Saya baru lepas derma darah. (Lagi???) :p
Alhamdulillah, satu lagi kelebihan kerja di Intitut Pengajian Tinggi ni. Boleh sertai aktiviti masa pelajar yang sangat dirindui. Kalau kerja di tempat lain, memang nak kena mencari peluang derma darah. Macam di Kuantan dulu. Tapi alhamdulillah, mata ni nampak saja iklan atau banner-banner yang tergantung.
Sebab saya memang mencari agaknya. Memang akan jumpa.
Ni dah depan mata. Tadah saja program anjuran JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar).
Derma darah adalah salah satu passion saya. Dan saya bersyukur Tuhan tempatkan saya di sini. Politeknik Port Dickson adalah yang terbaik buat saya. Terima kasih Tuhan!
Cuma, diri saya ni ada kekurangan. Proses pendermaan darah tu tak selalunya lancar. Jarang yang lancar. Jika ada, saya memang bersyukur amat.
Seperti yang saya pernah kata sebelum-sebelum ni, pengalaman untuk setiap kali derma tu memang lain. Kali ni, pembantu perubatan tu cucuk di bahagian tengah lengan pula. Tak seperti yang sebelum ni, semua nampak urat di bahagian tepi lengan.
Mereka kata, urat di tengah lengan tu sama saja kecilnya daripada di tepi lengan. Tapi baik ambil di tengah lengan, sebab lebih stabil. Jika di tepi, bimbang bergerak-gerak. Mereka tak berani.
Malangnya, percubaan ambil darah dari urat di tengah tak selancar di tepi seperti sebelum-sebelum ini. Paket 350ml tak penuh.
"Kak, darah tu masih boleh guna kan?"
"Boleh, untuk bayi-bayi.. Kalau orang dewasa memang tak cukup"
Alahai...
Saya rindu untuk rasa puas dapat buat semampu saya. Saya bukan tak cukup darah. Cuma urat ni kecil sangat. Darah ada kemungkinan cepat untuk beku (sebab platlet yang memang berfungsi untuk pembekuan darah yang terdedah di permukaan). Jika tu berlaku, memang bengkak tempat cucuk tu. Sebab tu mereka hentikan cepat-cepat darah yang mengalir perlahan.
Saya memang kurang buat kerja berat. Tapi serasanya, saya antara perempuan paling aktif dan berdaya tahan tinggi juga. Dah puas menawarkan diri untuk mengangkat barang berat-berat yang tak ramai perempuan nak. Tak juga urat ni nak besar.
Ada yang boleh cadangkan apa-apa?
Saya juga sempat tanya pada seorang pembantu perubatan lelaki (pangkat pakcik) yang duduk di sebelah.
"Encik, kita tak buat ke derma darah untuk Gaza?"
"Tak ada kot. Kalau ada pun mungkin belah-belah KL sana saja."
"Oh. Tapi kalau ada, mesti diorang cakap dan promosi kan? Macam tak ada saja. Pelik juga. Saya teringin nak bantu diorang sedaya mampu."
Nak sumbang duit, memang sendiri pun cukup makan. Buat sementara tak dapat gaji ni. (Tapi jika ada antara kalian yang ada sebarang maklumat tentang derma darah pada Gaza, tolong hubungi saya ya?)
Oh, ya. Pengalaman yang berlainan juga. Kami dapat hadiah cabutan bertuah. No bertuah saya 007. Dapat kusyen kecil. Comel.
(Tak dapat ambil gambar nak tunjukkan. Tak apa, dapat gaji nanti.. Semua tunggu dapat gaji. Habis juga gaji kamu nanti, Mira)
Juga, saya dapat surat untuk dapat suntikan imunisasi percuma Hepatitis B.
Apa kebendanya tu? Rajin pula saya nak ke Hospital PD tu.
2 comments:
Semasa di tempat kerja lama, ada juga Puspanita aktif buat kempen derma darah. Sempatlah juga.
Paling seronok, boleh order apa sahaja makanan ringan daripada jururawat itu!haha
Eh, biar betul boleh macam tu! Takat ni belum ada pengalaman yang tu. Puspanita ye? Saya boleh cadangkan :p
Post a Comment