Thursday, September 20, 2007

semangat

Dah lama tak rasa gembira dan bersemangat macam ni selepas kewujudan ALIF dulu. Ha, siapa ALIF? Pakwe lama? Bukan. Astaka Libur Insan Fikir. Tapi sekarang, ALIF dah jadi nyawa-nyawa ikan. Dia akan selamat jika industri nasyid boleh diselamatkan. Tapi sebab nasyid agak slow, ALIF pun tak boleh berjalan.

Pernah tak kalian rasa puas hati dapat buat sesuatu? Saya jarang boleh rasa macam tu. Tapi semalam, saya betul-betul gembira. Saya dapat bekerjasama lagi dengan seorang sifu. Kalau sebelum ni, sifu dalam nasyid dan penulisan, selepas ni, sifu dalam bisnes internet. tak lain tak bukan, senpai since matrik dulu [macam la dia kenal saya dalam GCC dulu], abang Robot aka Robotys. Credit to him!

[Sangat tak sabar nak jadi macam Irfan Khairi]

Dan lagi, saya nak terus kembangkan bisnes MLM MyMode. MLM yang paling mudah berkembang sebab tak jual ubat gigi yang harganya dua kali ganda di pasaran dengan kita terpaksa jadi psychotic dalam menerangkan apa kelebihannya.


MyMode cuma jual PREPAID. Maxis, Celcom, iTalk Mobile, Jaring dan TMNet. Kita perlu terangkan apa-apa ke? Mungkin tidak. Yang perlu cuma "Apa itu MLM" dan "Apa kelebihan menyertai bisnes MLM ni."

Nak tau? Dapatkan maklumat di laman rasmi MyMode: www.MyMode.com.my. Selebihnya, hubungi saya. Saya akan terangkan semua yang saya tahu ;)

Saksikan video di bawah untuk mengetahui pelan perniagaan MyMode:



***


Semalam juga abang Robot dah gerakkan minda ke tempat yang saya selalu menerawang sebelum ni tapi tak pernah nampak apa poinnya. Sangka saya, hidup ini berperingkat-peringkat, dan semua daripada kita akan melalui peringkat itu, mahu atau tidak. Jadi gunakanlah peluang yang ada di peringkat sekarang dengan sebaiknya dan segembira mungkin sebab kita takkan dapat peluang yang sama pada masa hadapan.
Apa yang Mira merepek ni?

Saya bercakap tentang alam pekerjaan. Sangka saya, semua orang nanti akan bekerja dari 8 hingga 5. Jadi, tak perlulah kita merisaukan keletihan yang akan ditanggung nanti jika dibandingkan dengan sekarang. Sebab semua orang akan hadapinya! Haha, orang bisnes masih boleh berfikir macam ini!

Saya selalu lupa [atau buat-buat lupa] yang saya dan kita semua ada pilihan untuk tak ambil 8 hingga 5 tu. Macam mana? Bisneslah! Jadi bos. Jadi, tak ada masa formal untuk kita bekerja. Ikut suka hati dan kelapangan [tapi nak berjaya, tak bolehlah ikut mood].

Adakah saya mahu bisnes hanya sebab tak mahu ambil 8 hingga 5 tu semata-mata? Setakat ni jawapan saya ya. Cukuplah saya lihat rutin mak dan abah yang sama setiap hari. Tak bosankah? Walaupun saya di rumah dan rasa macam dah buat banyak kerja, mak masih lagi ada kerja yang akan dibuat setelah pulag dari pejabat. Tak habis-habis. Dan kerja kuat untuk pendapatan cukup makan [sendiri dan famili]. Susah menyimpan.



Saya seolah-olah tak sanggup nak berhadapan dengan ketetapan seperti itu. Hilang kebebasan. Jika rasa tak bebas, macam mana nak ceria? Kerja untuk orang. Adakah kita akan sepenuh hati ingin membangunkan perniagaan orang, dibandingkan dengan perniagaan sendiri?

Betullah abang Robot [ambil dari kata abang Din]. Student life ni lah masa yang paling banyak untuk enjoy. Banyak masa lapang. Jadi, adakah tak mungkin untuk kita raih pendapatan tambahan sekurang-kurangnya separuh daripada pendapatan ibu bapa kita untuk sebulan? Saya fikir, kenapa tidak? Peluang sangat banyak di depan mata. Duit ada di mana-mana! [Ayat keramat di Kem Usahawan Kelab Permata]

Betullah, buat sesuatu kena dalam jemaah. Ada kawan. Semangatnya jadi lebih dan berterusan. Tapi kenalah pandai juga pilih kawan. Jangan yang layu juga. Jika kita pun layu dan perlu siraman, memanglah tak jalan. Jika kita memang dah segah, tapi bersahabat dengan yang layu pun boleh berjangkit juga.

Harap semangat ini berterusan. Sebab dah ada sifu dan sahabat-sahabat yang 'segah' ;)

1 comment:

Firdaus Ariff said...

Bak kata Pn. Ainon, jutawan bukanlah dimotivasikan oleh jumlah wang tetapi oleh kerana mencari kebebasan. Freedom!!!