Semalam baru pertama kali gunakan kad kredit Maybank untuk beli benda mahal. Benda mahal tu tak boleh cakap dulu apa. Sebab nak buat kejutan pada salah seorang yang mungkin membaca ni :D
Yang membaca ni pun ada yang dah tahu. Syhhhhh!
(Tak adalah mahal sangat. Had kad tu pun RM4k je)
Kepada sesiapa yang pernah dengar kenyataan saya dulu yang seboleh-boleh tak mau guna kad kredit, saya mengaku, dah macam best pula. Tak perlu tunggu duit cukup untuk dapatkan barang-luar-kemampuan-tunai-dalam-tangan yang perlu.
Tambah lagi dapat poin. Poin tu termasuklah dari penggunaan kad debit Maybank juga. Saya memang dah lama guna kad debit. Barang yang boleh dituntut dengan poin tu pula best-best.
Dalam tak sedar, poin saya dah 800 lebih.
Walaupun pembelian guna kad kredit tu taklah susah mana (sebab semua diuruskan oleh tuan kedai), lama juga nak tunggu dia berurusan dengan pihak bank melalui telefon.
Tuan kedai siap fotostat kad pengenalan dan kad kredit tu.
"Orang bank pun bergayut", kata salah seorang pekerja kedai yang lagaknya macam Saiful Apek. Memang saya gelak habis tengok gelagat dia. Sebijik!
"Eh, saya dengan Apek tu satu kampung tu. Dulu kecik-kecik main guli sama-sama." Katanya bila saya beritahu tentang persamaan mereka.
Ada seorang budak perempuan, pekerja lain kedai tu tengok saya, dia pun nak tergelak sekali.
"Kenapa gelak kak? Saya tak buat apa-apa pun. Nak autograf ke?"
Bayangkan je Saiful Apek cakap. Macam tu la gaya budak ni cakap. Saya gelak memang tak boleh berhenti. Tengok Apek pun saya tak gelak macam tu.
"Kak nak simpan dalam beg atau biar dalam kotak?"
"Letak jelah dalam beg terus"
"Ok, siap" Dia hulurkan kotak pada saya. Saya dah nak ambil.
"Beg ni saya simpan ye?" Bertuah betul. Dah disandangnya beg tu. Ingat nak beri dua-dua, beg dan kotak sekali.
Berbalik pada cerita kad kredit tadi. Lepas tuan kedai dengan pihak bank berurusan, tuan kedai serahkan pula telefon pada saya.
"Untuk pengesahan, boleh saya dapatkan no telefon cik?"
"No kad pengenalan?"
"Tarikh lahir?"
"Nama ibu?"
Kononnya sebagai langkah-langkah keselamatan, betul tak saya sebagai pemegang kad yang nak buat pembelian.
Kalau setakat soalan-soalan biasa macam tu, bukan susah orang lain nak tau.
Cuma nak kongsi pengalaman pertama guna kad kredit beli barang. Dan jumpa 'adik' Saiful Apek.
8 comments:
salam mira,
saya nk ulas skit mengenai topik 'angkat-angkat' yang awak post sebelum ini.
ya memang betul batas hubungan adik-abang angkat SAMA DENGAN batas hubungan perempuan-lelaki bukan muhrim.
saya nak tanya satu soalan:
Bagaimana pula hubungan adik-abang angkat itu berlangsung dlm keadaan si 'adik' ialah perempuan yang belum berkahwin,
manakala si 'abg' pula adalah seorang SUAMI yang telah mempunyai ANAK atau ANAK-ANAK serta ISTERI yang jauh dari mata?
dan,
apakah pula hukumnya kalau, si 'adik' dan 'abg' (kononnya) ini yang terlalu kerap berhubungan bersama,(mungkin makan bersama, talifon,sms,dsb)?
tidakkah ini menimbulkan fitnah?
yakin kah awak bahawa si 'abg' angkat awak (kononnya) ini, TIDAK AKAN/MUSTAHIL,untuk jatuh cinta, atau menyukai awak selama hubungan itu berlangsung? dan,
sejauh mana kenyakinan awak tentang hal ini?
awak kata hubungan adik-abang angkat ini untuk mewujud kan rasa 'sense of belonging' di mana saya rasa itu sangat tidak masuk akal.
'Jika bukan aku, siapa lagi yang nak tolong dia?' (ayat ini dipetik dari topik angkat-angkat dlm blog awak sebelum ini).
kawan satu office tidak cukup kah untuk menolong awak? awak tidak ada kawan-kawan perempuan kah? kenapa mesti abang angkat yg sudah punya isteri dan anak(anak-anak)?
kenapa tidak ambil sahaja kakak angkat?tidak ada langsungkah perempuan-perempuan di tempat kerja awak itu yang sesuai dijadikan sahabat? atau pun kakak? atau pun adik?
lagi sekai saya tertanya-tanya.
hubungan angkat-angkat ini boleh menyebabkan orang yg bercinta, akan jd putus cinta, orang yang bertunang akan jadi putus tunang, dan orang yang berkahwin, akan jadi bercerai.
awak yg kononnya membawa imej 'islamik', 'baik', (kononnya), sayang sekali masih tidak tau membezakannya.
saya bercakap berdasarkan pengalaman.nasihat saya, janganlah bermain api.kelak akan membakar diri.Fikirlah.
waalaikum salam wbt.
wahai lea alfiera,
1. jika saya kenal saudara/ri, silalah gunakan nama sebenar. saya buka post untuk anonymous bukan untuk orang yang tak mau dikenali ambil kesempatan.
2. jika saya tak kenal saudara/ri, silalah tinggalkan link website atau blog yang membolehkan saya kenal saudara/ri.
3. kalaupun saudara/ri tak ada website atau blog, tinggalkanlah alamat emel untuk saya reply jawapan. tak semua orang nak tau dan tak semua orang perlu tau jawapan yang saudara/ri minta.
4. jangan berprasangka jika tak tau / tak kenal. tak baik.
5. terima kasih atas komentar membina (tak mau bersangka buruk kata membinasa). perlukan sebarang cara untuk saya hubungi saudara/ri semula.
lea, kamu menghuraikannya dengan baik bg pihak saya.
terima kasih.
moga mirakimura faham situasinya skrg. sbb orang yang explain tu bukan lagi saya (yg sgt2 affected dgn perkara ni), tetapi orang lain juga.
mira, ia bukan sekadar prasangka. ia mungkin dah boleh jadi unspoken truth. fikirlah. (campur sekali dgn hujah2 saya seblum ni).
wslm.
mira,
saya rasa tidak perlu lah awak mahu kenali saya secara details atau menghubungi saya secara peribadi..
Ingin saya betulkan sedikit ayat awak yang nombor tiga:
"tak semua orang nak tau dan tak semua orang perlu tau jawapan yang saudara/ri minta."
walaupun tidak semua org nak tau dan tak semua orang perlu tau, namun saya yakin, RAMAI ORG ternanti-nanti awak menjawab soalan-soalan saya itu.
kenapa?
1)Dapat menghilangkan prasangka
2)Dapat melihat serta menilai di mana logik nya perhubungan awak dengan "abang angkat" awak itu harus berlangsung. Dengan kata lain penting sangatkah hubungan itu.
3)Dapat menghapuskan fitnah serta kata-kata yang tidak sedap yang dilemparkan kepada awak.
4)Dapat menilai diri serta pemikiran awak yg kononya 'islamik','baik','bersopan santun', dsb.
Entah kenapa Mira, saya begitu meluat serta menyampah serta terasa awak begitu gedik kerana ber 'abg' angkat kn seorang lelaki yg telah beristeri yang jauh dari mata dan mempunyai anak (anak-anak). Tidak mustahil satu hari perkataan angkat itu hilang entah kemana. Dan akhirnya akan tinggal "Abg" sahaja. (nauzubillah..minta dijauhkan..)
Nasihat saya, hentikan lah.Jaga la nama baik serta imej yang awak bawa.
Pesanan saya buat Fami, Bersabarlah..Saya sangat faham perasaan awak ketika ini.
Maaf jika kata-kata sungguh memedihkan.sekali lagi saya terangkan, saya bercakap melalui pengalaman....
p/s: saya bukan 'Anonymous' yang mahu mengambil kesempatan. Tetapi hanya mahu membetulkan keadaan. :)
Saya ingin menjawab persoalan yang telah diajukan oleh lea alfiera sebelum ini berkenaan tentang:-
- "yakin kah awak bahawa si 'abg' angkat awak (kononnya) ini, TIDAK AKAN/MUSTAHIL,untuk jatuh cinta, atau menyukai awak selama hubungan itu berlangsung? dan,
sejauh mana kenyakinan awak tentang hal ini?" kerana orang yang dimaksudkan itu adalah saya dan saya lebih mengenali diri saya.
Untuk pengetahuan,
-Isteri saya telah pun diberitahu lebih awal tentang perkara ini kerana dia sudah pun mengenali Mira. Bukan setakat itu saja, malah kedua orang tua Mira telah pun dipertemukan dengan isteri dan keluarga mertua saya yang berada di Kuantan. Kedua org tua saya juga telah mengenali Mira.
Sumua ini dilakukan untuk mengelakkan prasangka dan mereka memahami serta mesra diantara satu sama lain. Saya tidak kisah jika ada orang luar yang bersangka buruk pada kami kerana itu hak anda malah kami bersyukur kerana dalam suasana "bermuka-muka" masih ada lagi perasaan prihatin dan ingin mengambil berat. Memang sungguh tak disangka. Bagi kami, kami sudah ibarat sebuah keluarga yang besar.
hai mira....
pandai abg angkat awak berkata-kata. kalau tak silap saya abg long rozlan tu abg angkat awak kan? sy suka dgn penerangan dia. tapi saya musykil sikitlah. kenapa awak tak byk ckp pasal rakan sekerja awak yg lain. awak tak rapat dgn mereka ker? asyik cerita pasal abg angkat awak dgn kwn senamrobik aje. sebab tu lah lea dgn fami cakap awak ada apa-apa dgn abg angkat awak tu. jd sy harap awak kurangkan bercakap pasal mereka. dari pemerhatian saya byk yg awak buat tu adalah kerana ingin bersama dgn abg angkat awak tu. contoh terdekat awak pergi sungai congkak. awak kata awak hanyalah "pegawai jemputan". takkan lah abg angkat awak pun "pegawai jemputan". kalau tak silap saya aktiviti tu adalah untuk polibriged. saya tau coz saya pun staf politek gak. mana ada staf mcm kite ni jadi pegawai polibriged kecuali kalau kita ada masuk wataniah. cik mira ada masuk wataniah ker? hm..musykil saya ni.
kepada Anonymous terakhir.
terima kasih sebab ambil berat.
1. baru 1 entri saya sebut nama beliau. mungkin saudara/ri tak habis semak dalam entri² sebelum ni, nama siapa lagi yang kerap saya sebut. (saya dah menulis sejak 2004. dah banyak nama yang hadir dalam hidup). tapi, nasihat saudara/ri tu saya akan manfaatkan. terima kasih sekali lagi.
2. saya adalah pegawai yang dijemput oleh tuan penyelaras polibriged sendiri. sebab saya dah pesan pada awal² perkenalan kami untuk jemput saya jika ada aktiviti camping. saya memang suka dengan alam semulajadi. saya tak ada kena mengena dengan wataniah atau apa.
3. kebetulan, abang long pun ada minat yang sama. pegawai bermaksud kakitangan kerajaan, tak kisah gred.
harap penerangan ringkas ni membantu kekusutan fikiran semua yang membaca.
salam
hangat tul isu ni..smpikan da msk hal peribadi...nama individu2 tertentu terserlah dlm blog ni...so unprofessional comment..
let me remind to all of u...blog adalah tempat utk berkongsi pendapat dan idea,komen2 yg membina tanpa melibatkan nama individu2 tertentu...segala coretan yg dipaparkan disini adalah utk dinilai dan diberi penilaian..
penilaian yg diberi perlulah secara profesional...bukan melibatkan hal2 peribadi yg sememangnya akan mendtgkan tanda tanye pd org lain, atau paling teruk, menyebabkan implikasi negatif terhadap penulis di kalangan pembaca yg lain...perlu diingatkan kepada sume commenter..komen anda boleh di baca oleh sesiapa sahaja..bukan dikalangan anda semata2..
jika besar kesalahan penulis..komen la secara berhemah..jgn sesekali menjatuhkan air muka penulis...memang ini harga yg perlu dibayar oleh penulis apabila membangkitkan satu2 isu..tp...jalankan tanggungjawab anda sbg pengkritik yg bijak...
kita cuma manusia biasa..bukan syumul...ingat tu..
Post a Comment