Monday, June 11, 2007

3p

Where was I?

Saya ada kursus Microsoft. Dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari [Isnin - Jumaat]. Dah hampir 2 bulan. Memang memenuhi semester pendek ni. Belum habis lagi. Tapi curi masa nak luah banyak perkara.



Pertama kali untuk saya belajar berterusan sebegitu. Rasanya takkan rasa lagi dah lepas ni [hope so]. Tak pernah. Semasa di sekolah pun ada sesi pagi dan petang, bukan kedua-duanya. Di universiti pun, subjek ada sengkang masa antara kelas, bergantung pada kelas yang kita pilih sendiri.

Ada komentar individu-individu terlibat pasal persijilan Microsoft ni.

Yang pertama, kami memang banyak belajar benda baru. Perkara yang tak diajar di dalam kelas. Banyak hands on, praktikal. Lebih daripada teori [walaupun peperiksaan-peperiksaannya semuanya teori].

Kedua, kami banyak dapat buku teks. Dalam satu sijil ini saja, dah ada 4. Tebal-tebal semuanya. Kulit pun kulit keras. Agaknya beratus-ratus ringgit jika di pasaran. Alhamdulillah, kami dibelanja. Kerajaan belanja kami seratus peratus. You dont wan't to know the overall cost for this certificate.

Apa yang agak slack, mengenai peperiksaannya. Cuma lulus atau gagal, satu. Dua, diakui, ia bukan ujian pemahaman, tapi kemahiran menghafal. Hafal soalan dan jawapan. Kami dah diberikan simulasi soalan-soalan peperiksaan. Boleh kata.. 100% soalan yang sama keluar.

Jika mahir hafal, maka kita dapatlah jawab. Faham tak semestinya yang betul. Sebab, kursus yang hanya dua minggu untuk cover 1 peperiksaan ni jika dibandingkan dengan subjek ICT, maunya telan 3 subjek. Memang banyak. Dan, soalan yang keluar bukan dari dalam buku. Sebab soalan-soalannya berbentuk case study. Dalam buku cuma step by step macam mana nak buat.

[Saya tak pasti jika sebenarnya saya berhak untuk umumkan perkara-perkara ni. Tapi rasanya tak ada dalam rules and regulation. Ampun jika terlepas pandang]

Apa yang penting untuk dapat sijil Microsoft ni ialah duit dan kemahiran sabar dan menghafal.

Nak bijak tak semestinya perlu duit. Tapi nak dapat sijil Microsoft, memang perlu duit.

Sabar memang kena ada. Sebab kena tadah telinga dengar trainer mengajar dari jam 9 pagi ke 5 petang. Rehat cuma sejam pagi dan sejam tengahari. Selain belajar, kena tahan mata menghadap komputer buat latihan dari buku teks. Bukan uji minda. Semuanya dah diberitahu macam mana nak buat.

Hafal, untuk peperiksaan. Kita takkan ada masanya nak berfikir time peperiksaan. Kena berfikir masa buat latihan [jawab soalan bocor]. Sebab soalan-soalannya memeningkan kepala. Tapi, jika dah hafal, selamat. Memang lulus.



Apa-apapun, terima kasih sebab beri peluang kepada kami untuk meluaskan peluang pekerjaan. Terima kasih Tuhan sebab pilih kami! Alhamdulillah.

Monday, June 04, 2007

boikot utusan

Pakdi dah buat penentangan terbuka kepada Utusan Malaysia. Ada salah, ada bukti, bukan setakat spekulasi. Kita nak terus baca Utusan?

Cis!

Emel dihantar kepada Utusan Malaysia, Utusan Malaysia kata diorang cuma ikut laporan Pusat Keselamatan Siber. Utusan kata:

Laporan kami berpandukan kepada kenyataan yang diberikan oleh CyberSecurity Malaysia, selaku “polis siber” Malaysia. Seperti mana kami memetik pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai jurucakap rasmi keselamatan di Malaysia, CyberSecurity Malaysia menjadi jurucakap rasmi keselamatan siber di Malaysia.


Emel dihantar kepada CyberSecurity. 2 kali. Tak balas. Kemudian call, dan pihak CyberSecurity cakap melalui telefon:

Kami hanya menerima laporan dari orang ramai. Laporan tersebut akan dihantar kepada pihak berkenaan seperti Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, KDNHEP, PDRM dan sekiranya kami perlu bertindak (setelah disahkan oleh pihak berkuasa lain), kami akan bertindak. Kami tiada bidang kuasa untuk sahkan laman web tersebut menawarkan skim cepat kaya atau tidak.


So? Editor / wartawan Utusan Malaysia putar belit kenyataan Pusat Keselamatan Siber untuk buat berita sensasi? Bodoh punya wartawan. Etika takde.

Dan satu lagi perkara pelik, kalau perkara tu masih dalam siasatan, kenapa Pusat Keselamatan Siber perlu sebarkan kepada wartawan? Wartawan Utusan Malaysia pulak tu. Ini satu lagi persoalan yang perlu dijawab sebab yang angkat telefon tadi bukannya orang paling atas.

Dulu Utusan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Fitnah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS). Antara kerja kotor lain terbaru diorang buat, mendahului Istana Perak dalam perkahwinan Raja Nazrin dan Zara Salim Davidson.

Jangan beli Utusan. Jangan baca website Utusan. Utusan hari ini bukan Utusan yang dulu yang membangkitkan kesedaran orang Melayu tentang pelbagai isu. Utusan Malaysia yang lama sudah lama mati. Noktah.


Ke blog Pakdi

Monday, May 21, 2007

bicara jutawan dan wang cyber TIDAK promo skim cepat kaya!

Dari blog pakdi:

BicaraJutawan telah memberi amaran tentang kehadiran skim cepat kaya baik secara offline atau pun online, jauh lebih awal dari fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sila rujuk:

1. Kategori Pendidikan Asas Kewangan

2. Kategori Portfolio Investment

Malah kami telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang seharusnya dibaca oleh semua pengunjung BicaraJutawan, tentang pendirian kami terhadap skim cepat kaya. Sila rujuk:

Selamat Datang ke BicaraJutawan.com

-

Dari Utusan Malaysia: 37 laman web skim cepat kaya dipantau

"Antara laman web yang menawarkan pelaburan mencurigakan ialah www.carigold.com, www.cakapgold.com, www.jutawan.org, www.jomklik.com, www. gurumalaysia.com, www. wangcyber.com, e-bazaar2u. com dan www.bicarajutawan.com"

Hai… bila masa pulak BicaraJutawan dan WangCyber offer pelaburan skim cepat kaya kepada pengunjung mereka?

Takpelah, biar diorang siasat dulu.

Kepada pihak yang berkenaan, saya boleh dihubungi melalui suzardi[at]streamxy.com / admin[at]bicarajutawan.com / 013-3403593 untuk kerjasama siasatan pihak tuan.

Sekian, Terima Kasih.

Perbincangan lain:

1. Utusan Malaysia: Bicarajutawan.com kena pantau?
2. Utusan Malaysia: Wangcyber.com mecurigakan?

p.s. oh ya, untuk mereka yang jarang surf forum BJ, ia adalah forum yang bincang pelbagai isu berkaitan pelaburan dan perniagaan. Dari topik nak menjaja di pasar malam macam mana, buat roti macam mana, tanam cendawan macam mana, bela ikan keli macam mana, nak melabur di Bursa Malaysia macam mana, nak mendaftar syarikat macam mana, nak bela kambing macam mana, pelajar IPT nak berniaga part-time macam mana dan sebagainya. MANAKALA topik yang mempromosikan program jana wang dan skim cepat kaya tidak dibenarkan dari dulu sampailah sekarang.


Walaupun taklah selalu ke Bicara Jutawan, tapi saya kenal pengasasnya, Pakdi dan yakin apa yang akhbar cuba fahamkan kepada masyarakat itu tak benar.

Saya dah banyak kali minta pendapat dan menuntut ilmu dari Pakdi. Beliau mentor saya. Tak pernah sekalipun beliau sebut mengenai Skim Cepat Kaya. Semuanya pure business. From scratch! Nak cari duit, kena usaha, tak ada shortcut!

Tak tahu apa sebenarnya motif pihak akhbar. Sama ada main search semua perbincangan bisnes di internet dan pukul rata semua sebagai Skim Cepat Kaya Internet, atau mereka sendiri tak tahun pun apa bezanya.

Sila sebarkan yang haq kepada semua.