Pernah dengar nama Umar Abdul Aziz? Beliau ialah penguasa negara Islam dari kerajaan Muawiyah. Beliau ialah cicit Umar al-Khattab, Khalifah Rasyidin yang kedua. Ibu beliau ialah cucu Umar al-Khattab.
Umar Abdul Aziz ni dibesarkan dengan mewah dalam istana. Tapi bila dah dilantik jadi raja, beliau tukar cara hidup, mengikut Nabi Muhammad. Zuhud dan beramanah.
Ada satu kisah, pada satu malam, beliau berada di pejabatnya untuk semak rekod-rekod wang perbendaharaan negara. Beliau bawa masuk pelita dengan minyak yang cukup-cukup untuk kegunaannya saja malam tu.
Tiba-tiba, anaknya ketuk pintu pejabat dan beri salam. Dia nak jumpa dengan ayahnya, atas satu urusan.
Umar Abdul Aziz tanya anaknya, ada urusan apa? Hal keluarga? Rakyat atau negara? Anaknya jawab urusan keluarga.
Umar Abdul Aziz padamkan pelita. Beliau teraba-raba untuk cari tombol pintu.
Anak Umar Abdul Aziz tanya, kenapa dipadamkan pelita tu? Macam mana nak bercakap dalam gelap ni?
Umar Abdul Aziz tanya anaknya, tau tak ni bilik apa? Pejabat ayahanda. Tau tak dia tu siapa? Anaknya jawab, khalifah negara, raja semua orang Islam.
Umar Abdul Aziz terangkan, sebab itu beliau terpaksa padamkan pelita. Minyak pelita itu dibeli menggunakan wang rakyat. Anaknya datang untuk membincangkan urusan keluarga. Beliau kata, beliau tak boleh sewenang-wenangnya menggunakan harta rakyat untuk tujuan peribadi.
Jawatan itu kata Umar Abdul Aziz, ialah amanah Tuhan. Kalau ditanya di akhirat, macam mana beliau nak jawab dengan Tuhan?
Itu kes minyak pelita.
Ada satu lagi kisah amanahnya Umar Abdul Aziz iaitu semasa beliau sibuk membahagikan longgokkan epal hasil rampasan perang kepada orang ramai.
Anaknya capai satu epal dan terus gigit. Umar Abdul Aziz ambil semula dari mulut anaknya dan pukul anaknya itu.
Anak Umar Abdul Aziz berlari ke rumah sambil menangis. Fatimah, isteri Umar Abdul Aziz pujuk. Beliau pergi ke pasar untuk membeli epal lain.
Apabila pulang ke rumah, Umar Abdul Aziz tanya Fatimah pasal epal yang ada di rumahnya itu. Beliau lega bila isterinya kata yang epal itu dibeli di pasar dan bukannya diambil dari hasil rampasan perang.
Umar Abdul Aziz mengakui, semasa menarik epal dari mulut anaknya dirasakan macam mencabut jantung sendiri. Tapi beliau takut akan dosa hanya sebab ambil epal harta orang Islam.
Itu pula kes sebiji epal.
Khalifah Umar al-Khatab pernah kata yang kuasa khalifah ialah amanah, bukan kehormatan. Beliau pernah kejar lembu yang terlepas di tengah panas terik. Lembu itu sepatutnya didermakan kepada anak-anak yatim.
Uthman yang menyaksikan berlinangan air mata. Beliau kata, "Umar, engkaulah cermin peribadi ketua negara yang sebenar. Sungguh, tingkah lakumu menjadi beban pemimpin-pemimpin selepasmu nanti.."
Ada tak lagi pemimpin kita pada hari ini, terutama yang Islam, yang ada sifat-sifat seperti mereka ini?
Pernah sekali perbualan dengan seorang sahabat lama. Beliau dah bekerja, tapi teringin juga nak menulis.
Saya cadangkan, guna sajalah komputer di pejabat tu bila masa senggang.
Dia diam, semacam tak setuju. Dia tanya semula. Boleh ke?
Kenapa tak boleh? Daripada buang masa, kan?
Boleh ke guna harta pejabat untuk tujuan peribadi?
Saya lak yang terdiam. Ada benarnya.
Dia sambung. Katanya memanglah tak ramai yang persoalkan. Dia pun dah biasa sangat tengok orang bawa balik kertas A4 ke rumah, guna sendiri. Mesin fotostat di pejabat pun digunakan sewenangnya untuk tujuan peribadi.
Orang kata, ia kecil. Tak luak pun harta syarikat.
Betul. Kalau pun caranya beli komputer sendiri, letak di pejabat, masih, adakah masa itu kita punya? Sedangkan orang bayar kita untuk bekerja dari jam 9 pagi ke 5 petang contohnya..
Umar Abdul Aziz raja, bukan aja ketua negara, malah ketua orang Islam. Tak kayakah mereka? Tapi kenapa minyak dan sebiji epal pun berkira begitu sekali?
Sebab Tuhan tak pandang kuantiti, tapi kualiti. Iman kita gugah bukan jika buat dosa besar saja, malah jika buat dosa kecil pun dah tak dikira sepenuhnya beriman. Sebab kita tau salah, tapi masih nak buat. Sebab apa? Alah, orang tak perasan atau tak berkiranya yang macam tu..
Kita ni pun, walau yang tak amanahnya benda yang kecil-kecil, tapi kita mempermudahkan sampai amanah tu jadi hanya untuk yang besar-besar saja. Asal jaga amanah faraj dahlah [itupun dah tak ramai yang jaga].
Sebab apa? Meringankan yang kecil. Akhirnya dah tak ada sensitiviti untuk menjaga amanah.
Contoh?
Pinjaman atau biasiswa kita tu. Duit rakyat. Amanah untuk kita. Guna untuk tujuan melancarkan proses belajar kita di universiti. Walaupun bukan sepenuhnya buat beli buku atau bayar yuran, nak makan tu ok la lagi. Ni apa kerja buat belanja awek atau buat beli tiket wayang atau belanja pakaian yang bukan-bukan dan tak perlu? Bukankah itu dah jadi tak amanah?
Ya ALLAH, jauhkanlah kami daripada murkaMU jika kami tak beramanah.. Lindungilah kami daripada apa yang melalaikan dan melekakan.. Amin...
Monday, April 30, 2007
Wednesday, April 04, 2007
Ujian Memandu
Saya baru langsai menduduki ujian memandu. Dah tua baru nak ambil lesen kereta :p
Ada sesuatu yang saya pelajari secara tak langsung hari ini.
Dalam pemanduan, kita peka dengan keadaan sekitar. Setiap gerakan manusia dan makhluk Tuhan yang lain, juga bentuk muka jalan yang sering berubah-ubah jadi ujian pada kita.
Encik JPJ berwajah garang di sebelah boleh jadikannya sebagai poin untuk pemarkahan. Jika kita berjaya ambil tindakan yang sewajarnya dengan satu-satu situasi, maka kita akan dapat markah.
Ada pejalan kaki di tepi jalan yang seperti nak masuk ke jalan raya. Ada juga yang tiba-tiba saja ke tengah jalan memungut sesuatu. Ada pula pemandu nakal kenderaan lain yang sengaja mengacah-acah calon yang naik Kancil putih berlogo L di pintu. Ada pula yang baik hati, beri laluan kepada calon supaya gerakan mereka tak mengganggu.
Ada dahan yang tiba-tiba jatuh di hadapan kenderaan kita. Ada juga keadaan filem Hindustan, dedaun terbang ditiup angin kencang, mengganggu pandangan depan. Jika hujan pula?
Ish, dugaan, dugaan. Apa tindakan kita?
Yakin ada yang memerhati, maka segalanya jadi cantik. Tapi mungkin jadi panik sebab masa belajar tak jadi macam ni, jadi cikgu tak pernah ajarkan cara hadapinya.
Hidup juga begitu. Segala tingkah jadi cantik jika kita rasa diperhati dan dinilai. Ada nilai ihsan dan taqwa. Yakin yang Tuhan lihat kita dan berhati-hati dengan setiap tindakan supaya tak dapat 'x'.
Bolehkah kita jadikan keadaan baik-baik saja untuk menyediakan tapak ujian kita? Hari ujian, semua pengguna jalan kena well-behave, tak ada lori sampah dan bas besar yang lembab. Tak ada kereta yang bersidai di tepi jalan. Cuaca pula baik-baik saja.
Kita memang tak dapat kawal. Itulah kerenah alam. Dan setiap satunya sebenarnya jadi poin untuk Tuhan nilai kita. Kita mungkin nampak ia remeh dan seperti tak dikira. Tapi pandangan dan nilaian Tuhan tak akan lepas walau sebesar zarah. Itulah ujiannya. Yang mungkin akan menentukan tempat kita di akhirat kelak.
Cuba pula bandingkan lepas kita dah dapat lesen. Dah tak perlu ujian. Dah tak ada encik JPJ berwajah garang di tepi. Adakah kita masih akan teruskan perangai semasa ujian pemanduan?

Subscribe to:
Posts (Atom)