Kalian kenal tak ni siapa?
Saya baru lihat ni. Dan saya memang takkan cam dia, jika tak dinyatakan nama dan pekerjaannya...
Kenapa dia jadi macam tu... Saya betul-betul sedih dan hampa...
Petikan dari http://saujana.net.my:
Sesiapa sahaja pasti terkejut mendengarkan berita menyaksikan kisah yang terpapar di media mengenai sahabat kita, Khairul Idzwan Baharin. Kalau anda sedih, bayangkan apa pula perasaan sahabat-sahabat Saujana, ahli keluarga, malah guru-guru di SMAP Kajang. Bukan kepalang.
Kami dihujani komen dan panggilan bertanyakan reaksi dan respon. Wartawan, teman, peminat, keluarga. Tapi jawapan kami terbatas. Kami sendiri sudah hampir tiga tahun tidak bertemu Izu. Kalaupun berjumpa, hanya di talian atau SMS. Berita yang kami dapat pun melalui kawan-kawan yang tidak ketahuan kebenaran khabarnya. Jadi, mungkin Izu ada alasan tersendiri mengapa begitu jadinya. Kami mohon maaf sekiranya Izu telah melukakan hati kalian. Apapun, marilah kita sama-sama doakan semoga Allah sentiasa di sisi untuk membantu dan memberi hidayah. Janganlah menghitung, kerana Allah itu sebaik-baik penghitung. Janganlah mengeji, kerana Allah jualah yang membalas nanti. Kerana doa itu senjata mukmin, maka doa jualah penawarnya.
Saujana takkan berhenti...
- suffian amrin
6 comments:
yup..tertanya2 juge, knape jadi mcmtu.
BETUL KE DIA YG KITA SANGKA, MIRA?..KUMPULAN SAUJANA DULU TU KAN?...
berdoalah agar keadaan menjadi asal dan lebih baik
Pakdi
http://pakdi.my
Manusia berubah...mmg agak ramai kawan sy pun berubah..
pasti ada cerita yang kita tak pernah tau di sebalik semua perubahan ...doa adalah sebaik2nya daripada bersangka buruk terhadap mereka.
Terima kasih kerana 'tampal' jawapan Suffian di sini, mira.
Post a Comment