Dulu, masa tengah single-mingle, tak fikir banyak dalam berkawan. Terutama bila baru mula nak beramah-ramah dengan lelaki. Di sekolah, saya ni sangat penyegan. Boleh kata tak pernah bercakap dengan lelaki tanpa urusan. Bila dah mula berkawan di UIA, jadi seronok tambah kenalan. Semua jurusan ada wakilnya. Tak kira yang belum ada teman wanita atau sudah.
Bila berkait dengan dah berteman, memang timbul masalah. Saya akui itu. Saya dah alami itu.
Sekarang, bila dah berteman, baru rasa, banyak sebenarnya eksplorasi perasaan yang saya masih belum alami. Banyak yang saya baru faham dan rasa sendiri. Terutama bila menjadi seorang perempuan.
Anehnya, mungkin lelaki lebih terbuka dan kurang sensitif. Bila kita sendiri dah lenyapkan langsung perhubungan dan perjumpaan dengan lelaki lain yang bukan atas urusan bisnes, kita harap teman kita pun akan buat begitu juga.
Along ada pesan supaya tak buat perkara yang kita tak mahu pasangan kita buat. Sebab secara ... [tak tau nak letak perkataan apa]nya, apa perkara tak berapa nak baik kita pernah buat, pasangan kita akan buat juga, walaupun dia tak tau yang kita buat. Contoh: berjalan-jalan dengan lelaki lain atau bergurau senda dengan lelaki lain walaupun dalam mesej.
Tapi long, jika kita tak mulakannya, bagaimana?
Saya tak buat bukan disebabkan 'ramalan' tu, tapi rasa kasihan pada teman. Terasa seperti tak amanah. Tak pandai jaga diri. Rasa tak sedap hati. Rasa buat salah.
Susah jika keputusan ini menentukan masa depan kita.
Pesan pakar, jangan kita harap yang kita akan dapat ubah perangai buruk pasangan kita selepas kahwin. Yalah, dah kahwin, kau hak aku, apa nak ditakutkan lagi?
Jadi, penentuan segalanya perlu bermula sekarang. Kita yang paling kenal pasangan kita, maka kita yang selayaknya menilai akan jadi bagaimana. Tapi yang paling penting itulah doa pada Tuhan. Jika Tuhan nak bantu, takkan ada yang dapat gagalkan kita. Tapi jika Dia tak nak bantu, siapalah lagi yang dapat bantu kita...
Pilihlah yang terbaik. Bukan kerna dia yang terbaik antara semua manusia, tapi kerna dialah yang paling membahagiakan kita.
1 comment:
:)
Pilihlah yang terbaik. Bukan kerana dia yang terbaik antara manusia. Tapi kerana dia mampu menjadi pelengkap kita.
Terima kelemahan dia, sebagaimana dia mahu terima kelemahan kita.
Perangai buruk?
Nyatakan kita kurang selesa, tapi usah paksa dia berubah. Tunjukkan kita hargai dia sekalipun kita tidak suka dia begitu begini.
Andai dia mahu berubah, bantu dia. Lebih-lebih lagi ketika dia mahu ubah pendirian untuk tidak berubah.
Doa. Mintalah dari Dia. InsyaAllah, tak rugi apa-apa.
Lenny: Terima kasih pada suami, kerana sudi berkongsi segala. Moga Allah berkati segala usahamu. [Moga aku jadi yang terbaik bagimu, selalu dan selamanya. InsyaAllah. :)]
Post a Comment