Ustaz Maszlee cerita, konsep pertunangan/khitbah di Malaysia tak sama dengan di Arab.
Kalau di Malaysia, tunang tu setakat cop je. Lebih sikit saja dari couple, sebab dengan persetujuan ibu bapa. Tak ada sebarang lesen untuk buat lebih daripada batasan yang telah ditetapkan antara bukan muhrim.
Di negara-negara Arab, konsep khitbah ialah NIKAH tanpa majlis dan tak duduk sama [dalam hal sebagai pelajar]. Maknanya, secara rasminya mereka dah jadi suami isteri, tapi tak formalize. Tak diumumkan pada orang ramai, sebab tanpa kenduri. Kan hikmah kenduri itu untuk beritahu pada umum mengenai status satu-satu pasangan?
Walaupun tak formal, tapi hubungan mereka dah sah. Jadi, tak ada zina, tak ada gugur atau buang anak.
Malaysia, memang sepatutnya aplikasi konsep itu, dengan keadaan sekarang yang makin hari makin kronik. Walaupun KOSMO! dan cover cerita-cerita pelajar IPT dengan penemuan tapak kaki BigFoot [alahai...].
Ia tetap tak merubah fakta.
Nanti akan ada yang berbunyi, "Kami tak sedia lagi. Tak ada duit nak sara kehidupan."
Ustaz jawab, "Sekarang ni korang tak cukup makan ke?"
"Tapi ustaz, nanti masa cuti nak balik rumah siapa?"
"Korang ni..., ish! Kenapa fikir susah-susah? Buat macam sekarang la..."
Khitbah cara Arab ini cuma untuk menghalalkan hubungan yang haram. Tak perlu lagi fikir pasal rumah, kereta, kerja... Tak perlu tokok dosa lagi dengan 'aktiviti-aktiviti' semasa couple.
[Masa couple pun ada fikir ada yang tak fikir juga, kan?]
Sementara tengah belajar ni. Belajar, yang kebanyakan ibu bapa jadikan alasan untuk anak-anak mereka tak boleh fikir pasal benda-benda ni. Sebab fitrah itu tak dapat nak dikekang pada usia 'remaja' universiti, maka, diam-diamlah mereka buat projek, tak nak ibu bapa tahu.
Ibu bapa percaya. Anak-anak pula leka. Last-last masing-masing tak tau mana nak taruk muka.
Saya setuju dengan ustaz. Ibu bapa perlu lebih bersikap terbuka dalam hal ni. Jangan asyik dok fikir, nanti kalau anak aku ni tiba-tiba je nak kawin, tak menyempat-nyempat, apa pula kata orang. Mesti orang akan kata, tak ada angin, tak bergoyang pokok...
Peduli apa kata orang. Mulut tempayan boleh tutup. Mulut manusia yang tak boleh.
Asal kita tahu apa yang kita buat tak salah. Cuma untuk harap redha TUHAN yang jauh lebih baik daripada segala-galanya. Yang penting, ibu bapa kenalah ambil tahu hal anak-anak remaja mereka dan sokong fizikal, mental dan material.
Jom buat petition. Minta sokongan orang ramai. Buat adat dan cara baru, jika adat yang sedia ada menyusahkan.
"Islam itu mudah, adat yang menyusahkan."
[NIKAH, connecting people, halal way]
2 comments:
klik bawah ni nak tahu macam mana nak dapat duit untuk kahwin :)
http://www.maskahwin.com/index.php?ref=MiraKimura
saya berkahwin konsep khitbah kerana saye takut berbuat dosa (ketika masih belajar di U)..keluarga mertua bersikap terbuka..mmg btul ape yg dikatakan mira seperti diatas..Mulut tempayan boleh tutup. Mulut manusia yang tak boleh..tp saye ignore je ckp2 org..yg penting keredhaan ALLAH..:)
Post a Comment