Friday, December 07, 2007

berikan cintamu

Dah lama tak baca novel Melayu. Tiba-tiba, di rumah paman Kasah ni terlekat pula dengan satu novel baru Alaf 21 bertajuk "Berikan Cintamu" tulisan Rose Harissa. Penulis baru. Karya ini hasil pertama beliau. Baru tahun lepas diterbitkan.



Jalan cerita.. biasalah, cerita Melayu. Pasal cinta, konflik keluarga dan persahabatan. "Berikan Cintamu" mengisahkan penantian seorang heroin terhadap kekasih hati yang tiada penghujung. Kekasihnya takut berkomitmen. Sedangkan pada masa yang sama hadir si hero yang lebih segalanya. Namun, sebab cinta dan janji, semuanya jadi payah.

Temanya dan konfliknya mudah. Namun, persoalan besar yang berlegar-legar dalam kepala saya selepas membacanya: benar-benarkah cinta itu buta sehingga setelah bercinta, seolah-olah tiada lagi lelaki lain yang dapat mengisi hati seorang wanita walaupun jelas lelaki itu lebih segalanya daripada si kekasih hati. Segalanya, termasuklah jumlah perhatian dan komitmen yang boleh diberi.

Semasanya membaca, terasa betapa bodohnya watak Eza yang sanggup menanti Rizal, seorang technician yang hanya bermotosikal Yamaha sejak berkenalan yang hanya bertindak bertemu dengan kedua ibu bapa Eza setelah terdesak dan terancam, setelah 7 tahun bercinta dan setelah hilang manis tangan Eza dipimpin ke hulu ke hilir. Rizal seorang yang bergaul bebas dengan kawan-kawan lelaki dan perempuan.

7 tahun.. mungkinlah. Sayang nak tinggal...

Tapi Azalan seorang yang selalu mengingati Tuhan. Apalah yang lebih baik daripada mereka yang melebihkan Tuhan daripada segala yang ada di dunia? Bukankah elok agama, eloklah dunianya? Malah, Azalan ada segalanya cuma bukan cinta Eza.

Memang tak mungkin lagikah untuk berhijrah walau setelah satu tempoh yang lama bersama?

Lagi satu persoalan yang sangat best. Azalan si alim terpaut hati pada Eza, seorang gadis tak bertudung yang telah tercemar sosialnya dengan pergaulan bebas bersama Rizal. Bisakah sebenarnya ia terjadi dalam dunia realiti? Adakah seorang ustaz boleh 'nampak' orang yang tak bertudung sebagai teman hidupnya?

Haha, ini bukan bias pada sesiapa. Cuma satu persoalan yang sangat menarik untuk ditimbulkan. Supaya gadis-gadis tak bertudung di luar sana takkan putus asa dengan apa yang terbaik yang boleh mereka dapat dari Tuhan yang Maha Pemurah.

"Ah, aku ni bukan gadis baik. Ustaz manalah yang sudi terima aku dan sudi jadi pembimbing hidup aku?"

Segala yang berlaku ada hikmahnya. Tuhan tak pernah menzalimi hamba-hambanya melainkan mereka sendiri yang menzalimi diri.

Penulis novel in boleh dilawat di roseharissa.blogspot.com

5 comments:

Husna said...

persoaln jodoh ni amat sukar di prbincangkn sbb ia melibtkn hati n penentuan Tuhan..kalo telah Allah takdirkn gadis seksi itu milik si lelaki berkopiah..maka x usahlh kita mencari jwpn kpd bgimana si lelaki itu bole tertawan..Wallahu a'lam

Lynn Dayana said...

Salam kenal,
Soal hati dan perasaan, memang sukar ditekakan? Impikan A, yg muncul B dan akhirnya bersama C? Haha... rencana Allah tenti lebih baik dari apa yang kita rancangkan.

mira said...

tengah menanti penulis sendiri mengomen komen ni :p jika berdasarkan kisah benar.. ;) tapi setakat berdasarkan 'lelaki baik untuk perempuan baik' dan sebaliknya, masih belum dapat diterima akal :p

terima kasih nurul n lynn :)

Rose Harissa said...

Salam mira...
hehehe... mekasih kerana sudi komen BCM...
ehemmm... watak Azalan tu benar belaka.... sbb sy mmg nak ketengahkan pada orang ramai, masih wujud lelaki yang begitu dalam dunia ni... :) hehehe... alim x semestinya kena berserban berjubah...
jodoh pertemuan di tangan Tuhan... kalau dah jumpa yang baik, takkan kita nak tolak kerana merasakan diri kita tak baik kan? siapa lagi yang boleh membimbing diri kita? :)
apapun... sy terharu sbb Mira sudi baca BCM... mekasih banyak ye...

Fahmi Mahat said...

wah, blog mira dah dikunjungi penulis novel pulak? tahniah! :)

Macam setuju juga dgn pendapat kak nora tu.kdg2 mmg skeptikal, aku ni dah cukup baik ke untuk dapat yang baik.. tapi, bila dah dapat tu rasa bertuah tu satu hal lah, satu lagi, rasa nak jadi sama baik dgn dia, sbb kita asyik rasa rendah diri, walaupun dia dok kata "awak dah ok.." :)

untuk mira, moga akhirnya kisah kasih menjadi kisah hidup "berteman" :)