Semalam ada iftar bersama dengan rakan-rakan di maktab dulu. Selepas perhimpunan kecil terakhir di majlis perkahwinan Elissa Nadia dulu, ini yang pertama yang saya sertai. Sebelum ni dah ada yang buat di Restoran Kampung Nelayan, Titiwangsa. Tapi disebabkan kos yang agak tinggi [untuk yang masih belajar ni], saya kecualikan diri dulu.
Iftar semalam di Food Court KLSentral. Ada
16 orang semuanya yang hadir. Sebenarnya boleh jadi lebih ramai, bahkan memang lebih ramai yang sepatutnya hadir. Tapi yang dah kata "boleh" pada saya, ada 3 orang tak dapat hadir sebab tak sempat nak kejarkan waktu berbuka ke sini. Yang lain, ramai juga yang pulang ke kampung halaman sebelum raya.
Atas dari kiri: Saya, Hamim, Zul, Mardhuiyah, Kak Mon, Nana, Yaya, Intan, Husna, Faznim
Bawah dari kiri: Dahlia, Joe, Ezi, Husin, Saiful, Naza
Untuk berbuka, saya cuma berbelanja
RM5. Di Food Court KLSentral. Percaya tak? :p
Nasi cuma RM2.50, sebab saya ambil lauk kegemaran saya, telur goreng, sayur kangkung dan kuah asam pedas dengan kicap. Tak lupa, wajib ada sambal belacan. Cukup lengkap ;) Paling best, di situ
tak ada tax. Tak macam di food court Jaya Jusco yang saya selalu juga pergi. Sebagai alternatif makan dalam UIA.
Airlah yang mahal. Juga minuman kegemaran, milo ais. Silap. Patut beli air mineral saja. Baru RM 1. Banyak pun banyak. Hilang juga dahaga.
Tapi semalam semua dah berebut. Tak sempat nak fikir panjang. Beli saja apa ada. Lagi pula, kaunter jual air di tengah-tengah food court tu ditutup untuk kerja ubahsuai.
"Eh, awak kan dah bisnes? Takkan takleh kot nak pergi tempat mahal-mahal sikit?" Ada beberapa orang yang bertanyakan hal ni.
Bisnes baru mula, kawan. Takkan boleh terus kaya? Buat masa sekarang ni, kalau ada untung pun, selayaknya disimpan dulu. Mana ada skim cepat kaya dalam bisnes. Kan? ;)Dapat duit sikit, jangan lupa masa tak ada duit. Kenalah sentiasa beringat macam mana kita boleh survive walaupun poket kering. Hargai pengorbanan masa tu.
Lagipun, berbaloi ke nak korbankan berpuluh-puluh ringgit yang boleh sara kita selama seminggu hanya untuk sekali berbuka puasa? Dan, jika makan dengan belanja sebanyak tu, pasti tak banyak, sikit mesti ada yang tak habis. Makanan mahal, tapi tak habis. Sayang..
Jadi, solusi berbuka di Food Court KLSentral yang tanpa tax dan beli sendiri-sendiri adalah yang terbaik boleh difikirkan. Jumpa, jumpa juga. Seronok, seronok juga. Dapat juga bergambar kenangan bersama. Dapat semuanya dengan kos yang minimum.
Saya kedekut ke? Kedekut untuk diri sendiri, rasanya tak mengapa. Asal saja tak kedekut untuk orang lain.
The more you give, the more you get. Tu janji Tuhan. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang pahalanya berganda-ganda.
Apa-apapun, bertemu kembali dengan kawan-kawan lama [yang mungkin sebelum ni hanya kenal muka - well, you know me] memang selalu jadi satu kenangan yang membahagia dan menggembirakan.
Katanya, minggu depan kalian nak iftar sama lagi ya? InsyaALLAH, jika berkelapangan dan ber'wang', bolehlah tumpang jenguk. Yang paling penting, the place is reachable by public transport :p
Terima kasih semua! Jumpa lagi!