Monday, June 21, 2004

Kepulangan...

Ola!

I'm back! (Seronoknya!) Sedang di 'rumah kedua' sekarang. Rindu...

Hari ini hari pertama untuk semester baru ini. Sudah bermula pembelajaran walaupun cuma untuk subjek Mathematics for Computing. So far so good. (Baru pengenalan Logic). Sudah terpaksa membeli sebuah buku teks tebal. KIV dulu. Sehingga PTPTN masuk.

Sedikit penat. Berkejaran ke sana sini untuk menetapkan subjek² yang perlu diambil semester ini. Saat akhir baru tahu satu subjek yang telah didaftarkan 4 bulan yang lalu cuma untuk pelajar yang ingin major dalam MIS. Dan baru tadi aku tahu borang penukaran major CS telah keluar. Terkapai² mencari maklumat dan haluan sendiri.

Aku, haluannya telah ada, insy4JJ1. Cuma bimbang keciciran maklumat terkini.

Semalam... ada cerita tersendiri sebenarnya...

Untung² sampai ke KL, ada jejaka yang sudi menjemput untuk pulang ke asrama. Bagus juga tiada pasangan. Boleh main tukar² :) Gurau. Gembira saja hari ini. Alhamdulillah.

Siapa? Klu. Pemilik vokal dalam 'PDA' (khusus untuk mereka yang mengikuti perkembangan penulisan di upsaid dahulu).

Teman itu tiba 'tepat' jam 2 petang dengan Kelisa merah hati. Betul² di hadapan klinik gigi, seberang Pudu. Melilau juga mencari dalam kesesakan kenderaan waktu itu. Puas melintas ke sana-sini dengan beg bergalas di tangan dan bahu.

Kami ke Bukit Bintang. Pusing² mencari Comic House. Komik koleksi Gempak, Hanya... oleh Fakhrul Anour yang diidam²kan masih belum ketemu. Naik turun esculator, keluar masuk emporium (entah ke mana² kami melangkah, aku tak hafal langsung). Tak jumpa juga.

Tak apalah. Sekurang²nya telah menjejakkan kaki ke Time Square dan Plaza Sungei Wang, tempat yang asing bagiku. Paling tidak apabila ada yang bertanya, boleh juga dianggukkan. Aku kuat, tak penat pun! (Dah disuap dengan burger, kentang goreng, dan aiskrim McDonald percuma :) ).

Kira² jam 5.30 petang, kami berhajat bertolak. Menghantar aku ke Gombak. Dalam perjalanan sibuk benar masing² bercerita. Tiada langsung rasa kekok dan canggung. Seperti telah lama benar teman yang seorang ini menjadi sahabat baik. Terkeluar pula mengenai aktiviti 'rock-climbing' yang selalu dijalankan oleh geng² mereka. Terus diajak ke tapak aktiviti.

Sesampainya di sana, aku tertarik dengan gua Batu Cave. Terasa benar ingin menjelajah ke dalam. Selama ini hanya menonton di televisyen saja. (Ada tak yang mahu menjemput? :) )

Hampir jam 7, kami bertolak. Di Haleemah, Janna sedia menunggu untuk bertemu 'kembarnya'. Berborak² sebentar. Kemudian teman itu pulang.

Bermulalah kerja² aku mengemaskan bilik yang langsung kosong. Oh, bilik aku di tingkat 4 kali ini. Jenuh mengangkut barang² dari groundfloor blok lain.

Malam ini, seperti biasa, aktiviti yang selalu dilakukan selepas sekian lama tidak bersua dengan rakan². Aku lawat bilik² mereka. Rakan² Sains Fizik aku. Yang ICT, belum sempat :) Oh, ada seorang budak Engin. Berborak dengannya membawa jam 2 pagi. Banyak benar cerita menarik :) Dan aku di Hafsa waktu itu (jauh juga untuk menapak pulang). Biasalah...

P/S: Ada yang terasa macam nak merajuk? :P Gurau saja. Takut juga jika benar² dia merajuk nanti. Bukan mudah seperti pujuk perempuan :)

No comments: