Friday, March 30, 2007

iklan

Assalamualaikum semua pengunjung .:bisikan nurani:.! Terima kasih sebab masih setia. Ni ada sikit pesanan penaja :)


blog baru

http://mehbelibuku.blogspot.com ialah blog yang memaparkan review buku² terpilih yang boleh didapatkan daripada kami, Madani Solution. Kami masih menggunakan cara tradisi, tanpa automated dengan e-commerce. Cukuplah dengan kemahiran yang ada dulu buat permulaan. Yang penting matlamat tercapai :)

Jadi, kepada sesiapa yang ingin mendapatkan sebarang buku terbitan PTS Publication, bolehlah turut arahan yang telah disediakan di sidebar blog tersebut. Pada penghujung borang ini pun ada.

Mohon feedback daripada semua. Terima kasih :)


prepaid

Ini bukan iklan untuk jual prepaid [sebab prepaid boleh didapati di mana² dengan mudah tanpa perlu beli jauh² macam ni -- walau boleh]. Tapi ini iklan untuk ajak kalian jual prepaid :)

Kita beli prepaid setiap bulan. Paling sikit pun RM30, betul? Kita beli daripada orang, orang tu akan dapat komisen hasil pembelian kita. Bagaimana jika kita beli daripada jualan sendiri? Belum tambah jika kita jual juga pada orang lain. Kita akan dapat poin untuk setiap pembelian dan poin itu boleh ditukar kepada RM [1 poin = RM1]

Sistem yang saya uar-uarkan ni ialah Mymode. Mungkin ramai yang pernah dengar, tapi belum dengar sepenuhnya. Sebab pada saya, sesiapa yang benar² tahu pasal Mymode ni susah untuk kata tak. Sebab ia memang beri untung pada kita yang memang guna prepaid.

Kita jual prepaid tak guna kad, tapi cuma request kod topup tu. Rekod kita semua disimpan dalam database komputer mereka. Bayaran, poin bonus yang kita dapat, semua boleh dirujuk semula dalam website. Transparent :)

Jadi, bisnes ni tak libatkan orang lain, memang 100% bergantung pada kita sahaja. Tak perlu sekali seminggu jumpa orang untuk bayar dan tambah kad yang sedia ada. Jika ada dalam database tu, bolehlah kita dapatkan kod topup pada bila² masa, 24x7.

Sebarang maklumat lanjut, atau berminat untuk sertai, bolehlah emel saya di mirakimura(at)gmail.com. Bahayalah jika nak dedahkan no telefon di sini kan? :p

Terima kasih! :)

Thursday, March 22, 2007

'kepompong' Islam

Sambil makan tengah hari, saya menghadap televisyen yang disediakan di kafe Haleemah. Sedang ke udara rancangan Wanita Hari Ini. Ada satu wajah yang saya kenal. Dia pernah di matrik UIA dulu. Atas sebab yang tak diketahui, dengar ceritanya, di keluar UIA dan sambung di tempat lain. Ni dah muncul di tv pula.

Dah nama di UIA, jika jadi model majalah, tentu tak tutup aurat, tak pakai tudung. Jadi, orang seperti beliau ni dikecam [baca: diumpat sana sini]. Tapi hari ini, kehadiran bakat seperti beliau disambut baik oleh pihak media. Televisyen yang kita tonton setiap hari tu jadi wadah baik untuk orang Islam 'lari' dari Islam.

Hampir tak ada apa² isu yang ditimbulkan kepada perempuan yang tak pakai tudung. Dalam drama atau filem, kesnya lain, yalah, kan mereka 'berlakon'. Tapi yang dipersoalkan di sini yang siaran langsung tu.

Untuk satu isu lain yang hampir sama, ramai artis nasyid kita yang 'berhijrah' ke bukan nasyid, sebab nak nyanyi lagu² selain yang berunsur ketuhanan. Yalah, jika dah masuk dalam kategori lain tu, orang dah tak akan mengata lagi, sebab fitrah dunia hiburan [bukan Islami], apa² pun boleh masuk. Taklah buruk nama nasyid kita, kan?

Tapi yang mereka terlepas pandang, orang dah kenal mereka sebagai penyebar dakwah. Tapi muncul pula di bidang lain yang tak ada kaitan langsung dengan dakwah. Bukankah ia akan mempengaruhi imej Islam juga?

Tidak sempurnakah Islam hinggakan kita 'terpaksa' keluar dari jemaah untuk sesuatu yang lain?

Tahukah mereka bahawa alam ini ciptaan Allah, dan sejauh mana pun kita semua lari, kita masih terikat pada peraturan Allah?

Islam itu mengangkat darjat manusia kepada yang paling tinggi. Orang Islam yang mengejar cara hidup selain daripada Islam dilaknat oleh Tuhan.

Thursday, March 08, 2007

Senyumlah

Janganlah sombong. Atau sekurang-kurangnya, jika orang kata kita sombong, mohon maaflah.

1) Orang tak nak kawan dengan kita
2) Orang yang kita sombongkan itu akan rasa rendah diri

Jika tak silap, Nabi Muhammad sendiri pernah ditegur oleh sahabat bila beliau tak memandang orang. Bukan berpaling dari orang lagi tu, cuma tak pandang je. Tapi ini kena cek semula, saya pun dengar cerita saja, ingat-ingat lupa.

Tapi saya sendiri pun ada pengalaman, rasa tak seronok bila saya beri salam pada orang, tapi orang tu macam tak dengar. Tak tahulah sama ada memang beliau tak dengar atau buat macam tak dengar. Sebab bukan sekali, dah dua kali.

Saya cuba bersangka baik, mungkin dia segan nak pandang [sebab beliau ni lelaki. Opps, jangan silap faham. Beliau lecturer saya], dan mungkin dia dah jawab salam dalam hati.

Tapi biasalah, di sebalik husnuzhon tu, pasti terselit juga rasa tak seronok, fikir yang bukan-bukan. Lecturer ni tak suka aku ke? Apa salah aku? Beliau pernah nampak aku berdating ke? Atau aku ada tak siapkan tugasan sampai beliau kecil hati? Atau beliau dapat baca yang aku ni bukan orang baik?

[Tak baik pada mata orang yang tinggi maqam berbeza dengan tak baik di mata orang kebanyakan]

Bila saya lihat lecturer tu ada bercakap juga dengan orang yang saya tahu lebih 'tak baik' daripada saya [ada kaitan dengan entri silat lepas], saya sedikit lega. Dan bila beliau tegur saya dalam kelas, dan tak sentuh apa-apa pasal keburukan saya, baru saya benar-benar yakin yang sebenarnya tak ada apa-apa pun.

Kesimpulannya, maniskan muka, murahkan senyum pada orang. Nanti tak pasal-pasal orang cop kita sombong. Atau kasihan orang tu, pendam rasa tak best pada kita.

Bid'ah

Umat Islam belum lagi kukuh berpadu. Jadi, jangan kita cari isu yang lain yang boleh makin pecah belahkan sesama kita. Begitu antara isi kata-kata Prof Fauzan, lecturer IT and Islam saya.

Sebenarnya, perbincangan ni timbul lepas saya letakkan link http://drmaza.blogspot.com di slide presentation sebagai salah satu rujukan, informasi mengenai Islam yang patut kita contohi, adakan juga.

Tapi tak bermaksud sebenarnya untuk menegakkan apa yang disampaikan. Sebab saya cuma ambil jalan ringkas, angguk kepada apa kata mereka yang lebih berpengetahuan daripada saya. Lebih-lebih lagi, dari seorang mufti. Walau yang termuda di Malaysia.

Isu bid'ah yang kecil cuma akan menjarakkan hubungan sesama yang punya berlainan pandangan. Sebab ini berkaitan akidah, bukan akhlak semata.

Prof cerita, jika di masjid UIA sendiri, imam selalu dapat SMS, "Jangan baca wirid" dan sebagainya. Ada pula kisah si suami letakkan syarat, "Kalau kau baca qunut waktu Subuh, jatuh talak satu."

Saya pun baru tahu adanya perkara ini.

Orang Melayu pun dah banyak yang menyebabkan kita jadi berpuak-puak. Islam adalah satu-satunya yang menjadikan kita 'satu'. Islam satu, Tuhan satu. Kita sama dari segi itu. Janganlah ini pula dihancurkan.

Kita hidup mencari titik persamaan, bukan titik perbezaan.

Wednesday, March 07, 2007

Belanja Berpada-pada

Tak habis-habis aktiviti bazaar di UIA. Lepas satu, satu aktiviti pelajar yang dijalankan. Tapi barangan yang dijual setiap kali sama saja. Malah, memang penjualnya pun acapkali yang sama.

Kebanyakan yang dijual tarik perhatian kaum wanita saja. Boleh dikatakan tak ada barangan untuk lelaki. Biasalah, wanita yang disinonimkan mudah terpengaruh dan gemar membeli-belah, kan? Jadi kamilah jadi sasaran.

Saya pun tak ketinggalan berjalan. Tapi cuma window shopping. Tak ada bajet untuk barang-barang bukan keperluan.

Ada seorang penjual wanita ni. Puas memujuk saya membeli jubahnya. Biasalah, peniaga memang begitu. Jika tidak, tak adalah yang manarik pelanggan ke gerainya.

Saya tak dapat nafikan, jubah-jubah yang dijual memang cantik-cantik belaka. Harganya, katanya tak balik modal pun. Memang murah.

Tapi saya berhenti untuk fikirkan lebih lama pasal jubah-jubah itu bila penjual tu sebut,
"Belilah dik. Jika tak ada bajet pun, guna dulu duit sendiri, nanti beritahulah mak, claim daripada dia. Ramai yang beli pun buat macam tu."

Tersentak saya. Ramai yang buat macam tu? Aduhai, kejam betul. Benar-benar tak sampai hati. Saya jawab balik pada penjual tu, "Tak apalah kak, kesian pada mak." Dan dia berhenti promo.

Saya fikir, pelajar-pelajar universiti ini dah lebih 20 tahun. Selayaknya dah pandai berfikir, malah cari duit sendiri, bukan tau bersuka ria saja. Malah mengharapkan ibu bapa pula lagi nak tanggung dia bersuka-ria. Kemudian salahkan ibu bapa tak benarkan mereka kahwin awal. Macam mana nak benarkan bila setiap kali meminta-minta daripada ibu bapa lagi?

Apa, nak kahwin dengan orang kaya yang dah banyak harta? Kenapa tak minta orang tu saja belikan untuk kalian? Oh, ibu bapa kalian kaya ya? Tapi sampai bila nak duduk bawah ketiak mereka? Bila nak sedar hakikat yang wang takkan selamanya ada tanpa usaha yang berterusan?

Duit pinjaman atau biasiswa yang kita ada sekarang gunanya untuk pembelajaran. Cukup-cukup saja. Jika ada lebih pun, itu amanah rakyat kepada kita. Tak boleh sewenang-wenangnya guna untuk tujuan lain. Mungkiri amanah kan salah satu sifat orang munafik?

Nak pesan pada kawan-kawan sekalian. Jika kita tak perlu lagi apa yang kita rasa nak beli tu, maka jangan beli, walau semeriah manapun offernya. Sebab offer yang sama pastinya akan ada lagi lepas ni.

More applicable to tech stuff. Jika bukan keperluan, jangan beli lagi. Sebab ikut pengalaman sendiri [kalian juga saya pasti memang tahu], harga tech stuff memang cepat jatuh.

Lihat saja pada harga thumbdrive. Beza kan mula-mula keluar dulu dengan sekarang? Dulu, yang 1G pun orang jakun. Kagum pada siapa yang dapat beli. Sekarang? Kurang RM100 pun boleh dapat.

Buat apa nak kejar barang-barang murah tu sedangkan barang lama yang kita ada masih boleh diguna, tak ada cacat celanya. Thumbdrive lama yang 256MB tu bukan pernah penuh kita guna. Kenapa nak cari yang baru semata-mata sebab harga yang murah? Percayalah, harga tu boleh jadi lebih murah lagi pada masa akan datang bila kita betul-betul perlukannya.

Pengecualian: Jika nak beli barang-barang tu pada untuk dihadiahkan pada orang lain. Tu memang sangat bagus. Tambah saham akhirat. Cuma, janganlah sampai kita pula yang papa.

Sunday, March 04, 2007

Dia Bersama Kita

Bayangkan keadaan kita yang dalam keresahan. Risau, gundah gulana. Fikiran tak tenang memikirkan apa yang bakal berlaku. Atau nasib apakah yang telah menimpa kita.

Kita cari ibu. Kita mengadu dan menangis sesungguhnya. Ibu dakap kita, usap ubun-ubun kita. Ibu tak putus-putus tenangkan, nasihatkan kita supaya jangan risau, semuanya pasti akan selamat. Kita akan depani semua itu bersama-sama. Kita pasti boleh.

Apa yang kita rasa? Pilu, terharu. Air mata itu bukan lagi simbol kesedihan dari hati yang kecamuk, tapi air mata kesyukuran dan ketenangan. Lega kerana masih ada yang sayang. Masih ada yang peduli.

Kondisi yang sama, tapi tanpa ibu. Ibu di kejauhan, tak ada yang dapat belai kita. Nak mengadu bimbang ibu risau. Lagipun, masalahnya tak rumit, cuma kita nak orang tahu. Resah bila sendiri.

Kita bentang sejadah. Dengan wuduk, kita menangis pada Tuhan. Menangis saja tanpa kata apa. Kita bercerita dari hati.

Kemudian sayup-sayup kita didengarkan dengan irama nasyid yang dah lama tak kedengaran di telinga. Kita hayati bait kata liriknya. Hati tersentuh. Dapat segala jawapan yang diperlukan. Sama rasanya dipeluk ibu. Tenang. Terharu.

Dapatkah kita rasa yang kita sebenarnya dipeluk Tuhan..?

Tuhan sentiasa mendengar kata-kata hambanya. Walau di mana, walau siapa. Sebab Dia Maha Kuasa dan Maha Mendengar. Cuma kita yang nafi kerna kurang yakin yang Tuhan bersama kita. Kerana dosa hati yang menjadi hijab antara kita dengan Dia.

Destinasi cinta yang kucari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya habut kerana dosa di dalam hati

Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang kutemui
Hanya kecewa

Adakah kita lupa yang kita sentiasa berteman walau rasa bersendiri?

"...Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada..." (Surah al-Hadid: 4)

Restriction:On

Ada beberapa perkara yang halang saya daripada mengikut 'keinginan' diri. Keinginan yang negatif. Nafsu syahwat.

Dengan abang, senarainya lebih lagi. Tapi setakat yang mahu dikongsi, mungkin ini dulu.

1.

Saya menulis yang makruf, jadi patut jadi setanding dengan apa yang diajar. Saya patut jadi contoh, bukan cuma tahu bercakap. Dah lama tertinggalkan ayat itu. As-Saff ayat 3.

"AMAT BESAR KEBENCIAN di sisi ALLAH bahwa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan"

Ambil ayat ini sebagai pegangan. Tulis dan cakap, sebarkan makruf pada ramai. Sebagai penjamin yang kita takkan buat benda tak senonoh.

Ya ALLAH, peliharalah kami daripada kemurkaan-MU yang ini..

2.

Situasi hari ini yang langsung tak menjamin kesejahteraan dara wanita. Jika memang kita tak nak korbankan pada sesiapa kecuali suami, maka janganlah mulakan dulu. Kawalan hari ini memang dalam tahap yang tak selamat. Jika tak kena dengan teman lelaki sendiri, takut kena juga dengan orang lain. Jadi, jaga-jaga.

Kecualilah mereka yang memang nak jadi 'kasut tester'. Belum pun dibeli orang, lubangnya dah besar, orang dok cuba. (Idea dari buku ANDA MAMPU MELAKUKANNYA!!!)

Ini bukan samberono, malah pengakuan 'ikhlas' seorang hamba ALLAH, rakan kepada teman praktikal saya dahulu. Dia mengaku yang dia nak test power dulu, tak nak nanti bila dah kahwin baru tahu 'tak padan'.

Rakan praktikal saya tu balas, masalahnya, ada ke orang yang nak pada orang yang dah ditebuk tupai? Saya tanya kembali sekarang. Ada tak lelaki di luar sana yang mahukan perempuan yang telah dicuba sebagai isteri dunia akhirat?

Yang lelaki pula, jangan buat pada anak dara orang apa yang kamu tak mahu orang lain buat pada mak, kakak atau adik perempuan kamu!

3.

Kepercayaan ibu, bapa dan keluarga di kampung yang masih berada dalam kelompok 'memilih dalam berkawan'. Bukan pun lagi 'couple jangan pegang-pegang tangan'.

Mereka harapkan kita yang berada jauh dari pandangan ini untuk jaga diri. Dari kecil tatang bagai minyak yang penuh, untuk kita jadi insan yang dihormati. Bukan cuma jadi luahan ratapan pilu kekasih yang gersang.

Kasihan mereka jika harapan yang satu ini dikhianati..


Kita semua patut ada ukuran yang membataskan seperti ini.Supaya kita akan lalu 'sirat al-mustaqim'. Hanya yang di jalan itu yang akan selamat di dunia ALLAH ini. Walaupun kita ada freedom of choice, tapi sebenarnya, jika nak selamat, kita TAK ADA pilihan.

Apa pegangan kalian?

Friday, March 02, 2007

lagi kisah sosial

Masih dalam kelas terakhir silat semalam. Cikgu Raof ada beri nasihat. Dah ada ilmu silat tu nanti jika ada apa-apa yang berlaku, gunakanlah untuk mempertahankan diri. Ajar kakak dan adik. Sama-sama kita manfaatkan ilmu yang kita ada.

Silat ni bukan tujuan nak riak tunjuk pandai. Tapi juga nak kuatkan bangsa Melayu. Tak lupa jatidiri sendiri. Untuk orang Islam juga khususnya. Supaya bangsa lain tak mudah nak pijak kita. Kita kena jadi bangsa yang kuat, sebagai asas untuk pembangunan yang lain.

Cikgu Raof sempat usik ahli kelas, pasal kecurangan yang berlaku sekarang. Adalah seorang yang di aimnya [yang hadir kelas semalam pasti tahu]. Gayanya seperti melawak, bersahaja. Tapi saya tahu, katanya memang berisi sesuatu. Nasihatnya memang tujuan beri tekanan.

Saya akui, pun dulu banyak dengar desas-desus yang tak best pasal lelaki ni. Harapnya sekarang dah tak berlaku lagi. Tak sangka Cikgu Raof naikkan semula isu ini. Itupun antara yang saya tahu. Yang saya tak tahu? Ikut pengalaman, pasti jika tak banyak pun, memang ada lagi yang lain.

Sama seperti persoalan yang ditimbulkan di forum CINTA baru-baru ni. Katanya lelaki kena bertanggungjawab pada perempuan. Halalkan cepat hubungan haram sekarang. Janganlah tambah lagi dosa. Terutama sekarang, zaman yang penuh pancaroba ni.

Tak sangka ia sebenarnya memang 1 isu.

Selak KOSMO! yang sama semalam, ada kolum jingga kecil bertajuk "Suka berseronok punca remaja terjerumus".

Artikel tu point pada remaja perempuan. Makin ramai yang terjerumus dalam hubungan seks bebas. Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) kata puncanya banyak daripada tonton bahan lucah dan terlibat dalam kelompok mereka yang buat benda tu.

Hasil kajian Dr. Khaidzir Ismail, Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja, UKM, didapati daripada 887 pelajar perempuan yang dikategori 'berisiko tinggi', 886 pernah buat hubungan seks!! Seorang je yang tak buat? Ai, melampau betul akhlak remaja sekarang. Saya bukan takat geram, takut pun iya.

Mana letaknya Islam dan Tuhan di mata kita?

Cikgu Raof ada sebut, kita percaya Tuhan pun, dah kita tak nampak Tuhan, apa nak kisah? Bantai jela, kan? Itu bukan penghinaan, tapi ia realiti. Sejauh mana keberkesanan pendidikan agama itu kepada orang muda sekarang, kita dah dapat lihat depan mata sendiri...

Dah kronik. Solusi?

Baru kejap tadi Prof Fauzan pula beritakan satu cerita mengejutkan. Pada malam Valentine, di KAED, satu pasangan berzina ditangkap. "It is happening here..." Apatah lagi di tempat lain.

Hidup kita di dunia jika dibandingkan dengan waktu akhirat cuma 2 jam setengah je. Mengikut perkiraan Prof Datuk Dr Harun Din, 2 jam setengah akhirat bersamaan lebih kurang 75 tahun dunia. Tapi masa yang 2 jam setengah tu la yang menentukan kita hidup bahagia tak di akhirat sana yang kekal abadi... (Rujuk halaman 80, ANDA MAMPU MELAKUKANNYA!!! karya AMAR)

test vs evaluation

"Tak ada final assesment untuk Skill Silat". Kata-kata cikgu Raof benar melegakan semua.

"Saya bukan malas nak buat. Nak buat boleh. Tapi rasa tak perlu. Sebab saya lihat kamu semua bersungguh-sungguh sepanjang kelas. Kalau tak datang beritahu, ada sebab sendiri. Masa latihan pun kamu berusaha buat. Tak adalah yang nak malu-malu."

Wah, nampaknya, ada juga cikgu yang realisasikan apa yang Prof Jubair, lecturer Software Quality Assurance saya kata. Katanya, "Test is only a part of evaluation."



Sebenarnya konsep tu diambil dari subjek itu sendiri. Nak mencari kualiti dalam pembinaan software. Kualiti bukan diukur setakat bila produk dah siap dan bila tester kata ok, maka oklah produk tu. Tapi dari awal pembangunan software tu sendiri. Kos, timeframe, kualiti programer dan kod yang dihasilkan dll.

Katanya sistem kita tak sepatutnya meletakkan majoriti markah keseluruhan pada peperiksaan. Penilaian sepatutnya dibuat secara keseluruhan, dari awal kelas lagi. Prof beri contoh, macam mana jika seorang pelajar cemerlang dalam ujian 1 tapi gagal dalam ujian 2? Adakah dikatakan pelajar itu bukan pelajar yang baik?

Dalam KOSMO! semalam ada sebut yang UIA nak ubah corak pendidikannya. Daripada berasaskan pengajaran kepada berasaskan penyelidikan. Menggunapakai aplikasi juga, bukan setakat teori yang kita guna selama ini.

Mungkin dalam usaha nak melahirkan semula generasi ilmuwan Islam lampau.

Mungkin juga atas cadangan Prof Jubair untuk mewujudkan software house UIA di department Computer Science. Boleh belajar dari pengalaman, bukan setakat teori di kelas. Boleh juga buat bisnes sendiri.

Kesedaran akan konsep sebenar belajar dan memanfaat ini sepatutnya ada pada setiap orang Islam. Kita belajar sebab nak sahut seruan Tuhan yang mewajibkan setiap orang Islam untuk mencari ilmu. Kita juga belajar sebab nak martabatkan agama Islam dan ummahnya di mata dunia.

Bukan sebab nak lulus periksa dan dapat sijil, untuk dapat kerja dan dapat sara diri dan keluarga.

Cuma, nak buat itu semua, mediumnya kenalah ada. Kita belajar pun, banyaknya bergantung pada institusi yang mengajar. Syabas untuk UIA.

Two thumbs up!

komunikasi

Dalam satu-satu perhubungan antara manusia, yang paling penting ialah kemahiran komunikasi. Jujur dan saling percaya mengelakkan kita terjebak dengan banyak masalah picisan yang membuang masa.

Dalam hubungan kekasih, kriteria ini yang paling penting. Sebab sensitiviti antara 2 orang ini lebih daripada dia dengan kawan-kawan. Jika tak ada jujur dan saling percaya dalam hubungan berteman, itu yang jadi masalah negara.

Bertunang adalah salah satu cara yang membentuk jujur dan saling percaya, kata abah. Tapi jika ia dah ada kedua-duanya sebelum itu pun lagi, tak payah berebut nak fikir pasal tunang. Nikah itu yang penting.

Tapi orang kita, hari yang nak bernikah pun 'wajib' bertunang dulu. Kenapa perlu? Sebab nak dapat 2 cincin?

Dalam Islam pun tak ada konsep bertunang yang seperti orang Melayu kita amalkan. Dalam Islam yang masih diamalkan di negara-negara Arab, bertunang itu ialah seperti yang kita faham sebagai nikah gantung. Nikah tanpa majlis. Bertunang untuk menghalalkan perhubungan. [Ustaz Maszlee - nikah khitbah]

Orang kita bertunang sebab nakkan confirmation. Nak ada jujur dan saling percaya bahawa pasangan tunang kita itulah yang akan kita nikahi nanti. Tapi dengan status itu juga hubungan kadangkala boleh jadi lebih 'rapat' daripada sebelum bertunang. Macam dah ada lesen. Walau bukan lesen besar.

Dalam kebanyakan kisah orang bercinta yang saya dengar [saya ni orang memang mudah orang nak bercerita. sebab saya takkan banyak cakap kot], kurang kemahiran komunikasi ialah masalah utama.

Yang perempuan tak faham lelaki, yang lelaki tak faham perempuan. Pening jadi orang tengah yang dengar kedua-kedua pihak. Kenapa aku banyak tahu apa yang mereka saling tak tahu? Yang sepatutnya, jadi sebaliknya. Pasangan kita jadi yang paling banyak tahu pasal kita dan apa yang kita rasa, seluruhnya.

"Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula meraja di jiwa"


Memanglah orang kata [dan hanya orang kata], banyak perkara yang tak boleh nak cerita pada pasangan, tapi boleh cerita pada sahabat. Saya setuju hanya sebab 1 perkara. Sebab sensitiviti tadi. Pasangan lebih sensitif daripada sahabat. Sahabat boleh jadi sangat waras, matang dan rasional. Jadi kita lebih senang nak cerita.

Tapi saya jadi tak setuju juga untuk hal yang sama. Pasangan kita sepatutnya jadi sahabat baik kita. Begitu juga, kita patut jadi sahabat baik untuk pasangan kita. Sebab memang itu yang diperlukan bila dah kahwin nanti. Takkan masih nak harapkan orang lain?

"Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu dia penunjuk jalan"


Kita dah pilih siapa yang bakal jadi teman hidup kita. Kita dah dapat terima buruk baiknya seikhlas hati. Dapat terima sekarang, dan dapat juga terima seumur hidup selepas ini.

Jika tiba-tiba tanpa sebarang angkara dia kita jadi was-was, hati-hati. Sebab itu hasutan syaitan. Yang nak memutuskan hubungan yang sekian lama terbina. Nak memecahbelahkan bahagia. Tak boleh tengok anak Adam hidup senang dan gembira.

Dia mungkin bukan yang terbaik antara manusia. Sebelum cari yang terbaik atau mahu dia jadi yang terbaik, nilai diri dulu, adakah kita dah jadi yang terbaik untuk dia? Adakah kita dah sepenuhnya faham dia? Adakah kita dah selami apa perasaannya pada kita? Apakah selepas itu masih sanggup untuk kita sakiti hatinya?

Ini bukan cuma untuk yang belum berkahwin, tapi juga panduan untuk yang sudah berkahwin. Lagi lama hidup bersama. Sepatutnya dah lebih faham masing-masing. Dah tak ada masalah komunikasi. Tak ada kes cerai-berai [walau bermasam muka itu perkara biasa].

Yang belum kahwin pun sama. Dah bertahun-tahun bercinta, tiba-tiba putus. Sebab tak bersefahaman. Ai, dah bertahun-tahun masih boleh bermasalah seperti itu? Jika masalah keluarga boleh juga terima. Tak faham atau dah bosan?

Lepas dah rasainya cinta pertama, yang kedua ketiga dah jadi hambar. Bercinta semata-mata sebab tak nak bosan sebab dah terbiasa berdua. Tangkap muat, asal ada. Dan yakin dengan cinta itu hilang entah ke mana. Mana sudahnya, selagi kita tak belajar bersyukur dengan apa yang ada?

Jika dia memang ialah untukmu, maka rugilah jika kau tinggalkan dia. Terimalah dia yang terbaik di hatimu.