Seorang Gadis (Nowseeheart)
Ada seorang gadis termenung di jendela
Memikirkan nasibnya yang telah ternoda
Terpinggir terhina kerna dosa² silamnya
Ibunya telah tiada begitu juga ayahnya
Mengharungi dunia tanpa pedoman di jiwa
Keliru hatinya antara syurga dan neraka
Pada siapa harus dipinta
Secebis rasa seulit mesra
Di akhir noktah usia dirinya
Yang akan berhenti jua
Deraian air mata menangisi dosanya
Rebah dia mengharap keampunan Tuhannya
Serta ketenangan
Mengharungi dunia yang fana
Umurnya masih muda remaja
Tetapi terleka kerana nafsu mengaburinya
Namun Tuhan masih cintakan dirinya
Walaupun dosanya selutan dunia
Mengapa perlu merasa berjauhan dari yang Esa
Sedangkan ALLAH sentiasa merahmati hambanya
Yang sering terlupa leka dan alpa terhadapnya
Harapannya subur kembali bukti kasih Ilahi
Syukur dia ditemukan jalan kebahagiaan
Mengukir ceria membenam segala
Kecewa...
Begitu murah kau jual mahkota diri yang selama ini dipertahankan kepada mereka yang tidak halal...
Bukan murah, percuma saja!
Semuanya kerana kalahnya iman dan akal apabila bertanding dengan emosi yang saja kau biar mengamuk!
Emosi yang bukan keliru, tapi kecewa! Kala akal masih waras, kala hembusan nafas masih bersama kalimah syahadah!
Betapa pentingnya emosi dikekang, diawasi, dan ditadbir. Apabila diusap godaan syaitan, emosi menjadi raksaksa dajjal yang langsung tidak terusik oleh iman walau di hujung jari.
Sahabat², tolonglah, awasi rakan² kita. Manusia walau ilmu dan motivasinya tinggi melangit, langsung tidak berguna bila emosi menguasai kerajaaan diri. Manusia sememangnya mudah lupa!
Dan apabila semuanya terlambat, sesal bagaimana sekalipun tidak bisa merubah apa². Nasi kan menjadi bubur...
Maaf kerana terlambat menjadi temanmu...
Sesungguhnya walau ia bukan salah kau seorang [walau ingin sekali kutuding seluruh rasa geram padamu], dosanya tetap pada kau sendiri.
Akhirnya, kau sendiri yang akan berurusan dengan Penciptamu. Aku langsung tidak bisa menyumbang segunung pahala atau menyimpan selautan dosamu.
Semuanya hanya antara kau dengan ALLAH! Hanya itu jalannya. Hanya itu yang boleh kau lalui. Masa tidak akan dapat diundur semula.
Cuma, sahabat, kau jadikanlah semua ini batu loncatan untuk kau menginsafi diri, menyesal serta menjadi kau yang lebih baik dari semalam. Hargailah peluang yang kau ada ini, sahabat! Hargailah hayatmu!
Kerana sesungguhnya aku amat risau kira kau mengabaikan dan langsung tidak mengendahkan perlakuan yang membawa dosa² kecil hari ini kerana bayangan dosa besar semalam.
Dan aku sangat risau akan nasib sahabat² perempuanku yang lain atau gadis² di luar sana selepas ini. Aku risau akan nasib diriku sendiri!
Semuanya tidak mustahil...
Kaum adam, kami memang amat perlukan pertolonganmu!
Awasilah kami!
Jagalah kami!
Peringatilah kami!
Dan janganlah kecewakan kami... yang kes sebeginilah yang banyak membawa kemungkaran...
Ini bukan tulisan semata². Inilah harapan unggul yang minta diambil berat!
Sesungguhnya jika bukan kerana hari ini yang sinar kesucian Islamnya semakin pudar, kami tidak akan merayu sebegini...
Ini bukanlah permintaan aku seorang. Juga permintaan gadis² Islam yang walau tidak diungkap menjadi permintaan, di hati mereka masih tersisa kesan iman dan harapan ihsan yang tertinggal sejak awal kejadian.
Ambillah iktibar! Ambillah perhatian! Sesungguhnya dosa yang amat dilaknat ini telah menjadi biasa tanpa sebarang rasa hairan dan berdosa.
Dan dari hari ke hari, ia kian mudah mendekati yang alpa...
:(
ALLAHUAKBAR!
# Aku menulis bukan membuka aib, tapi memperlihatkan realiti sekarang yang kurang diberi perhatian.
# Minta perhatian kepada SEMUA pemimpin yang hanya fanatik tetapi tidak menghayati apa yang diperjuangkan. Sedarlah! Jalankan tanggungjawab sebenarmu!
1 comment:
amar makruf nahi mungkar
Post a Comment