Dulu, saya pelik, kenapa pegang tangan pun mesti dijadikan salah satu garis pandu untuk don'ts dalam couple. Bukankah pegang tangan sesama bukan muhrim itu haram, garis pandu untuk orang Islam, bukan hanya bila couple?
Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.
Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi.
Begitu juga dengan bangun subuh. Kalau orang yang masih berselimut walaupun dah dengar azan subuh, dia seperti menyelimuti dirinya dengan kulit babi.
"Heleh, beda'ah betul. Selimut, selimutlah. Kulit orang, kulit oranglah. Mana nak sama dengan kulit babi?"
Bendanya memang tak sama. Dosanya sama. Bukankah semua amalan, dosa dan pahalanya bergantung pada niat? :)
Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kiranya iya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya.
Kita akan ingat, walaupun hanya makwe/pakwe kita saja yang tahu apa yang kita buat, tapi Tuhan nampak dan tahu setiap sesuatu. Setiap daun yang gugur, dan setiap rasa dalam hati. Dia yang Maha Mengetahui. Dan Dia uji kita, ingatkah kita pada Dia?
Back to the root. Back to Him. Ingat pesan mak abah dan ajaran cikgu-cikgu kita. Jangan jadi hamba nafsu, tapi biarlah nafsu itu jadi hamba kita.
1 comment:
Tuhan ada kata..Dia melaknat umat2 akhir zaman,yg mana bila berkata2,tapi perbuatannya sendiri tidak seperti yg dikata..bilamana seseorg umat tu memberi nasihat,dan menyarankan kebaikkan,malahan mengajak saudara seislamnya yg lain menuju kebaikkan,akan tetapi dirinya sendiri tidak mengota apa yg di da'i kan...maka laknatlah bg org itu di sisi Tuhannya.
berkata2 ttg zina,cukup sempurna alunan katanya..cukup lengkap beserta dalil dan hadis..berkata ttg maksiat,cukup power ayatnya.siap dgn perumpama2 yg bernas lagi jelas.namun,sedarkah diri sendiri tak seperti yg dikata.
bercakap ttg coupling,dicegah.namun diri sendiri yg bercouple,berdua ke sana ke mari..bertemu berdua melepas rindu dendam..bekaseh syg,berbuai rindu diantara dua insan yg belum sah suami isteri.halalkah suma tu?
bagaimana pula halnya dgn hamba Allah yg spt ini?bercakap ttg cinta dunia.berjuang pertahankan cinta akhirat..namun sendiri pun belum pasti akan kerelaan melepaskan cinta dunia yg nikmat ni..bagaimana pula halnya dgn ini??
ketahuilah,Allah melaknat org2 yg tidak berbuat spt yg dikata.
wallahu 'alam..
Post a Comment