Ujian ALLAH. Kita sedar? Tapi masih...
Ingat kata Wan: "Bila ALLAH dah beri kita ilmu, ALLAH tak lupa untuk uji kita dengan ilmu itu."
Dan sememangnya tanggungjawab sebagai pemegang amanah ilmu itu membuatkan dosa yang kita tanggung apabila tak beramal dengannya lebih daripada mereka yang tak tahu.
Sesungguhnya ya ALLAH, iman aku masih lemah. Aku marah pada diri kerana tak ada usaha langsung untuk meningkatkannya.
Saya sebut pada Along: "Saya tak nak cakap apa-apa lagi lepas ni. Saya tak layak jadi fasi."
"Kenapa?"
Kan saya kata saya benci pada hikpokrasi. Jadi benci juga pada diri bila berkobar-kobar luahkan segala di sini, tapi realitinya saya masih tegun, takut... segan? [maksudkanlah dalam bahasa Melayu sebenar atau bahasa orang Kedah]
Segan = Malas
Jadi fasi, terasa nak jadi baik sikit, pada diri sendiri dan pada orang lain pun cuma apabila ada 'tiket'nya. Tiket program itulah. Tapi, bila tak ada desakan dan satu keperluan, mulalah bersenang-senang semula. Kembali ke alam gampang [kalau ada yang pernah terlintas perkataan ini di sini sebelum ini, anda tak akan kata saya mencarut, sebab maksudnya dalam jawa ialah 'senang'].
Saya lihat dan saksi sebilangan [bukan seorang dua] pelajar luar yang masuk ke dalam kampus untuk solat Jumaat, berlenang di Kyros Kebab menikmati juadah di depan mata semasa orang tengah solat.
Dan saya, bukan saja tak buat apa-apa atas rasa tak seronok dalam hati, malah nak tenung mereka lama-lama kononnya tunjuk muka tak senang pun tak berdaya...
Tak payahlah nak cakap pasal teori diffusion of responsibility [berguru dengan pelajar Psikologi -- terima kasih Dalela]. Benarkah rasa tanggungjawab tu akan hadir bila tak ada orang lain lagi yang tinggal untuk menegur mereka?
La, itukan tanggung jawab mak ayah mereka? Buat apa aku nak sibuk-sibuk. Lagipun, ramai lagi sister yang lebih dekat deangan mereka di meja sana. Biarlah mereka yang 'buat kerja'.
Saya tak nafikan teori itu. Benarlah. Saya dah cuba perhati dalam kehidupan seharian selepas diperkenalkan. Memang rasa tanggungjawab akan jadi lebih bila kita pasti bahawa hanya kita saja yang tinggal untuk menjadikan satu keadaan itu lebih baik.
Tapi kenapa ia tak menjadi dalam hal ini? Mungkin juga dalam kebanyakan hal agama?
Mereka tak rasa malu langsung berada dalam khalayak perempuan yang tinggal di situ termasuk seorang pelajar lelaki Cina. [!!!]
Sebenarnya, hairan juga. Sekurang-kurangnya ada juga rasa tak senang dalam hati. Tapi, kenapa orang lain yang ada pun buat-buat tak tahu seolah-olah tak ada sesiapa yang tengah buat salah? Seronoknya mereka menghadap rezeki untuk nafsu perut.
Mereka memang salah sebab tak solat Jumaat. Tapi kami yang berada di situ tanpa buat apa-apa untuk tegur mereka pun kongsi saham juga.
Kenapalah sayang benar untuk kita guna kekuatan fizikal, akal dan ikhtiar yang ALLAH kurnia ini untuk singkir dosa yang menyerbu datang, mahu peluk hati kita ini dan hati mereka itu?
Kenapa kita tak nak bantu diri dan mereka tingkat iman dan maqam di sisi ALLAH?
Padahal, tak perlu angkat parang atau senapang pun lagi. Belum perlu jadi macam AMAR anak SUMAIYYAH dan YASIR yang terpaksa mengaku keluar Islam semata-mata untuk keselamatan diri dan keluarga.
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Teori ketam Cina dan ketam Melayu ya Along?
Biar saya guna di sini, boleh?
Ada dua sahabat ke pasar. Mereka saksi satu perbandingan aneh. Ada dua bekas berisi ketam hidup. Satu bertutup, satu lagi tidak. Si A tanya kepada B kenapa ada beza antara keduanya?
Si B jawab: "Yang bekas bertutup tu berisi ketam Cina. Yang tak bertutup tu ketam Melayu."
"Oh..." maka, berlakulah aktiviti berfikir.
Ketam Cina, bekasnya tertutup. Jikalah bekas itu tak tertutup, pastinya mereka akan sedaya upaya keluar. Apabila ada seekor ketam yang nak keluar, ketam-ketam lain akan sokong dan bantu. Apabila seekor ketam dah berjaya keluar, ia tak biar kawan-kawan lain tinggal di dalam. Ia bantu yang lain juga, walau dengan apa cara.
Orang Cina di Malaysia berada di tempat yang tak selamat, mereka di Tanah Melayu, bukan di Tanah Besar Cina. Untuk maju, mereka tahu bahawa mereka harus bersatu. Mereka tak boleh berpecah dan bawa diri masing-masing. Bila dah ada seorang yang berjaya, mereka akan asuh, didik dan jadi mentor untuk yang lain berjaya sama. Akhirnya, wujudlah China Town [cuma salah satu contoh khalasahnya].
[Nanti akan ada yang sampuk: "Dan dari sebab yang sama maka wujudlah kampung Jawa."]
Ketam Melayu, bekasnya tak perlu tutup. Bila ada seekor yang nak keluar, yang lain bukan saja tak mahu bantu, malah ditariknya lagi supaya kembali ke dalam bekas.
Orang Melayu yang dah cukup selesa berada di negara sendiri tak pernah fikir akan susah, walaupun kehidupan mereka masih banyak yang perlu diperbaiki. Bila ada yang dah sedar dan cuba untuk memperbaiki diri, berubah ke arah jaya, dia bantu diri sendiri tanpa sokongan orang lain. Dalam nak capai apa yang diimpi bukan mudah. Banyaklah iri dan hasad, dengki-mendengki. "Kalau aku tak berjaya, orang lain tak boleh berjaya!"
Dalam banyak hal, saya nampak dan rasa sendiri sebagai orang Melayu yang kita memang susah nak lari dari sikap 'tak puas hati dengan orang'.
Boleh tak kalau tukar jadi 'tak puas hati dengan diri sendiri'?
Jangan lebih dulu puas hati dengan apa yang kita dah usaha untuk dunia dan untuk akhirat. Sebab sememangnya ia masih belum cukup!
[Utamakan hal rukun Islam dahulu -- asas untuk kita sebagai orang Islam]
Saya masih ada banyak contoh. Semuanya saya peroleh dalam satu detik bersama Along. Bersama dengan insan fikir benar buat otak saya kerja lebih. Rindukan analogi-analogi seorang mentor ulung :)
Tapi cukuplah dulu. Sebab saya yakin dan percaya anda tahu segala; baik dan buruk.
7 comments:
dapat dari BTN, orang melayu... pemalas, suka berdendam, hasad dengki, pandai berpantun, dan suka berjenaka...
kenapa ya abang harith? sebab kita ada gen 2 ke? :)
bukan saja ada gen 2, waja, wira, kancil semua ada... hehe... =)
mungkin sbb org melayu suka menerima seadanya kot...
abang haarith ada statistik lengkap pasal ni? atau apa² saja yang berkenaan? boleh beri saya? ada juga pengukuhan kalau nak tulis apa² :)
takde la pulak... cuma time BTN aritu dia tunjuk...
hehehe... kadang kala tak perlu statistik untuk tunjukkan sesuatu seumpama mengatakan melayu makan nasi. Benda spt tu dah am. Permasalahnya bukan sifat dengki, tapi adalah pergolakkan identiti. Muslim tak sama dengan Melayu. Mukmin disuruh bergerak, manakala Melayu hanyalah entiti @ suatu komuniti yg terbina diatas akhlak yg terbentuk dari jatidiri. Ia bukan suatu kemestian Melayu mesti bersifat agung, tp menjadi kewajipan mukmin utk memikirkan keagungan tuhannya sbg keutamaan.
salam.
bang harith, tak sangka bertemu dalam taaruf pula :p
bang din, pergolakan identiti?
sebab melayu tak semesti mukmin walau memang muslim?
tapi, orang lain yang bukan mukmin tu pun tak pernah sampai wujud statistik kata mereka macam ini macam itu...
boleh diubah tak?
Post a Comment