Friday, March 24, 2006

bicara seorang fasi -- emel

Ada satu slot LDK tentang promosi dalam satu program motivasi adik2..

"Hari ini kami ingin mempromosikan satu produk yang hebat." Jurubicara licik memulakan kata.

"Kami dari syarikat Ibnu Sina Sdn. Bhd menawarkan kepada anda kopiah ajaib," audien tergelak kelucuan.

Seterusnya diterangkan lagi ciri-ciri produk sebagaimana berikut:

(Dalam gaya yang menghiburkan kerana logik dan tidak logiknya). Kalis air.

Jika dipakai ketika panas di bawah pancaran matahari, haba dipantul semula.
(Ha ha ha.....panjang meleret ketawa rakan-rakan peserta yang lain. Kopiahnya berwarna gelap.)

Kekenyalan yang tinggi. (Kopiah bergetah, tapi bukan getah. Kenyal pula tu). Harga murah!!!!!!!! RM6 sahaja.

Jangka hayat 20 tahun. Kami jamin ia tidak rosak sehingga 20 tahun! Beli, jangan tak beli!

Demikian sedikit promosi yang dibuat oleh peserta kem motivasi anak-anak yang disertai oleh saya. Saya bertindak selaku fasilitator tidak dapat menahan rasa ingin ketawa. Ditahan-tahan juga sehingga berair muka. (Saya gelak tanpa suara!)

--------------------

"Adik-adik, kalau tadi kita melihat bagaimana bersungguhnya kamu semua mempromosikan barang jualan." Fasilitator yang kacak memulakan kata. (Fasilitator yang segak itu bukan saya!)

Dilanjutkan bait katanya....

Kalau kita nak promosi barang kita tahu semua ciri-ciri hebat produk. Kita tahu kelemahan barang yang dotawarkan oleh pesaing. Kita membuat perbandingan. Adik-adik, begitu juga ISLAM yang kita anuti. Kita tahu, Islam merupakan 'produk' yang terbaik untuk kita iklankan. Tapi bagaimana? Apakah kita tahu kebaikan Islam dan dapat menerangkannya? Bagaimana mahu menerangkan Islam itu baik?

"Ya, ISLAM itu secara tidak langsung dipromosi oleh kita semua. Kitalah yang 'menjaja' nama Islam melalui pengamalan ajaran Islam dalam diri kita." Sampuk seorang fasilitator yang duduk bersimpuh di belakang.

Diulang semula,

"Soalnya sekarang, bagaimana kita mahu mempromosikan ISLAM kepada orang lain?"

-------------------

Aku amat takut sekiranya orang melihat kepadaku dan berkata, "Inilah dia orang Islam. Inilah yang diajar oleh Islam kepada pengikutnya."

"Jika aku melakukan kebaikan, aku merasa aman. Sebaliknya jika aku melakukan kejahatan, tidakkah itu fitnah untuk Islam yang dijaja olehku?" Aku ingin jadi muslim mukmin soleh.

No comments: