Wednesday, October 10, 2007

tudung lagi...

Saya ada masalah yang agak berat. Saya dah jumpa ramai kawan perempuan [yang dulunya pernah jadi rakan seperjuangan di sekolah atau sekarang di UIA] yang...

FREEHAIR

Ini slanga budak-budak asrama yang maksudnya, TAK PAKAI TUDUNG.

Kalau tak tegur apa-apa, memang salah besar. Saya tahu, mereka nanti akan agak yang saya tak membangkang tindakan mereka. Maka, saya dah beri dosa pada diri sendiri walaupun saya pemakai tudung.

Tapi, untuk menegur.. Tak kuat rasanya. Saya tak tahu bagaimana nak mula, bagaimana cara yang paling praktikal dan berkesan.

Satu masa dulu, saya pernah tulis entri pasal kekecewaan saya terhadap seorang kenalan [tak rapat pun, sebab dia teman sebilik pada kawan], yang saya dapat tahu dia bukan seorang pemakai tudung bila gambarnya didedahkan secara terang-terangan di Friendster.

Saya nampak cuma dia seorang. Jadi saya tanya dia, kenapa tak pakai tudung, dan nasihatkan AT LEAST buanglah gambar yang tak pakai tudung tu dari Friendster. Malu jika sahabat-sahabat UIA lain nampak..

Saya tak ceramah panjang kepada pelajar-pelajar UIA, sebab bila dah masuk UIA dan kena belajar BANYAK subjek agama [walaupun pelajar kursus Ekonomi], pasti tahu sekurang-kurangnya perihal batas aurat [jika ditanya adik saya pun, pasti mereka tahu].

Apa yang rakan tu buat? Dia gantikan gambar utamanya dengan gambar pelakon. Tapi gambar itu masih ada dalam galerinya. Dan.. tak lama kemudian, dia tukar semula gambar utama tu pada gambarnya yang tak pakai tudung. Lebih cantik daripada pelakon tu mungkin.

Ada juga saya tegur [sumber gambar yang sama: Friendster], pelajar UIA juga, secara terang-terangan bergambar berpegang tangan dengan kekasihnya. Dia tak pula respon. Peliknya, dia masih BANYAK pos buletin tazkirah di sana. Terutama selepas saya tegur. Tapi gambarnya masih ada.

Betapa panasnya saya rasa.

Sedih, sebab, betapa Mastika dah dan sedang ambil inisiatif ubah perangai buruk budak-budak muda sekarang, tapi mereka yang di sekeliling saya pun saya tak dapat nak bantu selamatkan. Dan sebenarnya, saya tak tahu apa yang dah saya sumbang pada Islam.

Sekarang, senarai mereka yang saya dapat tahu depan-kawan-kawan-dan-pensyarah-pakai-tudung-tapi-di-luar-tak ni bukan berkurang, tapi semakin ramai... :(

Minta tolong kawan-kawan. Sempena bulan baik ni, saya nak minta pandangan dan cadangan, macam mana nak berhadapan dengan masalah ni. Moga ada usaha yang dikira.

9 comments:

hAiRiL/spiderman_pink said...
This comment has been removed by the author.
hAiRiL/spiderman_pink said...

assalamu'alaikum wrt wb

ana rasa perkara ni memang berleluasa. bukan sahaja di malaysia, malahan di singapura pun.

hingga kini belum lagi mendapat cara yang terbaik untuk menegur. memang susah, itu tidak dapat dinafikan.

apapun, kalau nak tegur tu bil hikmah. ingat kisah seorang badwi yang kencing di dalam masjid? sahabat semua marah hingga ada yang hendak memukulnya pun. tapi nabi s.a.w rilek je. marah pun tidak. dia pergi pada badwi itu dan beritahu apa yang dia buat tu tak patut. badwi tu pun minta maaf dan mengatakan yang dia tidak tahu.

cuma tu lah, ana rasa yang tak pakai tudung ni tahu? atau mungkin mereka tak tahu eh?

lagi satu yang nak ingat, hidayah datang dari Allah. Dia berhak untuk memberi dan menarik balik dari sesiapa sahaja, bila-bila masa. kalau kita dah bersungguh-sungguh menjalankan dakwah, tapi tiada perubahan juga, mungkin hidayah tu belum sampai. itu pun kalau betul dakwah kita benar sungguh-sungguh.

insha Allah, mudah-mudahan satu hari nanti akan jumpa jalan keluar untuk masalah ni. jangan putus berdoa pada Allah, kerana usaha tanpa doa pun tak guna. semua yang datang dariNya, keranaNya, dengan izinNya.

Wan Zuriati said...

Mira..mmg bukan senang untuk berdakwah..lebih-lebih lagi pada mereka yang 'berilmu'. Mereka bukan tak tahu tapi hati mereka sudah dikuasai nafsu..jika mira xdpt nk tegur melalui lisan, tegurlah dlm hati..jangan sesekali hati kita redha melihat perkara begini..insyaAllah Allah menilai keikhlasan usaha kita (",)

Anonymous said...

Jelek sebenarnya melihat wanita Islam yang bangga mendedahkan auratnya kepada bukan mahram....

Unknown said...

anda sedih dan anda panas.. tp usaha tetap perlu diteruskan.. tp pada saya.. ini salah satu cara.

jadi kawan dulu sblm kasi dakwah. mmgla.. tp ingat gak batas2 kawan.. kalau kawan ajak buat memende tak elok.. jgn buat lak. tp sebolehnya penuhi kehendak dia.. insya-allah.. nnt dia akan nampak la hasil dakwah melalu keperibadian.. kemudian barulah senang dia nak memahami apa yg kita nak sampaikan.

satu cerita, kisah benar buat anda

ade satu hari beberapa tahun yg lepas.. macam biasa kat surau area rumah.. ade la ustaz kasi ceramah.. so ada ustaz ni cerita kisah dia. dia seorang ustaz. keluarga pun tinggi ilmu gak. tp kahwin ngan pilihan sendiri.. isteri beliau merupakan soerang yg freehair juga. . cuma nasib baik ibu bapa dia kurang menentang.

jadi ustaz ni cerita la.. camna dia bersabar dlm dakwah dia.. mmg la.. dia sendiri pun terkena bila orang umpat dan cakap cakap macam " nama ustaz tp isteri tak pakai tudung ". ustaz tuh cakap sakit mmg sakit tp itu adalah cabaran biasa. fitnah.

sehinggalah pada suatu hari.. dah ade anak dua.. baru isteri dia ajak ustaz tuh temankan dia beli tudung. ustaz tuh masa dia ceramah tuh.. ternampak wajah kegembiraan dia.. dia cakap gembiranya hati dia tak terkata. yela isteri.. orang yg akan bawak sampai ke syurga kan..cinta hati ape semua.. akhirnya terbuka pintu hati utk memakai tudung. berapa lama dia tunggu tuh.. berapa lama dia menanti dan berapa banyak kutukan sinis yg hinggap kat telinga dia. semuanya berbalas.cintanya ustaz tuh terhadap isteri dia.

jadi saudari mirakimura.. cuba jadi kawan diorang dahulu.. takperlu sekumpulan.. cukuplah sorang dua.. perlahan2.. jadi kawan diorang.. selami perasaan.. bila dah jadi kawan.. segala teguran lebih mudah diambil terima..

so jgn putus asa.. lakukan kerja kita.. dakwah dan islah hak kita. hidayah hak Allah. doakan supaya diorang dpt hidayah gak.

p/S : ayah saya kerja UIA pun tak menafikan permasalahan sebegini.. huhu

Fahmi Mahat said...

cerita ttg tudung dan dakwah ni, kadang2 orang yg pakai tudung sendiri backfire diri sendiri.

Apa maksud saya?

Maksud saya, orang yang bertudung (yg amik anything about islamic dakwah not excluded) sendiri tak observe aspect lain tentang diri sendiri, walaupun dia bertudung.

perkara ini yang sering diulang2 dan djadikan hujah oleh orang yang tak bertudung.

Nak tau apa dorang cakap?

"Kami tak bertudung, tapi kami tak bawak mulut cerita keburukan orang tu orang ni"

"kami tak bermuka-muka, depan orang tunjuk baik, tapi belakang orang buat macam-macam"

Ini sekadar contoh petikan dari realiti.

Di samping usaha kita untuk memperbaiki golongan yang "ignorant" ttg tudung ni, kita pun seharusnya tak lupa pada mereka yang bertudung tapi hatinya tidak bertudung.

Sebaiknnya jadilah seperti nila yang mewarnakan apa yang ada di sekelilingnya. Kita baik, dan membaikkan orang lain.

"ya Allah kuatkanlah hati kami, dalam jalanMu yang indah"

Norziati Mohd Rosman said...

Ini masalah sejagat, bukan sahaja di UIA. Dahulu bila di UIA, kita rasa terpelihara. Bila keluar, rasa tercabar pula. Macam-macam dugaan yang ada. Dosa pahala jadi mainan. Jadi tudung ini salah satu daripada beribu-ribu cabaran yang ada. Memanglah kita kecewa kerana berada ditempat yang baik tetapi tidak mampu mempraktikkan apa yang kita perolehi.

Masalah utama ialah kita terlalu diteorikan dengan macam-macam benda tanpa ada satu contoh yang baik untuk di ikut. Kadangkala pemakaian tudung ibarat mood fashion yang berubah-ubah pula. Kalau bab pakai tudung, ingat tak dahulu bila Azura Abdul Karim (TV3) mula-mula pakai tudung. Ramai orang suka dan mula ikuti perkembangannya. Kemudian Aisyah jadi Permaisuri Agong dan pakai tudung. Rakyat Malaysia tersenyum bangga bila ada pemimpin tertingginya buat pertama kali 'pakai' tudung (bukan selendang ya!). Kemudian bila kita dapat PM baru, ramai menaruh harapan tetapi orang dianugerahi ilmu yang mantap sepertinya pun tidak mampu berbuat apa-apa terhadap angggota keluarganya yang terdekat. Maaf, ini sekadar contoh yang mudah.

Hidayah itu ada macam-macam. Mungkin belum waktunya untuk mereka sekarang ini.

mira said...

hidayah? orang islam, sedari lahir patut dah dapat hidayah. hidayah islam. kita pakai tudung sebab tuhan suruh, bukan sebab dah dapat hidayah...

jika raja yang suruh, tak perlu pun tunggu hidayah...

Idham said...

biasanyer la..kalau kita bagitau secara direct tak akan efect aper2..tapi kalau dia dapat tau sendiri baru dia sedar dan berubah..cuba cari kaedah supaya dia terperangkap untuk tahu akan kelemahan dirinya..
http://cat-world.50webs.com