Monday, June 27, 2005

mawi... lagi?

Semua orang dah cakap pasal MAWI. Pergi sini MAWI, pergi sana MAWI. Buat saya yang tak tonton konsert sebab tak ada ASTRO di rumah ni pun jadi tak senang duduk. Apa agaknya cerita terbaru MAWI sekarang?

[Cuba semak back cover Mangga Julai 2005. Ada gambar pertemuan pertama MAWI dengan artis wanita, Shahida yang berlakon dalam iklan Sunsilk di UIA. Owh, dia ni artis nasyid Wirdani rupanya, bekas ahli kumpulan Solehah, patutlah pernah nampak di mana-mana. Ingatkan pelajar UIA dah]

Sebetulnya saya bukanlah peminat setia Akademi Fantasia. Tapi, bila dah diajak menonton Konsert Prelued buat pertama kali dulu, jadi tersentak juga dengan kehadiran 2 lagu dari genre kegemaran saya sebagai lagu yang dinyanyikan calon.

Tak pernah tahu yang dua entri ulung mengenai Akademi Fantasia itu sebenarnya akan menjadi cerita bualan terhangat di pasaran.

Bukan lihat siapa penyanyinya, tapi lihat pada situasinya. Bila nasyid dah masuk Akademi Fantasia. Apa yang pernah saya tulis cumalah pandangan dan luahan pada waktu itu saja, tak pernah dipengaruhi keadaan selepas itu.

Apa keadaan selepas itu?

Saya jadi ragu-ragu dan risau.

Pasal MAWI terutamanya.

Dia berada dalam kelompok mereka yang jahil Islam. Untuk menjadi seorang ustaz dengan taraf pelajar mungkin sukar. Tapi tidaklah darurat sampai tak boleh cari inisiatif untuk tidak dukung cikgu Linda atau tidak bertepuk tampar dengan pelajar bukan muhrimnya.

Mula-mula tonton dulu semasa MAWI belum 'tercemar', saya harap dalam hati agar MAWI pakai baju lengan panjang, dan untuk kelas tarian mungkin boleh pakai sarung tangan.

Tapi, bila lihat dia tak cuba halang pun apa yang boleh dihalang, saya geleng kepala [macam Hattan bila dengar MAWI lupa lirik dan melodi nyanyi lagu Dari Kekasih Untuk Kekasih].

Untuk saya, dia pernah jadi ikon pembaharuan Akademi Fantasia. Mungkin masih terus, atau mungkin sudah tidak. Saya tak tahu, dan entahlah akan boleh tahu atau tidak walau dia nanti sudah keluar dari akademi nanti.

Sebab saya tak boleh terka apa niat MAWI sertai Akademi Fantasia.

Kenapa ikon?

Sebab ya, dia adalah seorang Qari. Bekas juara Qari peringkat Johor lagi. Pasal dia bawa lagu nasyid, kan masih ada seorang lagi yang bawa lagu Kuharap Cinta? Kenapa tak AFUNDI REZA?

Sebab MAWI seorang Qari, penampilan dan perwatakannya dicop supaya selari dengan Islam sebagai cara hidup. Itu impresi pertama setiap penonton.

Sebab keistimewaan ini, secara tidak langsung, MAWI membawa beban harapan mereka yang inginkan pembaharuan dan perubahan positif ke dalam Akademi Fantasia.

Peminat fanatiknya nampak dan harap, tapi mungkin tidak MAWI. Atau mungkin itulah azam MAWI tapi tak sangka sehingga begini besar pengaruhnya pada undian penonton.

Fenomena yang harus diambil perhatian sekarang: Siapa penyokong MAWI?

Kenapa ramai benar yang inginkan kejayaan MAWI walaupun prestasinya tidaklah sebagus pelajar lain? [ini pandangan peribadi saya, mungkin tak akan dipersetujui oleh peminat MAWI terutamanya yang fanatik]

[Susah nak cakap lebih-lebih. Sedangkan Sifu, M. Nasir pun dikecam dan dicemuh peminat fanatik ini kerana mengeluarkan pendapat bahawa MAWI yang patut keluar pada minggu pertama konsertnya, inikan pula saya yang tak ada sebarang ilmu dalam bidang seni]

Susah nak nafikan bahawa dalam ramai-ramai pelajar, MAWI bukanlah yang terbaik. Masih ada AKMA yang selalu dijadikan pelajar contoh oleh Sifu. Tapi, undi MAWI masih yang tertinggi dan semakin tinggi.

Siapa yang mengundi ni?

Peminat MAWI? Peminat nasyid? Peminat Islam?

Tak mungkin jadi musuh MAWI, musuh nasyid, atau musuh Islam.

Nak highlightkan di sini, rakyat Malaysia inginkan sesuatu. Sesuatu yang belum ada di mana-mana. Dan sesuatu itu kemungkinan besar yang membawa kepada suatu KEBAIKAN dan KEHEBATAN ISLAM.

Ramai yang setuju dengan pembaharuan ini, tapi tak kurang yang tidak setuju. Ada sebab dan alasan masing-masing.

Apakata kita berhenti menuding jari sebentar dan cuba fikir-fikirkan sejenak. Apa yang masih kurang sebenarnya? Dan apa yang kita boleh buat untuk kambus kekurangan itu?

7 comments:

Anonymous said...

mawi nyer niat adalah urusan die ngan tuhan..insyllah niat yg baik..


tapi apsalah nyer kite menyokong yg "terbaik"...
hUh~

Anonymous said...

ha.. nie lg satu idea menarik..

guess what.. i was havin the same thought since the first moment i saw mawi on tv.. ape taknye.. dgn background die.. dgn 'alim' die.. siap penah slh sorg yg dah kuar dr AF tu bg salutation kat die sbg die punye ustaz.. siap salam cium tangan mawi ms nak pergi.. (dengar kat era.fm).. dr segi tue, cam mawi berjaya wat sesuatu.. tp, utk diri dia.. camne plak.. terjebak dlm pergaulan yg terlalu bebas.. sprti yg mira cakap la kan.. sbb tu dr awal lg sy dah bg conclusion yg die ni hanay akn bawa imej yg rosak utk mereka yg berjuang di jalan Allah.. mgkin lbih mudah, itu bukan dakwah sebnrnye.. tp mcm tempah tiket ke lembah maksiat..

to comment on previous comment.. cm knal jer alex nih.. nway, niat mmg kite takleh cek.. tp kita bleh menilai iman seseorg dgn amalannye.. sbb hakikat iman itu pasti terlihat pd amalannya.. mlh nabi bnyk menekankan bhw Iman itu adlh (dgn) amal..

idea yg menarik apb mira katakn yg rakyat nkkan satu prubahan.. u might be right.. mlihatkan sambutan terhdp mawi disbbkan watak 'islamik'nye atau mgkin 'imej' yg cuba dibawanye.. atau mgkin yg bermain di fikiran diorg.. "mcm nila islam yg kita nak.. islamik tp bleh campur.. tak ketingalan.. ikut arus zaman moden.. bleh menilai seni.. " dan sbginyer ataupn rakyat just nak kan excitement yg lain dr yg lain.. maybe like.. mix btwn islamik dgn non-islamik.. spy jadi bnda yg lebih baru.. hmm.. mcm tambah cemar agama adalah..

allahu ta'ala a'lam

Korakora said...

siapa yg timbulkan idea membawa perubahan dalam af? semata2 krn mawi bekas qari, segala macam perubahan mula diharapkan?

pakai sarung tangan dalam kelas tarian? lepas ni apa? balut tubuh seluruh badan dan kemudian "diharuskan" berpeluk dgn wanita pula?

Lam Alif Pi said...

nice idea but not practikal bagi sesiapa nak buat... mira, buku dah siap? bila nak beri bg din baca...

Anonymous said...

emm..saya setuju dgn pendapat cik mira..ader betulnyer..
aper yg nak sayer tekankan disini kiter semua manusia biase,tidak pernah lari drpd membuat kesilapan...mmg sayer pon ader rase mgkn mawi akan mmberi pembaharuan ..mgkn dier akan memakai sarung tangan,...emm
adakah kerana dier seorg qari,maka dia diberi kepercayaa penuh bg membuat pembaharuan,..owh tidak semestinye jika seseorg itu merupakan qari dier seorg yg alim...kalau nak tahu ader salah seorg artis baru(tdk perlu disebutkan namenye) yg sbelum ini pernah memasuki pertandingan di sekolah sama seperti mawi ,iaitu berzanji..tapi ape yg dapat lihat..dier tak seperti yg disangkakan..tup tup tau tau dier dah jadi artis..ingatkan artis nasyid ke,ini tidak..sebaliknya pulak..dan tuh pakaian tidak manutup aurat...
actually mawi ni tak tahu menahu ttg af nih,dier asal dari kampung,tiada astro,dier masuk af pon sebab kawan2nyer...mgkn susah bg dier untuk menyesuaikan dirinyer dgn tempat yg penuh bersosial..siapa tau bahawa dier tidak sangkakan begitu..
kalau kiter tengok dalam diari pon dier tak der pon nak rapat2 @ nak pegang2 tangan bukan muhrimnyer...budak2 perempuan yg mulekan,....itu pon kalau budak perempuan ingin bersalam dgnnye,dier salam acuh tak acuh...sayer penah dgr cikgu sayer disekolah dulu..dier kater kalau mereka yg bkn muhrim nak bersalam ngan kiter,kiter just salam sekadar sentuh jer,tapi tak genggam..ala aper org kater salam sekali imbas jer..entah la nak sebut pon susah..haa itu bagi mengelakkan dari org tu malu sbb dah hulurkan tangan..lebih2 lagi di khalayak ramai...cube gk konsert yg mase dier nyanyilagu arab tuh,..haa penari2 tuh yg mulekan dulu sentuh mawi tak tentu pasal.dia pon ader mengelak kalo kiter tgk betul2..then mase nyanyi lagu menuju puncakmawi tak sentuh pon tgn marsha waalaupon pasangan masing2 kene bersentuhan..so??
kiter tak boleh nak salahkan dier jugak...dier macam kiter jugak org biase...ader jugak buat kesilapan,kiter patut beri peluang padenye..tapi ape yg tak betul perlu jugak ditegur takut kalau2 terbawak sosialnyer sampai ke luar nanti..lagi payah..tapi sokongan piminat amat diperlukan..k wassalam.....maaf sekiranya ader terkasar bahase...

Mentor_ulung said...

holla dear...me nak gi skool utk projek kembara siswa..hehe. Kat umah lg. Mawi ye..hehe. Dia tu..yeah..lurus. Dia punya bakat sedang2 aje. Dan, jika itu yg dia pilih..dia kena usaha lebih.

"Alangkah bestnya jk dia mendengar segala harapan peminat dia" Mawi menang undi skang ni..nyanyi dia bukan belum pd taraf terbaik..he has to dig out his potential, alirkan bakat dia pd bidang yg dia pilih skang neh.

Mawi, terfikir ttg mujahid muzik..apakah ikon remaja sihat ni boleh dia bawa?? Dia berada dlm situasi apakah?? Dia..mana tujunya (of course seni) dan apakah yg akan terjadi di kendian hari...sirotul mustaqim..

Tertanya..nape org minat kat dia? Lurus? sempoi? spontan? lawak? agama? qari?? sume tu antara jawapan yg fans dia beri (org minat peserta af yg punya trademark agama??)

Oklah..ape2 ntah repek...nak gi skool :) take care. last2...mawi kasi mindaku terus fikir :)

mira said...

mawi, mawi... tulis pasal kau mesti ramai yang berkata² :)

ada new student ni tanya, kak, siapa nama abang yang muka macam MAWI tu? guess who? it's syuk!

ok, sekarang kita dah ada 2 mawi dalam komiti ta'aruf.

eh, syarief pun tengok af juga ya? :)

malas rasanya nak komen apa² lagi pasal af bila reza dan IDAYU yang LEBIH berpontensi daripada aidil dan kefli keluar dulu...

there's something not right in af...

abang din, buku tak boleh gerak intensif lagi. saya pilih untuk aktif program universiti dulu... sementara ada peluang jadi orang penting :)