Tarikh: 11 September 2004 [tarikh keramat ;p ]
Masa: 2 petang
Tempat: Gelanggang makan, Pasar Raya Midvalley
Tema pakaian: Biru, ungu, putih
Pertemuan Komuniti Sahabat Hijjaz (KSH) merupakan kali ketiga penyertaan aku dalam acara perjumpaan ahli forum² maya. Dan kali kedua yang aku terpinga² akan identiti mereka yang hadir [dah tentu Hafiz dan Bazli terkecuali ;) ] selepas perjumpaan ahli² ITTutor tempoh hari. Kali pertama titik tolak keaktifan aku dalam arena ini sudah tentu dengan sbudinet yang pertemuan kali pertamanya diadakan lebih setahun yang lepas.
Acara secara rasminya bermula agak lewat juga. Hampir jam 4 atas alasan menunggu peserta² [moderators] lain dan masalah mencari tapak dengan meja dan kerusi kosong dalam kuantiti yang banyak. Fitri tak hadir. Katanya ke rumah mertua di Singapura :)
Pertemuan ini agak terbuka. Di khalayak. Ada masalah dalam membuat perucapan umum [ceh, mentang² diguna dalam Komunikasi Perniagaan]. Maklumat tak dapat disampaikan dengan berkesan. Nasib baik artis² kita ini tak diserbu oleh peminat. Takpe, tak ramai peminat nasyid di Midvalley ini kot :) Tempat itu juga agak terperosok, payah untuk dicari.
Pertemuaan dimulakan dengan ucapan tak rasmi orang² tertinggi dalam KSH. Oh, LangBiru aka Fahmi, Mr. Admin kita tak dapat hadir. Tak arif pula kenapa. Jadi, Br. Syamil, antara orang penting dalam Jalinan.com mengambil-alih, mempengerusikan majlis. Terselit juga ucapan daripada anggota paling ramah UNIC, Hafiz [maaflah, tak jelas apa yang Hafiz cakap].
Paling rasa terharu, mereka meraikan hari lahir Hafiz (21 September 1984) dan Bazli (8 September 1984) dengan kami yang turut telah atau akan meraikan hari ulangtahun masing² dalam bulan yang sama [promote sikit: 28 September 1984 tau! ;p ]. Kami potong kek, bergambar bersama. Eh, hadiah harijadi pun dapat? Wah, yang pertama untuk tahun ini! Terima kasih Kak Seridewi dari Singapura! Terima kasih! :)
Selepas makan [sendiri²], Bazli mengelolakan acara kuiz mengenai KSH yang soalan²nya disediakan oleh Kak Cahaya [Nur Hidayah], guru tadika kita. Kemudian, acara tukar² hadiah untuk semua yang membawa hadiah seperti yang telah tersyarat sebelum pertemuan.
Siapa dapat buku 'Salah Faham tentang Islam' yang saya baru beli di Dar al-Kutub? ;)
Hafiz pula, tak lepas dengan 'anak' dia tu. Diusung ke sana-sini. Praktis jadi bapa? 'Ibu'nya pun tiada lagi... Tapi, ramai saja yang berlakon menjadi 'ibu', silih-ganti bergambar sebelah Hafiz yang menggendong Syahmi, bayi 3 bulan itu. Eh, kenapa bukan 'ibu'nya yang dukung budak? :) Takpe, kasi canlah. Nasib aku tak ada kamera... :P
Akhir majlis, selepas menjadi artis sebentar [lampu² kamera berkelip² ke arah kami], ahli² yang 'agak' tersohor [elak Sukinah perasan sendiri], dipanggil untuk menjadi ahli jawatankuasa program KSH selepas ini. Mereka akan mengadakan iftar jama'ie sempena Ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi. Dan IKIM.fm akan diundang menjadi jemputan khas [boleh baca: digunakan untuk kami bertambah popular -- walau cuma di corong² radio]. Maaf, maaf, cuma bergurau :)
Teruja benar bila mula dapat mendekatkan diri dengan yang aku sangat minati sebelum ini - nasyid. Selain KSH, aku turut sertai nasyeed.com (NC) dan TelagaBiruFan dengan nick yang sama, MiraKimura.
Terima kasih KSH kerana beri peluang untuk saya kembali tersenyum. Benar² gembira. Terima kasih kerana menjadi yang pertama meraikan hari lahir saya. Terima kasih abang Syamil atas ucapan hari lahir. Terima kasih kak Seridewi atas hadiah akak. Dan kepada pemberi misteri untuk tukar² hadiah. Siapa yang hadiahkan saya jam dengan ayat Al-Fatihah ya? Ketemu lagi di alam maya! :)
# Amat menanti kumpulan artis kegemaran saya, Saujana untuk turut mengadakan pertemuan bersama peminat
No comments:
Post a Comment