Friday, March 02, 2007

lagi kisah sosial

Masih dalam kelas terakhir silat semalam. Cikgu Raof ada beri nasihat. Dah ada ilmu silat tu nanti jika ada apa-apa yang berlaku, gunakanlah untuk mempertahankan diri. Ajar kakak dan adik. Sama-sama kita manfaatkan ilmu yang kita ada.

Silat ni bukan tujuan nak riak tunjuk pandai. Tapi juga nak kuatkan bangsa Melayu. Tak lupa jatidiri sendiri. Untuk orang Islam juga khususnya. Supaya bangsa lain tak mudah nak pijak kita. Kita kena jadi bangsa yang kuat, sebagai asas untuk pembangunan yang lain.

Cikgu Raof sempat usik ahli kelas, pasal kecurangan yang berlaku sekarang. Adalah seorang yang di aimnya [yang hadir kelas semalam pasti tahu]. Gayanya seperti melawak, bersahaja. Tapi saya tahu, katanya memang berisi sesuatu. Nasihatnya memang tujuan beri tekanan.

Saya akui, pun dulu banyak dengar desas-desus yang tak best pasal lelaki ni. Harapnya sekarang dah tak berlaku lagi. Tak sangka Cikgu Raof naikkan semula isu ini. Itupun antara yang saya tahu. Yang saya tak tahu? Ikut pengalaman, pasti jika tak banyak pun, memang ada lagi yang lain.

Sama seperti persoalan yang ditimbulkan di forum CINTA baru-baru ni. Katanya lelaki kena bertanggungjawab pada perempuan. Halalkan cepat hubungan haram sekarang. Janganlah tambah lagi dosa. Terutama sekarang, zaman yang penuh pancaroba ni.

Tak sangka ia sebenarnya memang 1 isu.

Selak KOSMO! yang sama semalam, ada kolum jingga kecil bertajuk "Suka berseronok punca remaja terjerumus".

Artikel tu point pada remaja perempuan. Makin ramai yang terjerumus dalam hubungan seks bebas. Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) kata puncanya banyak daripada tonton bahan lucah dan terlibat dalam kelompok mereka yang buat benda tu.

Hasil kajian Dr. Khaidzir Ismail, Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja, UKM, didapati daripada 887 pelajar perempuan yang dikategori 'berisiko tinggi', 886 pernah buat hubungan seks!! Seorang je yang tak buat? Ai, melampau betul akhlak remaja sekarang. Saya bukan takat geram, takut pun iya.

Mana letaknya Islam dan Tuhan di mata kita?

Cikgu Raof ada sebut, kita percaya Tuhan pun, dah kita tak nampak Tuhan, apa nak kisah? Bantai jela, kan? Itu bukan penghinaan, tapi ia realiti. Sejauh mana keberkesanan pendidikan agama itu kepada orang muda sekarang, kita dah dapat lihat depan mata sendiri...

Dah kronik. Solusi?

Baru kejap tadi Prof Fauzan pula beritakan satu cerita mengejutkan. Pada malam Valentine, di KAED, satu pasangan berzina ditangkap. "It is happening here..." Apatah lagi di tempat lain.

Hidup kita di dunia jika dibandingkan dengan waktu akhirat cuma 2 jam setengah je. Mengikut perkiraan Prof Datuk Dr Harun Din, 2 jam setengah akhirat bersamaan lebih kurang 75 tahun dunia. Tapi masa yang 2 jam setengah tu la yang menentukan kita hidup bahagia tak di akhirat sana yang kekal abadi... (Rujuk halaman 80, ANDA MAMPU MELAKUKANNYA!!! karya AMAR)

test vs evaluation

"Tak ada final assesment untuk Skill Silat". Kata-kata cikgu Raof benar melegakan semua.

"Saya bukan malas nak buat. Nak buat boleh. Tapi rasa tak perlu. Sebab saya lihat kamu semua bersungguh-sungguh sepanjang kelas. Kalau tak datang beritahu, ada sebab sendiri. Masa latihan pun kamu berusaha buat. Tak adalah yang nak malu-malu."

Wah, nampaknya, ada juga cikgu yang realisasikan apa yang Prof Jubair, lecturer Software Quality Assurance saya kata. Katanya, "Test is only a part of evaluation."



Sebenarnya konsep tu diambil dari subjek itu sendiri. Nak mencari kualiti dalam pembinaan software. Kualiti bukan diukur setakat bila produk dah siap dan bila tester kata ok, maka oklah produk tu. Tapi dari awal pembangunan software tu sendiri. Kos, timeframe, kualiti programer dan kod yang dihasilkan dll.

Katanya sistem kita tak sepatutnya meletakkan majoriti markah keseluruhan pada peperiksaan. Penilaian sepatutnya dibuat secara keseluruhan, dari awal kelas lagi. Prof beri contoh, macam mana jika seorang pelajar cemerlang dalam ujian 1 tapi gagal dalam ujian 2? Adakah dikatakan pelajar itu bukan pelajar yang baik?

Dalam KOSMO! semalam ada sebut yang UIA nak ubah corak pendidikannya. Daripada berasaskan pengajaran kepada berasaskan penyelidikan. Menggunapakai aplikasi juga, bukan setakat teori yang kita guna selama ini.

Mungkin dalam usaha nak melahirkan semula generasi ilmuwan Islam lampau.

Mungkin juga atas cadangan Prof Jubair untuk mewujudkan software house UIA di department Computer Science. Boleh belajar dari pengalaman, bukan setakat teori di kelas. Boleh juga buat bisnes sendiri.

Kesedaran akan konsep sebenar belajar dan memanfaat ini sepatutnya ada pada setiap orang Islam. Kita belajar sebab nak sahut seruan Tuhan yang mewajibkan setiap orang Islam untuk mencari ilmu. Kita juga belajar sebab nak martabatkan agama Islam dan ummahnya di mata dunia.

Bukan sebab nak lulus periksa dan dapat sijil, untuk dapat kerja dan dapat sara diri dan keluarga.

Cuma, nak buat itu semua, mediumnya kenalah ada. Kita belajar pun, banyaknya bergantung pada institusi yang mengajar. Syabas untuk UIA.

Two thumbs up!

komunikasi

Dalam satu-satu perhubungan antara manusia, yang paling penting ialah kemahiran komunikasi. Jujur dan saling percaya mengelakkan kita terjebak dengan banyak masalah picisan yang membuang masa.

Dalam hubungan kekasih, kriteria ini yang paling penting. Sebab sensitiviti antara 2 orang ini lebih daripada dia dengan kawan-kawan. Jika tak ada jujur dan saling percaya dalam hubungan berteman, itu yang jadi masalah negara.

Bertunang adalah salah satu cara yang membentuk jujur dan saling percaya, kata abah. Tapi jika ia dah ada kedua-duanya sebelum itu pun lagi, tak payah berebut nak fikir pasal tunang. Nikah itu yang penting.

Tapi orang kita, hari yang nak bernikah pun 'wajib' bertunang dulu. Kenapa perlu? Sebab nak dapat 2 cincin?

Dalam Islam pun tak ada konsep bertunang yang seperti orang Melayu kita amalkan. Dalam Islam yang masih diamalkan di negara-negara Arab, bertunang itu ialah seperti yang kita faham sebagai nikah gantung. Nikah tanpa majlis. Bertunang untuk menghalalkan perhubungan. [Ustaz Maszlee - nikah khitbah]

Orang kita bertunang sebab nakkan confirmation. Nak ada jujur dan saling percaya bahawa pasangan tunang kita itulah yang akan kita nikahi nanti. Tapi dengan status itu juga hubungan kadangkala boleh jadi lebih 'rapat' daripada sebelum bertunang. Macam dah ada lesen. Walau bukan lesen besar.

Dalam kebanyakan kisah orang bercinta yang saya dengar [saya ni orang memang mudah orang nak bercerita. sebab saya takkan banyak cakap kot], kurang kemahiran komunikasi ialah masalah utama.

Yang perempuan tak faham lelaki, yang lelaki tak faham perempuan. Pening jadi orang tengah yang dengar kedua-kedua pihak. Kenapa aku banyak tahu apa yang mereka saling tak tahu? Yang sepatutnya, jadi sebaliknya. Pasangan kita jadi yang paling banyak tahu pasal kita dan apa yang kita rasa, seluruhnya.

"Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula meraja di jiwa"


Memanglah orang kata [dan hanya orang kata], banyak perkara yang tak boleh nak cerita pada pasangan, tapi boleh cerita pada sahabat. Saya setuju hanya sebab 1 perkara. Sebab sensitiviti tadi. Pasangan lebih sensitif daripada sahabat. Sahabat boleh jadi sangat waras, matang dan rasional. Jadi kita lebih senang nak cerita.

Tapi saya jadi tak setuju juga untuk hal yang sama. Pasangan kita sepatutnya jadi sahabat baik kita. Begitu juga, kita patut jadi sahabat baik untuk pasangan kita. Sebab memang itu yang diperlukan bila dah kahwin nanti. Takkan masih nak harapkan orang lain?

"Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu dia penunjuk jalan"


Kita dah pilih siapa yang bakal jadi teman hidup kita. Kita dah dapat terima buruk baiknya seikhlas hati. Dapat terima sekarang, dan dapat juga terima seumur hidup selepas ini.

Jika tiba-tiba tanpa sebarang angkara dia kita jadi was-was, hati-hati. Sebab itu hasutan syaitan. Yang nak memutuskan hubungan yang sekian lama terbina. Nak memecahbelahkan bahagia. Tak boleh tengok anak Adam hidup senang dan gembira.

Dia mungkin bukan yang terbaik antara manusia. Sebelum cari yang terbaik atau mahu dia jadi yang terbaik, nilai diri dulu, adakah kita dah jadi yang terbaik untuk dia? Adakah kita dah sepenuhnya faham dia? Adakah kita dah selami apa perasaannya pada kita? Apakah selepas itu masih sanggup untuk kita sakiti hatinya?

Ini bukan cuma untuk yang belum berkahwin, tapi juga panduan untuk yang sudah berkahwin. Lagi lama hidup bersama. Sepatutnya dah lebih faham masing-masing. Dah tak ada masalah komunikasi. Tak ada kes cerai-berai [walau bermasam muka itu perkara biasa].

Yang belum kahwin pun sama. Dah bertahun-tahun bercinta, tiba-tiba putus. Sebab tak bersefahaman. Ai, dah bertahun-tahun masih boleh bermasalah seperti itu? Jika masalah keluarga boleh juga terima. Tak faham atau dah bosan?

Lepas dah rasainya cinta pertama, yang kedua ketiga dah jadi hambar. Bercinta semata-mata sebab tak nak bosan sebab dah terbiasa berdua. Tangkap muat, asal ada. Dan yakin dengan cinta itu hilang entah ke mana. Mana sudahnya, selagi kita tak belajar bersyukur dengan apa yang ada?

Jika dia memang ialah untukmu, maka rugilah jika kau tinggalkan dia. Terimalah dia yang terbaik di hatimu.