Susah kan untuk bercouple dan rasa diri baik?
Susah kan untuk menulis dalam keadaan rasa diri tak sebaik selalu?
Berat. Teringat surah As-Saff ayat 3 lagi.
"Amat besar kebencian di sisi ALLAH, kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan."
Orang akan terus bertanya sesuatu yang dah pasti kejelasannya. Sehingga mereka dengar jawapan yang diinginkan.
Macam jika dikata pakai seluar jeans untuk perempuan tak boleh. Haram! Sebab? Masih tak menepati kriteria tutup aurat.
Tapi yang memang nak pakai juga ni akan seboleh-bolehnya cari alasan, kan ada seluar jeans untuk perempuan, longgar. Tak nampak bentuk.
Atau pergi cari dan pujuk ustaz lain untuk puaskan hasrat mereka nak pakai seluar jeans. Akhirnya guna kondisi 'tapi...' tu untuk bidas setiap hukum yang masih memberatkan hukum pakai seluar jeans untuk perempuan.
[Korang pakai seluar jin, jin nak pakai apa?]
Tutup aurat bukan setakat menyelimuti seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan [tapak tangan atau sehingga pergelangan tangan?], malah jangan sehingga yang menjadi 'selimut' itu jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh dan warna kulitnya.
Kata Ustaz Maszlee, berhijab adalah satu konsep, bukan kata kerja. Berhijab maksudnya tidak terdedah fizikal dan persepsi [ini kata Syarafuddin suatu waktu dulu], bukan sekadar tutup aurat.
Bab tutup aurat pun ramai tak lulus [bukan nak kata saya lulus], apatah lagi nak kuasai penghayatan berhijab.
Berhijab termasuklah menjaga muamalat, batas pergaulan antara yang bukan muhrim.
Kalau ada yang dah baca buku Ustaz Maszlee, 300 Kemusykilan Remaja, itulah dia, hukum Islam sebenar, yang ALLAH dah tetapkan seawal waktu, untuk menjaga Maqasid as-Syariah. Untuk maslahat semua. Tapi berapa ramai yang benar-benar yakin dan percaya? Berapa ramai yang ikut apa yang ALLAH suruh ni?
Ustaz seboleh-bolehnya tidak meringankan hukum batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Kalau dengan keadaan sekarang pun masih ada rukshahnya, apatah lagi jika ustaz mengurangkan beratnya hukum 'taqrabuzzina'. Ini kata-kata TUHAN, bukan kata-kata ustaz.
Saya tak betah nak berceloteh panjang lagi di sini pasal hukum-hukum dalam berpasangan ni. Para ustaz dan pakar motivasi dah banyak cakap. Buku-buku pasal Cara Berdating yang Betul, Mengapa Harus Bercinta dan sebagainya dah banyak dikeluarkan [promo untuk PTS].
Semua orang dok baca, baca, dan baca. Malah, boleh dikatakan setiap hari cikgu-cikgu sekolah dan mak bapak di rumah dok pesan sampai berbuih mulut.
Tapi tak seorang pun yang nak bertindak dan berubah jadi yang lebih baik lepas dapat ilmu-ilmu tu. Kenapa?
Sebab masyarakat itu masih sama. Kau tu masih sama.
Islam dah banyak membenarkan. Yang haram tu sikit saja. Tapi orang masih nak yang haram. Nak cuba-cuba. Cuba-cuba langgar hukum ALLAH.
Ni soalan budak universiti, "Kenapa lelaki dan perempuan tak boleh pegang tangan?"
Soalan semudah itu. Yang dah belajar sejak tadika lagi.
Patutlah 40% pelajar IPT gugurkan kandungan. Yang lagi 60%? Budak-budak yang umur 15 sampai 18 tahun...
ALLAHUAKBAR!!!
"Ya ALLAH, berikanlah kami cahaya petunjuk. Bimbinglah kami dalam meniti jalan sehala ini. Tunjukilah kami jalan yang KAU redhai. Bantulah kami yang membantu agama-MU ya ALLAH. Selamatkan kami dari azab neraka..."
No comments:
Post a Comment