Minggu lepas, saya sertai program Sireh Pulang ke Gagang (SPKG) di MRSM Kuantan, sekolah lama saya. Ini penyertaan pertama saya walau dah tahun ke 9 program ini berlangsung. Nak kata tak tahu langsung, pernah juga dengar sikit-sikit pasal program ni. Tapi sebab ia lebih pada pendedahan pasal kerjaya, saya tolak tepi dulu. Saya belum habis belajar :p
[Kepada semua bekas pelajar MRSM, nama SPKG mungkin dah tak pelik pada kalian. Sebab dari dulu, di mana² saja, program seumpamanya dah tetap guna nama yang sama]
Tapi kali ni, sebab senior-senior Ansara Kuantan (KUATAGH) dah provoke habis²an yang program ni juga beri peluang pada yang masih belum berkerjaya untuk
- satu beri pendedahan awal pada adik² MRSM tentang kehidupan di universiti dan
- dua untuk beri pendedahan kepada kami juga selaku pelapis KUATAGH yang nanti akan menguruskan program yang sama, saya pun setuju untuk jadi pemerhati.
SPKG kali ni dianjurkan oleh bekas belajar MRSM Kuantan batch SPM tahun '90. Tahun depan, batch SPM tahun '91. Maknanya kami akan mengikut jejak menguruskan program yang sama dalam 10 tahun lagi. Punyalah nak tunggu betul² bekerjaya, lama betul ambil masa. Padahal, program² motivasi seperti ini dah biasa diadakan oleh pelajar² universiti macam kami :p
Bagi saya sendiri, saya dah ada pengalaman menyertai 2 program SPKG yang dianjurkan oleh ANSARA UIA [lama dulu]. Pertama ke MRSM Batu Pahat dan kedua ke MRSM Terendak. Semua jadi komiti dan semua jadi fasilitator. Multitasking. Sebab tak ramai tenaga kerja.
Walaupun bekas pelajar MRSM di UIA ramai, malah sepatutnya lebih daripada hanya Kuantan [sebab dalam ni, semua MRSM berhimpun sekali], tapi sambutan yang diberi kurang menggalakkan. Ramai yang tak mampu untuk beri komitmen datang meeting dan induction course sebagai persediaan jadi fasi, terutama untuk first timer.
Berbeza dengan skop pengaruh yang lebih kecil, MRSM Kuantan. Walaupun tak sebesar ANSARA Pusat yang jadi penaung utama gerakan ANSARA UIA, tapi hubungan kami lebih rapat dan mesra. Bayangkan, ini program pertama saya dan saya tak kenal sesiapa, kecuali batch sendiri. Tapi hari pertama saja, saya dapat rasa kemesraan yang wujud antara kami.
Saya suarakan dalam YahooGroup kami. Saya kata, kami sendiri waktu sekolah dulu ada yang tak pernah bertegur sapa, walau kami kenal antara satu sama lain. Contoh terbaik sayalah. Walau Hirzi [Eazy -- dia ni orang kuat batch kami] tu kenalan dari darjah 1 sampai ke Tingkatan 5, boleh kata saya tak pernah bercakap dengan dia. Apatah lagi lelaki lain yang hanya dikenali sewaktu di MRSM.
Tapi semasa perjumpaan kembali tempoh hari, kami dapat bual dengan semua macam dah kenal lama. Jangan ceritalah pasal lawak² cerita lama dulu. Semua pakat gelak ramai² walau sebenarnya blurr juga :p Saya terharu. Inilah mereka, teman² seperjuangan di MRSM Kuantan yang dah ditinggalkan 6 tahun lalu. Inilah mereka yang punya pengalaman yang serupa di sekolah yang sama.
Bila pandang ke senior² dan super duper senior MRSM Kuantan [sebab ada antara mereka batch SPM '78 -- batch pioneer -- sama umur dengan abah], mereka pun ada pengalaman yang serupa belajar di MRSM Kuantan. Inilah abang-abang dan kakak-kakak kami yang 'dibesarkan' di 'rumah' yang sama...
Apa yang paling memuaskan hati saya sewaktu program ialah bukan dengan program tu sendiri, tapi lebih kepada dapat jumpa kawan² lama, cikgu² yang masih setia menabur budi di sana, juga dapat berkenalan dengan bertukar cerita dengan abang-abang dan kakak-kakak KUATAGH.
[Bagi kawan² yang tahu cerita, saya juga puas hati sebab dapat habiskan jualan buku AKRAB DENGAN TUHAN :p Terima kasih kepada semua. Eazy, terima kasih untuk promosi]
Ramai abang-abang dan kakak-kakak yang dah sangat berjaya dalam kerjaya masing². Ramai orang² hebat negara yang pernah belajar di MRSM Kuantan. Yang datang haritu, ada 2 orang pilot, seorang dari MCeD, AlJazeera pun ada.
Malah, dari cerita yang didengar, owner Air Asia dan Celcom juga bekas pelajar MRSM Kuantan. Bangga seh!
Abang Harun [SPM '79] kata, mereka tak kisah jika adik² semua nak berbual dan beramah mesra dengan mereka, tanya macam². Tapi yang penting kami yang kena masuk, pecahkan segala jenis dinding; dinding malu dan rasa rendah diri. Ini networking kita!
Ya, jikalah mereka sombong dan tak ada masa nak layan kami, tak adalah boleh jadi program SPKG ni. Mereka semua dah bekerjaya, jadi orang penting dalam perusahaan masing² yang kebanyakannya berpusat di Kuala Lumpur, tapi masih ada masa untuk diluangkan di ceruk Kuantan ni.
Juga, antara yang best, saya sendiri dapat kenal dengan anak bos saya :p Sebelum ni panggil Encik Arief. Tapi mula program dah tak ada encik-encik, puan-puan, datuk-datuk, datin-datin, doktor-doktor. Semua kena panggil abang dan kakak saja. Pakcik pun tak boleh :p Ya, Abang Arief, anak Puan Ainon, owner PTS Publication pun bekas pelajar MRSM Kuantan juga... ;)
Alhamdulillah, selesai sudah program SPKG bersama KUATAGH saya yang pertama. Sangat berharap moga program tahunan ni dapat diteruskan sampai bila² selama MRSM Kuantan yang dah uzur tu masih di situ. Dan saya juga harap, waktu program tak akan ada kekangan lain untuk saya sertai dan sertai. Saya ingin menyumbangkan sesuatu pada maktab yang dah beri banyak kepada saya. Yang membolehkan saya berdiri di tempat ini sekarang.
Terima kasih pada mereka yang sudi belanja makan; Eazy, Bob. Zarizi, terima kasih untuk gambar² pro tu dan perkhidmatan transportation. Abang Harun juga, terima kasih. Bakal Program Manager SPKG '08, Abang Areehan merangkap partner fasi saya, all the best! :)
Kepada bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kuantan yang membaca ni dan masih belum sertai SPKG, hubungi wakil² batch kalian dan mari besarkan jemaah kita ni.
[Kepada batch SPM 2001, sila daftarkan diri anda ke http://group.yahoo.com/mrsmkuantan_millenium]
Kata bonda, ada seorang saudara saya juga bekas pelajar MRSM Kuantan. Paman Zairil anak Embah Rakun, di mana kamu??? :)
Terima kasih semua. Moga bertemu lagi tahun depan!
2 comments:
InsyaAllah tahun depan kita jumpa. Menarik gak program ini. Boleh asah soft skill selain dpt jumpa kawan-kawan lame.
aku janji tahun dpan punye skpg aku join, aku blanje korang smua makan
Post a Comment