Kadangkala, orang yang mengharapkan pujian itu dilabel tidak ikhlas dalam usahanya.
Tapi, kita semua memerlukan pujian untuk terus bersemangat dan buat yang lebih baik. Kecualilah yang setiasa ingat tentang konsep kerja sebagai ibadah. Maka, tak perlu penggerak lain selain daripada inginkan balasan pahala dan redha Tuhan.
Kita memerlukan pujian. Tanpa pujian, kita tak tahu apa ukuran prestasi kerja kita. Semakin baikkah atau sebaliknya?
Pujian adalah satu bentuk ekspresi takjub, penghargaan dan manifestasi pencapaian. Dah tentu, orang yang dipuji akan rasa diri dihargai, berkepentingan dan semakin baik.
Pujian juga boleh jadi teguran kesilapan dalam bentuk yang paling halus. Ia akan jadi win-win situation. Orang yang menegur akan dapat menyampaikan mesejnya. Orang yang ditegur pula tak sakit hati dan dapat menerimanya dengan hati terbuka.
"Saya suka hasil kerja awak ni. Nampak profesional! Macam mana kalau cuba tambah.. (sekian, sekian)"
Ada jenis manusia yang sangat jujur dalam memuji. Dia suka memuji, tapi tidaklah puji yang tidak benar. Orang jenis ini sangat disenangi. Sebab dia dapat buat kita gembira dan seronok untuk berdamping dengannya.
Apatah lagi jika dia ialah bos kita. Dalam rasa hormat, kita tak akan ada rasa was-was untuk menceritakan setiap perkembangan kerja. Kita akan rasa nak buat lagi. Nak fikir lagi. Yang buat lain daripada yang lain. Nak jadi kritis dan kreatif. Sebab kita tahu, kita tak akan sakit hati dengan responnya. Sama ada dia akan memuji atau memberi momentar membina.
Dan, apatah lagi sekiranya bos kita itu memuji kita depan staf lain. Lagilah kembang hati kita, walau malu-malu. Sekurang-kurangnya, kita tahu yang semua orang tahu, kelebihan dan bakat kita diiktiraf.
"Inilah kelebihan aku. Inilah bakat aku. Bos dah iktiraf. Semua orang dah tahu. Aku akan terus buat yang terbaik!"
Tapi, ada juga jenis manusia yang egonya tinggi sangat sampai payah nak memuji orang. Dalam hati, dia akui kelebihan dan bakat kita. Tapi yang keluar hanyalah kutukan atau sekiranya tak ada apa yang nak dikutuk, buka topik lain atau beri arahan lain.
Bila kita dapat bos yang begini, motivasi bekerja kita akan semakin turun dan turun. Mana tidaknya, apa yang kita buat serba tak kena. Tidak pula dipuji walau dah cuba sebaik mungkin. Apatah lagi depan staf yang lain.
Jadi, datang ke pejabat sekadar nak penuhi tugas, tanpa rasa ceria dan bahagia di dalamnya. Mungkin selalu dalam ketakutan. Asyik lihat jam saja, tunggu masa pulang. Kerja jika tak siap, kena marah. Lebih teruk jika kena depan orang lain. Jadi, biarlah cukup syarat, asal siap saja. Tak ada inisiatif untuk majukan diri dan syarikat.
Untuk bos-bos sekalian, pujilah anak buah anda seikhlasnya. Jika mereka tunjukkan pencapaian, atau sekurang-kurangnya tidaklah meninggalkan sebarang tugas yang diberi, tunjuklah penghargaan. Penuhkanlah kembali bar motivasi mereka (ingat main permainan zygnga ke?)
Pujian itu, walau hasilnya bukan objektif, ia sebenarnya memang menaikkan semangat kita untuk bekerja lebih tekun. Bukankah setiap yang kita lakukan dengan rasa senang hati itu akan menghasilkan sesuatu yang lebih baik?
1 comment:
dale carnegie kata pujian akan membuahkan profit yang byk, hati manusai akan hidup, kejayaan melimpah2...pujilah sket :)
-along
Post a Comment