Tuesday, March 18, 2008

ilmu itu tanggungjawab yang berat

Blog ini sedang menyertai cabaran SM Learning, penganjur kelas-kelas, bengkel dan seminar yang boleh membantu kehidupan anda. Sila ke laman web SM Learning di http://www.smlearning.net untuk maklumat lanjut.

Disebabkan entri ini sedang dalam pertandingan, maka ia akan jadi post yang pertama di page ni setiap hari sampai 17 Mac 2008. Untuk entri terkini [jika ada :p ], skrol ke bawah. Terima kasih! :)

----------


Satu ketidakadilan yang berlaku, tapi itulah realitinya. Katanya, siapa yang berusaha, maka dialah yang dapat.

Tapi dalam hal ni, usaha juga bergantung pada kelebihan dan kemampuan. Jikalah memang seseorang tak mampu melanjutkan pelajaran selepas SPM, atau tak sampai SPM pun, tak layakkah dia bersaing dengan pelajar lepasan universiti, dalam mendapatkan pekerjaan?

[Orang bersorak dari belakang: "Buat bisnes la woi!"]

Bisnes satu hal. Penggerak yang paling kuat ialah bila dah terdesak. Tapi untuk permulaan, kebanyakan kita perlu makan gaji dulu untuk dapat kewangan yang tetap setiap bulan. Dah nampak rentak, ruang dan peluang barulah masuk bisnes, sama ada secara sampingan atau sepenuh masa.

Saya tak menentang bisnes. Malah saya menyokong. Sebab nak jadi kaya, memang dengan bisnes saja. Tapi sekarang saya nak bincangkan isu sijil dan makan gaji.

Saya juga pernah 6 tahun dalam pendidikan formal selepas SPM. Sekarang saya baru masuk ke alam pekerjaan. Dalam sebulan ni, saya menimbang-nimbang. Ilmu formal manakah yang saya peroleh di universiti yang boleh digunakan sekarang? Tak banyak.

Yang paling penting, konsep programming untuk digunakan pada semua bahasa. Padahal, pendedahan tentang programming sekelumit cuma. Banyaknya teori yang masih tak tahu nak diaplikasi di mana. Mungkin ada pada satu masa. Tapi bila sampai waktu tu, masih ingatkah saya? Atau masih samakah konsep teknologi waktu belajar dengan pada masa itu?

Tapi, bagi mereka yang benar-benar berada dalam bidang ni dah bermula sejak awal tanpa henti. Mereka explore teknologi dari segenap sudut. Mereka tak peduli apa teori-teorinya. Yang penting, boleh hands-on. Mereka belajar macam mana nak buat tu, kenapa tak macam ni. Pada masa kami belajar untuk lulus periksa.

Dalam bidang sains komputer, kemahiran berteknologi lebih penting dalam nak menjayakan projek-projek syarikat. Jadi, saya sokong pada majikan yang memberi taraf sama ada dari segi kedudukan atau gaji kepada mereka yang lebih banyak menyumbang pada syarikat, bukan pada diploma, ijazah atau masternya.



Bahkan ada pula mereka yang belajar bidang lain, tapi kerjaya dalam bidang lain. Tapi masih dikategorikan dalam kelas lepasan universiti. Maka gaji mereka setaraf dengan pekerja lain yang mempunyai sijil dalam bidang tersebut.

Adik saya sekarang sedang berperang isu sijil ini. Kemahirannya melukis terutama dalam strok manga boleh dikatakan berada pada taraf yang paling tinggi. Bukan saja di Malaysia, mungkin setanding dengan negara asalnya, Jepun. Tapi, adakah syarikat yang melihat pada kemahiran itu lebih daripada sijil yang beliau tak miliki? Melainkan syarikat yang ada 'line' dengannya?

[Fitri sedang mencari kerja tetap sekarang. Peluang yang ada di depan mata cuma freelance. Sesiapa yang menyokong isu yang saya utarakan boleh membantunya mendapatkan pekerjaan]

Rata-rata rakan-rakan yang bekerja sekarang setuju mahu bekerja dan banyak belajar. Mereka memilih bekerja di sektor awam hanyalah sebab gaji yang lebih tinggi daripada yang mereka peroleh di syarikat-syarikat swasta. Ada juga yang sayang meninggalkan syarikat tersebut, bimbang hilang skil.

Jadi, sebenarnya di manakah relevennya keperluan sijil untuk menjamin seseorang lebih cemerlang dalam kerjanya berbanding mereka yang kurang berpendidikan tapi berkemahiran dalam sesuatu bidang?

Ilmu itu sangat penting. Tapi lebih penting ialah kebolehan kita mengaplikasi ilmu yang diperoleh untuk satu-satu tujuan.

Begitu juga halnya dengan belajar al-Qur'an. Kita tak diukur dengan sebanyak mana kita menghafal, tapi sebanyak mana kita faham setiap ayat yang dibaca.

Ilmu itu kuasa. Dengan kuasa yang hebat, tanggungjawab jadi berat. Jadi...

"Ilmu itu tanggungjawab yang berat"

Tuhan juga mengukur bebanan tanggungjawab seseorang dengan ilmu yang dia ada. Yang mengetahui lebih berat tanggungjawabnya daripada yang tidak. Jadi, jika yang tahu buat salah, hukuman yang dikenakan lebih berat daripada yang tak tahu.

Ada sebarang cadangan, sokongan atau bangkangan?

6 comments:

Fahmi Mahat said...

slm :)
kemahiran dan pengiktirafan adalah perkara yang berbeza. apa yg nyata, student IPTA dan IPTS skrang sedang mengejar pengiktirafan. berbeza dgn student di IKBN contohnya, mereka mengejar kemahiran.

dunia ilmu, mcm dunia lain, pun ada ketidak adilannya :)


politik akademik turut membantu menyesakkan minda mahasiswa dan msykt dgn persepsi yang sepi, dan tak begitu diperlukan, dlm proses melahirkan modal insan yg kamil. fikir2kan sendiri :)

Anonymous said...

Sijil hanyalah sebuah kertas yg mengatakan "Mamat/Minah nih penah masuk U". Klu kerja mmg dier byr gaji ikut sijil. Klu nk dibayar atas kemahiran, jawapannya adalah freelancing/bisnes . Jgn bandingkan gaji dgn pulangan freelancing , ia bagai langit dengan bumi. Jgn juga bandingkan stabiliti mkn gaji dengan freelancing, bagai syurga dengan neraka. Setiap satu ada kelebihan/kekurangan. Buat SWOT dlu before choose any one. ;)

Bak kata lecture management patik : "It depends on your objective" .

Nak stabil? : mkn gaji
Nak duit banyak? : Freelance
Nak freedom? : Freelance
Nak Kaya? : Bisnes/Freelance/mkn gaji then invest

Jgn ckp nk sumer, patik akan luku berkali2 org itu.

"Org tamak selalu rugi, bagai anjing dgn bayang2"

Pis! V(^__^)V

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Majikan bayar gaji ikut kelulusan tu yang sepatutnya.
Tapi, bagi yang ada kemahiran dan dah lama kerja pun patut dapat manfaat yang sama
Ada sorang kak kerani ni, takat spm je. Tapi sume dia yang buat. Kadang-kadang kerja lebih masa balik pukul 1,2 pagi. Dia sorang je kerani dekat situ. Tanggung jawab besar. Gaji RM500 je. Dah berapa tahun, tahun lepas dia minta kenaikkan gaji. Dapat la RM600.
Tapi nak bandingkan dengan gaji kerani sekarang, jauh sangat bezanya. Dia minta lagi kenaikkan gaji. Majikan mengamuk dan tak nak naik kan gaji.
Sepatutnya, walaupun takat spm, pertimbangan juga perlu dibuat berdasarkan hasil kerja, kemahiran, pengalaman seseorang
Sedangkan 7eleven pun ada komisen tuk pekerja yang menunjukkan hasil kerja yang bagus.

mira said...

abang robot, kenapa tak boleh nak semua lak? bukan abang buat macam tu sekarang? (^_^)v

ein, yes! nampak ketidakadilan kat situ kan? orang yang boleh buat lebih, patut terimalah lebih. pembelajaran formal, tak semestinya selengkap pembelajaran sendiri.

mungkin boleh nampak the whole view, tapi tak semestinya dapat master walau dalam satu perkara. lain dari yang bersungguh nak sesuatu, jadi dia belajar tentang itu.

jadi, apa yang kita boleh buat? masih wajib tambah sijil walau perpustakan hidup itu lebih murah daripada pembelajaran formal?

Anonymous said...

Salam,

dedua diperlukan - sijil untuk memulakan tapak, dan kemahiran untuk membuktikan value tapak yang dah dimulakan. tanpa salah satu, perjalanan dalam sistem yang sedia ada akan lebih mencabar.

having said that,walau di mana pun dan dengan sumber apa pun kita bertapak, we must do to the best of our abilities. ambil 100% tanggungjawab dengan apa yang dibuat dan natijahnya. tak perlu buang masa menyalahkan sistem atau merasakan sistem menghalang. we find ways to work around the system,be legally and morally responsible for yourself.

yang penting kemahuan. di mana ada kemahuan, Allah akan tunjukkan jalan :)

Meor Shahidi said...

Tahap pendidikan sebenarnya bukannya mencerminkan kejayaan.Ia cuma menunjukkan cara seseorg itu berfikir dan penampilan sahaja.Kalau master tahap pemikiran tinggi sikit begitulah seterusnya.Tapi kalau ada tahap pemikiran yg tinggi tetapi tidak berusaha dan tidak pandai merebut peluang takde maknanya pun.Sebagai contoh kita ambil cerita Lim Goh Tong,beliau upsrpun takde,tapi berjaya.Kenapa dia berjaya sebabnya cara dia berfikir dan berusaha serta mengenali peluang yang ada.Bangsa melayu sebenarnya telah dipupuk dari kecil lagi belajar rajin2 besar nanti dapat kerja bagus boleh sara mak ayah.Bila dah besar nak sara diri sendiri pun tak mampu.Kenapa org Islam masa kerajaan Turki Uthmaniah takde satupun org miskin sampai tombol pintu rumah pun buat pakai emas.Hari ni bagaimana dengan org Islam?Jadi yang penting berfikir secara positif dan berusaha jika ada peluang jangan lepaskan.