Tuesday, July 12, 2005

potensi ta'aruf

Pertama kali, berhadapan dengan monitor komputer, aku jadi tak tahu apa yang nak diperkata. Tak tahu pucuk pangkalnya, tak tahu isi utamanya. Bukan tak ada, tapi semuanya tampak bercelaru, masing-masing enggan beratur untuk menghala keluar. Semuanya terfikir serentak.

Ingat lagi kata-kata kak Fiza, assistant headcomm Program Coordinator Ta'aruf Week lepas:

"Aku kelam-kabut sebab aku nak tenangkan diri. Bila aku kelam kabut aku rasa yang aku ni banyak kerja dan buat kerja."

Aku jadi macam tu ke sekarang?

[Kepada yang acting lebih-lebih atas kerja yang tak seberapa tu, tolonglah hentikan. Meluat nengoknya. Macamlah orang lain tak ada kerja]

Tapi, aku rasa lebih kepada sebab dah lama tak menulis. Jadi, flow ide tersekat. Bila tersekat, ia tersumbat. Nak kena cairkan semula.

Bila dah mula belajar mengapungkan diri dalam masyarakat pelajar, aku terpaksa ubah beberapa perkara. Ya, terpaksa, kerana ini pilihan aku. Pilihan untuk memaksa diri.

Rupa-rupanya untuk aku, dalam mengenalpasti potensi diri, teknik stick memang lebih berkesan daripada carrot.



Kalau aku tak letakkan diri dalam keadaan terpaksa, sampai bila-bilapun aku tak akan belajar. Sampai bila-bilapun aku akan kekal pasif dan terus makan suap.

Lagipun, aku terkenangkan apa yang aku tulis dalam blog. Aku cakap pasal potensi, aku cakap pasal cabaran. Kalaulah aku tak sahut cabaran pada waktu itu, sudah tentu aku mungkiri kata-kata sendiri untuk mengambil setiap peluang yang tiba mengeluarkan potensi diri yang ada.

Bila dah letakkan diri dalam situasi itu, aku biar orang lain buat kerja mereka: MEMAKSA AKU.

Dan aku senyum. Sebab memang itu yang aku mahu. Kalau orang tak minta, aku tak akan ada pilihan untuk mencuba. Sebab biasanya orang tak nampak aku.

MEREKA [maknanya ramailah] kata aku punya bakat itu. Bakat yang aku tak pernah nampak dan tak pernah cuba nak pandang pun sebelum ini, sebab aku anggap CAKAP dan MIRA adalah mutually exclusive. Tak ada kaitan langsung.

Pegang mic? Eiyark!!!



Bila aku dah selesai buat satu tugas menggunakan bakat yang baru saja dikenalpasti itu, mereka puji lagi. Hati aku kata, "Eh, apa ni? Rasanya mengarut je apa yang aku buat tadi! Malu ah!"

Mereka terus pupuk rasa yakin diri ke dalam AMIRA HARIYATI. Supaya nanti bukan hanya MiraKimura yang mampu berbicara [mereka tak tahu pun kewujudan MiraKimura tu ;p ].

Mereka beri lagi tugasan kedua dan seterusnya ketiga. Kenapalah kalian boleh percayakan aku yang masih bertatih pupuk keyakinan diri ini? Tetap begitu, mereka berpuas hati lagi.

Hati kecil aku berkata lagi: "Alah, puas hati dengan aku sebagai first timer saja agaknya. Lagipun, alahai... baca skrip saja!"

Apa-apapun, jutaan ucapan terima kasih kepada Ta'aruf Week's capubers team; Shai, ABANG Azlan [stop calling me 'kakak' la!], dan yang paling utama, Anwar sebab beri saya peluang ini, peluang untuk lebih kenal diri. Terima kasih banyak-banyak Anwar, sentiasa di sisi saya bila saya amat perlukan bimbingan dari professional capuber :)

Shai nak tubuhkan capubers club ya? Nak cari pelapis? Nak cakap awal-awal, saya tak semestinya akan terus dengan ta'aruf setiap semester. Ta'aruf saya cuma nak isi masa senggang saja, bukan wajib untuk disertai. Alah, Shai kan lama lagi di UIA?

Kadang-kadang nak cuti juga. Nak-nak kalau format baru ta'aruf yang selama 7 hari ni akan diteruskan. Korang tak apalah, rumah sejengkal saja jauhnya. Ulang-alik hari-hari pun boleh.

Masih rasa perlu banyak belajar sebelum buka mulut di hadapan khalayak lagi.

Kata Anjang dalam chatterbox sebelah ni dan yang saya pernah dengar juga sebelum ni:

"Seseorang itu akan dianggap bijak sehinggalah dia membuka mulutnya."

Oho, yang tak kenal saya mesti nak dengar macam mana saya bercakap kan? Nampaknya macam banyak je ide dalam blog ni [macam bagus je ;p ].

Jadi, kena buat persediaanlah ni. Manalah tahu akan jadi bidan terjun lagi lepas ni.

Sesiapa yang ingin membuka kelas PERCUMA mengajar subjek Public Speaking, sila-silalah uar-uarkan pada saya ya? [yang minta bayaran tolak tepi dulu, tengah pening fikir pasal duit].

Ta'aruf Week sekali lagi mengajar aku perkara baru. Menjadikan aku lebih berminat untuk sertai aktiviti dan program lain lagi selepas ini. Demi secebis pengalaman yang amat berharga itu...

Dan demi kesempatan yang ada sekarang.


# Nantikan kemunculan saya dalam program lain UIA ;p

# Abang Fauzul, saya dapat tambah social insurance lagi! ;)

No comments: