Saya dan adik-adik bersama keluarga mak dan abah baru lepas menghantar mak dan abah ke lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah yang teletak kira-kira 13 km dari bandar Kuantan. Mereka akan menunaikan ibadah haji pada tahun ni.
Kami bertolak dari rumah pada jam 9.30 pagi. Sepanjang perjalanan, saya rasa kelainannya. Mak dan abah tak bersama kami dalam van kami sebaliknya jadi penumpang kereta Paman Jit. Yalah, orang yang dirai, perlu dapat layanan istimewa. Saya yang memang pendiam ni bertambahlah diam walaupun riuh suara adik-adik dan sepupu-sepupu kecil di tempat duduk belakang. Saya sebak.
Jam 10 pagi, ketika semua jemaah haji dari Kuantan berhimpun, seorang ustaz melaungkan azan dan membacakan doa. Saya yang memang dah sebak, mengelak untuk menghayati doa. Teringin rasanya untuk keluar dari tempat itu dan menangis sepuasnya.
Kenapa ya? Saya memang jenis yang mudah sebak terutama apabila diberi tazkirah walau dalam kelas matapelajaran agama. Juga apabila diperdengar doa yang berkaitan. Semasa kami meraikan hari lahir saya, Ayuni dan Aliah bulan 10 lepas pun begitu. Abah bacakan doa murah rezeki. Panjang. Kalau dihayati, pasti pecah takung air mata.
Tak boleh. Saya anak sulung, kena kuat. Jika adik-adik tak menangis, mana mungkin saya. Walaupun mereka bertiga masih kecil dan tak mengerti banyak hal.
Kami salam abah. Saya kucup pipi mak. Khabarnya, cuaca di Madinah dingin. Siang 15 darjah Celcius, malamnya pula 5 darjah Celcius. Harap mereka dikurnia kudrat yang secukupya untuk menyempurnakan ibadah haji ni.
Petang ni lepas solat Jumaat, kami semua akan bertolak pulang ke kampung. Kami adik-beradik tak dibenar tinggal di rumah, walaupun mak dan abah percaya kami mampu urus hidup sendiri. Fahmi akan pulang sendiri ke Segamat, dengan bas mungkin, selepas tamat SPM. Fitri pula akan pulang terus dari Shah Alam ke Segamat untuk Hari Raya Aidiladha nanti.
Moga Fahmi dapat 1A dalam 12 mata pelajaran yang diambil seperti yang diharapkan oleh pihak sekolah dan kami sendiri. Itu akan jadi salah satu yang sangat bermakna untuk dirai. Prostaz pertama keluarga.
Tak sabar untuk kumpul kembali semua ahli keluarga. Meraikan kejayaan bersama.
Dan, saya mungkin tak akan online sepanjang sebulan selepas ini sebelum sekolah bermula. Kena jadi penjaga adik-adik, semasa cuti dan juga menguruskan pendaftaran adik-adik di sekolah nanti. Doakan semuanya selamat.
2 comments:
salam..
erm saya pun kena jaga adik2 gak..
6 orang semuanya..
tp tu bukan adik2 saya..adik2 angkat saya..
saya nih anak angkat mak mereka..
hehe mak ayah mereka g mekah, tunaikan haji..hehehe so sayalah kena jaga anak2nya..
best dpt jadi kakak tau..kat umah saya ada sorang adik jerk..xmerasapun dpt jaga dia sbb dia muda 2 tahun jerk dr saya..so saya membesar bersama..
bersyukurlah sbb Allah sentiasa bagi kita kesempatan untuk melakukan sesuatu yang mampu di katakan untuk membalas jasa..
hehe ntah kenapa saya merepek semua ni x blog akk..
chayyok2..
salam..
dharajuku..
salam dharajuku. terima kasih kongsi pengalaman. lebih kurang sama rupanya :) dan terima kasih singgah sini. datanglah lagi :)
Post a Comment