Prapilihanraya...
Aku menggeleng apabila diajak membantu sahabat satu jurusan yang akan bertanding untuk kerusi jurusan aku sendiri. Aku menggenggam satu teked untuk tidak memihak mana≤ parti dalam mengundi nanti memandangkan aku amat bencikan politik universiti ini. Amat! Memang, ya, saudara Faheem ialah calon yang paling sesuai untuk seseorang memilihnya menjadi wakil pelajar. Dan, aku yakin dia tidak terlibat dengan apa≤ aktiviti kotor berbaur politik luar yang mendatangkan kejelikan pada pandangan mata aku. Dia nyata punya tokoh pemimpin berjiwa suci yang sebenar.
Malang... yang mempengaruhi pemilihan majlis perwakilan pelajar di universiti langsung tidak sama dengan yang mempengaruhi pemilihan badan wakil pelajar di MRSM. Tiada lagi bakat dan kebolehan individu, cuma pengaruh parti mana yang lebih kuat.
Adik dan abang boleh jadi seperti Tuah dan Jebat apabila parti yang menaunginya tidak sama walau dalam satu jalan dan arah yang sama. Dan dukacitanya, Faheem berada di bawah salah satu bumbung yang saling menghimpit dan menindas antara satu sama lain.
Lantas cara ini langsung tak dapat menggamit hati dan nurani aku untuk turut serta walau sekadar menutup sebelah mata, melihat pada kepimpinan individu itu saja. Kerana ia ternyata bukan sekadar itu!
Kerana nila setitik...
Aku memandang situasi kampus ini bukan dari mata seorang pakar undang≤ yang arif akan semua keadaan. Atau seorang ulama' yang bisa mentafsir baik buruk setiap perlakuan. Tapi dari pandangan telus umpama kanak≤ yang melihat penyelewengan dan ketidakpatutan yang berlaku ke atas makhluk manusia yang bergelar pelajar yang amat mengguris hati dan menghibakan perasaan.
Di mana adik? Di mana abang? Di mana persaudaraan? Di mana kekeluargaan yang biasanya diuar≤kan atas nama institusi keluarga UIA?
Calon dikurung di tandas...
Calon disabotaj dengan mengambil kad matriknya supaya tidak dapat masuk bertanding...
Pelbagai taktik kotor seperti 'baling batu sembunyi tangan'...
Aku tahu, ini universiti. Tempat para ilmuan dan cendikiawan berhimpun bersama. Semua bijak≤, semua cerdik≤. Ramai juga yang genius.
Tapi, perlukah dicampur-adukkan urusan luar kampus dengan pemilihan wakil pelajar yang hanya akan memilih medium antara pelajar dengan pensyarah dan pentadbiran? Kononnya kita juga berhak bersuara?
Cukupkah semua itu untuk sewenang-wenangnya menggelar seseorang munafik? Dan lebih teruk lagi, syaitan? Janganlah, sahabat, jangan dicampuri urusan Tuhan! Kau pun bukannya maksum untuk menghukum makhluk yang setaraf dengan kau!
Pascapilihanraya...
Pilihanraya universiti berakhir semalam dengan kemenangan besar berpihak pada WUFI (We Unite For Islam).
Abang Radzlan, abang kepada sahabat aku, Radziq tewas kepada pakdi untuk kerusi jurusan Undang≤.
Kak Mariamah atau Kak Mar, teman sebilik Amy tewas tipis, tempat kelima daripada calon≤ general (female) constituency.
Abang Nazri, abang ANSARA yang telah kuanggap sebagai abang sendiri turut tewas oleh lambakan undian kepada calon≤ WUFI dalam general (male) constituency.
Pilihanraya... peringkat universiti...
Sepatutnya memilih perwakilan≤ siswa dan siswi, lebih kepada propelajar, yang akan memperjuangkan kebajikan pelajar, bukannya proPAS, prokeADILan atau proUMNO yang akan ditambat hidung supaya diheret oleh manusia≤ luar pagar yang akan mengambil kesempatan atas kelemahan, kebodohan, dan ketidakupayan seorang pelajar!
Jika kita semua sedar akan kenyataan dan tidak terlalu fanatik sebelum masa,... revolusi kebangkitan mahasiswa akan menginjak dan identiti mahasiswa mahasiswi akan terbina tanpa mampu dibolosi pihak tak bertanggungjawab di luar sana!
Abang Nazri, Kak Mar, Abang Lan [atau mungkin Radziq pula], janganlah kalian berputus asa. Bangkitlah semula. Bina semangat baru. Semangat perjuangan siswa siswi yang masih belum selesai. Pecahkan kekuasaan pengaruh luar dari tempat kita ini!
Kepada Faheem dan pakdi, tahniah! Selamat menjalankan kewajipan dan menunaikan janji≤ kalian kepada setiap sel isi perut UIA ini.
Seperti kata emma, sebelah kaki kalian sudah bertapak...
Salam perjuangan.
No comments:
Post a Comment