Wednesday, May 20, 2009

kursus induksi khusus @ vistana kl

Minggu lepas saya berpeluang menghadiri Kursus Induksi Khusus, salah satu syarat sah jawatan dalam sektor awam ni. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun sepanjang diumumkan yang kami perlu bersedia dengan satu tajuk pengucapan awam setiap seorang, saya tak senang duduk.



Ingatkan saya memang tak normal bila tangan lebih sejuk daripada orang lain waima yang duduk di sebelah. Rupanya pendingin hawa ada atas kepala. Macam mana boleh tersalah pilih tempat duduk ni.

Di kursus itu, saya berpeluang bertemu kembali dengan sahabat-sahabat PTM yang sama melapor diri di Putrajaya awal tahun lalu. Juga dengan kenalan UIA. Seorang sahabat Computer Science dan seorang kenalan Engineering. Kenalan Engineering itu pernah jadi teman sebilik sahabat Sains Fizik. Dan jawatan beliau sekarang terus lari daripada Engineering. Pembantu Tadbir Diplomatik, PTD.

Rezeki masing-masing.

Hotel Vistana tempat penginapan kami rupanya hanya di belakang stesen bas Pekeliling yang saya agak biasa pergi dahulu. Tapi sebelum ni memang tak perasan.




Dari tingkat 7 Vistana


Dari Politeknik, kami naik teksi ke pekan Port Dickson dengan tambang RM2.50 seorang. Memang murah dan tak banyak beza dengan bas, RM2.30. Tapi hala balik, tambang teksi jadi RM12. Adalah buruk dan baiknya teksi tanpa meter.

(Kepada yang berkenaan, sila gunakan maklumat ini sekiranya sesuai untuk diambil tindakan)

Dari Port Dickson, kami ambil masa satu jam naik bas untuk ke Stesen Komuter Seremban. RM4 tambang. Dari Seremban, kami ambil komuter ke bandar Tasik Selatan dengan tambang RM5.40. Dari Bandar Tasik Selatan, tukar LRT RapidKL terus ke Titiwangsa dengan tambang RM1.70.

(Kenapa saya tak tahu LRT Star dah tak wujud lagi di muka bumi ni??)

Apa yang saya dapat dari Akademi Kehidupan kursus induksi khusus ini?

Poco-poco.

Banyak yang saya dapat. Tapi kebanyakannya terlalu teori yang melibatkan pekeliling-pekeliling yang baru saya dengar (sebab belum duduki Penilaian Tahan Kecekapan, PTK lagi). Menjadikannya sesuatu yang sukar untuk difokuskan lama-lama.

Mujur kebanyakan penceramah tahu itu dan mereka lebih banyak bercerita kes-kes yang terlibat, termasuklah tazkirah-tazkirah yang berkenaan daripada terus dengan konsep-konsep dan tanggungjawab-tanggungjawab penjawat awam dan yang bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang mengantukkan orang.



Perjalanan pulang sama dengan pergi. Kecuali apabila tiba di Stesen Komuter Seremban, selepas bangun dari lelap yang sebentar (sebab perjalanan Bandar Tasik Selatan-Seremban adalah selama 1 jam). Kami yang dah keletihan dengan mamai-mamainya ambil teksi dan terus ke Politeknik. Kos? 1 teksi RM45. Mujur ada 3 orang untuk dibahagi-bahagi.

1 comment:

fami said...

LRT Star dah join into the system of RApid KL lines.

klu Putra, ia dipanggil Rapid Kl aliran kelana Jaya.

Klu STAR, ia dipanggil RAPID KL aliran Ampang.

:)

tahniah for your public speaking :)