(Apalah yang 'istimewa' sangat Port Dickson ni sampai wayang pun tak ada? Yang terdekat pun cuma di Seremban yang 40 minit jauhnya dari Teluk Kemang. Mydin pun tak ada. Rindu nak membeli-belah di situ)
Anggapan awal, Dragonball Evolution yang diarahkan bersama oleh pencipta asal, Akira Toriyama dengan penerbit filem Hong Kong, Stephen Chow memang menarik. Dari trailernya saja memang gempak, walaupun saya tak dapat cam watak-watak utamanya.
Setelah tonton, ada beberapa komentar:
1.
Watak Goku sangat 'omputih'. Dah tak klasik macam dalam komik. Chi Chi pun sama. Mereka adalah pelajar kolej. Sedangkan dalam komik, Goku tak bersekolah, cuma belajar berlawan dengan datuknya, Gohan (saya tak tahu pun Gohan si anak ambil nama sempena Gohan si atuk).
Goku yang sebenarnya sangat tradisi dan makan banyak, sedangkan Goku yang ini sangat bergaya, moden dengan jaket kulitnya. Yang menunjukkan makan banyak cuma semasa dia dengan Bulma dengan satu drumstik yang besar. Itu saja.
Perwatakan Goku pun sangat berbeza. Goku yang dalam komik sangat ceria, bersahaja, sempoi dan suka senyum dan berjenaka (paling terhibur semasa dia berlawan dengan Majin Buu). Dalam filem ni, yang melakonkan watak Goku nampaknya bukan jenis yang periang dan suka senyum. Dia agak kaku, kurang ekspresi dan... sangat bukan Goku. Macam.. salah pilih pelakon daa..
Watak Chi Chi pun moden. Yang sepatutnya tradisonal juga. Dengan pakaian tradisi Jepun.
Watak Goku dan Chi Chi selayaknya ialah Gohan dan Videl.
2.
Saya dah kurang ingat jalan cerita yang sebenar (atau terlepas mengikuti kisah-kisah awal Goku-Bulma). Jadi tak pasti jika Dragonball Evolution masih mengikut plot cerita asal.
Apa-apapun, janganlah sampai seperti Smallville. Clark yang sepatutnya bercinta dengan Lois Lane, bertemu dengan tak cam rupa sebab Clark pakai cermin mata. Tapi ni dah awal-awal kenal dengan tak pakai cermin mata. Kenal bukan di Daily Planet pula tu. Tak tahu macam mana mereka nak masukkan semula plot cerita asal dalam Smallville tu.
3.
Saya pun kurang pasti nama sebenar watak-watak Dragonball ni. Sehingga saya cari senarai watak dalam internet, baru saya tahu yang Muten Roshi ialah Datuk Kame, si orang tua penyu. Yamcha = Yamu dah diberitahu awal. Jika tak, saya pun tak tahu juga. Pikor jadi Piccolo?
Mujurlah Goku tak jadi Suzikon. Bulma dan Chi Chi masih kekal dengan nama yang sama.
4.
Watak meriah dalam komik jadi sangat terhad dalam Dragonball Evolution. Sebenarnya saya teringin untuk lihat watak-watak yang ramai tu untuk dibanding-bandingkan dengan komik. Ini sajalah yang ada..
Mungkin in cuma pengenalan. Untuk filem bersiri Dragonball. Mungkin akan ada lagi filem Dragonball selepas ini. Seperti Harry Porter dan X-Men.
5.
Secara keseluruhan, kesan khas Dragonball Evolution sangat menarik. Tetapi aksinya kurang. Saya terbandingkannya dengan filem yang saya pernah tonton sebelum ni, Forbidden Kingdom. Ternyata, aksi Forbidden Kingdom lebih banyak dan mendebarkan. Jalan cerita pun lebih menarik.
Markah? 3.5/5. Tak puas hati sebab cerita banyak altered.
Ada 2 trivia yang saya baru jumpa:
1. Pelakon watak Piccolo (Pikor) ialah juga pelakon watak Milton Fine dalam Smallvile. Pelakonnya ialah James Marsters.
2. Pelakon watak Mai pula ialah Eriko Tamura yang jadi Yaeko, anak si pembuat pedang yang Hiro Nakamura minat dalam siri Heroes musim ke 2. Ada ingat? ;)
6 comments:
mira suka nengok kartun gak ae..try la tgk naruto..dari ep pertama sampai skrg mesti nanti xnak ketinggalan tgk..dulu suka gak tgk dragon ball masa bebudak..tapi skrg dah x tgk dah..
huhu da omputih belakon. kalo movie jepon sah2 lg best. huhu
memang citer ni ader lari banyak dari cerita asal (dalam Komik)...
Tapi nama watak dalam cerita ni memang x lari pun..klu tgk balik citer dragon ball kat tv (yg ditranslatekn dlm Bahasa Inggeris) memang nama tu yang diorang pakai..so aper pun x boleh komen banyak sebab x tgk lg.. :-)
:)
street fighter tak dpt nak tgk. takpe kan? :P
sangat setuju ape yang akak cakap
sy tak reti komen cam akak
sy link kan kt blog sy ye.
sy hy bagi 3/10!
tak suke goku macam tu!
My point is not about the Goku, or Dragon Ballz or whatever..tapi pasal Mira dan Fami..korang keluar berdua ke?berdating ek?huhu..sebab bila tengok komen di FB tanya keluar dengan tunang ke, mira kata belum...ni siap berabang-abang lagi...dia panggil sayang lak ke kat mira?..sorrry if off-topic, mira. Just curious...because it is like I hard to believe it..huhu
Post a Comment