"Nahi mungkar itu lebih payah dari amar makruf tau!"Ini bukan masanya untuk buat teori lagi [walaupun pernyataan ini mungkin datang dari ulama' besar yang terkenal]. Ini bukan masanya nak berhujah telur dan ayam, yang mana dulu.
Tapi ini masanya untuk berani berhadapan dan menegakkan yang benar. Agama Tuhan. Memerangi musuh yang nyata. Apa yang sah-sah haram di sisi Islam.
Apa cadangan saya kali ini?
Pergi ke KLCC atau mana-mana tempat yang kita selalu pergi. Jumpa saja mana-mana pasangan Islam [bila dah bertudung, Islam le tu...], lelaki dan perempuan yang bukan muhrim yang berpegang tangan atau seumpamanya [faham-faham je la...], tegur. Kalau kita perempuan, tegurlah yang perempuan. Kalau yang lelaki, tegurlah yang lelaki.
Tanya dulu, mereka tu dah kahwin atau belum? [biasanya belum... Kata Ustaz Maszlee, kalau yang dah kahwin, biasanya takkan tunjuk yang mereka dah kahwin, atau sekurang-kurangnya berlagak seperti pasangan-pasangan tu. Sebab katanya, di rumah dah boleh buat lebih-lebih, tak perlu la nak tunjuk pada orang kot...]
Kalau belum, inilah masanya, mulakan tugas wajib kita, BERDAKWAH. Tanya, tau tak apa yang diorang buat, bersentuh-sentuhan sesama muhrim itu salah? Hukumnya HARAM?
Kalau mereka tak tahu,mungkin kerja kita akan jadi lebih mudah daripada mereka yang tahu. Tapi, mereka yang dah tahu pun, mungkin tak susah mana nak ingatkan semula. Mungkin selama ini pun mereka dok tunggu saja orang tegur perbuatan mereka. Tapi sebab takde orang komen apa-apa, mereka akan anggap, apa yang best untuk mereka buat ni masyarakat tak marah. Walaupun mereka tahu ia berdosa.
Sebab kiamat itu masih jauh, dan masih ada peluang bertaubat.
Kalau mereka cakap macam tu, kena jadi pandai goreng sikitlah macam dalam cerita Kiamat Sudah Dekat. Cakaplah pasal ozon makin menipis, tarikan graviti yang jadi pengikat antara planet makin loose, apa saja. Fakta sains, tak ada yang boleh sangkal. Kenapalah fakta agama tak begitu?
Sebab dalam agama itu, ada hukum, sunnah dan fatwa. Kuno, ketinggalan zaman. Cuba gantikan dengan teori dan hipotesis, baru terbuka biji mata yang apa yang Tuhan cakap dalam al-Quran itulah yang kita baru cuba nak buktikan dengan sains. Tak percaya, tak yakin dengan Tuhan sendiri.
Tapi, tau nak melenting bila dikata kafir atau tak bermaruah? Hakikatnya, mereka yang senang-senang merelakan diri untuk disentuh oleh yang tak berhak memang begitu. Kafir, orang yang kufur atau ingkar, sebab tak mahu ikut apa yang Tuhan kata, dan tak bermaruah, murah benar bagi pada orang.
Ini juga bukan masa tuding jari. Memang boleh dikatakan ini tanggung jawab ibu bapa untuk didik anak masing-masing. Tapi, tak salah membantu kan? Selalunya, budak-budak nakal ni takkan jadi nakal di rumah. Baik, macam malaikat. Pijak semut pun mati [siapa yang pijak semut tak mati?]
Bila famili dah terbohong begitu, kita yang nampak ni janganlah terbohong pula dengan fitnah syaitan dan nafsu. Hidup ini untuk membantu. Ada tangan, ringankanlah. Jangan tahu nak hentak isteri dengan helmet saja.
Pendakwah kena berhikmah. Walau betapa marahnya kita [seperti saya sekarang], dakwah hanya akan berkesan dengan kasih-sayang. Takkan masuk segala nasihat yang kita beri dalam keadaan marah-marah. Macam curah air ke daun keladi. Silap-silap bergaduh pula di situ.
Kejayaan hanya akan diperoleh bila kita beramai-ramai. Itu hakikatnya. Seperti kisah lidi dengan penyapu lidi. Atau sim card MAXIS dengan...? [syarikat telekomunikasi pun pandai aplikasi].
Nak sampaikan benda baik pun jadi lebih mudah dalam kumpulan. Buat ramai-ramai. Satu, mungkin bila kurang ide, sahabat sejuang kita boleh back up. Dua, manalah tau kalau-kalau ada yang tak berkenan dengan penyampaian kita, kebetulan masa tu mereka satu geng pula... Na'uzubillah.
Cuma, jangan jadikan kebarangkalian dalam kerisauan kita itu sebagai penghalang untuk kita mulakan sesuatu. Belum apa-apa dah fikir yang susah-susah. Baru beri ide atas semangat dan kesedaran, sahabat dah bantai macam-macam. Lemahlah orang Islam begitu.
Ada seorang
sahabat cakap, biasanya, apa yang paling teruk yang kita fikir, sebenarnya tak akan berlaku pun... Kita banyak buang masa risaukan benda yang akhirnya tak berlaku. Dan apa yang kita selalu fikir dan risau itu sebenarnya sejenis doa. Takut-takut, sebab kita selalu fikir yang bukan-bukan, Tuhan anggap itu apa yang kita nak.
Beringatlah.
Selagi kita anggap lawan kita tu kuat daripada kita, selagi itulah kita tak yakin diri. Sahabat-sahabatku, kita di pihak yang benar. Tuhan yang Maha Kuat itu bersama kita. Apa yang perlu kita risau? Kita tolong agama Dia, pastinya, janji Dia, Dia akan bantu kita. Lupakah itu?
"Kalau nak buat macam ni, kita pun kena tunjuk imej baiklah. Tak boleh nak saja duduk-duduk di KLCC lagi?"Kita memang kena tunjuk imej baik. Tapi, lagi-lagi nak berbahas, ayam dengan telur yang mana dulu. Lagi-lagi nak berbalah, boleh ke perempuan dengan lelaki itu berdua walau atas urusan? Kenapa tak hentikan yang dah sah-sah semua orang akui itu haram?
Kita sekarang nak hentikan benda yang nyata salah. Pegang tangan, haram! Apatah lagi, dedah aurat, seperti yang terang-terangan disuapkan pada kita saban hari di televisyen. Berdosa bagi mereka, juga berdosa bagi yang melihat tapi tak tegur.
Seperti kisah pelayar yang biarkan saja mereka di dek bawah tebuk lubang pada lantai kapal untuk mudah dapat bekalan air. Kononnya tak mahu susahkan orang di atas untuk angkut air untuk mereka. Orang dek atas tahu apa yang orang dek bawah tu salah, tapi taknak tegur. Akhirnya semua pun tenggelam.
Orang yang tahu tapi senyap ni, dalam cerita digelar
syaitan bertopengkan manusia. Ini bukan saya prejudis atau apa. Saya baca cerita ni waktu kecil. Memang mereka dilabel syaitan bertopengkan manusia. Dah tahu, tapi buat-buat tak tahu. Akhirnya, sama-sama masuk neraka.
Saya dah penat membenci. Lebih penat bila cuma tahu membenci dalam hati tanpa buat apa-apa yang boleh kurangkan faktor kebencian itu.
Saya tahu saya perlu buat sesuatu dengan kelebihan ini. Kita yang sedar ini dipilih-Nya. Jika kita yang terpilih tak gerak juga, nak harapkan siapa lagi? Kasihan Tuhan, dah banyak nikmat-Nya yang kita dah guna. Tuhan minta tolong sikit saja. Ubah mana yang tak betul yang dilakukan oleh orang Islam sendiri. Bukan suruh berdakwah pada yang bukan Islam suruh masuk Islam pun.
Islam itu agama dagang. Gharib, pelik, macam alien. Suatu hari, ia akan jadi dagang semula. Yang masih berpegang padanya berada di jalan yang sempit, tak ramai orang lalu. Yang luas, yang best, yang penuh keseronokan duniawi itulah yang ramai orang. Tapi mereka tak sedar, yang mereka dah salah jalan. Itu bukan jalan ke syurga...Saya nak buat ni. Kalian bersama saya?