Salam.
Lama tak menulis. Hampir dua minggu. Bukan kerana sibukkan peperiksaan [belum mula pun lagi, kecuali untuk Halaqah dan Tilawah], tetapi mencari hikmah. Hikmah yang bakal menawarkan segala racun pembunuh hati dan perasaan, serta hikmah menjadi penulis yang lebih baik, bukan sekadar mencuri perhatian dengan lembaran² yang tidak berisi.
Nabi Isa a.s. pernah mengucap kata syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH S.W.T. atas kejadian manusia yang bermacam² jenis dan perangai, pelbagai sifat dan ragam. Katanya, sesungguhnya, setiap insan menjadi aset kepada insan yang lain. [Quote: Dr. Fadzillah Kamsah]
Pernah saya khabarkan dahulu, jika seseorang mengumpat kita, dia memberi pahalanya kepada kita. Andai pahalanya tiada lagi, dosa kita pula yang ditariknya. Manusia sebegini amat menguntungkan [boleh baca: umpatlah saya banyak² :) ].
Contoh lain. Nabi Muhammad s.a.w. pernah meriwayatkan bahawa seseorang yang sempat memaafkan orang yang membunuhnya sebelum dia meninggal dunia, ke syurgalah dia nanti. Apabila dikenang-kenang, aku mampu tersenyum semula. Bukan lagi senyum sendiri yang katanya sebagai gila peringkat kedua. Tapi senyum mengenangkan pelbagai peristiwa 'tragis' yang menimpa. Ahh, tak pernah tragis pun lagi. Emosi yang membesar²kannya. Oleh itu aku tersenyum :)
Rugi untuk hidup dalam kesedihan sepanjang hari walhal kita mampu menjadikannya seceria mungkin. Persamaannya, hari itu tetap berlalu, dan hari yang sama tak akan berulang lagi. Perbezaannya, ceria dan bosan...duh!. Sudah tentu hasil yang diperoleh pada hari yang situasinya tidak sama di kaca mata sendiri adalah tidak sama.
Cubalah untuk melihat dunia dengan penuh warna-warni. Bukanlah bererti selama ini, penglihatan kita hitam putih sahaja, tetapi maksudnya, kita tidak ceria akan alam yang ceria. Melihat bunga, hati tak berbunga². Melihat pelangi, hati tidak seindah pelangi. Melihat air di kali, hati tidak dapat menjadi setenang biruan aliran itu.
Jangan jadi unta yang harus dipakaikan kaca mata hijau dahulu sebelum mampu menelan rumput kuning kering!" HM Tuah Iskandar.
Aku baru saja menghabiskan satu pertiga usia kehidupan jika hayatnya diukur mengikut kebiasaan hayat umat Muhammad s.a.w iaitu 60 tahun. Aku belum lagi menghadapi dua pertiga bahagian yang sudah tentunya akan lebih mencabar dan memerlukan kecekalan dan ketabahan yang lebih.
Kata Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum beliau bersara dahulu, "Hanya yang cekal dan tabah sahaja yang akan berjaya!" [Untung² aku sertai ANSARA, kalau tidak tak tahu pun :p ]
Eh, aku dah peroleh hikmahkah? Entahlah, tak pasti. Cuma, sejenak, aku telah berjaya melihat dunia melalui mata burung, bukan mata tempurung.
Setiap manusia berlainan sifatnya, sikapnya, perasaannya, emosinya, egoisnya, dan penerimaannya terhadap setiap manusia.
Rambutkan sama hitam? Ya, tetapi hatinya lain². Fizikal mungkin hampir sama. Namun, sedang kembar seiras pun payah untuk punya keinginan yang benar² sama.
Jadi, tak boleh nak merumuskan setiap wanita mesti sama dengan wanita yang lain. Setiap lelaki jika begini kesimpulan keseluruhan sifat mereka, maka yang seorang ini pun mesti beginilah.
Tidak. Manusia boleh membuat kajian, manusia boleh membuat hipotesis lalu terhasil satu teori. Ternyata teori tetap teori, bukan realiti. Teori mengenal peribadi melalui tarikh lahir, kedudukan dalam bilangan adik-beradik, warna kegemaran, bentuk tulisan dan sebagainya. Benar, kajian ini membuktikan betapa sebab² kadang² boleh menjadi faktor penentu perwatakan individu. Tapi, Dr. Fadzillah Kamsah dah kata, bukan semua, bukan semua! ALLAH punya kuasa!
ALLAH S.w.T. telah menciptakan setiap daripada makhluk-Nya yang istimewa ini peranannya yang tersendiri di dunia, berbeza dengan setiap yang lain. Jadi, jangan anggap diri kita ini tidak berguna, kerana tanpa kita, tidak lengkaplah variasi dan keunikan ciptaan ALLAH, kerana kita sememangnya istimewa!
Layakkah kita yang langsung tidak setanding Dr. Fadzillah Kamsah dalam pengalaman dan penyelidikan apatah lagi ALLAH yang menciptakan untuk mengatakan manusia ini sebegini, manusia itu sebegitu? Manusia ini agaknya begini², manusia itu agaknya begitu²? Layakkah? Siapa kita?
Selain hal keagamaan dan garis panduan syari'at ALLAH yang tersedia untuk diguna pakai, kita tidak berhak langsung untuk menyatakan dengan pasti bahawa ini salah dan itu benar. Sedang dalam hal agamapun kadang² ada khilafnya. Sedang dalam hal jodoh pertemuan dan ajal maut pun kita berkira²!
Manusia, darjat dan istimewanya lebih tinggi daripada malaikat, kerana manusia punya nafsu untuk dikekang, sedang malaikat tidak. Manusia punya akal untuk bebas berfikir, sedang malaikat tidak. Maknanya, jika kita mampu beramal setanding malaikat, kita lebih bagus daripada malaikat, apatah lagi yang mampu melebihi malaikat. Subhanallah!
Namun, kerana nafsu dan perasaan, manusia keliru. Payah untuk beristiqamah. Susah untuk menjangka apa yang akan dilakukan selepas ini.
Kadangkala, kehendak diri sendiri pun tidak diketahui. Jadi, jangan salahkan orang lain jika tidak mampu menerka apa yang kita inginkan.
Biarlah, kehidupan itu juga milik mereka. Kita punya kehidupan sendiri. Bukan untuk membela sikap nafsi², tapi, selagi masih berlandaskan syari'at, mereka berhak menentukan corak kehidupan dan hala tuju.
Biarlah apa orang kata. Yang pasti kita akan ada akhiran sendiri. Urusan teragung hanyalah antara kita dengan ALLAH S.W.T, Penguasa Alam Semesta. Orang lain bukan boleh sumbangkan pahala atau baik hati mengambil dosa kita.
Yang kita ini, sibuk²kan dengan hal sendiri. Muhasabah diri dahulu sebelum memeriksa salah orang.
"Kita boleh menuding telunjuk, tetapi biarlah keempat² jari yang lain menghala pada diri sendiri," HM Tuah Iskandar.
- Apabila kita terasa tersisih, renung kembali, mungkinkah kita yang menyisihkan mereka?
- Kadangkala, kita memandang pintu yang tertutup begitu lama sehingga tidak sedar akan pintu yang telah sedia terbuka untuk kita.
- Peristiwa pahit kadangkala akan menjadi kenangan manis suatu hari nanti, lebih manis daripada kenangan akan peristiwa manis itu sendiri.
:) Terasa seperti orang yang banyak bersusah kerana aku, bukan aku yang banyak terasa susah kerana orang. Tak mengapalah, tidak sempurna iman jika kita tidak menyayangi saudara seagama seperti kita menyayangi diri sendiri, kan?
Kepada yang berkenaan, maaf, maaf, dan maaf, saya pohon. [bolehlah, dah nak periksa ni ;) ]
Salam motivasi, salam ceria, salam hikmah.
:)
# Perasan tak? Idola pakar motivasi aku dah bertambah lagi satu :)
No comments:
Post a Comment