Monday, September 06, 2004

bertemu saudara



Seronok apabila peroleh peluang mengetahui asal-usul sendiri. Lebih teruja walau teks yang panjang umpama helaian dari buku teks sejarah. Ucapan jutaan terima kasih kepada Paman Jit [adik bongsu mak] kerana ide anda.

Akar kita cuma satu. Kerana kita cuma seorang. Betapa istimewanya seseorang apabila dia [dan pasangan] mampu membina satu keluarga yang amat besar. Keluarga yang ahli²nya punya variasi wajah, latar belakang dan beribadi berbeza.

Aku generasi ke-3 bani Ithnain. Bau² jawanya sudah agak jauh. Namun, amat bangga kerana kami masih bersama, bersatu, masih saling mengenali dan berutus khabar.

Adik-beradik arwah embah [datuk] Ghazali, anak kepada boyot[moyang] Ithnain dan Khaniffah ada 10 orang. Kami, keturunan embah Ghazali adalah yang paling besar kembangnya. Adik-beradik emak saja sudah 8 orang, dua orang adik-beradik tiri. Pak Long Jasman, abang tiri mak sudah punya cucu. Bermakna aku sudah jadi makcik! [walaupun aku masih terasa menjadi cucu sulung -- sekurang²nya pada embah Chuweh, ibu pada mak].

Walaupun aku punya sepupu tiri yang lebih berusia seperti Kak Ina [satu²nya sepupu aku yang telah mendirikan rumah tangga], Kak Ila dan Abg Ija, hubungan kami tak serapat aku dengan anak² Wak Ani, Wak Murad dan Bibik Nan.

Sekarang, aku bersahabat baik dengan paman aku sendiri, sepupu mak. Kan pakcik p? :) Kami seusia. Ayahnya adik bongsu embah Ghazali. Keluarga mereka seperti keluarga aku. Masih belum bergenerasi :)

Semalam, pulang ke kampus dari Segamat pun dihantar oleh duapupu mak yang baru dikenali, Kak Ziati, juga bekas penuntut UIA, grad 2 tahun lepas. Selamat RM10.85 untuk tambang :) [Oh, tak termasuk tambang LRT dan bas sebab aku dihantar terus ke Kolej Haleemah ;p]

Seketika, aku dapat melihat UIA dari sudut pandangan Kak Ziati. Rasa bangga atas kegahan. Rasa hiba atas kenangan. Rasa sedih meninggalkan...

# Sebenarnya aku yang pilu meninggalkan keluarga ketika bunga kemesraan baru berputik...

No comments: