Wednesday, November 21, 2007

tak yah la guna colgate...



Saya amat terkejut apabila mendapat info bahawa ubat gigi dari China dikatakan beracun. Bahan – bahan kimia yang beracun dan merbahaya terdapat didalam ubat gigi keluaran China.

Bahan tersebut telah diharamkan di USA dan negara Eropah tapi telah dilambakkan di negara kita yang baru je 50 tahun merdeka. Di pasaran jika kita lihat bagaimana ubat gigi keluaran China seperti Colgate kayu sugi dijual dengan harga yang begitu murah. Di sini dapat dilihat strategi serta pakatan halus untuk menipu pengguna di negara ini dengan mengaburi orang ramai supaya terpedaya dengan iklan kayu sugi ‘Mustapa Maarof’.

Ramai yang terkena bila nampak harga murah tapi tak sedar bahaya bahan beracun dari ubat gigi dari China seperti Colgate dan Darlie. Periksa kandungan serta label dibelakang pengeluar dan pengilang ubat gigi anda jangan beli yang dari China macam Colgate dan Darlie.

Saya juga ada maklumat untuk dikongsi bersama melalui laman web ini: Poisonous Toothpaste Discovered In Chicago Stores.

Harap semua pihak terlibat dalam perkara ini berbuat sesuatu.


Dari laman web rasmi PPIM.

Saya dah lama boikot Colgate. Sejak masa mula-mula ada kontroversi dulu lagi. Banyak lagi alternatif lain yang dijamin halal dan selamat. Mukmin dan Safi kan ada? Kalian macam mana?

2 comments:

Raja Azrul said...

Assalamualaikum..

Awak ni budak MRSM kuantan 00/01 ke?

Kelas mana? Homeroom mana?

Aku kelas 5E2, homeroom BB..

Apa2 pun selamat berkenalan..

mira said...

alamak, ke sini la pula raja ni :)

ya, sya dak maktab batch milenium. for record, saya founder group maktab.

kelas c1, homeroom a. selaat berkenalan semula :)