Friday, May 22, 2009

hobi dan minat

Latar pendidikan saya ialah dalam bidang programming. Pengkhususan semasa belajar ialah Software Engineering. Tetapi, jika anda ingin masuk dalam sektor awam dan jika anda ialah lulusan ijazah, anda perlu bersedia untuk buat kerja-kerja pengurusan. Anda perlu buka minda untuk uruskan perkakasan dan manusia. Pendek kata, anda perlu bersedia untuk jadi seorang bos.

Walau bagaimana sekalipun latar pendidikan anda dalam ICT, sama ada anda dalam bidang Software Engineering, Networking, Multimedia, Business dan Management, IT, lepasan Ijazah di sektor awam ialah seorang Pegawai Teknologi Maklumat.

Kerja-kerja teknikal termasuk programming hanyalah setakat Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang sememangnya dalam swasta sama taraf dengan programmer. Pegawai Teknologi Maklumat lebih kepada System Analyst. Menjadi penghubung antara pelanggan dengan programmer.

Jika memang anda suka mengurus (baca: mengarah) orang dan tak berapa sabar untuk menghadap lama-lama dengan komputer untuk membuat software, sistem atau artwork multimedia, maka anda memang sesuai dengan kerja ini.

Tapi bagaimana dengan saya yang memang suka mencabar diri dengan kualiti logik minda menyelesaikan masalah-masalah dalam programming? Adakah saya perlu melupakan saja apa yang saya telah pelajari selama 4 tahun di universiti dahulu?



Alhamdulillah, 'kekosongan' saya itu diisi apabila seorang pensyarah menawarkan saya mengambil upah membuat satu program ringkas menggunakan VB, satu software yang saya agak biasa.

Hampir sebulan, saya berjaya menyiapkannya. Ambil masa juga, sebab ia melibatkan database. Saya memang kurang pengalaman dengan database. Masa belajar dahulu, bahagian database dipisahkan daripada bahagian software.

Pengalaman ini juga jadi guru programming saya.

Selain programming, saya memang minat menulis. Saya dapat kenalpasti minat ini sejak sekolah lagi. Saya minat subjek Penulisan. Saya selalu dipuji cikgu melalui komennya di akhir penulisan.

"Anda mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Tetapi pastikan bilangan perkataan dihadkan semasa latihan"

Saya mula diperkenalkan dengan blog (web log) pada tahun 2003. Pada masa penulisan diari jadi semakin kurang aktif, blog yang boleh diikuti oleh orang lain yang melayari internet beri semangat kepada saya untuk terus menyumbangkan penulisan di sini.

Bermula dengan tapak upsaid.com dan ada juga cuba sebentar guna diaryland.com (yang saya tak berapa gemar fungsi dan interface yang disediakan - agak mengelirukan), saya akhirnya menetap di sini - blogger.com.

Saya boleh berbangga, sebab dalam masa orang dah heboh-heboh tentang blog sekarang, saya dah mula di blogger ini sejak tahun 2004. Buktinya, lihat saja arkib tulisan saya. Orang yang asyik lompat-lompat blog tak adalah buktinya walaupun kalian dah tulis lagi lama.

Tahun kedua di universiti, saya berpeluang menyertai bengkel penulisan anjuran penerbitan PTS. Pada masa itu saya memang teruja. Sebab tak sangka ada juga ruang untuk orang yang minat menulis seperti saya mengembangkan lagi bakat dan potensi selain menulis hanya untuk koleksi peribadi.

Tapi, disebabkan banyak alasan dari pihak saya sendiri, buku pertama saya hanya diterbitkan pada awal 2007. Uish, nak menghasilkan sebuah buku memang perlu sabar yang tinggi rupanya.



Sejak bekerja, saya tak punya banyak ruang untuk menghasilkan penulisan yang memerlukan konsentrasi yang lama. Alhamdulillah, saya jumpa lagi dengan platform lain yang lebih mudah untuk saya terus menebarkan potensi. Iaitu melalui penulisan artikel di Dewan Siswa.

Apalah kena mengena hobi dan minat saya ni dengan kerja formal saya sekarang ni ya?

3 comments:

Unknown said...

Bagus~~bagus~~ dua bidang yang berlainan dapat diterajui dengan baik.

EYA ZAMANI ZAITEE said...

mira ..yg penting hppy hihi ..mira enjoy kan buat semua tu ? suka baca Akrab Dengan Tuhan depan ank2 k.ct ...:)

mira said...

kak siti.. terima kasih.. :)

encik anuar, terima kasih. satu penghormatan sebagai senior.