum Yahudi?

Tidak. Usaha boikot tidak sekali-kali ditujukan kepada agama mahupun etnik tertentu. Boikot hanya ditujukan kepada entiti perniagaan yang secara langsung dan jelas menyokong, terlibat atau membantu penindasan terhadap Palestin.

Kita tidak membezakan antara penyokong Israel – sekiranya sebuah perniagaan yang dimiliki seorang Muslim dengan jelas menyokong kekejaman Israel, ia perlu diboikot sama sepertimana entiti perniagaan yang lain.


Apakah boikot satu tindakan yang adil dan dibenarkan?

Dewan Perniagaan dari seluruh pelusuk dunia, termasuk UNISON, iaitu dewan perniagaan terbesar di United Kingdom dengan keahlian sebanyak 1.4juta mengesyorkan tindakan boikot terhadap semua produk Israel. Pertubuhan Kristian, termasuk Christian Aid, telah bersatu dalam usaha boikot ini, malahan mereka menyeru kepada pemansuhan perjanjian perdagangan Eropah-Israel. Beberapa pertubuhan Yahudi seperti B’Tselem dan Gush Shalom telahpun melancarkan usaha boikot mereka sendiri kepada produk Israel.

Bagi masyarakat Islam, tokoh-tokoh Ulama terkenal dari berbagai latar-belakang menyokong usaha ini dan memberi fatwa yang jelas terhadap tindakan boikot ini. Antaranya, Sheikh Yusuf al Qaradawi berkata:

Setiap riyal, dirham… yang digunakan untuk membeli produk mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru yang digunakan untuk menembak saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban untuk tidak sekali-kali membantu (musuh Islam) dengan membeli produk mereka. Membeli produk mereka adalah menyokong tirani, penjajahan dan kekejaman.



Benarkah perniagaan atau produk tersenarai menyokong Israel? (supaya mereka tidak teriniaya)

Ramai dari kita yang sememangnya ingin turut menyokong usaha boikot Israel, tetapi ragu-ragu dengan maklumat berkenaan syarikat atau produk perniagaan yang tersenarai. Ini merupakan salah satu sikap yang terpuji, lebih-lebih lagi kita sebagai orang Islam seharusnya meneliti setiap maklumat yang diterima sebelum bertindak.

Innovative Minds mengambil inisiatif menjalankan kajian menyeluruh untuk memastikan maklumat yang diberi tidak membawa unsur fitnah dan penginiayaan. Setiap maklumat yang disebarkan disertakan bersama rujukan berkaitan, supaya anda sendiri dapat memastikan fakta tersebut dan memahami bagaimana mereka terlibat menyokong Israel.


Bukankah mana-mana produk juga menjurus kepada Israel?

Benar, dalam situasi umat Islam lemah tidak bermaya, ekonomi dan politik dunia dikuasai oleh mereka yang mempunyai kaitan dengan Israel dan sekutunya. Situasi ini umpama barah yang menyerang dan mencemar saluran darah kita, yang mana ianya boleh sampai ke seluruh badan.

Tapi apakah kita masih ingin mencari alasan, semata-mata kerana kita seperti tidak lagi terdaya melawan barah tersebut? Syarikat perniagaan yang tersenarai adalah merupakan penyokong kuat kepada Israel, yang sentiasa mendapat pujian dan anugerah kepujian atas sokongan mereka. Sekiranya kita berjaya mengurangkan kekuatan ekonomi syarikat tersebut, dan beralih kepada syarikat atau produk alternatif, InsyaALlah mereka akhirkan akan lemah juga.


Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?

Harus diingat, syarikat-syarikat besar dari luar yang beroperasi di negara-negara Islam tidak membawa manfaat ekonomi kepada kita melainkan eksploitasi terhadap kelemahan kita. Lihatlah bagaimana Delta Galil, sebuah syarikat membuat pakaian yang dipasarkan dengan jenama GAP, Banana Republic, Calvin Klien, BOSS, M&S, DKNY dan berbagai lagi. Syarikat ini membina kilang-kilang di Jordan, Mesir dan juga Palestin. Sikap mereka yang hanya mengeksploitasi pekerja tempatan begitu teruk sekali, sehinggakan Sweatshop Watch (www.sweatshopwatch.org) melabelkan mereka sebagai "Sweatshop Czar." Adakah merugikan kita jika syarikat-syarikat seperti ini mengangkat kaki meninggalkan tanah air kita yang subur dan bertuah ini?


Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot – McDonald’s.

McDonald's merupakan "rakan korporat utama" kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald's adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.


Apakah usaha boikot benar-benar akan dapat memberi kesan kepada ekonomi Israel?

Sejak tahun 2002 lagi, ekonomi Israel telah menuju keruntuhan tanpa tanda-tanda pemulihan walaupun begitu banyak dana dasalurkan dari US. Pada bulan Oktober 2002, Sharon memohon USD10bilion sebagai bantuan kecemasan. Inflasi Israel sangat tinggi, sehinggakan angka rasmi mencecah 4 kali ganda sasaran asal rejim zionis tersebut. Cukai dinaikkan, begitu juga kos keperluan asas seperti makanan, perumahan dan minyak.

Israel sering dilanda piket umum sehinggakan semua penerbangan terhenti, siaran radio dan television terputus, pesakit tidak mendapat rawatan dan sampah tidak lagi dikutip.

Pelaburan dari luar kian meruncing. Mengapa? Dari tahun 1999 hingga 2001, pelabur-pelabur kerugian USD5bilion daripada pelaburan mereka berjumlah USD6.5bilion. Jadi, peniaga mana yang bersedia untuk melabur?

Dalam situasi terdesak seperti ini, sudah tentu usaha boikot tidak boleh dipandang remeh. Israel akan mengorek setiap sen untuk diraih – pastikan wang anda tidak sedikit pun sampai kepada mereka!


Sumber: haluanpalestin

Wednesday, April 14, 2010

faq derma darah

Selamat ke derma darah ni?

"Sebelum menderma, bakal penderma dikehendaki mengisi borang soal selidik status kesihatan mereka selain menjalani ujian tekanan darah dan pengenalan jenis darah.

Bagi setiap unit darah yang diderma, sampel darah diambil untuk ujian semula kumpulan ABO dan ujian saringan dilakukan bagi menentukan darah yang diderma selamat digunakan.

Ujian saringan bertujuan mengesan virus hepatitis B, hepatitis C, HIV, siflis dan malaria. Jika mereka dikesan mempunyai simptom-simptom ini mereka tidak dibenarkan menderma darah."

- Pengarah Pusat Darah Negara (PDN), Dr. Roshidah Hassan

Kalau derma, tak ada ke kemungkinan penyakit boleh merebak?

"Setiap jarum yang digunakan untuk suntikan akan dibuang manakala peralatan perubatan yang digunakan juga akan disteril semula.

- Pengarah Pusat Darah Negara (PDN), Dr. Roshidah Hassan

Darah kan boleh tahan lama, kenapa kami nak kena derma banyak kali? Sekali sudahlah..

"Jangka hayat darah adalah terhad kerana darah merah boleh digunakan dalam tempoh 42 hari sahaja manakala platelet hanya boleh bertahan lima hari."

- Pengarah Pusat Darah Negara (PDN), Dr. Roshidah Hassan

Orang cakap kalau derma darah, boleh jadi gemuk. Tak mahulah!

"Sekiranya penderma darah mengalami pertambahan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi disebabkan oleh faktor lain.

Masalah kegemukan selepas menderma tak benar, jika ini berlaku ia berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetik, emosi, pemakanan atau kurangnya aktiviti riadah seseorang itu."

- Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Dinon Mohd

Apa lagi kelebihan derma darah ni?

"Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung."

- Pegawai Kesihatan Zon Klang Lama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr. Umi Ahmad

Monday, March 15, 2010

facebook


Facebook dah jadi fenomena. Daripada platform rangkaian sosial yang tak dapat diterima disebabkan usulnya, ia tak lagi diendahkan. Sedangkan para menteri dan setiap program stesen televisyen pun seolah-olah menggalakkan penggunaannya. Sedangkan para ustaz dan ustazah juga punya akaun sendiri masing-masing.

Facebook makan hidup kita sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Pengaruhnya di luar jangkaan, tidak seperti Friendster yang pernah juga jadi kegilaan satu masa dahulu (zaman saya di matrik).

Tujuan asal rangkaian sosial ini adalah menghubungkan kenalan-kenalan lama dan baru. Ia mendekatkan yang jauh, menyetujui frasa 'dunia semakin kecil'.

Memang ajaib apabila kita dapat berjumpa semula dengan sahabat darjah 1 yang tiba-tiba berpindah sekolah dan terus hilang khabar berita.

Saya juga suka apabila Facebook dapat mendekatkan jurang antara saya dengan artis-artis nasyid yang selama ini ingin dikenali dan didekati. Sungguh, Facebook yang menghimpunkan hampir semua orang sangat memudahkan urusan dan cita-cita ini.

Tapi kini, pengaruh Facebok sangat kuat bagai telah jadi ruji hidup. Setiap hari terasa ingin tukar status dan menanti komen kawan-kawan. Bila dapat komen terutamanya kata semangat, kita akan rasa gembira. Atau kita beri komen status dan mengharapkan ada yang mengendahkan komen itu dan buat diri rasa wujud.

Kita gantungkan emosi pada Facebook. Jika baik komentar yang diterima, maka baiklah hari kita. Jika tidak, jadilah sebaliknya.

Bila kita post di 'dinding' rakan, dia tak respon, sedangkan pada sahabat-sahabat lain ada pula responnya? Apa yang sepatutnya kita rasa?

Tiba-tiba seorang sahabat tak lagi berada dalam senarai rakan kita. Dia telah membuang kita dari senarai rakannya. Apa yang sepatutnya kita rasa?

Dari khabar seorang teman, suami isteri yang tidak puas hati terhadap sesama sendiri pun boleh diluah di 'dinding' muka Facebook. Apatah lagi pasangan yang sedang bercinta. Jikalah semua ketidakpuasan hati jadi tontonan khalayak, semua pekung dan aib dibuka begitu saja, di mana letaknya malu dan maruah?

Apatah lagi cerita yang tidak ada diada-adakan. Dengan video, gambar dan status. Semua mula buat andaian, kesimpulan dan rumusan. Orang ni macam ni, orang tu macam tu. Dua sahabat boleh berbalah, pasangan boleh berpecah. Akibat cemburu dan salah faham.

Sedangkan, yang paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi dan kepercayaan. Bukan dengan kira berapa banyak kawan perempuan yang dia ada.

Semua ini boleh disaksikan oleh semua yang ada dalam senarai rakan kita.

Facebook dan sistem-sistem rangkaian sosial yang lain ialah ciptaan manusia. Ia patut berada dalam kawalan manusia. Bukan manusia yang berada dalam kawalannya.

(Sedang membayangkan bagaimana sekiranya cara hidup ini terpaksa dibayar untuk dilawat suatu hari nanti. Tidak mustahil, dengan lambakan gambar dan video sekarang yang dihos secara percuma walaupun memakan ruang yang besar. Penggunanya bukan sedikit!)

Monday, October 26, 2009

jalan dah tak terputus oleh bukit

Alhamdulillah, jalan yang saya perlu lalu untuk pulang ke Kuantan dah dinaiktaraf. Jalan Bukit Putus, Kuala Pilah dah ada alternatif jalan baru yang lurus.

Saya belum berpeluang lalu lagi. Tapi Jalan Bukit Putus tu memang pernah lalu. Semasa pulang ke Kuantan sempena raya lepas. Seorang diri pula tu. Alhamdulillah, tak ada kejadian buruk berlaku.

Bila fikir semula, rasa macam tak percaya hanya selepas sebulan dapat kereta, dah berani (terpaksa memberanikan diri sebab sengaja tak cari tiket bas) pandu selama 5 jam tanpa henti.


View Larger Map
Horror!


Rujuk blog Hazwan untuk komentar selanjutnya dari beliau.

Monday, May 25, 2009

rasuah

Dalam Kursus Induksi Khusus yang lepas juga, kami telah didedahkan dengan konsep rasuah dalam sesi taklimat oleh Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pegawai berkenaan berbangsa Cina, maka apa yang disampaikan tidak menyentuh konsep rasuah dalam agama.

"Saya boleh cakap tentang rasuah dalam agama. Dalam Islam, rasuah itu haram, kan? Tapi saya tak mau sentuh isu agama."

Jika semua orang ikut apa yang Islam kata, polis, tentera, dan SPRM tak perlu ada.

Kita nampak rasuah itu sebagai satu perkataan yang besar dan pelakunya memang patut dihukum. Rasuah itu terjadi apabila seseorang terima hadiah atau sogokan sebagai upah untuk buat sesuatu kerja yang melanggar tatasusila kerjanya.

Tapi dalam kerja urusan kerja seharian pun, tanpa disedari kita terdedah pada ancaman rasuah.

Isu punch card adalah salah satunya. Walaupun ia tak melibatkan sebarang upah, kakitangan yang membantu sahabatnya punch untuk dia berisiko untuk didakwa.

Sahabat minta kita punchkan dia masa balik. Dia keluar awal, ada urusan. Tengok-tengok, terlibat dalam kemalangan. Dia tak boleh tuntut insuran, sebab ada bukti yang dia dah keluar dari pejabat. Insuran hanya boleh dituntut jika kemalangan berlaku dalam masa pejabat.

Jika orang tu meninggal? Apa jadi dengan pencennya? Apa jadi dengan isteri dan anak-anak? Apa jadi dengan kita yang tolong punchkan tu? Kita nak mengaku dan diambil tindakan tatatertib, atau kita nak diamkan dan biar keluarganya tanggung sengsara?

Dalam isu tuntutan perjalanan pun begitu juga. Kadangkala, tuntutan yang diperuntukan tak dapat cover perbelanjaan kita yang sebenar. Maka, kita pun tokok tambah cerita yang kita dah menginap di hotel sehari sebelum. Padahal pagi itu baru bertolak dari kediaman. Nak tuntut lebih punya pasal.

Jika kebetulan kita diaudit, rekod perjalanan disemak oleh pegawai SPRM, tak ada bukti yang mengatakan kita menginap di hotel seperti yang kita tulis, kita juga boleh disabitkan kesalahan.

Jadi, jangan ingat tuntutan perjalanan ini hanya sekadar mengisi borang, hantar pada Unit Kewangan dan tunggu duit masuk. Kita perlu bertanggungjawab atas setiap tingkahlaku.

Bak kata pegawai SPRM itu, "Ambil apa yang jadi hak kita saja."

"You boleh ambil rasuah. Tapi jangan sampai kena tangkap saja. Bila dah kena tangkap, sedialah untuk tanggung malu."


Hidup ini hanya tempat ujian. Kita boleh berseronok dengan sesuatu yang bukan hak kita. Tapi kita perlu bersedia menjawab pada Tuhan nanti.

Thursday, April 09, 2009

pemandu teksi 360

Semalam berkesempatan tonton 360 setelah sekian lama tak ikuti.

Wah, kupasan yang sangat menarik dan berani! Macam Mastika versi televisyen. Jika Mastika banyak sentuh isu sosial remaja, 360 semalam sentuh jenayah teksi di negara kita.



Kes teksi tak pakai meter sebenarnya dah lama sangat berlaku. Cuma sebab ia dah jadi perkara biasa, orang ramai bukan setakat dah tutup sebelah mata, memang tutup dua-dua mata sekali seolah-olah tak ada apa yang salah.

Siapa yang pernah tinggal berjauhan dari keluarga DAN tidak mempunyai kenderaan sendiri PASTI berpengalaman naik teksi yang tak menggunakan meter.

Saya pun, jika tak diberitahu bahawa membawa teksi tanpa menggunakan meter adalah satu kesalahan yang besar, takkan bising di sini. Sebab memang pengalaman menggunakan perkhidmatan teksi, separuh daripadanya tak pakai meter.

Teksi kawasan Gombak ok lah. Jarang yang tak pakai meter. Tapi di sebelah UPM dan UKM sana, jarang yang pakai meter (masa saya belajar dahulu). Sekali kenalah RM10 lebih. Agaknya sebab nampak muka tak biasa, saya dikenakan caj mahal.

Jika caj untuk satu-satu jarak perjalanan tetap tak apa lagi, tapi boleh pula berubah ikut penumpang; berpengalaman atau tidak (tahu atau tak kadar biasa teksi untuk satu-satu perjalanan).

Selain isu meter, 360 semalam juga sentuh kes teksi tak mahu bawa penumpang OKU.

Mazidul dan krew 360 sangat berani terjah dan buat pendedahan terbuka cara "Just for Laugh" atau "Just Kidding". Mereka menyamar sebagai penumpang kurang upaya berkerusi roda dan bertanya jika boleh membawa mereka ke destinasi yang ingin dituju. Bagi siapa yang tak mahu tu, 'pelakon' ini akan bangkit dari kerusi roda, capai mikrofon dan halakan kamera kepada pemandu teksi. Mulalah nak sorok-sorok muka.

Krew 360 juga menyamar sebagai penumpang teksi biasa dan dalam perjalanan, mereka bertanyakan hal pemandu yang enggan guna meter ni. Tanpa pengetahuan pemandu teksi, sekumpulan lagi krew bersama dengan JPJ mengekor dengan kereta di belakang. Bila diterjah, mulalah gabra dan pusing cerita. Siap beritahu encik JPJ yang penumpang tu saudaranya, jadi dia tak berkira sangat.

Encik JPJ layan, "Saudara belah mana ya?"

Mudah-mudahan, pendedahan ini adalah kesannya. Supaya tidaklah saya culas mahu beli tiket Kuantan-Seremban yang hanya ada jam 3.00 petang saja hanya kerana nak mengelak daripada terpaksa menaiki teksi yang telah ditanam persepsi "mahal" dari bandar ke tempat tinggal dan "mahal" pada waktu malam.

Sepatutnya kadar teksi semua sama jika mematuhi peraturan yang telah ditetapkan; menggunakan meter.

Di hujung rancangan, 360 menghiburkan penonton dengan lagu nostalgia Dr Bombay: Taxi Driver. Ingat lagi tak?

One day when I got hungry
I sold the wooden house
I had to visit Uncle Ghandi
Who lives in Calcutta town

Uncle Ghandi he is rich
He is a taxi driver man
And I know that he will help me
As much as he can

A taxi driver man is what
I want to be
But there are no customers
Who want to ride with me
I dont know why
Could be that I am almost blind
But every street in Calcutta I can find

Calcutta,
I am an taxi driver in
Calcutta,
I drive my little taxi in
Calcutta,
Taxi, taxi, taxi, in
Calcutta
I am an taxi driver man

I like to drive the taxi
I like it very much
Even though I have no licence
I always find the clutch
I can drive it off my head
I can drive it off my feet
And I have no problems
Getting taxi on the street

Thursday, January 08, 2009

gaza, kami bersama

Meluap-luap rasa marah pada rejim zionis Israel yang memang tak kenal erti putus asa dalam nak melenyapkan bangsa Palestin.

Rasa mahu menyumpah-nyumpah pada 'ketua polis dunia' yang dok sokong apa yang Israel buat, dengan pelbagai alasan. Sebab diorang pun nak hancurkan orang Islam.

Lebih daripada itu, amukan seluruh dunia tak dapat ubah apa-apa. Asakan kita hanya menyebabkan tentera Israel sekadar membenarkan media merakamkan tugas mereka meronda mencari tentera Hamas. Katanya, mereka tak berniat membunuh orang awam, tetapi terpaksa, sebab tentera Hamas menggunakan orang awam sebagai perisai. Dan kata mereka lagi, serangan mereka hanya untuk membalas serangan tentera Hamas.

Heh, kalau Hamas berhenti, akan berhentikan mereka?

Lakonan keji yang berjaya bertahan 60 tahun lamanya.

Kita memang takkan berjaya dengan persidangan demi persidangan capai kata putus. Mereka semua itu memang tahu mereka salah, dari awal lagi. Cuma tak mahu mengaku dan mahu terus tegakkan benang yang basah.

Kita perlu perang semula. Tak mampu angkat senjata, kita lawan cara lain.

Kita serang ekonomi mereka yang sekarang sudah bagai telur di hujung tanduk. Ingat pada serangan ekonomi terhadap Denmark yang pernah kita sama-sama lakukan dahulu dan berjaya dengan cemerlang? Kita buat cara yang sama kepada Israel dan Amerika.

Dengan ini, saya senaraikan barangan Israel untuk kita seboleh bolehnya boikot. Senarai ini adalah yang telah dipaparkan tahun lepas. Dan saya tidak punya cukup sumber untuk mencari senarai terkini, termasuk barangan Amerika. Kepada yang dapat membantu saya memantapkan senarai ini, kalian adalah dialu-alukan.

1. Fast Food
- Mc Donald's
- KFC

2. Beverages, Drinks

- Coca-cola
- Dr. Pepper
- Fanta
- Sprite
- Schweppes
- Lilt
- Fruitopia
- Sunkist
- Kia Ora Fruit Squashes

3. Food, Snacks
- Buitoni
- Danone
- Perrier
- Libby's
- Maggi
- Nestlé
- Shreddies cereal
- Nestlé KitKat
- Vittel

4. Consumer Products (Tissue, Diapers)
- Kimberly-Clark
- Kotex
- Huggies
- Kleenex

5. Cosmetics, Body Care
- Biotherm
- Sanex
- Garnier
- Clinique
- Helena Rubinstein (HR)
- L'oréal Paris
- Origins Natural Resources
- Maybelline
- La Roche-Posay
- Redken 5th Avenue NYC
- Vichy
- Johnson & Johnson
- Revlon
- Brylcreem

6. Perfumes, Fashion, Cosmetics
- Boss (Hugo Boss)
- Calvin Klein
- Lancôme Paris
- Giorgio Armani
- Estée Lauder
- Tommy Hilfiger
- Donna Karan New York (DKNY)
- Ralph Lauren

7. Fashion, Clothing
- Aramis
- Prescriptives
- La Mer
- Bumble and Bumble
- Jo Malone
- Kate Spade
- River Island
- GAP
- JC Penney
- Timberland
- J. Crew

8. Sportswear
- Champion
- Outer Banks

9. Home Products
- Ambi Pur
- Kiwi (shoe care)
- Sara Lee

10. Coffee, Coffee Systems, Tea
- Douwe Egberts
- Maison Café
- Superior Coffee
- Pickwick
- Piláo Café
- Starbucks Coffee

11. Technologies
- ICQ
- AOL
- Nokia
- IBM
- Intel

12. News Corporation, Publications
- Sky TV Network
- 20th Century FOX
- Star TV Network
- National Geographic Channel
- The Weekly Standard
- New York Post
- News of the World (UK)
- The Sun (UK)
- The Times (UK)
- The Daily Telegraph (Australia)
- Harper Collins
- Nursery World
- Disney
- TIME Magazine
- CNN

13. Clothing (Socks, Babywear, Intimate Apparel)
- DIM
- Victoria's Secret
- Banana Republic
- Structure
- Pryca
- Lindex
- Playtex
- Auchan
- Just My Size
- Hema
- Wonderbra
- Bali
- Hanes
- L'eggs
- Lovable
- Nur Die
- Gossard

14. Retailers, Stores, Shopping Complex
- Carrefour
- Tschibo
- Marks & Spencer
- Selfridges & Co.
- The White Barn Candle Co.
- Mast Industries Inc.
- Express
- Structure
- Henri Bendel
- Intimate Brands Inc.
- The Limited
- New York & Company
- Lerner New York

15. Home Depot
- Expo Design Centers
- Georgia Lighting
- Villager's Hardware
- Maintenance Warehouse
- The Home Depot
- Apex Supply Company

Sumber: http://halaqah.net

Juga, terdapat banyak tabung yang diwujudkan khas membantu meringan penderitaan rakyat Palestin yang sedang terkepung dan menderita. Antaranya:

1. Akaun Maybank "NSTP Dana untuk Gaza" 514105320501
2. Islamic Relief Malaysia Dana Kemanusiaan Palestin


Tidak mampu juga, kita tadah tangan dan berdoa. Tuhan takkan bantu jika kita tak minta. Jadi, mintalah, maka Dia akan perkenankan.

Amin.


Update 200901082146

Saya telah emel media elektronik yang terlibat untuk turut sama membantu proses pemboikotan dengan menyekat iklan produk yang berkenaan. Moga diberi perhatian dan diambil tindakan selanjutnya. Amin.

Wednesday, November 05, 2008

tahniah amerika!

Saya tak berapa ikuti perkembangan politik dunia (boleh dikatakan dalam Malaysia juga. Haha).

Tapi apabila dikhabarkan Amerika Syarikat telah mendapat seorang presiden baru, presiden pertama keturunan Afrika-Amerika, baru saya mencari-cari maklumat tentang beliau.

Sumber: Berita Harian


Betapa mereka ini mewakili pihak yang terlalu berbeza pendapat. Dan, jika kebanyakan pengundi inginkan kedamaian dunia, lihat manifesto ini saja saya dah tau siapa yang akan dipilih.

Tahniah Obama. Harapan baru untuk Amerika. Dan harapan baru untuk dunia ;)

Monday, October 06, 2008

mc. ada alternatif?

Saya tak pernah faham konsep MC. Bukan Master of Ceremony, tapi Medical Certificate.

Staf yang sakit dan tak mampu nak datang pejabat untuk bekerja kena dapatkan MC daripada doktor sebagai membuktikan yang dia sakit dan membolehkan dia berehat di rumah, tanpa dikira sebagai ambil cuti.

Saya pun pernah juga berjuang untuk mendapatkan MC semasa di universiti dulu. Kenapa berjuang? Saya masa tu memang payah sangat nak bangun. Berdiri, jalan sikit boleh pitam. Darah tak sampai kepala.

Memang tak mampu ke kelas untuk beberapa hari. Tapi perlu ke klinik untuk dapatkan MC. Sebab, hanya boleh dapat MC jika ada buktinya. Kalau hari selepas tu saya dah sembuh, macam mana nak buktikan pada doktor yang saya pernah sakit?

Tapi, jikalah tak mampu nak pergi ke kelas/pejabat, bagaimana dikatakan mampu pula nak ke klinik untuk dapatkan MC? Memang tak mampu. Lebih-lebih lagi jika tidak ada orang lain yang boleh diharapkan bantuan untuk bawa kita ke klinik. Nayalah pada yang memang sakit tapi tinggal bersendiri.



Tu belum sentuh pasal pekerja yang sanggup beli MC dan doktor yang sanggup jual MC.

Rasanya, perlu pendekatan lain untuk gantikan MC sebagai bukti kita tak sihat dan tak mampu hadir ke kelas/pejabat. Ada cadangan?

Thursday, July 17, 2008

pendapat lain tentang bersanding

Bersanding dan Menabur Beras Kunyit.

Assalamualaikum,

Ana ada sedikit kemusykilan berhubung dengan cara pelaksanaan kenduri perkahwinan yang biasa dijalankan oleh masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini. Ana ada membaca tentang kaedah yang dianjurkan oleh Islam. Namun yang menjadi kemusykilan adalah adakah perarakan pengantin, mengadakan pelamin, persandingan tanpa tepung tawar dan menjaga aurat yg sebenar juga tidak dibenarkan dalam Islam? Harap ada di kalangan netters yang boleh memberi bantuan berhubung perkara ini.Wassalam.

Jawapan HF:

Wa’alaikumussalam warahmatullah,

Perarakan, pelamin dan persanding yang dilarang ialah apabila pasangan pengantin melakukan beberapa perkara yang dilarang oleh Islam seperti membuka aurat, bersolek, menunjuk-nunjuk kemewahan pakaian, barang kemas dsbgnya. Ia juga termasuk dalam kategori membazir.

Jika pasangan pengantin berpakaian seperti kebiasaan asalkan kemas dan menutup aurat dan maka tidak ada salahnya untuk bersanding. Ianya adalah sepertimana orang biasa berpakaian kemas dalam kehidupan harian mereka ke pejabat, majlis dsbgnya.

Tepung tawar dan tabur beras kunyit adalah dari budaya hindu dengan kepercayaan ianya dapat menyelamatkan pasangan drpd sebarang nasib buruk atau gangguan makhluk halus. Ia sekarang ini menjadi adat kebiasaan masyarakat melayu tanpa mengetahui sebab-sebab di belakangnya. Mereka melakukannya bukan kerana memohon perlindungan tetapi sebagai menyerikan majlis.

Justeru hukumnya adalah haram jika dilakukan sebagai satu cara memohon perlindungan, harus jika ia adalah sekadar penyeri majlis tanpa apa-apa maksud lain di sebaliknya.

Diketahui bahawa sesetengah pihak melarang hal-hal di atas kerana ia bukan berasal dari budaya Islam. Hal ini diakui namun perlu diingatkan bahawa Islam tidak melarang sebarang adat dan budaya selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur haram di dalamnya.

wassalam.

Sumber: http://hafizfirdaus.com

Maka, sesiapa yang tertekan perasaannya sebab tak dapat bersanding atau terpaksa bersanding sebab keluarga desak, bergembiralah! Asalkan tak membazir, tak melanggar hukum agama, tak ada niat untuk menunjuk-nunjuk dan mensyirikkan Tuhan, maka ia adalah harus.

Tuesday, July 01, 2008

anwar vs duniawi

Saya tak pernah nak ambil berat apa yang berlaku dalam 'industri' politik negara kita. Tapi tuduhan terkini yang dilemparkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim memang dah sangat melampau. Saya tak dapat terima lagi perkara ni sejak Tun Dr Mahathir pun dah mengaku bersalah. Sekarang ada lagi pihak yang nak jatuh di lubang nak sama? Campur dengan beberapa poin yang terfikir hanya dengan menggunakan logik akal, saya yang dulu bertindak duduk di atas pagar pun dah jadi geram, marah dan membenci pihak yan kalian tahu siapa.

Saya quote pendapat saudara Faisal Mustaffa yang saya rasa sangat masuk akal.

Pendapat aku Tentang Saiful Bukhari

Ramai yang menghubungi aku bertanyakan pendapat peribadi aku mengenai ‘huru-hara’ yang melanda politik Negara beberapa hari ini. Aku merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantu Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan diliwat oleh majikannya.

Terus-terang aku ingin menyatakan bahawa aku tidak mengenalinya. Tetapi, dengan mengikuti secara teliti mengenai perkembangan kes ini aku boleh membuat beberapa kesimpulan:



1. Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak memberitahu sidang akhbar semalam (30 Jun) bahawa dia tidak terlibat dalam kes ini. Gambar (atas) yang didedahkan diambil tiga bulan lalu dengan pegawainya di Kementeriannya ketika Saiful datang untuk memohon biasiswa.

Kenyataan ini bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh Agendadaily yang melaporkan bahawa gambar tersebut diambil pada Januari 2008.

2. Najib berkata gambar pegawainya, Khairil Anas Yusof yang diambil dengan Saiful Bukhari di pejabatnya pada 12 Feb lepas adalah selepas Saiful Bukhari datang ke pejabatnya bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran.

Keadaan ini sungguh pelik apabila seseorang yang ditendang keluar dari university kerana markah purata (GPA) Sem 1 06/07 GPA 1.0, Sem 2 GPA 0. Dan CGPA keseluruhan pada awal 2008 ialah 1.69 boleh menghantar permohonan untuk mendapatkan biasiswa kerajaan.

Di Parlimen, meraung-raung Ahli Parlimen membahaskan ada pelajar-pelajar yang mendapat SPM 10A masih susah untuk mendapat biasiswa kerana persaingan yang begitu sengit dari kalangan pelajar-pelajar.


Alasan kedua, adakah begitu senang prosedur seseorang pemohon untuk memohon sokongan daripada seseorang pegawai? Mengikut pengalaman yang aku terima daripada orang kebanyakan, terdapat banyak prosedur; tunggu giliran lah, dipass kan talian telefon kepada beberapa pegawai lah sehingga kita benar-benar dapat memohon sokongan.

Lain yang berlaku, layanan pegawai di Pejabat Timbalan Perdana Menteri sungguh lah mesra sehingga dapat bergambar kenang-kenangan ketika memohon surat sokongan untuk biasiswa!

3. Kes ini diambil tindakan oleh pihak polis dengan cepat. Sungguh menghairankan kerana banyak laporan polis lain yang dibuat tidak pernah diambil sesegera ini. Alasannya, terpaksa melihat kes-kes yang lain yang masih belum siasat.

Aku juga membuat banyak laporan polis berhubung dengan salahlaku polis, Perdana Menteri, Menteri, Peguam Negara dan sebagainya tetapi tidak pun aku terima siasatan secepat ini? Apalah mustahaknya kes bekas Timbalan Perdana Menteri berbanding dengan kes salahlaku Perdana Menteri yang memerintah?

4. Anwar Ibrahim liwat? Mengapalah Anwar yang pernah didakwa sebelum ini (1998) mahu lakukan perkara itu sehingga beliau dipenjarakan bertahun-tahun? Lagipun, bukankah Anwar masih lagi mengalami sakit pinggang belakang? Sewaktu aku menjadi setiausaha peribadi untuk Setiausaha Agung keADILan suatu waktu dahulu, sungguhpun Anwar sudah pun bebas daripada penjara, beliau masih lagi mengalami kesukaran untuk memanjat dan menuruni tangga pejabat di Brickfields sehingga Setiausaha Pegelola pada waktu itu, Datuk Salehuddin Hashim meminta aku memimpin Anwar sehingga ke bawah?

5. Kalau pun benar tuduhan Saiful Bukhari ini, tidakkah dia berani untuk menolak ‘pelawaan’ majikannya untuk diliwat?

6. Wah! Hari ini (30 Jun) van forensik mula datang dengan lima kereta peronda dan seramai 15 anggota penyiasat pergi ke Unit 1151 Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur untuk (kononya) menjalankan siasatan.

Aku masih lagi ingat bilamana tilam diusung ke mahkamah dan akhirnya tidak dijadikan bahan bukti.

7. Kenapa Peguam Negara dan Ketua Polis Negara tidak mengambil tindakan terhadap Chua Soi Lek yang terlibat dengan skandal seks luar nikah?

8. Kenapa Peguam Negara da Ketua Polis Negara tidak mengambil tindakan terhadap Datuk Azalina seperti yang terkandung dalam pengakuan seorang wanita yang dilaporkan dalam berita Malaysia-Today?



Akhir sekali, aku hendak lihat sesetengah gelintir yang mengaku bertahun-tahun aktivis reformasi untuk betul-betul menyokong Anwar dan keADILan pada waktu ini. Hanya apabila Pakatan Rakyat menang besar. Muka-muka mereka tiba-tiba timbul dan boleh pula mengaku berjuang….


Dan pesanan Dato' Seri Anwar Ibrahim:

"Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata.

Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan.

Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99.

Image Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya.

Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian." (Anwar Ibrahim, 29 Jun, Shah Alam).

Saturday, May 31, 2008

insan-insan istimewa

Kelmarin saya berkesempatan ym dengan 2 insan yang sangat menarik. Seorang perempuan dan seorang lelaki.

Yang perempuannya baru pertama kali berkenalan. Dia jumpa id saya di blog. Dia seusia saya. Dia bertanyakan pendapat tentang pemakaian pakaian menutup aurat.

Katanya, dulu dia seorang yang sangat seksi. Dari perbualan dan soalan yang diajukan, saya dapat agak, pergaulannya pun kurang terbatas.



Tapi apa yang mengagumkan ialah semangatnya untuk memulakan hidup baru. Dia ingin sangat berubah. Dia telah pun berhenti dari tempat kerja lama sebagai pegawai pemasaran dan turun pangkat ke tempat kerja baru sebagai kerani. Semata-mata nak kawal batas pergaulan dengan yang bukan muhrim.

Disebabkan dia ni dulu sangat seksi, dia tak banyak baju yang menutup aurat. Baju kurung cuma 3 pasang. Tudung memang tak ada. Kerjanya gaji tak seberapa untuk beli lagi.

Jadi dia berkira-kira sendiri. Jika nak mula pakai baju kurung, kena bertukar-tukar dengan 3 pasang tu saja. Atau, nak pakai tudung saja dulu, baju tak kisah lagi. Tapi katanya, masih tak cukup syarat...

Tapi semalam, pada hari Jumaat yang suci, dengan hati yang tekad, dia telah ke tempat kerja dengan baju kurung dan tudung yang dipinjam. Alhamdulillah...

Tenang katanya. Macam dah lepas dari 1 dosa besar...

* * *


Pada malamnya pula, saya jumpa dengan seorang punker alim [sebenarnya dah kenal lama, dari UIA, tapi lepas baca blog friendster dia, baru tau yang dia ni punker. Tapi yang ori :p ].

Chat 4 jam dengan dia, banyak hal yang dia dapat besarkan mata saya. Sebelum ni saya terlalu tertutup dan terlalu tak terima benda-benda tu disebabkan laporan 1 pihak dan disebabkan rasa hati yang kurang enak.

[Saya kagum dengan cara bual dia. Memang gaya budak-budak muda hari ni cakap. Tapi banyak selitan dalil naqli dari yang sumbernya memang dia ingat. Berbual dengan dia saja pun dah bukakan hati saya untuk tak kata semua punker itu bermasalah dan lari jauh dari agama]

2 topik besar yang kami bincangkan [boleh baca: dia terangkan - dia sangat banyak cakap. Hehe] ialah berkenaan punker ni dan muzik rock dan nasyid.

Yang saya dapat rumuskan [bual 4 jam, macam mana nak laporkan semua?], dia terima identiti punk dengan landasan Islam yang kuat. Jadi, dari barat tu bukanlah semuanya diterima. Jika Islam tak kata salah, itu dibolehkan. Punk punk juga, tapi agama, solat jangan lupa.

Punk yang dia ikuti adalah yang asli. Versi timur punya agaknya. Yang sekarang yang pure dari barat. Memang lari habis. Dengan agama-agama sekali dilupakan. Jika nak tahu lanjut, boleh rujuk majalah Mastika. Yang diceritakan dalam tu ialah punk dan identiti remaja lain yang rosak akhlak, yang langsung buang agama.



Perlu diingat, apa yang dilaporkan itu tak meliputi semua dalam golongan tersebut. Sebab macam kawan saya ni, minat tu tak sepatutnya menolak tepi agama hanya kerana orang barat buat macam tu.

Kebanyakkan identiti [atau budak-budak sekarang dah jadikannya sebagai ideologi] baru remaja ni biasanya ada jenis muzik sendiri yang diminati. Kebanyakkannya sertai band underground yang bawa jenis muzik rock.

Ini antara perbualan kami mengenainya juga diselitkan mengenai nasyid:

Saya: mm.. macam mana penerimaan diri dalam nak terima perubahan dari genre nasyid ke rock?
Saya: tak rasa macam ada yang tak kena?
Saya: yela, mula2 macam ustaz..

Dia: hehehe... mencabar soalan ni
Dia: sebenarnye x sedar pun
Dia: tp ntah la tgk2kan kembali.. due2 sebenarnye ade unsur islam
Dia: due ade perjuangan positive
Dia: tp due2 ade kelemahan
Saya: kira nak rock pun, pilih juga nak nyanyi pasal apa ek?
Dia: so just cek n balanced la
Dia: hehehe
Dia: nasyid mmg bertujuan utk nasihat
Dia: tp klu pk2 balik x sume muzik nye diterima oleh sume org
Dia: samo jugak rock ni
Dia: sbb kebanyakan musicnye bersifat slow n steady
Dia: bukan aku ckp salah nak slow
Dia: tp mungkin jiwa tgh rancak kot time tu
Dia: secara musically aku lebey suka dgr rock
Dia: die ada bangkit jiwa skit
Dia: at least bakar2 la..
Dia: if u got wut i mean
Dia: heheheh
Saya: faham :)
Saya: sebab nasyid orang melayu ni memang macam tu
Saya: tapi nasyid foreign ada je yang bawa stail rock

Dia: so dulu aku skeptical nganmusic rock ni
Dia: x abis2 citer pasal sex, enjoy n etc
Dia: tp bile ade yg citer sense kat dlm rock ni
Dia: tu yg pikat ati aku tu
Dia: contoh citer pasal politic... ketuhanan n life n etc lagi la
Dia: so kenela tu.. jiwa bangkit pada perjuangan yg sense
Dia: rock ni ade mcm2 jenis sub specis nyer
Saya: apa pandangan ajen pasal nasyid yang dah tak slow n steady skrg ni?
Dia: aku rase ok jek
Dia: imam ghazali ckp... music ni patut keje die bangkitkan jiwa
Dia: bentuk jiwa
Dia: klu kenela rentak tu ngan ngan mesej lagu tu apo slah nyer

Saya: imam ghazali cakap camtu? ok :)
Dia: yup..
Dia: bukak kitab ihya ulum ad-din
Dia: tajuk al-wajdu
Dia: aku suka rujuk part tu
Dia: hehehe
Dia: wlupun imam ghazali kdg2 byk masukkan unsur bidaah
Dia: tp at least die bagi pedoman skit pada bidang music nih
Dia: yusuf qaradawi pun ckp.. music ni antara khilaf terbesar
Dia: ulama just letak hukumnye sbagai mubah=harus
Dia: so yg mengharamkan hukum mubah ni adelah tatacara nyer
Dia: klu org buat music utk maksiat.. so harama la jadinye
Saya: jadi, sebenarnya, nasyid rock atau dalam genre lain2 ni patut dah ada dari dulu dah
Saya: so, takde la penasyid yang nampak 'jahat' bila tukar ke genre lain

Dia: yup
Saya: dan terus deviate
Dia: klu bawa kate erti nasyid ni.. sebenarnye bukan genre
Dia: tp ideologi
Saya: termasuk lagu berunsur ketuhanan?
Dia: ideologi yg bersifat dakwah dlm music
Dia: so any music that toward that.. is nasyeeed
Dia: regardless of wut genre it carries

Dia: sekrg org skeptical
Dia: so as a result org salah faham
Dia: tertutup minda org utk dgr genre music lain
Saya: termasuk yang nyanyi rock dengan hangguk2 kepala, tapi kalau nyanyi pasal tuhan, agama itu nasyid?
Dia: yup
Dia: sbb kite dah definisikan hangguk kapla tu satu yg luar batasan
Dia: kirenye mcm haram
Dia: tp haram ke??
Dia: hehehe
Saya: yang tu, saya kurang setuju sikit.. :
Saya: tak haram. tapi tak nampak islamik la..
Saya: apa yang didengar dan dilihat macam tak parallel

Dia: sbb kite dah definisi "islamik" secara biased nyer
Dia: padahal diorg x wat pun benda yg sonsang
Saya: sebab saya terbayang nabi
Saya: saya terbayang macam mana kalau nabi tengok persembahan yang macam tu
Saya: adakah dia setuju?

Dia: mmg nabi x penah wat
Dia: n nabi jugak x penah halang
Dia: "adakah die setuju" tu satu assumption
Dia: bukan satu kate putus utk nabi kate itu haram
Dia: klu kite tgk satu hadith nabi
Dia: mase eid
Dia: eid fitr
Saya: tapi masih. ada satu rasa yang tak best
Dia: sbb tu music ni di genrekan
Dia: sbb x sume dgr rock
Dia: x sume dgr ballad
Dia: x sume dgr dangdut
Dia: tp klu kite kate ballad tu nasyeed
Dia: kesian la org dangdut sbb diorg x islamik
Dia: xkan kite nak paksa die dgr ballad
Dia: walhal dlm sanubari diorg dangdut
Dia: yg skrg ni the point is.. nasihat bley dimana2 saje
Saya: so, ni isu lain la. sebab genre muzik tu tak padan dengan hati
Dia: genre ni jenis music
Dia: klu bunyi mcm ni.. kire genre itu n ini
Dia: sbb music tu mubah
Dia: harus
Dia: jadi isi kandungan music tu yg jadi penentu halal n haram nye
Saya: ok, dah faham. thx :)
Dia: klu kite diskriminate genre music.. kite telah hilang byk perkara
Dia: hehehehe
Dia: diberi situasi... org ni die nak cari erti islam or etc la
Dia: tp die cme dgr rock
Dia: kan bagus klu kite selitkan unsur dakwah dlm tu. kat music yg die dgr

Dia: hehehe
Saya: betul jugak
Dia: sbb my personal opinion la
Dia: org2 yg deviate ni ramai dari kalangan rockers nih
Dia: yg dgr nasyeed kurang2 dah minat pada islam
Dia: mane tau jadi asbab die nak dgr nasyeed plak ke pastu
Saya: sebab kedengaran nak memberontak
Dia: yup
Dia: org2 jiwa rockers ni sllu nye memberontak
Dia: sbb die pk ade je yg x betul
Dia: as a result diorg cari alternative info utk satisfy their lust for the truth
Dia: klu diorg jumpa al-quran x pe
Dia: ni klu jumpa buku teori darwinsm ke apo2 la yg seumpamanya
Dia: x bahaya tu

Saya: betul, betul
Dia: banyak kawan2 aku yg KL ni la terlalu agung2 kan teori ism2 ni..
Dia: sbb diorg xde peluang utk kenal islam dgn betul
Dia: so sbnrnye.. skrg music ni bukan benda kecil lagi.. tp .. klu kite perasan la.. budak2 amek music ni sbagi care hidup diorg
Dia: bahaya klu music yg diorg amek tu bersifat menyesatkan
Dia: huhuuh
Saya: a'ah
Dia: jangankan nak suruh diorg dgr music pop.... apa lagi nasyeed


Identiti dan muzik yang berbeza itu warna-warni kehidupan. Jangan disalahkan kewujudan mereka jika sebenarnya yang silap itu ialah hal diri sendiri. Jika niat kita untuk menyampaikan yang baik, takkan kita akan buat perkara yang tak baik. Kan?

Banyak yang diutarakan, saya pun tak tau nak ringkaskan macam mana. Jadi, harapnya dapatlah baca dan fahamkan semua yang dibincangkan. Agar jadi manfaat semua. Supaya kita tak senang-senang bersangka buruk pada seseorang yang sertai sesuatu yang masyarakat nampak buruk.

Sebenarnya ada juga masuk isu politik. Tapi tak perlulah yang tu, saya tak mahu nak bincang. Dalam Mastika bulan ini dan bulan depan dah kupas apa yang kita perlu tahu pasal pemimpin kita. VVIP kita. Marilah kita buka mata, buka minda, marilah kita sama-sama bergerak untuk satu perubahan ke arah yang lebih positif dan diredai.

Saya tak boleh buat sorang. Kawan saya tu pun sama. Dia tak boleh sendiri-sendiri nak nasihatkan punkers yang dah sesat. Ini tanggungjawab kita bersama.

Saya ada bahagian saya. Kawan saya ada bahagian dia. Kalian ada bahagian masing-masing. Jika kita semua laksanakan, insyaALLAH, apa yang kita selalu impikan selama ini akan hadir di depan mata ;)

Friday, May 30, 2008

300508

Menarik hari ini:

1.

108 tentera AS bunuh diri

WASHINGTON: Seramai 108 anggota tentera Amerika Syarikat telah dilaporkan bunuh diri tahun lalu, iaitu tahun paling ganas dalam peperangan di Iraq dan Afghanistan.

Kejadian bunuh diri telah meningkat dalam tempoh lima tahun peperangan di Iraq dan hampir tujuh tahun peperangan di Afghanistan. - AP


Mereka yang menyerang, tapi mereka yang bunuh diri. Why??


2.

Akta umur persaraan dilulus

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam meluluskan pindaan kepada Akta Pencen 1980 yang diberi nama Akta Pencen (Pindaan) 2008 bagi membolehkan umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan daripada 56 kepada 58 tahun, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Beliau berkata, kerajaan juga akan menimbangkan untuk melanjutkan umur persaraan sehingga 60 tahun secara berperingkat.


Ada nak beri pro and consnya?


3.

AUKU dipinda galak pelajar lebih konstruktif

PUTRAJAYA: Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan dikekalkan dengan meminda beberapa fasal supaya ia tidak mengongkong pembabitan pelajar dalam kegiatan yang membina dan konstruktif, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Najib enggan menjelaskan sama ada pindaan AUKU bagi menggalakkan kegiatan membina dan konstruktif itu termasuk aktif dalam politik.


Tak sabar nak lihat kesannya.

Friday, May 23, 2008

baju sekolah

Tukar baju elak gangguan seks
May 21, 08 5:39pm

Kementerian Pelajaran dicadangkan menukar pakaian seragam pelajar perempuan bagi menangani jenayah seksual melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dalam kalangan mereka.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, kementerian boleh menukar baju putih kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan.

"Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ," kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah Bahari hari ini.

"Lebih-lebih lagi ia (baju jarang) akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh pelajar perempuan di sekolah kerajaan.

"Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya.

"Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan sebagainya."

Beliau mencadangkan kementerian menilai semula secepat mungkin baju seragam sekolah untuk pelajar perempuan.

Jika kementerian ingin mengekalkan seragam warna putih, katanya, PKPIM mencadangkan pelajar perempuan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung yang labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat.

"Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani isu ini dan rombakan perlu dilakukan ke atas pemakaian pelajar perempuan demi memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam," kata Munirah, naib presiden hal ehwal wanita PKPIM, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, sikap pelajar perempuan yang tidak tegas menjadikan mereka mangsa cabul.

"Apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka diperlakukan apa-apa sahaja oleh sesiapa," katanya.

Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja, tegas Munirah, perlu diberikan perhatian oleh semua pihak.

"Namun begitu, isu ini dilupakan seketika (sekarang) apabila laporan sebegini tidak lagi tersiar di dada-dada akhbar.

"Sebaliknya isu ini akan menjadi panas apabila ada mangsa terbaru dilaporkan," tambahnya.

"Pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini."


Sumber: http://www.malaysiakini.com/

Haha, sebenarnya tak pernah pun terlintas di fikiran seragam sekolah yang dah jadi tradisi Malaysia sejak berpuluh-puluh tahun dahulu mendatangkan masalah yang macam ni.


Baju yang macam ni boleh terganggu??

Saya sebenarnya sangat hormat pada peraturan pemakaian yang dikenakan di sekolah-sekolah kerajaan. Jika imbas semula, masa itulah yang kita belajar nak pakai tudungnya, nak pakai baju dan kain dalamnya, nak pakai stokingnya.

Sebab apa? Jadi peraturan. Peraturan, jika dilanggar akan didenda. Atau jika semasa saya di MRSM dulu, akan kena dimerit.

Benda baik kadang-kadang perlu dipaksa untuk dilaksana. Tak semestinya dengan keterpaksaan itu akan buat kita rasa tak ikhlas sampai bila-bila. Terutama jika kita nampak relevennya.

Selain cara pemakaian dalam solat, seragam sekolah juga dapat bantu didik kanak-kanak dan remaja untuk membiasakan diri dengan cara pemakaian Islami yang bersopan. Yang dimaksudkan di sini ialah baju kurung dengan tudung.

Tahukah kalian, dengan baju kurung dan tudung tu, ditambah dengan stoking yang memang dipakai untuk ke sekolah, tak perlu dah nak cari telekung untuk bersolat? Macam tu je dah cukup.

Etika pakaian masa solat adalah yang sepatutnya dipakai oleh wanita Islam. Jika kita yakin pakaian yang kita pakai seharian tu boleh bawa solat, kita dah cukup tutup aurat dalam erti kata sebenar. Kalau tak yakin lagi tu, maknanya kita tak tutup habis lagi.

Memang warna seragam sekolah putih. Tapi jadi pilihan kita pula untuk pilih nak pakai yang tebal atau nipis. Pakai yang nipis, cepat saja ditangkap pengawas jika tak pakai baju dalam atau pakai tudung singkat. Sebab tu, jika di sekolah dulu, tak pakai baju dalam akan didenda.

Tapi nak tambah ikut syarak, kena kuatkuasakan peraturan yang lagi satu. Iaitu tak dibenarkan pakai tudung yang tak lepas dada. Tapi betullah cakap PKPIM, benda ni nak kena dikuatkuasakan pada semua sekolah kerajaan, bukan bergantung pada pentadbiran sesebuah sekolah saja.

Masa saya sekolah dulu [bukan di MRSM], pakai tudung singkat yang macam tergantung je atas bahu memang jadi ikutan. Makin pendek, makinlah mereka suka. Suka jadi perhatian agaknya. Tapi memang tak senonoh je nampak. Pakai tudung cukup syarat saja.

Takkanlah yang dah pakai baju putih tebal, berbaju dalam dengan tudung labuh melepasi dada masih tarikh perhatian pelajar lelaki? Jika bukan juga kerana perangai perempuan tu yang mengada-ada, masalahnya bukan pada si pelajar perempuan itu.

Suasana hari ni yang dah terlebih 'open' dengan 'openness' tu yang dah meng'open' pintu hati kita untuk menerima bisikan syaitan.

Mereka yang 'open' dengan 'openness' ni ada di mana-mana. Jikalah kita anggap yang di televisyen itu sudah ditapis dan diiktiraf boleh ditonton tanpa mengganggu perasaan dan emosi kita, itulah peng'open'nya.

Tak payahlah dengan drama dulu. Yang tu boleh didebat berpura-pura. Olok-olok je. Lihat pula pada rancangan realiti. Realiti belaka tu! Yang seksi-seksi tu!

Jadilah yang perempuannya, "Tak salah kot aku nak singkatkan tudung sikit je. Tak payah pakai baju dalam. Takdenya jadi seseksi yang kat dalam tv tu pun" dan yang lelakinya, "Tak tahan betul aku. Mana-mana je mesti stim."

Dah tu macam mana?

Seragam sekolah kita dah lama macam tu. Dulu-dulu, tak ada pun kes-kes yang macam ni. Janganlah salahkan umat yang tak berdosa tu. Ada benda lain yang lebih dalam akarnya untuk kita gali. Ini bukan pasal seragam sekolah saja...

Tuesday, April 08, 2008

produk pork skin bervitamin



PRODUK INI TELAH BERLELUASA DIJUAL DI 7 ELEVEN. Hati-hati. Jangan sampai terbeli...

Sumber: www.muslimconsumer.org.my

Friday, April 04, 2008

Mitos minum 8 gelas air

Pakar berpendapat tiada bukti air banyak manfaat kepada tubuh

LONDON: Sekumpulan saintis menyangkal dakwaan bahawa meminum lapan gelas air sehari adalah baik untuk kesihatan manusia sebaliknya menyifatkan ia sebagai satu mitos.

Kumpulan saintis itu berpendapat bahawa sehingga kini tiada bukti dengan meminum sejumlah besar air dapat memberi manfaat kepada kesihatan seseorang dan mereka tidak mengetahui bagaimana kepercayaan itu boleh tersebar.

Kumpulan pakar buah pinggang di Amerika Syarikat membuat kajian terhadap dakwaan bahawa dengan meminum lapan gelas air sehari dapat membuang toksin dalam badan, menghalang kenaikan berat badan dan meningkatkan tona kulit.

Dr Dan Negoianu dan Dr Stanleu Goldfarb dari Bahagian Hypertensi, Elektrolit dan Renal di Universiti Pennsylvania berkata bahawa tiada satu kajian menunjukkan bahawa purata kesihatan manusia memerlukan untuk meminum sejumlah air melebihi 1.5 liter setiap hari.

"Tidak jelas dari mana datangnya cadangan seumpama itu," kata mereka dalam Journal of The American Society of Nephrology.

Penyelidik mendapati beberapa bukti bahawa individu yang dalam keadaan panas, cuaca kering dan juga atlit perlu meningkatkan jumlah air yang diminum. Kajian juga menunjukkan bahawa meminum banyak air juga membantu badan mengeluarkan garam dan dan urea.

Tetapi tiada kajian mendapati adanya manfaat kepada organ sekiranya pengambilan air adalah berlebihan.

Dr Negoianu dan Dr Goldfarb turut menyiasat teori bahawa meminum lebih banyak air boleh menyebabkan kita berasa kenyang dan hilang selera makan.

Ada pendapat mengatakan bahawa perkara ini dapat mengekalkan berat badan sihat dan mengatasi obesiti tetapi tiada bukti terhadap dakwaan itu. - Agensi

Berita Harian



Ada sumber lain?

Friday, March 21, 2008

zina + nikah

Pembetulan emel mengenai zina dan perkahwinan yang saya dapat. Mengatakan bapa kepada kandungan hasil zina tu tak boleh mengahwini si ibu sebelum kandungan itu dilahirkan. Benar, tapi ada perbezaan dalam mazhab Syafi'e.

Soalan:

Salam, saya ade kemusykilan sket...

soalan saya :

1. Boleh ke kawen dgn pompuan yg tengah mengandung?

2. Camne klu yg dah terlanjur, leh ke klu bapak budak tu nak kawen dgn pompuan tu sbelum baby tu lahir?

3. Adekah pernikahan tuk soalan 1 dan 2 tu sah?

4. Klu da nikah, nak kene wat ape? cerai serta merta ke?

5. Adekah akan dikira zina klu diorang da nikah?

6. Apekah hak2 anak luar nikah? die xleh dibintikan kepada bapak die kan? so die leh ke klu nak kawen dgn bapak die?

7. Bapak die adalah bukan mahram kepada anak die?

8. seorang lelaki dan pompuan dah tinggal sekedudukan, leh ke klu dioran g kawen serta merta? ke nak tunggu tempoh dulu nak tgk pompuan tu ngandung ke x? klu xngandung leh kawen? klu ngandung xleh kawen?



wasalam...



Jawapan:

Wassalam

al-Jawab:

Jawapan adalah berdasarkan madzhab Syafi'iy dan tarjih Syaikhul Islam Ibn Taymiyah sebagai perbandingan.

1. Bolehkah seorang lelaki berkahwin dengan perempuan yang sedang mengandung?
Jawab:
Madzhab Syafi'iy membolehkan lelaki mengahwini perempuan hamil secara mutlak berdalilkan QS anNisaa': 24 (dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian)
Pendapat Ibn Taymiyah: tidak sah nikahnya kerana wanita hamil wajib iddah terlebih dahulu. Dalilnya: QS alMumtahinan: 10 (wahai orang beriman apabila datang berhijrah kepadamu perempuan beriman, hendaklah kamu uji mereka)
HR Abu Sa'ied alKhudri ra, sabda saw, " perempuan hamil dilarang dinikahi sampai ia melahirkan." HR Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani

2. Lelaki yang terlanjur dengan seorang gadis, apakah boleh dia berkahwin sebelum kandungannya itu lahir?
Madzhab Syafi'iy: Boleh dan sah nikahnya. Dalil: QS anNuur: 03 (lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina)
IT: Boleh berkahwin selepas taubat dan selepas bersalin. (Majmu' Fatawa, jld 32/ 5-224)

3. sah menurut madzhab syafi'iy dan tidak sah menurut Imam Ibn Taymiyah.

4. kalau dah nikah, nak buat apa?
syafi'iyah: Kalau dah nikah dan didapati perempuan itu hamil, maka jika lelaki tertipu, maka boleh cerai serta merta. Jika lelaki itu suka, maka akad nikah itu sah (almuhadzab, 2/45)
IT: kena cerai serta merta dan mahar dipulangkan. (MF jld 32, ibid)

5. apakah dikira zina kalau nikah?
syafi'iyah: kalau dah nikah dan lelaki sudah redha dan membayar mahar, maka sahlah.
IT: Nikah dengan perempuan tidak sah dan kalau jima'boleh dianggap zina

6. Anak luar nikah
semua madzhab tidak boleh dinasabkan kepada mana-mana lelaki. Apakah dia boleh kawin dengan lelaki yang berzina dgn ibunya?

syafi'iyah kata boleh, manakala IT kata tak boleh berdasarkan hadith Bukhari, "alwalad lil firash"yakni anak itu bagi lelaki yang menggauli si ibunya", maksudnya anak yang ada DNA lelaki itu tetap haram walapun ia terjadi hasil dari zina.

Hukum ini berubah jika anak itu lahir dalam tempoh minimum 6 bulan selepas perkahwinan menurut madzhab syafi iy (seperti yg dibahaskan di ruangan Diskusi)

7. bukan mahram kerana mahram ditentukan melalui nasab yang sah

8. sudah dibahaskan di atas. ini soalan ulangan. sekian


Sumber: al-ahkam.net