Tuesday, January 10, 2006

satu guideline, untuk yang nak faham

Dah sebulan dua saya berhenti 'berfikir', benda yang selalu saya tulis di blog. Nyatanya dalam tempoh ini saya buat 'benda lain'. Sungguh benda itu letakkan saya dalam fasa pegun, keluar rutin yang buat saya jadi 'baik'.

Hari ini, saya nak mendefinisikan benda yang saya buat. Agar di masa depan saya akan beringat.

Dan, saya nyatakan dalam bentuk yang harapnya tak akan dipandang serong dan sinis atau lebih-lebih lagi menyakiti hati orang.

Benar kata seorang sahabat:

KAWAN. Itu ringkasan paling mudah, paling meyakinkan dan benar untuk diucap. Kalau dipaksa ke pemikiran dan penjelasan lebih dalam, ia akan masuk kepada bahagian di luar keyakinan dan pengetahuan.


Macam yang saya pernah cakap dalam entri sebelum ni [sekarang macam dah menjurus ke arah ni, saya jadi sangat TAKUT]. Dil To Pagal Hai. Hati tu memang gila. Senang-senang saja nak transform dari satu rasa ke rasa yang lain. Tak pernah puas dengan apa yang ada.

"Cintailah insan kau kasihi dengan sekadarnya
Kerna kelak engkau mungkin akan membencinya pula
Bencilah manusia kau musuhi dengan sekadarnya
Kerna suatu masa kau mungkin akan menyintainya pula..."


[Saujana, Cinta dan Benci]

Bila rasa itu akan jadi tetap atau sekurang-kurangnya kita akan jadi yakin ia akan tetap?

Kerana rasa takut ia bukanlah yang sebetul dan setepatnya, saya selalu lari. Sedang diri ini selalu hairan kenapa sahabat-sahabat yang lain mudah saja berpasang dan bercerai?

Bukan saya saja yang inginkan sesuatu itu sebagai yang teristimewa, seseorang itu sebagai yang pertama dan terakhir, kan?

"Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji"


[Devotees, Mahar Cinta]

Jadi baik, untuk menggembirakan mereka di sekeliling boleh timbulkan benda lain. Cuba kalau kita jadi diri sendiri, yang mungkin taklah sebaik ini. Adakah masih sama layanan yang diterima?

Hehe, jadi masalah juga nak realisasikan impian jadi manusia baik.

Tiba-tiba saya sedar sesuatu. Jadi baik pada manusia lain tak semestinya akan jadi baik pada diri sendiri. Dan jadi baik pada diri sendiri tak semestinya akan jadi baik pada TUHAN.

Jadi, saya ambil keputusan utamakan yang utama. Jadi baik pada ALLAH itu yang paling penting.

Dan, bila dah tetapkan yang satu ni, saya nampak, benda baik yang saya nak buat pada orang, bukanlah yang terbaik pada diri sendiri, atas apa yang ALLAH nak saya jadi.

[Yelah, bila kita fikir sesuatu itu baik, tak semestinya benar, begitulah sebaliknya. Kan ada ayat ni dalam Qur'an?]

Kita nak buat baik dengan orang, supaya orang senang dengan kita. Banyak caranya. Dan, banyak cara yang kita buat sebenarnya tak halal walau matlamat halal. Kata orang, matlamat tak halalkan cara. Lebih-lebih lagi yang berkait lelaki-perempuan dan termasuk hal hati dan perasaan.

Kita terlepas pandang. Yang sebenarnya terbaik untuk orang yang kita sayang adalah kebahagiaan di akhirat sana. Bukan sekadar puaskan hati [nafsu] mereka di dunia ini.

Kenapa saya satukan perihal hati dengan buat baik? Tak ikhlaskah saya dalam menyayangi sahabat? Ya, mungkin [tak boleh cakap dengan terang sebab kata Dr Fadzillah Kamsah, orang yang cakap dia ikhlas berkemungkinan besar sebenarnya adalah tak ikhlas]. Tapi tak lebih dari itu.

Bimbang akan beri harapan palsu, dalam nak buat baik.

Boleh jadi guideline tentukan di mana hati kita sebenarnya? v^_^v

1 comment:

Anonymous said...

mgkn sbnrnya cara kita define "buat baik" tu buat kita keliru. mgkn tak, mira? pernah tanya pd diri sendiri?