Kadang², kita jadi pening bila fikirkan masalah orang. Paling tidak, bila tahu orang di sekeliling punya masalah. Jadi tak sampai hati nak bergelak tawa. Nak senyum ria. Jadi lupa masalah sendiri. Jadi bersyukur kerana masalah sendiri tak besar mana.
Baru tahu perasaan kawan² bila lihat muka yang mencuka ini saban hari. Langsung tak senang duduk mereka dibuatnya. Mereka luah, bukan tak fikir, tak ingat, tapi bukan senang nak cari penyelesaian waktu itu juga. Masalah aku termasuk dalam senarai yang perlu mereka fikirkan.
Dan sekarang, masalah mereka jadi senarai perkara yang perlu aku fikir²kan. Yang perlu aku waspadakan setiap hari. Bimbang tersilap kata. Akan kecil hati mereka yang mempercayai aku.
Aku tahu. Menceritakan masalah bukan bererti aku patut memberi penyelesaian mutlak. Memaksa mereka mengikut cara aku. Bukan. Lebih² lagi aku ini bukanlah pemikir spontan. Yang ide dan pandangan akan terus tercurah masa itu juga. Tepat mengisi fikiran mereka yang kekontangan rasional dek wasap emosi.
Aku, cuma mampu mendengar. Dan kadangkala, menyusun melalui penulisan sebelum terhambur dengan kata [Praktiskan apa yang pernah dipelajari dalam Kemahiran Hidup menengah rendah -- sebab tu dapat gelaran kaunselor tak bertauliah :) ].
Cuma, kebanjiran cerita yang semakin melimpah saban hari kadangkala melemaskan. Dan menjatuhkan motivasi sendiri juga.
Aku kena kuat. Untuk membantu membina kekuatan orang lain. Untuk menaikkan semangat sahabat² tersayang yang makin pudar.
Sabarlah. Sama² nanti kita usahakan sesuatu untuk menjadikan hidup lebih bermakna. Ya? :)
Sayang korang semua!
1 comment:
hei, great afford. congratulation!
Post a Comment