Monday, July 31, 2006

zionis

Israel, oh, Israel, kenapalah kalian ni dah tak serupa manusia? Wanita, kanak-kanak dan orang tua pun kalian bantai.

Dah tak ada alasan dah untuk kalian dera lagi satu demi satu negara Islam, tapi buat juga. Polis antarabangsa dunia si AS pula bukan setakat tutup sebelah mata, tapi dah langsung tak pandang. Adilnya..

PBB melihat saja. OIC juga seakan merelakan saudara kita dianiaya. Sedang kita bersenang di sini, setiap saat, mereka di sana ketakutan. Tak ada jaminan langsung walaupun umat Islam di dunia selaut ramainya.

Lawat laman ini:

from israel to lebanon

from israel to lebanon

Kemudian tanda tangan petition ini untuk menunjukkan sokongan anda dalam mengutuk kekejian [bukan lagi kekejaman] Israel ini:

epetition

Tolong sebarkan kepada semua yang masih mahu begelar manusia.

Friday, July 28, 2006

AMAR dah ada website!!

Salam semua!

Akhirnya, penantian sekian lama telah pun berakhir. Arif Muazzim aka AMAR dah siap pun buat dan publish laman web pertama beliau. Banyak juga isi menarik dalam tu. Dan kepada sesiapa yang nak sumbang ide untuk tambah apa, dipersilakan. Sumbang gambar bersama AMAR dari album peribadi masing-masing pun akan dapat cenderahati menarik dari AMAR :)



Sila, jemputlah ke

Thursday, July 27, 2006

uih? ina mawi dah jadi model daa..




Uish, macam dah tak serupa Ina budak Felda.. :)

Ina dah berhijrah ke Kuala Lumpur. Sekarang, Ina dah jawat jawatan Eksekutif Pemasaran di Etnik Harmoni Sdn Bhd dan mula berjinak-jinak dalam dunia peragaan fesyen.

Baca terus di Bintang Popular Berita Harian

Thursday, July 13, 2006

Peringatan Allah kepada warga Johor Bahru

Gambar ini saya ambil secara kebetulan ketika berada di sekitar kawasan pembinaan jambatan "bengkok" di Johor Bahru.

Ini merupakan kuasa Allah, dan peringatan kepada hambanya yang mahu berfikir.

Fenomena ini belum pernah berlaku di Negeri Johor, malah ini merupakan pertama kali kelihatan di langit Banda Raya Johor Bahru.

Puting beliung hampir-hampir terbentuk. Sekitar 30 minit. Saya yakin, ini adalah petanda awal atau amaran Allah kepada warga Johor Bahru yang hidup dalam kemewahan yang berlebih-lebihan serta bersosial.

Sekiranyanya puting beliung terjadi ketika itu, Banda Raya Johor Bahru akan lumpuh.

Malah saya sendiri menggigil merakamkan peristiwa itu di depan mata saya.

Tidak perlu saya ulas panjang lebar, cuma saksikanlah sendiri gambar yang dirakamkan.



Harakah Daily

Wednesday, July 12, 2006

Are Malaysian Too Good Enough ????

Notis : Buletin ini disebarkan hanya untuk menerangkan bahawa statement di bawah yang tah dibuat oleh mamat/minah holier-than-thou mana tah tidak ada kena mengena dengan agama Islam sebaliknya adalah berkenaan suatu agama yang lebih elok digelar "Melayu", kerana dalam Islam tiada perkauman, jadi berhati-hatilah dan jangan mudah keliru. Peace.

From unknown source :-

"100,000 org mlayu islam murtad??!! JAKIM tak buat pe2??!! Si Najib nk cover plak..

Kelab mlm nk extend operasi sampai ke 5 pagi??!! alasan pelancong bukan mlayu dtg lagi banyak, padahal pelancong melayu Islam lagi ramai dari pelancong bukan islam yg melancong ke kelab mlm. tgkla sapa hamba dlm kelab mlm, mlayu islam gaks.. mlayu islam tukang serve arak, mlayu islam tukang jadi usher dlm kelab, mlayu islam tukang minum arak sampai mabuk (bukan nk control) .. yg usher kat front entrance, bukan islam n bukan mlayu.. sbb nk ajak budak mlayu islam masuk..especially girls mlayu la..

bacalah berita utusan malaysia 5-9 haribulan julai, 2006 pasal kelab mlm nk extend sampai kol 5 pg ngan isu murtad tu.

tgklah sapa yg jadi menteri perumahan.. rumah2 smo bangsa dia yg conquer. yg pemberi hutang, penyewa rumah hampir semo yg jenis mlayu.. yg makin miskin. minyak naik, harga barang naik, gaji tak naik.. mcm mana mlayu nk maju... tp nk mlayu maju, mlayu plak malas, mlayu mkn sesama mlayu..

mlayu islam gaduh ngan mlayu islam. nk kata umno.. org islam, nk kata pas.. org islam gaks.. parti lain yg bukan islam glak je. nampak luaran bergado, tapi dlman mlayu tak tau. bisnes org bukan islam, bisnes gaks.. cuma tunggu masa je nk jadi mcm tragedi bosnia..

tmpt pelacur tersorok pun makin banyak, ada gaks budak mlayu pompuan yg sanggup serahkan badan. alasan nk cari duit lebih tanggung blaja, nk beli umah sendiri, nk beli keta sendiri, nk tanggung hutang pinjaman bank. maklumlah sorang laki serve dah RM300. kalo sehari dlm 6 org dah RM1800 sehari. sebulan dah RM54,000. mmg kaya la.. pe tak nye jadi tragedi mcm norita shamsudin.. dahla GRO.. dpt tips lagi..

kalo ada sesapa ada yg dpt tgk skandal seks fazura ngan mat salleh tu.. mmg bebudak pompuan mlayu suka mat salleh..sbb batang mat salleh ni besa2.. kalo tak caya.. tgk website ni.. and baca interview sampai abis..

http://www.malaysiasucks.com/My_Malaysia_Story.html

website lain bukakla page ni

http://www.wsgforum.com

kalo tak caya..join la kalo berani.. tmpt tersorok tu mcm hotel.. mcm holiday villa, cititel, hotel yg prestige sket..kalo korang tak caya, cubala pegi kat tmpt massage tu n mintak full package, harga yg paling murah RM38.. yg high class sampai RM300 jenis PRC (Public Relationship). Lepas buat projek.. jgn lupa bagi tips.. polis mana berani nk serang.. sbb dah ada undertable.. JAWI, JAIS, JAKIM... huh..lg mana nk berani.. mahkamah sivil yg kontrol surat warrant..

kalo bg tau mak bapak, mak bapak tak caya.. ckp anak dorang baik la, itu baiklah.. masalahnya mak bapak mlayu islam ni sendiri yg cuai.. tak pnah nk amik teladan.. surat khabar, berita dlm tv, internet, drama semo nya ada.. mak bapak melayu islam tak pnah amik iktibar.. kalo ada sesiapa ada terbaca sorang budak pompuan dr kelantan kene rogol n bunuh ngan boyfriend dia umo 21 tahun, mak ngan adik beradik dia tak tau si minah ni ada boyfriend.. so pe critanya tanggungjawab mak bapak ni.. mak bapak ni tau sgt ke pasal anak2 dia.. kalo manusia ni kalo nk buat jahat..takdenye nk bagi tau org lain la..

ingat ada org luar negara suka ke malaysia.. cuba tgk dlm website ni.. yg suka pun ada few negara muslim je..

http://www.malaysiasucks.com/Malaysia_Sucks.html

* * *


tempat maksiat terang2 kat jln perak ngan jln p. ramlee kat bandaraya tu.. kalo tmpt lain aku malas nk ckp la.. sbb ada website yg aku dah bagi kat atas tu banyak tmpt.. mcm penang, ipoh n tmpt lain la.. itupun pihak yg ada power pun takleh nk buat pe2.. takut kene surat layangla.. dpt rasuah la.. kalo nk kata rasuah..dorang ckp bukan.. sbenanye dorang panggil tips, komisen, atopun bonus.. kalo nk serbu pun skali-skala.. saman pun brapa ribu je.. RM3000-RM10000. yg dtg setiap mlm kecuali mlm isnin plak brapa ramai.. sorang dah RM20 average, kalo satu mlm dlm 100 org dah RM2000. sebulan dah RM59,000. tokeh kelab mlm takde halnya nk baya denda.. itu baru entrance fee, blum lagi arak dari kol 10 mlm sampai 3 pagi.. 5 jam brapa kali nk minum kan.. dah menari..mestila pnat..mestilah nk minum

mmg benar mlayu takkan hilang di dunia.. sbb las2 mmg akan jadi hamba kepada yg bukan mlayu..

so bebudak mlayu islam kat malaysia.. brani ckp dlm myspace.. tapi brani ke masuk dlm suratkhabar.. woit sedarla bebudak mlayukalo nk tegur pun..jgn la dlm myspace ke, friendster ke.. mak bapak korang tak main la myspace, friendster, blog2 korang tu..

aku nk tgk sapa yg brani langkah ke depan tegur masyarakat mlayu islam aku crita ni sbb dah tiba masanya aku critakan kerenah bangang kat Malaysia.. n kalo aku balik Malaysia aku dah bersedia kalo ada perang perkauman..

TOLONG INGAT BALIK PE YG DAH BERLAKU MASA PERANG SERB NGAN BOSNIA TU WOIIIIII...


AKU CRITA NI SBB AKU DAH NAMPAK APA AKAN TERJADI KAT KAUM AKU MASA AKAN DTG, AKU MALU AKU NI ORG MELAYU MALAYSIA YG TAKDE KUASA NK MENGHALANG BENDA BURUK DR BERLAKU TAPI AKU DAH BERSEDIA NK KORBANKAN DIRI AKU KALO ADA BENDA BURUK BERLAKU...KORANG DAH BERSEDIA KE??!!"


Hirzi, long last fren, dari sekolah rendah sampai sekarang. Cool stuff Zi!

Friday, July 07, 2006

betul ke kau ni budak sekolah agama?

Berlakunya satu sindrom kurang sihat di kalangan kita, terutamanya umat Islam, di mana di dalam satu perbincangan agama bersifat ilmiah, di mana kita lebih suka untuk membandingkan kelulusan dan latar belakang akademik kita daripada membincangkan isu dan kandungan (substance) sesebuah perbincangan itu dan menilai hujah-hujah yang dikeluarkan, adakah ianya berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

"Aku belajar di Al-Azhar, apa yang kau tau?", "Aku budak sekolah agama, 5 tahun aku duk sana belajar", "Kau belajar pun tak habis nak cakap pasal agama", "kau ni takda asas, apa yang kau tau".

Inilah antara ayat-ayat yang sering dilemparkan. Seringkali saya berbincang dan mengeluarkan hujah dari Al-Quran dan Sunnah, hujah itu tidak dibincangkan mereka, tetapi latar belakang pendidikan saya yang dijadikan topik perbincangan. Akhirnya mereka lupa pasal hujah itu.

Untuk menjawab ini, saya ingin bertanya, dengan siapakah Iblis belajar agama? Dari sebaik baik guru, yakni Allah. Ilmu Iblis sangat tinggi. Dia dikelilingi sebaik baik rakan, yakni para malaikat. Tapi mengapa iblis dilaknat. Mudah, sebab dia sombong. Takbur. Menghina Nabi Adam hanya disebabkan keperibadian Nabi Adam, yakni Nabi Adam itu dibuat dari tanah sehingga dia terlupa bahawa Adam dicipta Allah untuk membawa kalimatnya.

Begitu juga keadaannya bilamana antara kita ada yang membawa apa yang datang dari Al-Quran dan Sunnah, ada golongan "lulusan agama" ini yang menolaknya hanya kerana pembawanya bukan "berlatarbelakangkan agama". Pernah sekali, saya ingin membawa seorang pendakwah terkemuka Malaysia, Saudara Shah Kirit untuk berceramah topik beliau yakni perbandingan agama, pihak berautoriti berkata pada saya, "dia ni
takda kelulusan, cari orang lain". Masya Allah.

Begitu juga yang berlaku bila saya ingin membawa seorang lagi penulis buku-buku agama yang prolifik, Ust. Hafiz Firdaus, begitu juga jawapan yang diberi, "Dia ni bukan lulusan agama, kalau suruh dia ceramah motivasi biasa boleh, kalau topik agama, tak boleh." Tak cukup dengan itu, usaha untuk membawa seorang yang berkelulusan agama dan berijazah, yakni Ust. Kautsar yang popular di luar untuk mengajar fardhu ain juga dipersoalkan, alasannya, "Dia ni ada ijazah sahaja, kenapa tak ambil Ust XXX, dia ada master, takpun Ust XXX, lulusan Azhar". Sedih.

Saya ingin bertanya, Rasulullah S.A.W. ada ijazah apa dari universiti mana? Begitu juga dengan sahabah??

Tidak dinafikan bahawa tak semua orang layak untuk mengeluarkan hukum di dalam semua perkara agama, terutamanya yang bersifat fiqh, tetapi adakah bila seseorang itu mengeluarkan pendapat yang lengkap dengan ayat Al-Quran, hadith dan rujukannya, pendapat ulama' dsbnya, tetap ditolak hanya kerana dia bukan lulusan agama? Di dalam suruh AnNisa ayat 159, Allah berfirman yang bermaksud, jika kita berselisih mengenai sesuatu perkara itu, kita kembali pada Al-Quran dan Sunnah. Bukan pada kelulusan agama beliau. Hatta jika yang berkata-kata itu adalah penjenayah sekalipun, sekiranya dia mengatakan Allah itu Satu, itu benar, dan kita terima. Kita tak kata, “eh dia tu penjenayah, jadi jangan terima apa kata-katanya”.

Timbul pula isu, "eh ayat ni lain tafsirannya", "hadith ini maksudnya bukan macam tu", tapi bila ditanya apa maksud sebenar ikut yang awak tahu, jawapan yang biasa diterima adalah, "ada, saya tak ingat, tetapi bukan macam yang awak cakap".

Kemudian bilamana ada di kalangan bukan sekolah agama ini, walaupun sudah mempunyai ilmu agama yang agak tinggi berbanding mereka yang di sekolah agama, orang tetap akan berkata, “si XXX tu bukan budak sekolah/lulusan agama, jangan dengar cakap dia, apa yang dia tahu”?

Salahkah golongan yang ada kesedaran agama ini ingin membantu melakukan kerja menyebarkan kalimah tauhid, pemurnian akidah dan ilmu Islam serta dakwah non Muslim yang tak ramai dari golongan “berkelulusan agama” ini ingin lakukan??

Perkara ini juga terjadi pada "Muslim bukan melayu". Kita akan terus memandang rendah ilmu mereka walau banyak mana kajian mereka dan kita akan terus melabel mereka "Muallaf". hatta, Dato' Mustapha Ma yang telah lebih 30 tahun masuk Islam dan dianugerahkan tokoh maal hijrah yang banyak jasanya pada Islam di Malaysia juga digelar Muallaf. Muallaf bermaksud mereka yang baru masuk Islam, kalau dah lebih 5 tahun, macam mana? Adakah sahabah zaman Rasulullah yang kita panggil muallaf?

Sila rujuk juga Al-Hujurat ayat 11, dimana Allah melarang satu golongan memperlekehkan @ memperolokkan @ mengejek-ngejek golongan yang lain kerana mungkin golongan itu adalah jauh lebih baik dari mereka. (Sababun nuzul ayat – kes sahabah memperlekehkan segolongan sahabah yang lain hanya kerana keturunan dan warna kulit).

Saya bersyukur saya dimasukkan ke dalam sekolah agama (walaupun agama jugak, tapi agama lain :P) walaupun mulanya saya agak kecewa kerana ayah tak menghantar saya ke sekolah agama. Kenapa? Sebab di sekolah sedemikianlah saya belajar hidup dengan non- Muslim, saya tahu cara mereka berfikir mengenai Islam, persepsi mereka dsbnya. Dan semangat dakwah saya menjadi lebih kuat kerana saya ingin selamatkan rakan-rakan baik saya. Saya duduk makan, belajar, berbual, bermain bersama-sama mereka. Saya tak mahu mereka ke neraka.Saya nak selamatkan mereka.

Saya juga bersyukur bilamana saya mendapat ilmu ini “the hard way”, yakni saya terpaksa ke merata tempat dan berjumpa ramai ustaz-ustaz dan mengetuk di pintu mereka untuk bertanya. Saya risau, jika saya dapatnya cara mudah, “the spoon feed” way, saya mungkin tidak hargainya. Oleh kerana saya mendapatnya cara sukar, saya menghargai dan menilai itu lebih. Saya tidak akan menerima sesuatu itu bulat bulat tanpa memeriksa kesahihannya.

Saya tidak mengatakan SEMUA dari kelulusan agama berperangai sedemikian. Satu contoh yang baik adalah, Ust. Dr. Asri Zainul Abidin yang diakui ramai sebagai orang yang tinggi ilmu agamanya serta mempunya PhD dalam bidang hadith, tapi beliau meminta Ust. Hafiz Firdaus untuk memeriksa matan-matan hadith di dalam bukunya bagi memastikan ianya betul. Ada ramai lagi contoh begini. Ust. Dr. Ghafarullahuddin, pensyarah agama dari UiTM juga meminta Ust. Hafiz Firdaus memeriksa tesis PhDnya. Ramai lagi contoh begini. Tetapi kenapa ada antara kita yang masih lagi tidak mengamalkan akhlak perbincangan sebegini?

Ramai antara kita yang melakukan perkara begini kerana inginkan KEMENANGAN di dalam perbincangan, bukan KEBENARAN. Bila kita ingin mencari kemenangan, di situlah kita akan menyerang peribadi orang yang berbincang dengan kita. Pesan saya, jangan kita terlibat dengan perbincangan sebegini.

Inilah masalahnya bila kita tiada cara berfikir yang betul. ilmu tinggi, tetapi tiada akhlak dalam perbincangan (Sila rujuk artikel sebelum ini, Ubah Sistem Baru Input).

Hendaklah kita bantu membantu dalam kebaikan, merujuk pada Al-Quran dan Sunnah, dan bukan bertelagah sesama sendiri mencari kemenangan.Kemenangan yang tidak menguntungkan sesiapa.

Jika tidak, jadilah sombong seperti Iblis.

Nauzubillah.

Ikhlas,

Azmil Abrar


Azmil Abrar ialah seorang sahabat yang sama-sama ke KEMPRIT PTS di Janda Baik satu masa dahulu.

Wednesday, July 05, 2006

sunsilk

Kalian ada terlintas iklan terbaru Sunsilk? Pasal seorang siswi ni yang dapat mengembalikan keyakinannya berlakon dalam teater Laila Majnun selepas menghilangkan masalah kelemumur menggunakan syampu Sunsilk?

Apa yang tak kena dalam iklan tu? Pakai tudung dah ok [jadi penghormatan pada wanita bertudung sejak iklan pertama Sunsilk yang bemodelkan Wardina Safiyyah]. Tapi scene last tu macam ada yang tak betul.

Pegang tangan lelaki bukan muhrim? [i guess] Saya pasti, tak ramai penonton iklan ini yang anggap hero [yang tak nampak muka pun] dan heroin iklan tu dah berkahwin. Sebab latarnya kolej.

Bila dah diketengahkan model yang bertudung litup sebagai watak utama, yang pertama dalam kepala kita ialah "ISLAM". Jadi, sepatutnya, setiap gerak-geri lakonan model perlu berlandaskan panduan hukum Islam. Sebab dia memberi gambaran kepada penonton bagaimana Islam yang sebenarnya.

Orang bukan Islam yang tahu ia salah akan menyindir dan memandang rendah sebab kita tak hormat agama sendiri. Orang bukan Islam yang belum tahu pula akan kata "Oh, boleh rupanya kalau nak bersalam dengan perempuan Islam..."

Lepas ni, jika ada yang menghulurkan salam, kita menolak, dan mereka guna alasan yang dilihat dalam iklan itu, bagaimana kita nak mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam?

Sahabat saya Wan, cerita yang dia hadapi kesukaran pada hari-hari pertamanya di tempat kerja [praktikal] yang kesemua staf di situ berbangsa Cina. Setiap orang yang ditemui pasti menghulurkan salam tanda diplomatik. Dalam hati, habislah, kalau aku tolak, malulah dia, berdendamlah dia dengan aku. Silap-silap kena buang kerja.

Tapi kalau aku sambut, aku pula akan hilang hormat pada diri sendiri sebab sewenang-wenangnya mengorbankan akhlak Islami semata-mata kerana dunia. Bagaimana kalian berhadapan dengan situasi ini?

Wan senyum saja dan menolak. Orang bukan Islam ada yang faham sebenarnya. Mereka tahu. Tapi disebabkan ada yang memberi fitnah kepada yang menjaga, mereka cuba juga, manatahu kita menyambut. Hanya kerana rasa hormat dan mesra di kalangan pekerja. Itu sebabnya.

Ini arahan Tuhan. Kita tak layak mempertikaikan.

"Kalau mereka tak tarik balik iklan yang beri fitnah kepada orang Islam yang tak mengamalkan cara hidup begitu, kita boikot Sunsilk ramai-ramai!"

"Eh, janganlah. Produk tu tak salah. Mungkin pihak promosinya yang terlepas pandang. Mungkin yang mengarahnya bukan Islam."

"Yalah, tapi dalam hal yang melibatkan akhlak, cara hidup, dan pegangan orang Islam ni, takkan tak ada orang Islam dalam Board of Advisornya? Bukan perlu ustaz dan mufti pun untuk beritahu bahawa orang Islam HARAM bersentuhan dengan yang bukan muhrim!"


Hmm, ya juga. Pun, kan ada badan yang menapis iklan di Malaysia ni? Takkan nak tunggu pelajar UIA juga jadi wakil yang dihantar ke sana? Orang lain takkan tak belajar perkara asas ni?

Sekali lagi, back to the root. Kepada percaya dengan yakin akan TUHAN. Jika tiada, beginilah jadinya.

Saya cuba cari laman web Sunsilk untuk mendapat info cara menghubungi mereka untuk komen terus. Tapi tak jumpa. Kalau ada yang terjumpa selain dari laman ni, beritahu saya, ya?

http://www.unilever.com.my/sunsilk/index.htm

http://www.sunsilk.com.my/green/default.html

Monday, July 03, 2006

pegang tangan boyfriend haram tak?

Assalamualaikum WBT.

Bawah ini adalah perbualan aku dengan seorang budak perempuan tentang berpegangan tangan dengan bukan muhrim, boleh atau tidak? Selamat Membaca!

***


muslimz87 (12:07:09 AM): kalo awak ada bf, awak bg x dia pegang tgn awak
hamba Allah (12:07:47 AM): ehm..
hamba Allah(12:07:50 AM): bagi..
hamba Allah (12:07:56 AM): nape?
muslimz87 (12:08:15 AM): awak rase bole ke sentuh laki pmpuan
hamba Allah (12:08:35 AM): x leh..
muslimz87 (12:09:01 AM): jd knape awak bg
hamba Allah (12:09:22 AM): ehm...
hamba Allah (12:09:30 AM): first2 dulu mmg x bg...
hamba Allah (12:09:41 AM): tp bila dah lama2..
hamba Allah (12:09:43 AM): ehm..
hamba Allah (12:09:47 AM): x tau la...
muslimz87 (12:10:22 AM): apsal bg
hamba Allah (12:10:34 AM): ehm...
hamba Allah (12:10:42 AM): sbb syg kot..
hamba Allah (12:11:13 AM): lgpun klu kuar ngan dia rasa selamat skit kalo dia pegang tgn..
muslimz87 (12:11:22 AM): awak syg Allah x
hamba Allah (12:11:38 AM): mestilah syg..
hamba Allah (12:11:45 AM): dia yg cipta sy..
hamba Allah (12:12:02 AM): sy wujud kat bumi ni sbb dia..
muslimz87 (12:12:20 AM): compare Allah dgn bf awak, siapa plg byk jasa kt awak
hamba Allah (12:12:38 AM): mestilah Allah...
muslimz87 (12:13:05 AM): okle..awak taukan kita haram sentuh laki pmpuan
hamba Allah (12:13:16 AM): tau..
muslimz87 (12:13:54 AM): jd nape bg dia pegang
hamba Allah (12:14:29 AM): cam sy ckp td..
hamba Allah (12:14:42 AM): rasa selamat klu dia pegang tgn sy..
muslimz87 (12:14:52 AM): selamat ke kalau dia pegang tgn awak
hamba Allah (12:14:53 AM): x kan ade org lain kaco..
hamba Allah (12:15:04 AM): ehm..
hamba Allah (12:15:27 AM): sy takut kena kacau ngan org lain..
hamba Allah (12:15:32 AM): bebudak lain..
muslimz87 (12:15:39 AM): kalau org kacau awak, awak berdosa ke
hamba Allah (12:15:56 AM): mmg x berdosa..
hamba Allah (12:16:10 AM): sy pompuan wak..
muslimz87 (12:16:20 AM): mmgl pmpuan
muslimz87 (12:16:25 AM): sbb2 awak ada bf
muslimz87 (12:16:32 AM): tp kan awak tau tu dosa
muslimz87 (12:16:46 AM): awak rase cinta awak 2 benarke atau sbnarnye cinta yg palsu
hamba Allah (12:17:05 AM): sy dah clash pun ngan dia kan..
hamba Allah (12:17:18 AM): so.. bkn cinta benar..
muslimz87 (12:17:21 AM): yup
muslimz87 (12:17:23 AM): sbb2 le
muslimz87 (12:17:33 AM): awak bg pegang tgn awak pon
muslimz87 (12:17:38 AM): bkan kekal cinta awak
muslimz87 (12:17:44 AM): even kalu awk da kawin
muslimz87 (12:17:49 AM): bile dia cerai awak
muslimz87 (12:17:57 AM): awak dah xd pape hubungan dgn dia
muslimz87 (12:18:25 AM): tp kalau dgn Allah, awak rasa ada Allah tinggalkan awak
hamba Allah (12:18:40 AM): ehm..
hamba Allah (12:18:54 AM): sy tau, Allah akan sentiasa ngan sy...
hamba Allah (12:18:56 AM): ehm..
hamba Allah (12:19:05 AM): awak ni lain la..
hamba Allah (12:19:11 AM): x mcm org lain..
muslimz87 (12:19:37 AM): apsal
muslimz87 (12:19:40 AM): jd kan
muslimz87 (12:19:49 AM): Awak yakin allah jaga awak, pelihara awak
muslimz87 (12:20:05 AM): kenapa nak takut lg
hamba Allah (12:20:19 AM): mestilah yakin tp..
hamba Allah (12:20:21 AM): ehm..
hamba Allah (12:20:56 AM): ehm.. ok,
muslimz87 (12:21:10 AM): ckp jele apa yg awak nk tulis2
muslimz87 (12:21:12 AM): saya x marah
hamba Allah (12:21:27 AM): Kadang2 Allah bg penyakit, kita kena cr ikhtiar utk sembuhkan penyakit kan..
hamba Allah (12:21:34 AM): ehm..
muslimz87 (12:21:41 AM): yup
hamba Allah (12:21:45 AM): camne yek sy nak ckp..
hamba Allah (12:21:48 AM): ehm..
muslimz87 (12:22:15 AM): ckp je xp
hamba Allah (12:22:18 AM): ade mazhab yg x membatalkan air sembahyang bila kita berpegang tgn kan..
muslimz87 (12:22:23 AM): yup
muslimz87 (12:22:28 AM): jd?
hamba Allah (12:22:33 AM): so..
hamba Allah (12:22:39 AM): ehm..
hamba Allah (12:23:08 AM): sy pegang tgn dia pun bila kitaorg kuar n kat tempat yg sy rasa x selamat..
muslimz87 (12:23:13 AM): saya pun ikut pendapat yg kata x batal air wudhu kalau sentuh laki pmpuan
muslimz87 (12:23:21 AM): tp ulama2 yg kata xbatal
muslimz87 (12:23:26 AM): diorg xkata bole sentuh
hamba Allah (12:23:34 AM): la..
hamba Allah (12:23:39 AM): bila x batal..
hamba Allah (12:23:46 AM): its mean leh sentuh..
muslimz87 (12:24:18 AM): not
hamba Allah (12:24:22 AM): bila ade dua hukum yg bertentang, kita kena pilih salah satunya..
muslimz87 (12:24:31 AM): ok maknanye setiap yg batalkan wuhdu kita xleh buat ye
muslimz87 (12:24:36 AM): kentut batal wudhu' x
hamba Allah (12:25:00 AM): ade mazhab yg kata x batal wudhu'
muslimz87 (12:25:12 AM): ok kencing batal wudhu' x
hamba Allah (12:25:22 AM): tp ade yg kata sendawa je leh batal wudhu'
hamba Allah (12:25:31 AM): batal la..
muslimz87 (12:25:38 AM): kalau mcm2 haram ke kencing
hamba Allah (12:26:01 AM): mmg la x haram..
muslimz87 (12:26:11 AM): begitu juga dgn sentuh bukan mahram
muslimz87 (12:26:14 AM): mmg xbatal tp haram
muslimz87 (12:26:25 AM): lihat benda lucah, xbatal wudhu
muslimz87 (12:26:28 AM): tp haram
muslimz87 (12:26:36 AM): mencarut batal wudhu' ke?
hamba Allah (12:26:38 AM): ehm..
muslimz87 (12:26:38 AM): x batal
muslimz87 (12:26:41 AM): tp haram
hamba Allah (12:26:45 AM): tul gak..
muslimz87 (12:26:51 AM): awak kena bezakan
muslimz87 (12:26:58 AM): xsume benda yg batalkan wudhi' haram
hamba Allah (12:27:01 AM): rasanya ilmu sy ni kurang kan..
muslimz87 (12:27:07 AM): n xsume yg xbatalkan wudhu' harus

***


Yang kat atas ni perbualan aku dengan seorang budak perempuan tentang hukum berpegang tangan dengan lelaki bukan mahram. Aku ada beberapa kali bertanya hal ni dengan beberpa budak perempuan yang lain. Jawapan yang diterima daripada mereka adalah sama, iaitu haram cuma mereka memberikan berbagai-bagai alasan untuk melakukannya. Cuma dengan budak perempuan yang ni, jawapan dia sedikit mengejutkan. Dia berhujah dengan pendapat mazhab yang kata bersentuhan lelaki perempuan bukan muhrim tidak membatalkan wudhu'. Cuma aku boleh buat kesimpulan kat sini, mungkin budak perempuan tu keliru dan nampaknya dia begitu yakin dengan jawapan dia. Jadi aku tanya beberapa soalan adakah perkara yang membatalkan wudhu' tu bermakna ia berdosa. Jawapan aku: Tidak!. Bukan semua yang membatalkan wudhu' itu satu dosa. Kencing bukanlah satu dosa walaupun ia membatalkan wudhu'. Buang air besar bukanlah satu dosa walaupun ia membatalkan wudhu'. Jadi adakah semua yang tidak membtalkan wudhu' itu tidak berdosa jika melakukannya. Jawapan aku juga: Tidak! Ini kerana banyak perkara dosa yang tidak membatalkan wudhu'. Mencarut tidak membtalkan wudhu' tapi ia tetap dilarang. Melihat gambar lucah tidak membatalkan wudhu' tapi ia tetap dilarang. Dan banyak lagi hal-hal mungkar yang dilarang keras melakukannya akan tetapi ia tidak membtalkan wudhu.

Kesimpulan, batal atau tidak wudhu' bukan ukuran sama ada sesuatu perbuatan itu boleh dilakukan atau tidak.

***


muslimz87 (12:40:40 AM): pas2 saya tanya, jd nape bg
muslimz87 (12:40:54 AM): diorg jwble, dah syg etc
muslimz87 (12:41:02 AM): ada yg kata kalau berlapik bolehle
muslimz87 (12:41:10 AM): awak rasa berlapik boleh x?
Hamba Allah (12:41:23 AM): ade ke yg wat camtu..
Hamba Allah (12:41:31 AM): ehm.. berlapik yer..
Hamba Allah (12:41:34 AM): ehm..
Hamba Allah (12:41:53 AM): sy x berani ckp le wak..
Hamba Allah (12:41:58 AM): takut salah..
muslimz87 (12:42:00 AM): ckp jele
muslimz87 (12:42:07 AM): xpe xd saya marahnye
muslimz87 (12:42:11 AM): sblm ni pun saya xmarahkan
Hamba Allah (12:42:27 AM): rasanya klu berlapik x salah kot..
Hamba Allah (12:42:40 AM): cthnya cam bersalam..
muslimz87 (12:43:18 AM): kalau pegang breast pmpuan berlapik leh x
Hamba Allah (12:43:31 AM): ehm..
Hamba Allah (12:43:38 AM): susahnya soalan..
Hamba Allah (12:43:51 AM): x pernah terpk pun soalan camni..
muslimz87 (12:44:01 AM): isu dia bkan berlapik or not
muslimz87 (12:44:05 AM): hukumnya haram
muslimz87 (12:44:11 AM): even kalau bersalam walau berlapik
muslimz87 (12:44:33 AM): kecuali darurat mcm nak selamatkan dr kebakaran, or doctor dgn pesakit
muslimz87 (12:44:44 AM): kalau kira berlapik, bykle tmpt yg berlapik
Hamba Allah (12:44:56 AM): tul gak..


muslim87