Amboi, mentang² sudah kembali, hari² online :)
Rakan² sebilik yang baru dikenali semester ini semuanya lain² kursus. Dua senior; HS dan LAW, dan yang sebaya dengan aku, BEN. Baguslah, boleh meluaskan pandangan dari sudut pelajar² yang belajar perkara² lain. Tapi, mungkin untuk sementara saja. Kerana dalam tempoh 2 minggu lagi, aku akan ke pejabat kolej, memastikan sama ada bilik compartment yang masih diisi oleh kebanyakan mereka yang telah graduate tetapi belum sign-out sudah ada kekosongan. Sekarang, aku seperti pelajar semester pertama. Masih di bilik usrah. Kurang privasi. Dan panas!!! Takkanlah begini untuk setahun akan datang...
Dan proses add and drop aku masih belum selesai. Untuk dua subjek IRK, hasilnya seperti menjangkau hampa. Keawang²an. Tak pasti langsung akan dapat atau tidak. Dan jika tidak, credit hour aku masih belum cukup sekurang²nya 15. Bagaimana? Aku pun sudah buntu.
Takpe, cuba lagi. Chaiyo', chaiyo'!!!
:)
No comments:
Post a Comment