Wednesday, June 13, 2007

demi masa

Dalam sibuk-sibuk hafal set soalan dan jawapan untuk peperiksaan akhir MCAD pasal XML Jumaat ni, saya teringat pesan Bro Ako. Eh, Bro Ras [sebab muka dia 90% macam Ako Mustafa]. Beliau ni ketua trainer bahagian Microsoft Cert ni. Beliau ajar memang sangat best. Bersungguh, jelas. Walau seperti biasa, kami penat mendengar :p

Beliau pesan [setelah dialih bahasa daripada bahasa Inggeris], semua benda lain kita boleh dapat semula. Tapi 5 minit masa kita yang berlalu, kita takkan boleh dapat balik.



Pesan beliau lagi, "Why do we wait for tomorrow when we have now? As simple as that."

Well sir, saya kagum mendengar. Beliau sebut dengan yakin sekali seolah-olah itulah formula kerja yang beliau amalkan selama ni. Tapi maaf banyak-banyak, sampai sekarang, saya masih payah nak gerakkan formula tu untuk diri sendiri.

Doakan kami berjaya keluarkan semula apa yang kami hafal untuk peperiksaan pagi Jumaat ni! ;)

Monday, June 11, 2007

MLM

Satu petang, saya berbual dengan seorang sahabat sekelas dalam program Microsoft ni pasal MLM. Beliau ni pantang betul dengar MLM. Beliau tak kata MLM itu haram, tapi sebab ada khilaf, maka dijauhi.

Saya pun berminat nak tahu pendapat beliau. Sebab, ya, saaya sertai program MLM, biarpun cuma jual topup :)

Apa yang menyebabkan beliau mengambil jalan untuk tidak memilih MLM? Sehinggakan dapat tawaran buat website MLM pun ditolak. Saya fikir jika dah orang MLM yang minta buatkan website, bukan sebarangan bayarannya. Mereka tentu 'berduit', jika buat kaya pun.

Beliau kata, banyak benda yang kita kena teliti dalam bisnes ni. Beliau tak kata MLM itu haram secara total. Lagipun, tak seperti pelaburan internet, MLM tak difatwakan haram. Tapi kita sendiri sebagai orang Islam kena fikir apa kandungan MLM itu dan apa caranya mereka dapatkan duit. Jika ada penindasan, maka, tak perlu fatwa, MLM itu jelas haram.

Saya bidas semula menggunakan ilmu yang tak lah berapa banyak sangat ni. Yang saya faham, MLM bukan sistem piramid atau binary. Sistem piramid, untungnya cuma melalui penajaan orang lain. Orang masuk bawah kita dan kita dapat duit. Padahal produknya entah apa-apa. Itu memang penindasan.

MLM pula berbeza. Walau tak ada yang jadi ahli bawah kita [dalam MLM digelar 'downline'], jika kita rajin promosi dan menjual produk, kita masih akan dapat untung. Seperti bisnes runcit biasa. Di mana penindasan di situ?

Beliau jawab, itu untuk permulaan. Lama-kelamaan, kita mesti nak dapat juga 'kelebihan' jadi ahli MLM. Kita mula rekrut orang lain untuk jadi ahli bawah kita. Sebab kita tahu, melaluinya, kita masih akan dapat cebisan-cebisan untung, walau tidaklah seberapa. Tapi, kita masih akan dapat walau duduk di rumah goyang kaki.

Saya tanya lagi, salahkan orang bisnes nak dapat untung? Bukankah itu tujuan bisnes? Lagipun, orang yang kat atas tu, nak sampai ke tahap tu, dia pun usaha keras juga, bukan terus-terus dapat.

Beliau beri contoh kondisi dalam kampus sendiri pula. Nak jelaskan apa maksud penindasan yang berlaku. Beliau kecilkan skop UIA ni sebagai Malaysia. Katakan ada seorang pioneer MLM di UIA. Macam biasa, dia cari orang dan orang bawah dia cari orang lain lagi.

Pada mulanya, semuanya ok. Memang dapat untung banyak. Tapi cuba fikir apa akan berlaku pada orang yang paling bawah. Semua orang dah join MLM, dia nak cari siapa lagi? Maknanya, penindasan tu berlaku bila dia tak dapat buat seperti mana yang dijanjikan.

Oh, jika begitu, ia cuma masalah upline tak menerangkan sejelas-jelasnya risiko yang terpaksa orang bawahnya hadapi jika jadi antara mereka yang terakhir. Memanglah itu salah upline. Upline kenalah jaga kebajikan orang bawahnya setelah dijanjikan macam-macam. Ataupun, terangkan situasi pada masa itu sejelas-jelasnya supaya dia faham risiko-risiko yang terpaksa dihadapi.

Beliau jawab, sepatutnya macam tu lah. Jika sesebuah perniagaan itu benar, kenapa perlu ada yang disorokkan? Bukankah itu jadi korbankan kepentingan orang lain untuk diri sendiri? Sudah tentu ia tak dibenarkan dalam Islam.

Saya fikir sekarang situasi tu masih mustahil. Sebab di Malaysia ni terlalu ramai orang. Dan terlalu ramai yang masih belum buka mata akan kelebihan sistem MLM. Takkan boleh habis kot? Jika tiada di Malaysia pun, negara-negara serumpun kan masih ramai penduduk? Memang akan payah sikit nak jalan jauh-jauh. Tapi tak ada jalan mudah untuk kaya.

Apa yang saya dapat melalui perbincangan ringkas ni, semua benda di dunia ini bersifat neutral. Kita yang menjadikannya halal atau haram, sunat atau makhruh. MLM juga begitu. Ia neutral. Tapi niat kita ini akan menjadikannya halal atau haram.

Jika kita memang berniat untuk menyebarkan produk halal sebagai alternatif produk yang tak dapat diyakini kehalalannya, itu bagus. Kita bantu orang Melayu Islam. Kita ikuti sistem MLM sebab nak kembangkan perniagaan orang Islam dan menyebarkan mengenai pentingnya kita mengeluarkan produk sendiri. Tak perlu lagi bergantung pada orang lain. Tak perlu lagi setiap kali nak guna kena cari logo halal.

Tapi, hati-hati bila dah sampai jadi tamak dan pentingkan diri sendiri untuk miliki BMW dan banglo.

Ada juga orang yang sertai MLM ini sebab mereka nampak orang yang dah sertai dapat kelebihan sebegitu. Jadi, dia pun sertai dengan harapan akan dapat yang sama. Tak kisah apa juga cara, asal bisa kaya, harta kunci ilusi maya. [eh, kenapa termasuk lagu Apha Devotees lak ni?]



Itu yang menjadikan MLM itu haram baginya.


UPDATE:

Jalan², terjumpa komentar Pakdi pasal MLM di sini: Pakdi.net

pakcik ctfmon

Saya tak tahu di mana saya pungut pakcik ni bawa balik masuk dalam komputer saya. Tapi dia memang teruk. Dia nak take over komputer saya. Nama dia ctfmon.



Sekali, saya dapat detect dia melalui AVGFree. Encik AVG kata pakcik ctfmon ni trojan. Trojan ni memang bahaya. Sekali dia masuk dalam komputer, dia akan cari cara untuk terus berada dalam rumah barunya tu, walaupun dah banyak cara saya cuba nak buang. Lepas tu, dia akan 'makan' isi komputer sampai semuanya rosak.

Setiap kali start komputer memang saya search pakcik dulu dan buang. Tapi tiap kali mesti ada semula.

Mula-mula, dia akan menyebabkan komputer kita jadi lambat. Pastu, kita pun bukalah task manager nak tau program apa yang berjalan sampai jadi lembab sangat. Saya tak familiar sangat dengan nama-nama proses dalam komputer ni. Mula-mula nampak pakcik ctfmon dan cidaemon ni, ingatkan normal operation.

Baru tau mereka tu memang jahat. Ada sumber kata, apa-apa yang berakhir dengan mon tu memang virus. Termasuklah Pokemon, Digimon, dan Doraemon [ini gurau, tapi saya pun pelik. Kenapa MON? Maaflah, dah geram dengan pakcik-pakcik tu]. Dulu pernah dapat satu virus lain, namanya RavMonE. MON juga.

Lepas tu, encik AVG yang baik hati pula corrupt. Baik kali saya install semula. Tapi lepas 3 kali menjalankan tugas, dia mesti mati. Powernya pakcik-pakcik tu lawan encik AVG. Kesian dia..

Ada sekali pula saya search nama pakcik tu dan jumpa dllcache. Dalam sistem32. Saya ingat dalam tu ada pakcik jahat tu juga, jadi saya buang. Saya rasa, sebab saya buang benda tu, Microsoft Office saya kena 'telan' satu-satu.

Mula-mula, tak boleh nak buka Microsoft Project. Saya buang ajalah. Sebab memang tak guna pun. Lepas tu Microsoft Publisher pula tak boleh buka. Kata ada satu file missing. Saya dah geram. Saya uninstall Office. Install semula. Semua.

Apa yang saya perasan pakcik ni pandai juga menyamarkan diri dan paksa orang lain menyamar juga. Dalam task manager, dia tak nampak. Tapi saya masih tak boleh edit folder name atau tak boleh juga buang folder tu [apa-apa folder].

Windows kata someone is using the program. Mana boleh! Saya sorang je yang guna komputer ni, tak ada user account lain dan saya tak buka sebarang program masa tu! Mesti pakcik tu punya kerja!

Dalam msconfig pula, dalam tab System, seorang sahabat pernah nasihatkan saya supaya unhidekan semua Microsoft Service dan diablekan yang tinggal. Saya buatlah. Lepas tu saya dapat mesej kata ada satu file Microsoft tak jalan. Saya cek balik nama file tu dalam System tadi. Eh, nama sistemnya sama, tapi kenapa Manufacturer 'unknown'?

Huhu, saya betul-betul tak tahu apa yang berlaku.. Tapi takpe, saya akan google cari pasal pakcik ni, dan buang dia terus dari komputer saya!

Last time saya kena serang trojan, saya tak dapat nak tunggu lama untuk buang dan restore any installation. Kawan pakcik ctfmon tu dah makan OS Windows. Nasib baik ada OS Linux untuk saya selamatkan semua data penting dalam Windows sebelum hancur semua. Masa tu, Windows saya keep loop booting, tak boleh masuk Windows pun..

Sejak komputer saya kena format hanya sebab pakcik trojan tu, saya jadi berhati-hati pada semua virus. Tak boleh underestimate mereka macam dulu. Dulu pandang sebelah mata saja. Sebab, semua encik AVG boleh uruskan. Tapi mereka sekarang dah makin power. Encik AVG pun dah kena bunuh banyak kali.

Siapalah yang menyusahkan orang dan tunjuk pandai [memang pandai pun] buat virus-virus ni? Insaflah.. Berhentilah menyusahkan orang. Orang tak menyusahkan awak pun. At least not me.. :<

[Ada sesiapa yang boleh beri maklumat untuk saya lawan pakcik ctfmon? Boleh bantu saya?]

kahwin

Sabtu lepas ada seorang sahabat sekuliah selamat diijabkabulkan di Perak. Dia boleh kata yang pertama antara kami yang seusia. Tahniah Diyanah! Moga kekal bahagia ke akhir hayat.




Diyanah dan suami


Saya tak dapat pergi. Majlis Tasha, sahabat di sekelas di MRSM minggu lepas pun saya tak pergi. Semester pendek ni memang tak ada sumber lain selain FAMA. Jadi, duit yang ada betul-betul cuma untuk makan saja. Duit bisnes? Mana boleh usik! :)

Bertuahnya mereka. Cepat tamat belajar. Sekurang-kurangnya, dah terlepas satu syarat ibu bapa jika 'perlu sudahkan belajar dulu baru boleh buat benda lain'. Jika tak ada syarat itu pun, memang payah untuk kita yang sepatutnya dah bertanggungjawab kepada diri sendiri dulu sebelum bertanggungjawab kepada orang lain ni, 'cari duit sendiri untuk kahwin'.

Ada ibu bapa yang faham [ada cara pemikiran lain]. Mereka nikahkan anak-anak mereka tanpa perlu anak-anak itu perlu sumber pendapatan sendiri dulu. Sebab hal agama. Fikiran nikah khitbah.

Bagi saya pula, itu memang benar. Tapi tambah betul lagi jika kita dah boleh bertanggungjawab kepada diri sendiri dulu. Kita dah nak kahwin. Masa inilah nak betul-betul jadi orang dewasa. Orang dewasa takkan bergantung hidup dengan ibu bapa lagi. Sebab mereka dah ada hidup sendiri dan kena bertanggungjawab untuk hidup itu.

Dah dah lah tu harapkan duit mak bapak je... kesian mereka.

Apalah ertinya kahwin, tapi masih berhutang dengan ibu bapa? Sedangkan kahwin itu melepaskan tanggungjawab menjaga anak perempuan kepada suaminya. Hal ini jadi bebanan kepada pihak lelaki. Tapi pada zaman ni, yang perempuan jadi wajib bantu pihak lelaki uruskan hal duit. Buat sendiri boleh semput jadinya.

Mengingatkan saya akan sebuah komik yang entah siapa yang sebarkan di Cafe Edu tak lama dulu. Komik tu bawa mesej betapa bagus dan baiknya jika kahwin semasa belajar. Boleh study sama-sama, makan sama-sama, solat sama-sama, tanpa ada batas dosa.

Tapi ada pula tangan nakal yang beri komen peribadi di bawah komik itu yang bunyinya lebih kurang, 'Nak suruh kami kahwin, sponsor duitla! Ingat senang ke?'

Along kata, dua-dua mesej pun ada poin sendiri. Saya iyakan. Tapi, bagi yang pertama, ia benar. Pendapat kedua itu pula betul, belum benar, selagi tak ada usaha untuk menutupi kelemahan pendapat kedua tu. Apa dia? Usaha cari duitlah!

Kita tak dikira salah jika kita dah dan sedang usaha, tapi hasilnya belum diperoleh. Tuhan ukur usaha, bukan hasil. Jadi, usaha dulu, jangan bagi alasan.

3p

Where was I?

Saya ada kursus Microsoft. Dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari [Isnin - Jumaat]. Dah hampir 2 bulan. Memang memenuhi semester pendek ni. Belum habis lagi. Tapi curi masa nak luah banyak perkara.



Pertama kali untuk saya belajar berterusan sebegitu. Rasanya takkan rasa lagi dah lepas ni [hope so]. Tak pernah. Semasa di sekolah pun ada sesi pagi dan petang, bukan kedua-duanya. Di universiti pun, subjek ada sengkang masa antara kelas, bergantung pada kelas yang kita pilih sendiri.

Ada komentar individu-individu terlibat pasal persijilan Microsoft ni.

Yang pertama, kami memang banyak belajar benda baru. Perkara yang tak diajar di dalam kelas. Banyak hands on, praktikal. Lebih daripada teori [walaupun peperiksaan-peperiksaannya semuanya teori].

Kedua, kami banyak dapat buku teks. Dalam satu sijil ini saja, dah ada 4. Tebal-tebal semuanya. Kulit pun kulit keras. Agaknya beratus-ratus ringgit jika di pasaran. Alhamdulillah, kami dibelanja. Kerajaan belanja kami seratus peratus. You dont wan't to know the overall cost for this certificate.

Apa yang agak slack, mengenai peperiksaannya. Cuma lulus atau gagal, satu. Dua, diakui, ia bukan ujian pemahaman, tapi kemahiran menghafal. Hafal soalan dan jawapan. Kami dah diberikan simulasi soalan-soalan peperiksaan. Boleh kata.. 100% soalan yang sama keluar.

Jika mahir hafal, maka kita dapatlah jawab. Faham tak semestinya yang betul. Sebab, kursus yang hanya dua minggu untuk cover 1 peperiksaan ni jika dibandingkan dengan subjek ICT, maunya telan 3 subjek. Memang banyak. Dan, soalan yang keluar bukan dari dalam buku. Sebab soalan-soalannya berbentuk case study. Dalam buku cuma step by step macam mana nak buat.

[Saya tak pasti jika sebenarnya saya berhak untuk umumkan perkara-perkara ni. Tapi rasanya tak ada dalam rules and regulation. Ampun jika terlepas pandang]

Apa yang penting untuk dapat sijil Microsoft ni ialah duit dan kemahiran sabar dan menghafal.

Nak bijak tak semestinya perlu duit. Tapi nak dapat sijil Microsoft, memang perlu duit.

Sabar memang kena ada. Sebab kena tadah telinga dengar trainer mengajar dari jam 9 pagi ke 5 petang. Rehat cuma sejam pagi dan sejam tengahari. Selain belajar, kena tahan mata menghadap komputer buat latihan dari buku teks. Bukan uji minda. Semuanya dah diberitahu macam mana nak buat.

Hafal, untuk peperiksaan. Kita takkan ada masanya nak berfikir time peperiksaan. Kena berfikir masa buat latihan [jawab soalan bocor]. Sebab soalan-soalannya memeningkan kepala. Tapi, jika dah hafal, selamat. Memang lulus.



Apa-apapun, terima kasih sebab beri peluang kepada kami untuk meluaskan peluang pekerjaan. Terima kasih Tuhan sebab pilih kami! Alhamdulillah.

Monday, June 04, 2007

boikot utusan

Pakdi dah buat penentangan terbuka kepada Utusan Malaysia. Ada salah, ada bukti, bukan setakat spekulasi. Kita nak terus baca Utusan?

Cis!

Emel dihantar kepada Utusan Malaysia, Utusan Malaysia kata diorang cuma ikut laporan Pusat Keselamatan Siber. Utusan kata:

Laporan kami berpandukan kepada kenyataan yang diberikan oleh CyberSecurity Malaysia, selaku “polis siber” Malaysia. Seperti mana kami memetik pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai jurucakap rasmi keselamatan di Malaysia, CyberSecurity Malaysia menjadi jurucakap rasmi keselamatan siber di Malaysia.


Emel dihantar kepada CyberSecurity. 2 kali. Tak balas. Kemudian call, dan pihak CyberSecurity cakap melalui telefon:

Kami hanya menerima laporan dari orang ramai. Laporan tersebut akan dihantar kepada pihak berkenaan seperti Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, KDNHEP, PDRM dan sekiranya kami perlu bertindak (setelah disahkan oleh pihak berkuasa lain), kami akan bertindak. Kami tiada bidang kuasa untuk sahkan laman web tersebut menawarkan skim cepat kaya atau tidak.


So? Editor / wartawan Utusan Malaysia putar belit kenyataan Pusat Keselamatan Siber untuk buat berita sensasi? Bodoh punya wartawan. Etika takde.

Dan satu lagi perkara pelik, kalau perkara tu masih dalam siasatan, kenapa Pusat Keselamatan Siber perlu sebarkan kepada wartawan? Wartawan Utusan Malaysia pulak tu. Ini satu lagi persoalan yang perlu dijawab sebab yang angkat telefon tadi bukannya orang paling atas.

Dulu Utusan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Fitnah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS). Antara kerja kotor lain terbaru diorang buat, mendahului Istana Perak dalam perkahwinan Raja Nazrin dan Zara Salim Davidson.

Jangan beli Utusan. Jangan baca website Utusan. Utusan hari ini bukan Utusan yang dulu yang membangkitkan kesedaran orang Melayu tentang pelbagai isu. Utusan Malaysia yang lama sudah lama mati. Noktah.


Ke blog Pakdi