Saya tak dapat pergi. Majlis Tasha, sahabat di sekelas di MRSM minggu lepas pun saya tak pergi. Semester pendek ni memang tak ada sumber lain selain FAMA. Jadi, duit yang ada betul-betul cuma untuk makan saja. Duit bisnes? Mana boleh usik! :)
Bertuahnya mereka. Cepat tamat belajar. Sekurang-kurangnya, dah terlepas satu syarat ibu bapa jika 'perlu sudahkan belajar dulu baru boleh buat benda lain'. Jika tak ada syarat itu pun, memang payah untuk kita yang sepatutnya dah bertanggungjawab kepada diri sendiri dulu sebelum bertanggungjawab kepada orang lain ni, 'cari duit sendiri untuk kahwin'.
Ada ibu bapa yang faham [ada cara pemikiran lain]. Mereka nikahkan anak-anak mereka tanpa perlu anak-anak itu perlu sumber pendapatan sendiri dulu. Sebab hal agama. Fikiran nikah khitbah.
Bagi saya pula, itu memang benar. Tapi tambah betul lagi jika kita dah boleh bertanggungjawab kepada diri sendiri dulu. Kita dah nak kahwin. Masa inilah nak betul-betul jadi orang dewasa. Orang dewasa takkan bergantung hidup dengan ibu bapa lagi. Sebab mereka dah ada hidup sendiri dan kena bertanggungjawab untuk hidup itu.
Dah dah lah tu harapkan duit mak bapak je... kesian mereka.
Apalah ertinya kahwin, tapi masih berhutang dengan ibu bapa? Sedangkan kahwin itu melepaskan tanggungjawab menjaga anak perempuan kepada suaminya. Hal ini jadi bebanan kepada pihak lelaki. Tapi pada zaman ni, yang perempuan jadi wajib bantu pihak lelaki uruskan hal duit. Buat sendiri boleh semput jadinya.
Mengingatkan saya akan sebuah komik yang entah siapa yang sebarkan di Cafe Edu tak lama dulu. Komik tu bawa mesej betapa bagus dan baiknya jika kahwin semasa belajar. Boleh study sama-sama, makan sama-sama, solat sama-sama, tanpa ada batas dosa.
Tapi ada pula tangan nakal yang beri komen peribadi di bawah komik itu yang bunyinya lebih kurang, 'Nak suruh kami kahwin, sponsor duitla! Ingat senang ke?'
Along kata, dua-dua mesej pun ada poin sendiri. Saya iyakan. Tapi, bagi yang pertama, ia benar. Pendapat kedua itu pula betul, belum benar, selagi tak ada usaha untuk menutupi kelemahan pendapat kedua tu. Apa dia? Usaha cari duitlah!
Kita tak dikira salah jika kita dah dan sedang usaha, tapi hasilnya belum diperoleh. Tuhan ukur usaha, bukan hasil. Jadi, usaha dulu, jangan bagi alasan.
No comments:
Post a Comment