Monday, May 30, 2005

catatan seorang amirah

Kepimpinan

Apa jadi bila kedua-dua Magna dan Net World ke bilik pengadilan menghadap Mr Trump?

Tak pernah jadi dalam sejarah The Apprentice semua peserta dikumpul bersama. Benar-benar teruk iklan Dove mereka?

Heh, kalaulah kalian lihat sendiri...

Untuk Kristen, maaf, saya pun tak berkenan dengan kepimpinan anda.

Image hosted by Photobucket.com
Kristen, 31
Los Angeles, CA


Untuk terlalu meyakini diri sendiri yang cuma ada boyfriend pengarah iklan, tak menjadikan anda yang terbaik dan paling arif antara semua. Lebih-lebih lagi, jika fikiran anda sendiri awal-awal tertutup untuk terima sebarang pandangan ahli lain. Otak anda yang paling releven!

Dah dalam perut teksi untuk pulang ke rumah, sempat lagi tuding sepuluh-sepuluh jari pada semua bekas 'pekerja-pekerja'nya.

Kata lain, macam bagus je :)

Tak salah yakin diri, tapi jangan sampai makan diri.

Harap headcom saya untuk CONVEST semester depan tak macam anda :)

Sedih kira subcom biasa yang baru belajar bertatih tak diberi peluang berjalan sendiri, dengan pengawasan komiti 'senior'.

Apa erti hendak belajar mengurus tapi dia buat semua kerja. Sebab dia tahu untuk buat apa yang terbaik dalam masa paling singkat. Ya lah, pengalaman dah banyak.

Kepada semua headcom, tolonglah beri kerja pada subcom. Kerana itu semua juga tanggungjawab kami. Tunjukkan mana betul mana salah.

'Tak perlu beri terima kasih dan rasa hutang budi.'


Kids Of The World

Program masih belum sudah. Malam ini akan ada penutup. Saya akan hadir juga, tapi bukan sebagai salah seorang yang dijamu makan. Sebagai apa? Hehe...

Zaidi, Ijan, Maryam. Terima kasih beri saya peluang bekerja bersama kalian di bawah pantauan kalian. Terima kasih percayai saya. Maaf jika tak sempurna apa yang telah diamahkan. Tapi, itulah yang terbaik dari saya, insyaALLAH.

Dhany, sebagai pengurus muda [ketua kanak-kanak sedunia :) ], anda dah buat yang terbaik. Program benar berjalan lancar. Jawatan apa lagi yang tinggi dari pengurus untuk anda pada masa depan ya?

Oh ya, boleh bersama abang Nasir jadi penasihat :)

Tahniah!

Juga untuk semua komiti, terima kasih untuk segala. Harap boleh bekerjasama lagi pada masa hadapan.


Semester Depan

Sebut pasal CONVEST, CONVEST '05 akan jadi penyertaan saya kali pertama. Dan sudah disogokkan dengan berita-berita kekurangan masa dan sumber kewangan. Kena kerja kuat ni!

Kalau tak salah, sebesar-besar program-program tahunan SRC lagi yang lain, UMMATIC WEEK dan I-NEX [sebelum ini dikenali dengan I-FEST] akan jadi subprogram CONVEST.

Huish, meriah bangat jadinya sem depan. Akan ada RAMAI komiti dari pengunjung :)

Untuk abang Shakur, selamat jadi pengurus ya?

Hampir terlupa. Sebelum CONVEST, SRC akan buat satu lagi program yang dinamakan STAR '05 [Students' Activity Carnival] dengan moto 'Unity in Diversity'. Akan berlangsung dari 23 Julai ke 8 Ogos 2005.

Jadi, kepada semua yang rasa-rasa nak aktif-aktif semester depan, sila-silalah ke Pejabat SRC untuk ambil borang-borang berkenaan.


Pesanan dari Bekas Pemimpin untuk Para Pemimpin

Pesan abang Nasir sama seperti pesan abah.

"Nak aktif, sertai itu ini boleh. Tapi jangan abai tanggungjawab pertama kita."

Dan saya akan ingat kata-kata abang Nasir semasa beliau jadi headcom Transportation and Accomodation biro yang saya sertai dalam iiPAC dulu,

"Makin kita sibuk, kita akan makin hargai masa."

Lebih kurang ayat abang Fauzul,

"Hanya orang yang sibuk ada masa."

Andai kita sedar.

jom lepak

Kepada semua peminat kumpulan nasyid OneFaith, atau yang nak berkenalan dengan abang-abang dan adik saya ni, JOM L.E.P.A.K!


OneFaith

Lonjakan. Ekspresi. Personaliti. Aspirasi. Kita
Loving. Empathy. Peace. Active. Knowledgeable

4 - 5 Jun 2005
Alam Sentral, Shah Alam
10.30 pagi - 9.30 malam


Anjuran:
JIM Selangor, Kelab Remaja JIM Selangor, Nasyeed.com & Alam Sentral

Masuk percuma.


"Diharap program ini akan dapat memberi manfaat kepada remaja dalam menangani masalah pergaulan bebas di kalangan remaja. Penglibatan secara aktif badan-badan bukan kerajaan (NGO) akan membantu melahirkan golongan muda yang berguna untuk agama, masyarakat dan negara."
-Pengarah Jom L.E.P.A.K [abang Radzlan Jalaluddin]

Sunday, May 22, 2005

bila nasyid dah masuk akademi fantasia...

Semalam merupakan hari pertama atau prelued untuk peserta-peserta Akademi Fantasia 3 menonjolkan diri kepada orang ramai. Maka, bermulalah zaman populariti mereka menyesar kepada senior mereka yang lepas-lepas.

Aku menonton bukan sebagai seorang peminat, tetapi ajakan teman-teman sebilik memberi kata putus. Aku tak suka bersendiri di bilik. Jadi, aku sekadar mengangguk. Lagipun, bila lagi nak buka mata pada dunia luar?

Seribu syukur atas ajakan ini. Aku terkesima bila 2 lagu nasyid turut disenaraikan sebagai lagu sampaian peserta, Rizal dan Mawi, qari dari Johor.

Bagi aku, 2 lagu dah cukup banyak untuk Akademi Fantasia. Lebih lagi nanti karang dikata Akademi Nasyid pula.

Bukanlah lagu berbentuk penghayatan ketuhanan sangat. Cuma Kuharap Cinta (Nowseeheart) dan Intifada (Rabbani). Masih, kedua-duanya adalah lagu nasyid! Yang aku turut layan saban hari!

Mungkinkah ini yang dimaksudkan Waheeda dalam sesi carta IKIM Jumaat lepas? Penyerapan unsur-unsur kotemporari dalam lagu genre nasyid membawa penerimaan positif masyarakat terutamanya remaja yang tak pernah kenal nasyid?


"Tak semua orang suka nasyid. Begitu juga tak semua orang suka muzik rap, rock, atau dangdut. Semua ada peminat sendiri. Jadi, kita yang dalam perjuangan menyampaikan mesej dakwah tak bolehlah memilih orang. Kita ini yang kena masuk dengan minat semua.

Bila seseorang yang tak minat nasyid memperdengar satu lagu nasyid yang dia boleh terima kerana itu lagu cinta contohnya, dia akan fikir, oh, nasyid pun ada lagu cinta? Menarik ni! Contohnya lagu kumpulan In-Team. Lepas tu dia mula berminat dan mengikuti lagu lain yang disampaikan oleh artis tersebut.

Walaupun mula-mula mungkin dia cuma tertarik dengan rentak, tapi lama-kelamaan dia akan tergerak untuk tahu lagu ni pasal apa. Jadi dia akan hafal lirik. Ya lah, nak nyanyi sama, kenalah tahu lirik kan? Lepas dah hafal lirik, mesti dia nak tahu maknanya, cerita di sebalik lagu yang dihafal.

Bila semakin banyak lagu dari genre yang baru dikenali ini dia dapat terima, dia akan beli albumnya. Dari satu lagu dia akan dengar tiga lagu, lepas tu lima lagu, lepas tu satu album. Akhirnya lagu-lagu dalam album tu semua didengar dan dihayati. Tak semuanya lagu cinta kan? Jadi mesej dakwah tersampai."

Not the exact words [saya bukan perakam suara nak rewind semua], but that's the geist of it. Inilah perjuangan dakwah melalui nasyid, secara halus, dengan kasih sayang.

Walaupun Mawi, ustaz kita tak berjaya menempatkan diri antara 12 peserta yang bakal bertanding, dia turun pentas dengan gah. Kerana dia tahu dia telah memulakan satu perubahan, membuka mata masyarakat, menempatkan lagu berunsur dakwah dalam pertandingan yang mendapat tempat aula dalam jiwa remaja.



Image hosted by Photobucket.com
Mawi


Nak turun tak pandang pun peserta wanita [well, remaja] di kerusi-kerusi mereka yang terpilih, apatah lagi untuk bersalam dengan mereka, seperti norma Akademi Fantasia.

"Alahai, kenapa Mawi tak dapat?"

Keluh sebahagian besar penonton yang turut berada dalam bilik tv semalam. Dalam hati, biarlah, mungkin bukan rezeki dia, belum masanya lagi. Asal saja Mawi jadi UIA Idol cukuplah dulu :)

Seperti kata Kak Hazirah yang turut sama menonton,

"Biarlah Mawi tak masuk, tak perlulah nanti dia rosak sebab kena bergaul dengan diorang tu!"

Saya faham maksud akak ;)

Atau mungkin betul juga kata Dalela, para juri pun ada harapan supaya pengaruh Islam tak masuk akademi. Nanti buat ini tak boleh, buat itu tak boleh... Tapi, kalau nak disingkirkan awal-awal, kenapa awal-awal dulu semasa pemilihan?

Iyolah, husnu zhon. Mungkin memang bakat Mawi belum setanding dengan mereka yang lain...

Tapi itulah jihad. Perlu pada banyak pengorbanan dan kesabaran dalam kesedaran. Tak ada jalan mudah menuju redha-Nya.

Lain kali Mawi, kalau nak masuk bertanding dalam pertandingan semacam ini, bawa semua qari yang kenal. Buat dalam jemaah. Ramai-ramai. Takkanlah nanti juri nak buang semua bekas qari?

Apa dah jadi dengan seorang lagi? Rizal memang terpilih, tapi dia bukanlah pejuang dakwah sepenuhnya sebab dia bawa konsep 'funky'. Lagu Kuharap Cinta dibawa seperti lagu cinta kebanyakan, bukan lagu nasyid.


Image hosted by Photobucket.com
Rizal


Mereka, memang berbakat! Kebanyakannya memang berjaya meniru bulat-bulat suara dan gaya penyanyi asal lagu-lagu yang dibawa, malah ada yang lebih baik. Memang sangat cemerlang untuk satu permulaan [eh, eh, jangan nak curi periuk nasi juri profesional akademi ;p ].

Apa yang aku nampak, peserta-peserta remaja ini tak boleh sepenuhnya dipersalahkan kerana hendak menonjolkan diri dalam masyarakat. Kerana memang sifat mereka inginkan perhatian.

Tetapi untuk mereka yang punya kuasa dan kelebihan, sila-silalah sediakan platfom lain yang sesuai untuk menyediakan artis nasyid pula. Sekurang-kurangnya nanti remaja akan ada pilihan untuk dilakukan.

Dan, promosinya hendaklah setaraf dengan Akademi Fantasia yang nyata dilihat paling gah antara kebanyakan siri live tv mencari bakat-bakat baru yang lain, seperti Malaysian Idol, Audition, dan Bintang RTM.

Untuk tugas promosi, boleh cari saya :)

Tapi dengar kata Waheeda tempoh hari, nasyeed.com nak buat satu pertandingan bakat baru nasyid dari pelajar-pelajar IPT. Apa-apahal saya uar-uarkan di sini. Siapa yang berminat, boleh terus mengikuti ;)

Bila nasyid dah masuk Akademi Fantasia...

Syabas!

Saturday, May 21, 2005

scanning...

Ah, entah mengapa sensitif benar aku hari ini. Butang hijau yang sepatutnya menceriakan aku jadi terlalu menginsafkan!

Benarlah, Along, benarlah kata-katamu dulu. Memang ada satu masa dan ketikanya kita akan rasa diri ini begitu kerdil dalam alam ALLAH yang Maha Luas. Segala yang pernah kita lalui terpamer di bayangan mata hati. Benarkah? Salahkah? Maka, air mata pun berjujuran mengalir...

Tanpa benar-benar tahu apa sebab yang sebenarnya...

Aku turn shuffle on Windows Media Player dari playlist 'Nasyid'. Bermula dengan lagu Epilog Silam oleh Haikal, membawa ke lagu Doa Perpisahan oleh Brothers. Sekarang pula lagu Hijrah oleh Nowseeheart.

"Bila mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan, beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan, dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan, ada yang dapat kugagahi
Dan ada yang gagal kuhindari"


Seolah-olah, ini petunjuk ALLAH yang menginginkan aku berfikir. Muhasabah diri. Terlintas teka-teki Imam Al-Ghazali bersama anak-anak muridnya yang dibaca dari Rehlah m_khair.

"Apa yang paling jauh dengan kita?"

"Masa lalu"


Kerana sehebat manapun kita, secanggih manapun kenderaan; bullet train atau jet pejuang, kita masih tak mampu kembali ke masa lalu untuk merubah segala yang telah terjadi [kecualilah pada abad ke-21 ini Doraemon berjaya dicipta, impian cerita Back to the Future atau Girl from Tomorrow jadi nyata, atau anganan Aziz M. Osman dalam XXRay membina mesin merentas masa jadi realiti].

Dari kata-kata seorang teman, "Create the future, not just repeat it!"

Kita, kita inilah yang akan mencorak masa depan. Apa yang akan berlaku nanti bergantung pada kita. Kitalah elemen penggeraknya!

"Seharum kasturi
Seindah pelangi
Segalanya bermula di hati
Segalanya bermula di sini"


Bukan tunggu minggu depan, permulaan minggu, hari Isnin. Bukan sem depan, dan mengabaikan sem ini yang dianggap kurang 'ong'.Bukan juga tunggu tahun baru Hijrah atau Masihi untuk satu azam 'keramat'. Bukan! Tapi bermulalah seawal sekarang.

Kerana buku catatan kiri dan kanan kita ini tak pernah tertutup. Setiap 15 Syaaban saja yang diganti dengan satu buku baru.

Teringat lagi kata-kata seorang teman di MRSM dulu [uish, memang benar saya tengah mengenang ni], "Do it now or never!"

Kata Dr Fadzilah Kamsah pula,

"Jika kita merancang setiap hari maka kita telah merancang setiap minggu.
Apabila kita merancang setiap minggu, maka kita telah merancang setiap bulan.
Apabila kita merancang setiap bulan, maka kita telah merancang setiap tahun.
Apabila kita merancang setiap tahun, maka kita sebenarnya telah merancang sebuah kehidupan."


Tak berjaya lagi ke orang yang telah merancang seumur hidupnya?

Doa Perpisahan, memetik serangkap yang jadi trigger berfikir:

"Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga Tuhan berkatimu"


Sementelah mengenang kisah silam, kita akan sedar yang mereka disekeliling kita tak pernah jadi orang yang sama. Mereka datang silih ganti. Dulu, kita rapat dengan A, sekarang dengan B pula.

Seperti yang aku pernah kata, mak cakap, "Sampai bila nak bergantung pada kawan sekarang? Nanti di tempat lain akan dapat kawan lain pula. Mula-mula memanglah akan kata susah nak dapat kawan, tapi bila dah biasa nanti, semua akan jadi baik."

Memang mereka akan datang dan mereka akan pergi. Tapi kenangan bersama tak akan dilupakan. Senyuman yang didatangkan bersama dengan kehadiran mereka dalam hidup kita seharusnya kita hargai dan tak persia. Kerana, kawan semasa senang memang senang dicari. Kawan semasa susah?

Tak sampai setengah tahun, 2 daripada sahabat sekelas di MRSM dah pun pergi menghadap Ilahi. Al-Fatihah untuk arwah Firdaus, bekas presiden kelas C1 dan Asyraf, pelajar paling bijak Fizik kelas.

Ajal mereka, mereka tak pernah tahu. Tapi perjuangan kami atas landasan yang sama. Kita? Entah bila pula akan menyusul...

Sedar, sedar, dan sedarlah!

Yang lepas usah jadi igauan ngeri lagi. Cukuplah sekadar jadi penyeri hidup kita sebagai insan yang tak lepas dari mehnah sebuah kehidupan.

Apa lagi ya? Hijrahlah!

"Bermulalah hijrah yang agung
Pengorbanan insan tak ternilai
Harga kepayahan kesusahan
Menempuh dugaan dan rintangan
Dalam kehidupan"


Itu hijrah Nabi. Simbolik pada hijrah umat baginda pada zaman ini. Memang tak akan pernah jadi lebih mudah daripada itu. Tapi, itulah yang perlu kita gagahi!

Kata Tun Dr Mahathir: "Hanya yang cekal dan tabah akan berjaya!"

...di dunia dan akhirat sana. InsyaALLAH!!!

Tuesday, May 17, 2005

JANGAN BUNUH HATI ANDA!



Jika anda bersedih, menangislah.

Jika anda bahagia, senyumlah.

Jika anda rasa senang dan gembira, ketawalah.


Jangan paksakan diri anda untuk tidak menangis,

Jangan tutup mulut anda untuk tidak senyum atau ketawa.

Kerana, jika ia berlaku

Anda telah membunuh hati anda

perlahan-lahan

Hati anda akan kering dan gersang...


Percayalah,

Pada saat itu berlaku,

Anda pasti tidak dapat mengecapi nikmat bahagia.

Kerana hati anda telah kering dan membatu,

Bahkan lebih keras daripadanya.

Kerana batu walaupun keras,

Masih dapat mengalirkan mata air

Yang bermanfaat bagi manusia.


Kerana segala rasa itu datangnya dari hati...

Juga segala-galanya berpunca darinya.

Monday, May 16, 2005

keupayaan yang kurang upaya



SEREMBAN: Guru cacat penglihatan sejak lahir, Mohamed Ismail, 51, yang dipilih penerima sulung Anugerah Guru Kurang Upaya Cemerlang sempena sambutan Hari Guru tahun ini menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan warga pendidik dari kalangan orang kurang upaya.

Guru Sejarah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Nilam, Kuala Terengganu itu yang tidak menduga dipilih menerima anugerah terbabit, berharap ia dapat menjadi pendorong kepada guru kurang upaya lain untuk meneruskan khidmat mereka dengan cemerlang.

"Syukur kepada Allah... saya tidak menduga menjadi penerima pertama anugerah ini dan berharap ia menaikkan semangat anak-anak untuk cemerlang dalam hidup serta mendorong golongan kurang upaya lain, termasuk guru agar tidak menjadikan kecacatan sebagai penghalang untuk berjaya."


Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu dan Sosiologi serta Diploma Sejarah dan Bahasa Melayu dari Universiti Malaya (UM) itu menjadikan pakar ekonomi, Prof Datuk Dr Ismail Salleh yang juga cacat penglihatan sebagai idolanya.



# Boleh terus baca: Guru cacat penglihatan terima anugerah cemerlang

tentang dia

"Dalam kehidupan ini ada dua perkara yang besar; CINTA dan KEMATIAN. Jika kita sudah bersedia menghadapi kedua-duanya, maka kita sudah bersedia menghadapi apa sahaja."

"Kau boleh untuk tak percayakan orang lain. Tapi apabila kau tak percayakan orang yang menyayangi dan mengasihimu sepenuh hati, itu adalah suatu yang berbeza. Ia menyakitkan!"

Apabila kasih sahabat yang umpama mengasihi adik kandung sendiri, ingin saja meluputkan segala kesedihan itu, sekurang-kurangnya mampu mengubat kesedihan sendiri. Keikhlasan yang terpancar di mata jernihnya tidak langsung menggambarkan kisah kepahitan yang tersembunyi.

Itulah pengorbanan seorang sahabat. Tak sanggup menambahkan beban sahabatnya yang sedia membuatnya termenung jauh dengan masalahnya lagi.

Ah, terharunya mendapat sahabat seperti ini! Sedang batuan yang menggangu perjalanan hidupnya lebih besar! Dan aku, masih lagi bercakap-cakap sendiri, mengenai penyakit hati yang tak sudah.

Sedang aku, aku tak pernah meringankan mulut pun untuk bertanya...

Adilkah baginya?

Itulah kisahnya. TENTANG DIA.



Tentang Dia



Dia, tak pernah membiarkan sakitnya menewaskannya. Namun,

"Bertuahnya mereka yang masih punya banyak masa mencari apa yang perlu dicari. Sedang aku, aku tak punya banyak masa pun untuk mengetahui apa yang aku cari."

Dah jumpa apa yang dicari mas?

Belum. Belum lagi.

"Kira hari ini kau masih belum menemuinya, kau mungkin tak sempat untuk mencarinya esok hari."

Dan dia, Rudi, dia pergi, bukan kerana sakitnya, tapi atas sebab kecuaian manusia sendiri.

+ + + + +


Aku tertarik dengan kata-kata Rudi yang berbunyi: "Hidup ini memang berat. Terpulanglah pada kita bagaimana untuk memikulnya. Nak atau tidak kita semua terpaksa melaluinya."

Biasa yang kita dengar dari orang motivasi, Mr M, akan mempositifkan ayat dengan mengatakan hidup ini mudah, jangan susahkannya.

Tapi yang sebenarnya, ayat itu telah menjarakkan lagi mereka dengan yang ingin mendengar, Mr C, seolah-olah Mr M telah mempermudahkan atau memperlekeh situasi Mr C. Mr M dirasakan tak pernah cuba untuk memahaminya.

Lantas jadilah, "Kau tak pernah cuba faham aku! Kau tak tahu rasanya bila dikhianati oleh kekasih dan sahabat sendiri! Kau tak pernah faham apa rasanya hati yang bercinta..."

Apakata jika kita bersetuju dahulu dengan Mr C bahawa situasi yang dihadapinya memang berat.

Kemudian barulah kita bimbing Mr C untuk melihat situasi itu dari sudut pandangan yang berlainan, yang realistik, bukan semata-mata yang mudah. Bimbing untuk berfikir, bukan tolong beri jalan penyelesaian.

Kerana manusia ada akal.

Jikalah kita membuka mulut sewaktu mereka masih celaru dan kurang berfikiran waras, bimbang jika sebarang cadangan akan diambil bulat-bulat sedang kita sendiri tak tahu mana yang terbaik buatnya.

Jadi, Rudi bawa Gadis ke atas bangunan. Bukan untuk membunuh diri, tapi untuk mencari diri.

Melihat situasi dari semua sudut pandangan.

Bakar segala kepahitan, lempar segala kesulitan.

Ya, kecil sekali kita di bumi Tuhan yang Maha Luas ini. Semua manusia yang punya cerita sendiri bertebaran mencari haluan masing-masing. Jika kita masih bertungkus-lumus dan bersusah payah mencari jalan keluar dari bilik yang gelap tanpa cuba bertenang, kita mungkin terlepas pandang suis lampu yang bakal memudahkan pencarian jalan keluar itu...

Suis lampu, yang hanya sejengkal di hadapan.


# Kepada yang menyanjung tinggi nilai persahabatan, saya syorkan cerita ini, TENTANG DIA untuk anda tonton. Kemudian, boleh kongsi pandangan di sini :)

Sunday, May 15, 2005

titian wahyu

Baru pulang dari sekolah kurang upaya (cacat penglihatan) di Setapak. Ikut program Titian Wahyu S-DEV. Pergi pun berjemput. Baru pertama kali juga walau program ini berjalan setiap hujung minggu, Sabtu dan Ahad dari jam 2 hingga 5 petang.

Apa yang aku buat di situ? Ntahlah, kata aku mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah berasrama tu. Dalam fikiran aku terbayang Program Sireh Pulang ke Gagang ANSARA. Berdebar juga bila mengenangkan kemungkinan untuk memberi motivasi pada mereka. Gulp!

"Nak tolong orang kurang upaya ni tak semestinya guna duit kan? Motivasipun boleh!"

Itu kata aku dalam ketidakmatangan fikiran. Sebab aku sedar, kebanyakan daripada mereka lebih bermotivasi daripada kita yang cukup lengkap fizikal mental ini.

Lagi satu, aku macam yakin sangat saja boleh beri motivasi. Mulut pun susah sangat nak buka! Lainlah jika di sini :)

Tapi, eh, bukan motivasi rupanya?

Habis, apa yang aku buat di situ?

Oh, jadi reader...

Ini bukan program motivasi. Tapi sekadar menawarkan mata aku yang dah ditarik sedikit nikmat ini menjadi mata mereka [satu pakej dengan mulutlah -- baru aku faham kenapa Amizah minta aku siapkan bekalan air sebelum pergi].

Kemudian, bacalah aku subjek Sejarah dan KOMSAS pada dua pelajar cacat penglihatan yang diserahkan pada aku. Hidayah, tingkatan 4 dan Azura tingkatan 5.

Hei, ia tak sebosan itu okey?

Biasalah, aku kan jenis yang suka ambil kesempatan. Jadi bertanyalah aku BANYAK soalan pada mereka. Mujur mereka tak bosan nak melayan.

Tanya latar belakang keluarga dan pelajaran, cara belajar di sana, minat dan hobi termasuk cara menggunakan braille.

Terdetik di hati. Nota ulangkaji mereka terpaksa buat sendiri. Kalau bernasib baikpun, adalah cikgu yang baik hati bekalkan nota braille seorang satu dalam kelas. Nota braille, bukan boleh difotostat.

Nak buat nota pun, perlu orang untuk bacakan buku rujukan. Kalau tak ada orang? Nota yang mereka taip di kelas itulah satu-satunya sumber bacaan ulangkaji. Macam mana pula nak take notes semua yang cikgu cakap? Kalau sepatah cikgu cakap semua orang sibuk menaip, alamat macam guruhlah jadinya. Macam mana cikgu nak mengajar?

Bayangkan sajalah mesin braille yang lebih kurang macam mesin taip biasa tu diguna oleh semua pelajar dalam kelas...

Tapi, nak ulangkaji pun tak boleh nak buat peta mind sendiri untuk lebih faham. Satu helai kertas braille tu, bukannya banyak yang boleh ditaip. Macam kertas A4 yang bertulis tulisan saiz 20, spacing 1.5. Jadi, bayangkanlah nota mereka setebal mana. Untuk satu bab, untuk satu subjek, dan untuk SPM.

Kita yang dah ada nota di depan mata yang boleh melihat ni yang cuma tinggal dibaca saja pun masih reti nak bermalas-malas.

Mesin braille ada cuma di kelas saja. Kalau ada kelas prep, bolehlah dimanfaatkan. Kalau di rumah? Satu mesin kata Hidayah adalah dalam RM2000. Pergh! Kalau desktop paling koman dah dapat dua.

"Diorang ni kalau dapat A dalam apa-apa subjek, kita kena tabik. Kesungguhan diorang belajar berganda-ganda dari kesungguhan kita yang celik.

Mana tidaknya, nak siapkan senaskhah buku braille sahaja makan masa yang lama dan kosnya tinggi. Cuba bayangkan orang buta lukis graf lengkung dalam subjek ekonomi. Jangan gelak. Sebab ada di antara mereka yang mampu buat dengan baik."


Bila Hidayah buka mulut cerita kisah persekolahannya dahulu, hati jadi berapi. Masa sekolah rendah, dia sekelas dengan pelajar normal. Ada ke patut cikgu malas nak mengajar dia sebab katanya susah! Dah tentulah, dia kurang upaya, wahai cikgu! Tapi cikgu sebagai pendidik tak patutlah cakap macam tu, sebab patutnya cikgu dah niat nak didik anak bangsa jadi pandai, tanpa membeza-bezakan mereka.

Tengok situasi macam ni pun dah boleh nilai siapa yang lebih tabah dan suci hati.

Akibat didikan awal yang sengaja diabaikan, Hidayah terbentuk untuk jadi rendah diri. Bukan dia tak ada potensi. Dia minat buat sajak. Sajaknya pernah dapat tempat pertama dalam satu pertandingan peringkat sekolah. Tengok!

Bila bacakan nota sejarah untuk mereka tadi [hehe, aku pun baru nak ingat semula], terlintas nama Hommer, sasterawan Rom kalau tak silap. Beliau dapat hasilkan 2 buku falsafah yang jadi rujukan utama tamadun Rom. Sedang dia buta. Aku kisahkan pada Hidayah. Hidayah cuma senyum.

Tapi, tak tertahan rasa sayunya mendengar cerita bahawa keluarga Hidayah tak suka dia pulang ke rumah di Raub [orang negeri aku tu!].

"Saya pun tak suka nak balik rumah. Kat rumah semua orang tak suka. Sebab saya tak nampak."

Kalau dah keluarga sendiri tak sanggup nak terima, aku dah tak boleh nak kata apa selain, gadis semuda Hidayah memang tabah. Lebih tabah dari kebanyakan manusia yang belum diberi ujian setarafnya termasuklah aku. Makcik, pakcik, Hidayah tak minta dilahirkan begitu!

Tapi, dengan adanya Azura bersama, aku dapat lihat sinar gembira itu di wajahnya. Mereka umpama adik-beradik kandung walau tanpa sebarang ikatan darah.

"Mereka semua dari pelbagai keturunan dan agama. Dan mereka tetap mesra walaupun tidak pernah melihat rupa sendiri, isteri dan kawan-kawan. Berbaris sorang demi seorang, pegang bahu dengan bahu beriringan berjalan pulang. Terjatuh orang depan, orang belakang terjatuh sama."


Insan-insan istemewa ini pastinya akan pelik. Kita tiba-tiba melatah kerana kegelapan atau kepanasan apabila belakan elektrik terputus. Aik, dulu pandai pula suruh orang bersabarlah, ujian Tuhanlah. Gelap sementara ini pun dah tak tahan ke?

Mudah-mudahan kita yang celik mata ini tidak pula buta hati. Ambillah iktibar dari mereka yang sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka ada, tanpa perlu lagi meminta-minta.

"Kita yang celik ni lah selalu buta. Mata melihat tetapi hati buta mentafsir. Kadang-kadang kita tahu dan nampak benda itu salah dan ianya maksiat, tapi buat-buat tak nampak. Jaga periuk nasi punya pasal, angguklah. Demi nak bagi anak bini makan, jadilah umpama lembu yang ditambat hidung. Ini yang Allah telah sebut, ada mata tapi tak melihat. Ada telinga tapi tak mendengar."


# Baca lanjut blog Pakdi dalam entri aku tak pernah nampak kau.

Friday, May 13, 2005

fitri's

Atas ihsan seorang kakak, saya pun dengan paksarelanya mempromosikan website adik saya untuk tatapan semua [yang dah tak tahu nak lompat ke laman mana lagi].

Sila²kanlah ya?

www.geocities.com/riza_kai


# Wanzu, kalau berkenan dengan lukisan² anime dia, bolehlah jadikan anak didik ;p

Thursday, May 12, 2005

kabus pagi

Apabila kau ke utara, aku ke selatan.

Apabila dua jasad terpisah oleh jarak.

Apabila dua hati dipaksa berjauhan.

Mulalah jiwa seolah direnggut kejam, sakitnya! Tak terdaya menahan empangan air mata daripada pecah barai.

"Mak ayah sihat?" Along tanya.

Mengingatkan aku betapa hinanya aku sebagai insan bernama anak.

Batapa aku tak tahu bagaimana keadaan mereka sebenarnya. Cuma HARAP mereka sejahtera saja di rumah sana.

Sedang aku anak sulung...

Rupa-rupanya, lompongnya aku di sini. Bukan lagi di mana-mana tempat lain. Bukan pada tudung, bukan juga pada sahabat.

Bila aku uar-uarkan pada dunia supaya ingat pada Tuhan, aku lupa untuk mengingatkan sekali untuk tak melupakan ibu bapa.

Kerana walau tempat bergantungan memang cuma satu, aku lupa bahawa kita manusia biasa, yang perlu pada pergantungan sesama manusia juga.

Apabila mereka yang melahirkan dan membesarkan sudah dilupai, mulalah rasa kehilangan dan sunyi. Salahkan diri kerana kurang social insurance, tapi cuba kuasai. Sedang yang hidup bersama dalam usia merangkak dewasa pun hampir terabai oleh ingatan.

Kenapa jadi begini?

Image hosted by Photobucket.com

Dulu, semasa di MRSM, mak selalu ingatkan supaya jangan telefon selalu, nanti duit cepat habis. Jangan balik selalu, sampai bila nak belajar berdikari.

Tuding satu jari, jangan lupa empat lagi menuding kita.

Mak buat macam tu dulu sebab tau aku ni manja sangat. Sebab rumah dekat, nak telefon tak perlu sampai beringgit-ringgit macam orang lain. Sepuluh sen dah cukup. Tension sikit, fikir rumah, fikir balik. Nak balik telefon saja, abah datang ambil.

Mudahnya hidup dahulu.

Tapi bila dah berjauhan macam ni, sendiri faham kena berdiri atas kaki sendiri, masalah jadi tak banyak. Kononnya tabahlah sikit. Mampu banyak selesai masalah sendiri.

Eh, boleh pula? Biasalah, kalau dah dalam keterpaksaan. Ada pendorong jadi lebih dari apa yang selalu kita fikir pasal diri. Kata Dr HM Tuah ada tekanan booster.

Tapi bila dah begini, aku jadi macam tak ada mak ayah. Macam anak yatim. Bila tak ada duit saja baru ingat FAMA. Teruk betul.

Ada duit berkepuk pun jadi satu kekurangan. Mengurangkan lagi tebalnya tali pengikat kami. Antara aku dengan keluarga aku.

Mira, takkanlah nak tunggu sampai mereka bersuara??! Kau kan anak?

Tiba masanya aku koreksi diri. Bukan lagi menjerit di sini bicara mengenai kehidupan remaja dan nilai kasih dalam persahabatan. Supaya nanti, andai suatu hari mereka tiada, aku tak akan menyesal.

"Nilai sahabat ada di mana-mana. Paling sempurna andai keluarga dijadikan sebagai sahabat [bukan seperti sahabat]"

Belum, aku belum mampu jadikan mereka teman pendengar aku. Aku segan mungkin. Kerana terdidik sebagai anak sulung yang kontang ajaran adik-beradik yang lebih tua, lantas untuk memesrakan diri dengan ibu bapa...?

Aku hilang pelangi, aku temu purnama. Tak sangka rupanya aku lebih dulu hilang mentari.

Wednesday, May 11, 2005

pesanan dari abang fadzli

Salam pada semua.

Abang Fadzli Yusof pesan yang tarikh 14 haribulan, Sabtu ni tak jadi buat bengkel, sebab sambutan tak berapa menggalakkan.

Tapi, insyALLAH untuk 21 Mei nanti jadi.

Apa²hal, saya akan beritahu di sini.

:)

Monday, May 09, 2005

pemberitahuan

Kepada sesiapa yang berminat untuk menulis buku-buku RK, bolehlah luangkan masa sejam dua di bengkel penulisan nanti. Anda boleh pilih salah satu daripada tarikh berikut:

14 Mei, 2.30 pm, bertempat di UIA Gombak (akan diberitahu kemudian)
21 Mei, 2.30 pm, bertempat di UIA Gombak (akan diberitahu kemudian)


Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi saya di fadzliyusof@resipikejayaan.com atau fadzliyusof@yahoo.com

Kenapa menulis? Yang paling penting ialah dapat berbakti kepada ummah di nusantara ini. Boleh bantu orang kita mendapatkan bahan bina insan. Bahkan Pustaka Mizan di Indonesia pun ada berminat yang bawa buku RK ke sana. Lagi banyak pahala yang anda semua dapat, Insya Allah. Ia umpama saham akhirat yang sentiasa menghasilkan 'dividen' apabila ia memanfaatkan orang lain.

dari segi psikologi? ia memberikan kepuasan yang sangat bermakna. melihat sebuah buku yang mempunyai nama kita di muka depan; sungguh memberikan keindahan psikologi yang sukar digambarkan.

dari segi kewangan? Suretac baru sahaja mencipta sistem baru yang sungguh praktikal dan viable. dengan teknik ini, seorang penulis boleh menulis antara 3-6 buah buku setahun; tanpa kekeringan idea dan dengan kredibiliti buku yang tinggi. berteraskan prinsip 'WIN-WIN' strategi, semua mendapat apa yang sepatutnya. kalau ikutkan target 3-6 buah setahun, dan jualan antara 3000 - 5000 buah dalam masa 12 bulan; maka jumlah pendapatan kewangan seorang penulis RK nanti adalah antara RM10,000 hingga RM30,000 untuk tahun yang pertama! bayangkan anda terus menulis untuk tahun kedua; dan dalam masa yang sama buku2 sebelum ini masih lagi terjual? Mungkin mencecah hingga RM50,000 bahkan ratusan ribu ringgit setahun untuk tahun-tahun seterusnya!
(Pastu korang jangan lupa bayar zakat pendapatan dan bantu orang susah!! )

Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi saya di fadzliyusof@resipikejayaan.com atau fadzliyusof@yahoo.com sertakan no. telefon untuk mudah kami menghubungi anda.



fadzli yusof

kita ni okey ke? [pinjam tajuk dr tuah jap ;p ]

Sedang baca Al-Fatihah dalam solat, fikiran menerawang mencari ide penulisan. Apatah lagi ketika sujud, apabila oksigen menderu ke otak, lagilah aktif membayangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan selepas ini. Dengan kata lain, solat tak kusyuk langsung!

Realiti hidup kini ialah: Lebih banyak membetulkan orang daripada membetulkan diri sendiri.

Atau kata Dr HM Tuah: "Membuat salah dan mencari salah memang pandai tapi nak mengaku salah, itu yang tak pandai-pandai."


Persoalan saya bagi menganalogikan diskusi hari ini [yang hampir sebulan bersarang di benak kepala]: Yang mana perlu didahulukan dahulu; mencukupkan solat lima waktu atau menda'wah orang lain supaya pakai tudung?

Yang tahu, sila bantu saya jawab soalan ni.

Image hosted by Photobucket.com
Sumber: southerington.com



Benar, kita pandai dalam menunjukkan kelebihan dan menyembunyikan kekurangan. Disebabkan kekurangan ini orang lain tak nampak, sendiri tak termotivasi memperbaiki.


Orang mana tahu aku solat kusyuk ke tak, asalkan mereka nampak yang aku ni bukan tak solat!

Habis, aku memang tak belajar Arab, tak faham bacaan-bacaan dalam solat, takkan selama ni semua solat aku tak diterima kot?

Buat ni pun dah cukup baik daripada ramai lagi yang tak solat kat luar sana...



Kita tak teringat konsep ihsan. Yakin dan percaya dalam tiap ketika bahawa kita sedang melihat ALLAH dan berhadapan dengan-NYA. Kalau tidakpun yakin dan percaya bahawa DIA sentiasa memerhati kita.

Tak teringat "Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil 'alamin" [walaupun dok baca lima kali sehari]. Terlupa bahawa apa saja yang dilakukan di dunia ini akan berbalik semula pada penilaian Si Pencipta.

Jadilah kita insan yang hanya pentingkan apa orang kata, bukan apa yang ALLAH akan kata.

ALLAH sebut, ketahuilah dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang. Macam mana hati nak tenang kalau sibuk fikir orang lain. Utamakan manusia, makhluk ALLAH yang setaraf dengan kita juga, tapi bukan DIA yang menguasai setiap penciptaan?

"Bukan intan permata bukan paras rupa, pandangan Tuhan pada manunia
Beriman dan bertaqwa berakhlak mulia, di sisi Tuhan itu yang utama"


Kita orang Islam. Kita percaya pada kewujudan ALLAH. ALLAH dah beri banyak, sangat banyak berbanding apa yang manusia beri pada kita.

Tak cukup lagikah sebab untuk kita perlu cinta dan kasihkan Tuhan melebihi cinta dan kasih kita pada yang lain?

Utamakan apa yang ALLAH kata, bukan yang manusia kata. Kerana sesungguhnya, akhir nanti bukan manusia yang dapat tentukan ke mana kita, kita akan berdua juga. Berdua, antara kita dengan Pencipta kita.

Macam mana nak tahu apa yang ALLAH kata?

Semak balik, dengar apa yang hati kecil kita kata. Itulah apa yang ALLAH kata.

Kerana fitrah kita adalah ke arah kebaikan, tak ada hati kecil yang akan sebut, "Eh, aku tak cukup jahat lagi ni, lepas ni kena fitnah orang lain pula!"

Sebaliknya, "ALLAH, banyaknya lagi amanah Engkau yang aku tak tunaikan. Apa kejadah jenis hambalah aku ni!"


# Tugas untuk hari ini: Pergi cari sumber untuk tahu maksud bacaan dalam solat. Kemudian, barulah cari tips kusyuk solat. [korang takkan dapat kusyuknya dalam solat sebelum tahu apa yang korang dok baca tu]

sing children of the world

"sing children of the world
come together and hear the call
sing children of the world
islam will unite our soul
subhanallah, walhamdulillah, wallahu'akbar"


Sucinya suara mereka. Melagukan irama Islam tanpa sedikitpun keraguan dalam diri. Kerana mereka masih kecil dan belum cukup berpengalaman untuk mempunyai maklumat sendiri, persekitaran merupakan sepenuhnya guru mereka.


Diskusi 1

Kanak-kanak punya semangat inkuiri yang tinggi. Mereka gemar bertanya dan mempersoal jika tak faham. Setelah diberi jawapan, mereka mengangguk, kemudian bertanya lagi. Tak ada siapa yang akan perlekeh mereka, sebaliknya akan memuji mereka kerana kepetahan.

Sedang kita yang ego ini bagai ada emas dalam mulut, sanggup mengunci suara daripada dikata jahil. Sanggup tunggu maklumat itu nanti akan datang sendiri daripada bertanya pada guru yang dah di depan mata.

Kebanyakkannya begitu. Bila cikgu atau pensyarah tanya jika ada sebarang soalan, semua pakat diam [sebab nak habis kelas cepat tak termasuk dalam perbincangan ini].

Sebab apa? Nanti bila aku tanya soalan, semua orang dengar. Agaknya aku seorang yang tak tahu, malulah nanti. Mesti semua pandang rendah pada aku.

Bukannya tak ada soalan, banyak! [Lainlah yang memang tak fokus pada apa yang diajarkan]. Kerana kita masih muda dan belum banyak terikat dengan fahaman dan pengaruh dunia, fikiran kita masih bebas.

Itu mentaliti orang Melayu. Yang 'pemalu' sangat. Cuba kalian ke luar negara. Memang tenggelam kita dalam lebatnya soalan yang diajukan pada cikgu, semasa apatah lagi selepas kelas [belum ada pengalaman ke mana-mana negara luar, tapi biasa tonton di tv]

Sedang seperti pengalaman sendiri, ada soalan-soalan mudah saja yang diaju oleh rakan-rakan pada pensyarah yang turut menggerakkan minda berfikir.

Kerana, kadangkala logiknya ada, tapi mungkin tak kontemporari. Jawapan yang tak nampak macam mana nak masukkan dengan situasi hari ini.

[Kerana itu seorang tenaga pengajar seharusnya banyak tahu cerita hari ini, untuk dikaitkan dengan persoalan yang bakal ditimbulkan. Malulah jika pelajar tanya anda bagai tak pernah dengar pun cerita itu]

Kadangkala jawapan pensyarah tak sama langsung dengan apa yang difikirkan.

Kita bukan saja bantu diri sendiri untuk faham, malah bantu orang lain juga [yang mungkin sama malu]. Silap-silap boleh bawa ke topik baru untuk diperbincang.

Insan fikir mampu menilai apa-apa pun yang diperhati dan didengari tanpa memperkecilkan sesiapa. Kerana pada mereka semua di sekitar mereka ialah aset ilmu untuk manusia. Bukan begitu Along?

Sebab itu, seperti kata abang Fauzul, tiada soalan adalah soalan bodoh.

Orang yang sombong itulah sebenarnya yang 'kurang cerdik'...

Jadi, jangan silu untuk bertanya, sebaliknya berbanggalah, kerana anda membuktikan bahawa anda telah memberi perhatian dan menyumbang maklumat untuk orang lain.

[Kenyataan ini mengingatkan aku pada kisah 0.0001 peratus itu]


Diskusi 2

Disebabkan karakter kanak-kanak yang mudah mencerna maklumat untuk disimpan [ada ketikanya hingga sehingga dewasa, ya orang-orang dewasa, janganlah beri maklumat palsu pada mereka.

Kerana mereka masih dalam proses belajar menilai mana baik mana buruk. Yang mana benar yang mana bohong, mereka belum dapat pastikan sendiri.

Jika berniat bergurau sekalipun, jangan sampai lupa nak perbetul semula. Kerana, uish, bahaya jika sehingga mereka peroleh sendiri fakta sebenar bahawa apa yang dipercayai selama ini salah, bolehlah mereka percaya kalian lagi?

Sebab saya tahu saya pernah kecil hati pada orang dewasa yang berakal matang yang telah menyogokkan saya dengan satu kenyataan, sedang setelah bertahun-tahun baru dapat tahu ia gurauan semata. Hampeh tul!

Kasihanilah kanak-kanak yang menaruh 100% kepercayaan pada anda.

Jiwa suci, dididik dasar Islami, diingati sehingga mati, indahnya...

Jika kita pun diberi peluang dibesarkan dalam suasana Islam sepenuhnya, dan tak perlulah dah masuk universiti baru nak mula belajar, apa pilihan anda?


Diskusi 3

Kerana kanak-kanak insan tulus bersih, janganlah disalahkan mereka jika terdengar mereka mencarut atau menunjukkan sikap yang kurang baik. Kerana puncanya ada di sekitar anda.

TV?

Komik?

Internet?

Famili?

Mana mungkin mereka tahu buat itu semua tanpa 'tunjuk ajar' manusia-manusia dewasa yang dah kenal erti hidup ni.


Kanak-kanak ialah pemimpin masa hadapan.

Pemimpin masa hadapan dibentuk melalui persekitaran hari ini.

Jadi, tunjukkanlah teladan yang baik, semoga mereka tumbuh menjadi seorang 'manusia'.


# Boleh guna input ini jadi salah satu bahan juang untuk Kids Of The World, Dhany? Bukan sekadar menunjukkan pada dunia bahawa kita sebenarnya prihatin terhadap masalah mereka?

Dengar lagu-lagu dari album I Look I See, suara kanak-kanak itu, mengingatkan saya pada Barney. Suara mereka hampir sama saja. Kan elok kalau kita ada rancangan edutainment untuk kanak-kanak Muslim seperti Barney?

Saturday, May 07, 2005

mothers' day

Contrary to popular belief, Mother's Day was not conceived by the card maker Hallmark.

The history of Mother's Day is attributed to various sources dating back to Greek festivals. Later on this evolved in to Christian festivals in honor of Mary the mother of Jesus (Peace be upon him).


In the United States the celebration of Mother's Day started about 150 years ago, when Anna Jarvis, an Appalachian homemaker, organized a day to raise awareness of poor health conditions in her community, a cause she believed would be best advocated by mothers. She called it "Mother's Work Day."


Fifteen years later the tradition to honor mothers gained further recognition when Julia Ward Howe, a Bostonian poet, pacifist, and author of the lyrics to the "Battle Hymn of the Republic," organized a day encouraging mothers to rally for peace, since she believed they bore the loss of human life more harshly than anyone else.


Following is the Mother's Day Proclamation Julia Ward Howe wrote in 1870

Arise then...women of this day!

Arise, all women who have hearts!

Whether your baptism be of water or of tears!

Say firmly:

"We will not have questions answered by irrelevant agencies,

Our husbands will not come to us, reeking with carnage,

For caresses and applause.

Our sons shall not be taken from us to unlearn

All that we have been able to teach them of charity, mercy and patience.

We, the women of one country,

Will be too tender of those of another country

To allow our sons to be trained to injure theirs."

From the voice of a devastated Earth a voice goes up with Our own.

It says: "Disarm! Disarm!

The sword of murder is not the balance of justice.

"Blood does not wipe our dishonor,

Nor violence indicate possession.

As men have often forsaken the plough and the anvil

At the summons of war,Let women now leave all that may be left of home

For a great and earnest day of counsel.

Let them meet first, as women, to bewail and commemorate the dead.

Let them solemnly take counsel with each other as to the means

Whereby the great human family can live in peace...

Each bearing after his own time the sacred impress, not of Caesar,

But of God -

In the name of womanhood and humanity, I earnestly ask

That a general congress of women without limit of nationality,

May be appointed and held at someplace deemed most convenient

And the earliest period consistent with its objects,

To promote the alliance of the different nationalities,

The amicable settlement of international questions,

The great and general interests of peace.


Quran 31:14 And We have enjoined on humankind (to be good) to their parents: in travail upon travail did his mother bear him, and in years twain was his weaning: (hear the command), "Show gratitude to Me and to thy parents: to Me is (thy final) Goal.

Sumber: http://www.islamicity.com/articles/Articles.asp?ref=IC0505-2688

selamat hari ibu

Who should i give my love to
My respect and my honour to
Who should i pay good mind to
After ALLAH and Rasulullah

Comes ur mother
Who next, ur mother
Who next, ur mother
And then ur father

Cause who used to hold u and clean u and cloth u
Who use to feed u and always be with u
When u were sick stay up all night
Holding u tight
That's rite no other
My mother

Who should i take good care of
Giving all my love
Who should i think the most of
After ALLAH and Rasulullah

Comes ur mother
Who next, ur mother
Who next, ur mother
And then ur father

Cause who use to hear u before u could talk
Who use to hold u before u could walk
And when u fell who would picked u up
Clean ur cut
No one but ur mother
My mother

Who should i stay right close to
Listen most to
Never say no to
After ALLAH and Rasulullah

Comes ur mother
Who next, ur mother
Who next, ur mother
And then ur father

Cause who use to hug u and buy u new cloth
Combed ur hair and blow ur nose
And when u cried who would wipe ur tears
Knows ur fears, who really cares
My mother

Say Alhamdulillah thank u ALLAH
Thank u ALLAH for my mother



Selamat hari ibu, mak!

Ah, inginnya Mira peluk cium mak, ucap kata terima kasih sesungguh-sungguhnya...

Sayangnya Mira di sini. Terpisah 200 kilometer jauhnya.

Tapi, Mira tahu mak faham. Sebagaimana sayangnya mak pada Mira, setara itulah sayang Mira pada mak.

Selamat hari ibu, Puan Melati binti Ahmad Ghazali.

Kerana beliau melati, beliaulah bunga keluarga :)

Wednesday, May 04, 2005

JOM! Program KIDS OF THE WORLD di UIAM!

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera…

Dengan segala hormatnya saya ingin menjemput anda semua untuk menyertai program KIDS OF THE WORLD anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UIAM. Objektif utama program ini adalah untuk menangani isu penderaan, keganasan dan salah laku terhadap kanak-kanak yang semakin menular di kalangan rakyat Malaysia. Berikut adalah serba-sedikit maklumat berkenaan program KIDS OF THE WORLD…

Tarikh: 27hb hingga 30hb Mei 2005
Tempat: Kampus Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak

Berikut adalah maklumat tentang program-program yang akan dijalankan sepanjang empat hari…


1) Majlis Perasmian
Tarikh: 27hb Mei 2005
Tempat: Auditorium Utama UIAM
Masa: 8 pm – 11 pm

Majlis ini akan dirasmikan oleh Tan Sri Datin Paduka Seri Hajjah Zaleha Ismail, Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia. Para penonton akan dihiburkan dengan persembahan multimedia tentang program KIDS OF THE WORLD. Selain itu, terdapat juga tayangan video tentang penderaan kanak-kanak, persembahan teater, persembahan ‘percussion’ dan koir oleh kanak-kanak tadika. Terbuka kepada semua. Masuk adalah percuma…


2) Pameran
Tarikh: 27hb - 29 Mei 2005
Tempat: Foyer, Mahkamah Mut, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim
Masa: 9 am – 5 pm

Selama tiga hari yang pertama, pelbagai organisasi dan agensi dijemput untuk berkongsi maklumat dengan para pengunjung pameran. Terdapat juga beberapa slot khas yang cukup menarik. Program ini terbuka kepada semua…


3) Sudut Ucapan “Hope For Our Children”
Tarikh: 27hb Mei 2005
Tempat: Pentas Kebudayaan, Riverside
Masa: 3 pm -5 pm
Beberapa mahasiswa Undang-Undang UIAM termasuk Juara Pendebat dijemput untuk memberikan pandangan berkenaan isu penderaan kanak-kanak. Terbuka kepada semua


4) Persidangan “Ensuring The Future Of Our Later Generation”
Tarikh: 28hb Mei 2005
Tempat: Auditorium Utama, Kulliyyah Seni Bina
Masa: 9 am – 6 pm

Konferens yang akan dihadiri pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh, wakil MPP dan pelajar dari IPT seluruh tanah air, NGO dan juga agensi kerajaan. Penginapan disediakan khusus buat siswa IPT. Sila rujuk MPP di IPT anda. Tujuan utama konferens ini adalah adalah untuk mencari jalan penyelesaian isu penderaan kanak-kanak. Terbuka kepada semua. Yuran yang dikenakan: RM 25, pelajar IPT: RM 15 dan pelajar sekolah: RM 10.


5) 3A’s Kids: “Adorable, Active and Ambitious”
Tarikh: 28hb Mei 2005
Tempat: Auditorium Utama UIAM
Masa: 2 pm – 5 pm

Program selama 3 jam yang menampilkan aktiviti menarik seperti pertandingan bercerita, membaca sajak di antara kanak-kanak dari rumah anak yatim. Ayuh! Beri sokongan kepada mereka.


6) Malam Kebudayaan: “Voice Of Our Little Sunshine”
Tarikh: 28hb Mei 2005
Tempat: Pentas Kebudayaan, Riverside
Masa: 8 pm – 11 pm

Program yang cukup unik. ‘Artis-artis’ yang akan menghiburkan anda adalah kanak-kanak tadika dan pelajar sekolah rendah. Terbuka kepada semua.


7) Karnival Kanak-Kanak
Tarikh: 29hb Mei 2005
Tempat: Pentas Kebudayaan, Riverside
Masa: 10 am – 1 pm

Kanak-kanak akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik di dalam parti. Ayuh! Bawa adik-adik dan anak-anak anda ke program yang cukup menarik ini.


8) Malam Kebajikan dan Makan Malam
Tarikh: 30hb Mei 2005
Tempat: Pusat Aktiviti Kebudayaan
Masa: 8 pm – 11 pm

Tiket yang dibeli, sebahagiannya akan disalurkan ke pusat-pusat dan rumah-rumah kebajikan. Hadirin akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan seperti persembahan gamelan, nasyid, bacaan sajak dan pelbagai lagi. Untuk membeli tiket, sila e-mail atau telefon kami.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
012-930 7522
013-401 7008
019-444 0303
03-20564646

Atau e-mail kami di alamat kids_iium@yahoo.com (Juga akaun Friendster!)

DATANG JANGAN TAK DATANG!


# Dhany, orang dah tolong promote bermati-matian ni, er, tak ada komisen? ;p

Tuesday, May 03, 2005

tribute to contributer

Aku dah tahu kenapa aku serasa hilang semangat dan tak bermotivasi menghadapi dunia dan masa hadapan.

Ya, kita sememangnya ada logik motivasi itu, tapi kenapa malap sangat nyalanya? Kenapa nak study pun macam makin tak larat. Lembam saja.

[Aku pun jadi takut pada diri sendiri. Bermesej dengan sumber inspirasi aku buat aku jadi terlebih bersemangat pula. Aku agak Pakdi pun jadi takut ;p ]

Oho, harini ada kuiz pertama subjek Akaun, masih ada masa berfikir, menulis, dan bercerita pasal ni :)

Tapi, betullah kata Puan Ainon PTS, "Orang yang bijak belajar tak semestinya bijak berfikir, orang bijak berfikir tak semestinya bijak belajar."

Lepas tu Along tanya, "Eh, kita [saya] yang mana satu ya?" ;p

Ok, ok.

Apa dia yang menggerakkan penggunaan neuron aku?

Nak tahu kenapa mahasiswa-mahasiswi kita jadi begitu, Pakdi? Jadi berserah nasib dan tawakkal saja? Mentaliti pengguna melebihi pengeluar? Tak mahu membangunkan diri jadi yang 'ter-', 'ter-', dan 'ter-' seperti kata Donald Trump?

Owh, Pakdi dah senaraikan.


Mesti rata-rata jawab : Malaslah.

atau: Aku tak retilah.

atau: Takutlah.

atau: Aku tak pandai lah nak jual-jual ni.

dan 1002 alasan lagi.


[Pakdi, tambah satu lagi dalam senarai, tak minat subjek akaun ;p -- whooha, Pakdi kata buat bisnes tak perlu tahu akaun! Menarik ni! ;p]

Tapi kan, apa sebenarnya penyebab kita, orang Melayu yang memang terkenal dengan kemalasannya ni mesti ada semangat mengubah diri? Tak boleh ke kalau hidup senang-senang saja, goyang kaki, peluk tubuh, tak perlu sakitkan badan buat itu ini? Kerana kita sememangnya tengah senang!

[Yalah, selain nak simpan duit banyar balik pinjaman PTPTN, atau sekurang-kurangnya pinang anak dara orang, buat apa kami nak susah payah cari duit? FAMA kan ada?]

Betul, kita nak duit. Nak BANYAK duit. Macam-macam rancangannya dalam fikiran apa yang nak dibeli. Digicamla, kasut sukanla, laptopla, printerla...

Tapi, malas usaha!

Sebab aku ni angan-angan Mat Jenin saja. Kalau ada duit belilah, kalau belum ada, tunggulah masa ada nanti, masa aku dah kahwin dengan anak raja...

Itu jawapan mereka yang seperti aku, tak nampak lagi di mana kedudukan kami 10 tahun akan datang. Akan senangkah dengan lebihan simpanan ibu bapa yang terpaksa dibahagi-bahagikan lagi dengan adik-beradik lain? Atau jika susah pun, akan benar-benar susahkah?

Sebab aku ada PTPTN, JPA, Sime Darby, atau Telekom, maka nanti mereka yang akan carikan kerja untuk aku!

Hei, sedang ulat bawah batu boleh hidup!

Itulah dia...

Mudah. Senang. Gampang [kata orang Jawa].

Pakdi, kisahkan pada mereka di mana kedudukan orang Melayu dalam peta dunia ekonomi dan pembangunan sekarang! Kisahkan kata-kata Dato' Muhammad Salleh Majid mengenai mentaliti orang Melayu yang tertanam [atau ditanam] sekian lama! Kisahkan bezanya kita dengan masyarakat Cina yang mampu berjaya tanpa sebarang pinjaman... bagaimana agaknya pandangan mereka terhadap kita? [macam dah boleh agak...]

[Hal ini, cerita-cerita pembangkit motivasi saya terpaksa serahkan pada yang lebih arif sebelum saya sendiri temu apa-apa fakta pembantu]

Orang Melayu memang biasa bersenang-senang.

Jadi, di mana kuatnya ya? Ketika meng'amok'. Ya, perkataan Inggeris yang munculnya pun dari sini, dari orang Melayu.

Kita mampu berapi, bersemangat apabila tahu realiti bahawa sememangnya orang Melayu, jika diserang untuk ditawan, senang-senang saja dapat pada bila-bila masa. Kerana, ya, kita leka dalam kemewahan.

Dan, dalam hal ini orang Melayu perlu diberitahu dan disedarkan bahawa kita sebenarnya masih mundur. Malaysia yang majunya ialah bangsa lain!

Yang usaha kuat, itu, yang memang sedia di atas. Sebab itu mereka berjaya. Mereka punya motivasi itu. Mereka nampak apa yang kita kabur asbab kabus lenang ini.

Dan, kita, yang di bawah ini [seperti yang kita fikir], cuma mengharapkan mereka memandu negara, membela nasib dan masa depan kita.

Kita?

Aku pun tak nampak semua ini jika tak disedarkan.

Dan aku, perlu juga sentiasa diingat-ingatkan. Itu perlunya teman seperjuangan atau halaqah. Eh, halaqah bukan untuk saling memperingati pasal agama saja, malah dalam semua bentuk jihad! Dan, eh, jihad bukan saja dalam menegakkan Islam, malah juga untuk bangsa dan negara!

Cuma, satu persoalan lagi.

Bagaimana untuk kita mulakan semua ini?

Ide dah ada, semangat dah mantap, api dah mula marak, darah muda dah menggelegak.

Apa cadangan Pakdi dan rakan-rakan semua? Apa peluang-peluang yang kita ada? Bagaimana untuk memandu perjuangan ini ke arah kemenangan realiti dan hakiki?

Sama-sama kita fikirkan dan gerakkan.

Kami [saya] perlu pemimpin. Saya boleh buat, tapi saya perlu penggerak.

Penggerak yang harapnya boleh beri saya Bosch, bukan tukul [sekali ketuk sekali masuk].

Semangat ini pun, harap nyalanya tahan sehingga dimarakkan lagi nanti dengan oksigen cerita motivasi yang lain.


# Pakdi, saya cukup tertarik dengan formula Pay Yourself First. Bukan Pendapatan - Belanja = Simpanan, tapi Pendapatan - Simpanan = Belanja. "Sebaik-baik amalan adalah yang sedikit tapi istiqamah" [Hadis]. Nice! :)

Dan, "Tapi kawan, hati-hati memilih MLM atau agensi MLM. Kalau syarikat MLM sebut, "Kau cuma perlu bayar RMxxx dan cuma cari 3 orang bawah kau." Maka beredarlah dari ejen tersebut." Baik, saya akan ingat!

Monday, May 02, 2005

pesta ilmu

Membaca

"Tak ada beza antara orang yang TAK TAHU membaca dengan orang yang TAK MAHU membaca. Jadi, bacalah..."

Terima kasih banyak abang Fadzli. Kata-kata ini benar terkena batang hidung sendiri :)

Apa guna celik huruf tapi tak mempergunakannya?

Sama juga dengan yang selau aku sebut, apa guna ada ilmu tapi tak mengamalkannya?

Jadi, membaca bukan satu pilihan untuk mereka yang mahu maju.

Bukan seperti hobi yang hanya melekap pada yang meminati, membaca adalah satu keperluan dalam berilmu. Dan hanya ilmu mampu mengangkat martabat seseorang.

Kata Luqman al-Hakim: Ilmu mampu mengangkat kedudukan orang miskin pada taraf raja-raja.


Pergantungan

Bersembang dengan Nud's, kartunis Gila-Gila [teringat kata ayah Chik waktu kecil-kecil dahulu: Hey, don't read that la, you'll become crazy-crazy :) -- hoho, dah dapat dari KEMPRIT yang tak apa menjadi gila-gila asal saja tak dikata gila :) ], terpanggil lagi seru berfikir.

Nud's kata apabila beliau cuba bekerja sendiri, baru terasa betapa pergantungan pada Yang Maha Esa itu sangat perlu, kerana cara hidup begitu sentiasa berhadapan dengan risiko.

Lain benar rasanya apabila bekerja dengan manusia lain, tak pernah risau kerana rezeki akan sentiasa hadir bulan-bulan. Sentiasa rasa selamat kerana tak pernah teringat yang rezeki itu sebenarnya datang dari Tuhan, bukan bos.


"Korang sedap-sedapla baca benda lawak, kami ni bagai nak mati fikir jenaka!"

"Habis, selalunya macam mana korang cari ide melukis?"

"Dalam tahajjud, mintalah pada ALLAH..."

Dan aku seperti biasa paling ke dalam diri. Ah, malunya!

Senyum. Kerana walau rasa betapa sendirinya dan tak-bergantung-pada-siapa-siapanya aku ini, tapi masih sentiasa rasa selamat.

Kerana tak pernah risaukan masa hadapan. Terima saja apa yang hadir sekarang, dan teruskan perjuangan di medan 'sistem maklumat' [universiti la].

Sentiasa ingatkah aku pada DIA?


Future Minded

Ramainya sahabat-sahabat aku yang dah nampak ke mana arah tujunya mereka 10 tahun akan datang. Semua telah mula usaha dari sekarang.

Aku? Apa yang aku dah buat? Heh, sedang masa depan aku pun tak ternampak lagi, sebab aku tak pernah cuba berangan-angan. Paling lama yang mampu dirancang pun tahun depan saja...

Ish, malulah Mira...

Tapi itulah. Aku cuma tahu pentingkan waktu sekarang, fikir untuk jangkamasa pendek, kerana aku masih rasa akan selamat dengan keadaan sekarang. Tiada pelaburan jaminan langsung.

Penulis blog masih orang biasa. Tak semestinya kami hebat-hebat semuanya hanya kerana ada kelebihan menulis dan berfikir merenung hikmah.

Walau kadang-kadang terasa juga tanggungjawab memberi 0.0001 peratus itu seperti kata abang Fauzul, hati kecil mengharap pembaca faham akan gunanya satu-satu blog berdasarkan niat menulis seseorang individu sendiri.

Menyampaikan intipati. Meluahkan rasa hati. Dan itu, tak semestinya yang bagus-bagus saja.

Kerana penulis ialah manusia.


Persahabatan

Melewati medan ilmu dan fikir bersama sahabat tersayang menjadi satu kepuasan tak terkata. Bercerita dan mendengar, menyatukan hati-hati, mewujudkan rasa mempunyai dan dipunyai.

Di kanan kiri, sekalian manusia rakus berebutkan ilmu. Mereka dahaga, mereka haus... Kasihan... Kasihan umat akhir zaman...

Walau dalam kelam hati, cahaya gemerlap persahabatan menggamit kedamaian dan kelegaan. Menghapus keraguan bahawa sebenarnya dalam juang ini, aku tak bersendiri!

"Pada jihad yang kami pilih dan pada cinta yang makin membenih...

Terima kasih sahabat!