Wednesday, August 01, 2007

kemaskini

Khabaran terbaru, saya kurang boleh menulis. Laptop ni dah jadi warga tetap Lab FYP [Final Year Project], supaya saya tak perlu usung ke mana-mana setiap masa. Jadi, nak menulis atau buat kerja lain, terpaksalah ke lab, seperti satu masa dulu :)

Lagi pula, kesihatan sekarang tak mengizinkan untuk saya buat kerja berat-berat. Tulang dah reput, hehe. Entah di mana silap, setakat ni saya masih belum boleh lagi digelar iron lady [atau lebih dikenali orang Prep & Tech].

Minggu lepas adalah satu minggu yang kurang menyenangkan. Saya demam. Dan ada pengalaman pitam, untuk kali kedua dalam 3 minggu. Mungkin tekanan darah rendah, tapi saya tak tahu. Doktor tak cek.

Yang besnya, boleh dapat MC sampai 3 hari, hehe. Tu pun sebenarnya rekod saya juga. Doktor pun siap tanya, "Kamu ke mana 4 tahun ni? Dah sem akhir baru datang klinik? Tapi ada bad record jugala sebelum grad kan?"

Iyalah doktor...

Ya, ini insyaALLAH jadi sem akhir saya. Subjek tak banyak, tapi kerjanya banyak. Sem ni ada projek akhir tahun yang perlu dibereskan. Doakan semuanya sukses!

No comments: