Thursday, September 28, 2006

mak dan hari lahir

28 September 2006.

Hari ulangtahun kelahiran ke 22.


Mood: Neutral [Sedih sebab mak kena tahan di wad, tapi tenang sebab dalam bulan Ramadhan]

Ya, mak saya ada di wad sekarang. Sakit di jantung. Dah dua hari. Hari ni baru doktor nak buat pemeriksaan.

Semalam saya tak datang kerja [menjawab kepada kenapa saya tak online ym semalam jika ada yang tanya]. Rasa tak bersemangat. Lelah. Letih. Rasa tekanan juga. Nak gantikan tempat mak sementara. Banyak hal kena selesaikan di rumah.

Dulu bila cakap saya anak sulung, banyak tanggung jawab, tak rasa apa-apa sangat. Sebab memang semua urusan rumah, ada ibu bapa yang tangani. Saya di kejauhan, belajar di KL, lupa nak balik. Lupa nak tanya khabar selalu. Harap semua ok ok saja.

Tapi sekarang dah berlaku benda macam ni, baru mula nak risau. Impian nak jadi isteri orang. Tapi ganti tempat mak pun belum mampu sepenuhnya lagi. Rasa. Tekanan kerja dan bebanan urusan rumah. Yang baru 3 bulan rasa. Mak dah bertahun-tahun. Seusia umur saya sekarang. 22.

Dan hari ni, saya tak pasti jika abah ingat hari lahir saya. Sebab selalunya, mak yang ingatkan. Mak yang usaha nak beli kek dan hadiah. Untuk setiap kami adik-beradik. Tapi sekarang mak di wad. Macam mana saya nak gembira? Tapi Ayuni ada cakap dia nak belikan saya hadiah keychain di sekolah hari ni. Saya terharu. Mesti mak yang ingatkan...

4 hari lagi hari ulangtahun Aliah. 3 hari selepas Aliah, Ayuni pula. [Aliah 2/10, ulangtahun ke empat, Ayuni 5/10, ulangtahun ke 8]

Apa-apapun, minta semua bantu doakan yang terbaik buat mak. Saya masih perlukan dia...

Ya Tuhan, aku mohon... Panjangkanlah tempoh nikmat kesihatan yang Kau beri kepada ibuku...

Amin...

9 comments:

Along said...

bersama mu selalu :)

mira, along terperasan yg ada di antara kita baru je menyambut hari bersejarah, ada juga yg bersedih..ada yg..macam-macam..

namun, konklusinya masih kebal di bibir Along "Allah bersama kita"

:) ini doa, ini harapan, ini tanda kasih sayang untuk dan kepada kita semua.

jaga diri, la tahzan..mira tough, tu psl along teragak2 nak jawap soalan dlm hp tempoh hari..u know that question kan?? either smile or sad..hehe:)

Along said...

milladus sa'id..kesyukuran dari Robbi :)

mira said...

milladus siapa ya?

mira tough? apa kayu ukur along cakap macam tu? /:)

apa-apapun, terima kasih ya? mira sangat perlu sokongan ramai sekarang..

fami said...

salam..
mira... abang akan slalu doakan mira dari jauh..
untuk mira.. untuk mak mira.. untuk keluarga mira..

jgn sedih.. sbb kami sentiasa ada, temankan mira waktu susah senang..

jgn sedih, jgn risau2 ya?

fami said...

tolong kirimkan ucapan pada aliah yang besdaynya hari ni :)

Along said...

milladus said tu hepi besday :) menurut 'kamus hidup' yg along tanye..hehe

Along said...

mira tough?? mmg lah mira tough(jgn ukur ini dgn bilangan airmata:)

hehe...along tak pakai kayu ukur, pembaris pon tak :) sebab ada mata-mata di hati yg memberitahu begitu. baik percaya (cewah..main paksa-paksa plak..hehe)

"take care...gembira dan suka mu, adalah sebahagian aku" :)

Anonymous said...

semoga allah merahmatimu dgn kekuatan hati dan menenangkan jiwamu dgn kecekalan iman...

Anonymous said...

Allah tak pernah tidur...
terus2an minta pdNya tnpa putus moga ibu mira diberi kesihatan yg baik..diberi Allah jalan keluar utk segala kebuntuan n permasalahan..amin


umat Muhammad yg bersaudara:
-eye far-