Sejuk hari ini [kalau dah di lab...]. Cuaca di luar... mendung. Hujan kejap². Guruh sabung-menyabung. Minda hampir beku. Tak terfikirkan. Padahal banyak lagi tugasan yang berbaris panjang.
Stabillah wahai jiwa.
Aku akan bertolak ke Terendak, Melaka sebentar lagi. Menjadi fasilitator untuk pelajar Tingkatan 5 di MRSM Terendak. Program motivasi. Sireh Pulang ke Gagang. Bersama persatuan ANSARA UIA. Yang kedua buat aku selepas ke MRSM Batu Pahat semester lepas.
Bunyinya macam bagus saja. Jadi fasi... macamlah juga kaunselor tak bertauliah... macam bagus kan?
:)
Hei, entah apa² saja. Dah tentu semua manusia tak sempurna. Ada kurangnya di sana-sini. Aku pun.
Tapi orang lain, kurangnya di tempat yang aku mampu hadapi. Sanggup tempuhi. Lantas aku bantu mereka. Menampal di mana² perlu.
Kononnya, pelajar MRSM, motivasinya unik. Apa² masalah diselesaikan dengan cara tersendri. Betullah tu agaknya. Sebab itu semua bekas pelajar pusat pengajian itu sekepala. Sehati sejiwa. Sehingga rakan² rapat di sini kebanyakannya dari MRSM.
Nak ke Terendak ni, perlukan persediaan emosi, mental dan fizikal. Kerana, walau bukan MRSM aku sendiri, rekabentuk dan persekitaran yang sama membimbing aku ke alam kenangan.
Terkenang sahabat² lama. Terselak album memori tua.
Walaupun aku hadir sebagai pelajar universiti lepasan MRSM, jiwa pelajar Tingkatan 5 ini tetap ada...
Manatahu aku boleh menyamar sebentar :)
No comments:
Post a Comment