Thursday, December 20, 2007

salam aidiladha 1428



Saya dan adik-adik di rumah saja raya kali ni. Kecuali Fitri yang tersekat di Shah Alam. Tak tahu dapat pulang beraya atau tidak. Baru semalam kami pulang dari Segamat dengan Fahmi menanti di rumah.

Ini kali pertama dalam sejarah keluarga, kami tak beraya di kampung. Pernah juga satu waktu dulu kami terpaksa solat raya di Kuantan sebab ada kemalangan dalam perjalanan pada malam raya. Mungkin ini hanya Aidiladha. Namun, kami tak pernah berenggang menjelang hari raya.

Tak sabar menanti kepulangan mak abah :)

Friday, December 07, 2007

berikan cintamu

Dah lama tak baca novel Melayu. Tiba-tiba, di rumah paman Kasah ni terlekat pula dengan satu novel baru Alaf 21 bertajuk "Berikan Cintamu" tulisan Rose Harissa. Penulis baru. Karya ini hasil pertama beliau. Baru tahun lepas diterbitkan.



Jalan cerita.. biasalah, cerita Melayu. Pasal cinta, konflik keluarga dan persahabatan. "Berikan Cintamu" mengisahkan penantian seorang heroin terhadap kekasih hati yang tiada penghujung. Kekasihnya takut berkomitmen. Sedangkan pada masa yang sama hadir si hero yang lebih segalanya. Namun, sebab cinta dan janji, semuanya jadi payah.

Temanya dan konfliknya mudah. Namun, persoalan besar yang berlegar-legar dalam kepala saya selepas membacanya: benar-benarkah cinta itu buta sehingga setelah bercinta, seolah-olah tiada lagi lelaki lain yang dapat mengisi hati seorang wanita walaupun jelas lelaki itu lebih segalanya daripada si kekasih hati. Segalanya, termasuklah jumlah perhatian dan komitmen yang boleh diberi.

Semasanya membaca, terasa betapa bodohnya watak Eza yang sanggup menanti Rizal, seorang technician yang hanya bermotosikal Yamaha sejak berkenalan yang hanya bertindak bertemu dengan kedua ibu bapa Eza setelah terdesak dan terancam, setelah 7 tahun bercinta dan setelah hilang manis tangan Eza dipimpin ke hulu ke hilir. Rizal seorang yang bergaul bebas dengan kawan-kawan lelaki dan perempuan.

7 tahun.. mungkinlah. Sayang nak tinggal...

Tapi Azalan seorang yang selalu mengingati Tuhan. Apalah yang lebih baik daripada mereka yang melebihkan Tuhan daripada segala yang ada di dunia? Bukankah elok agama, eloklah dunianya? Malah, Azalan ada segalanya cuma bukan cinta Eza.

Memang tak mungkin lagikah untuk berhijrah walau setelah satu tempoh yang lama bersama?

Lagi satu persoalan yang sangat best. Azalan si alim terpaut hati pada Eza, seorang gadis tak bertudung yang telah tercemar sosialnya dengan pergaulan bebas bersama Rizal. Bisakah sebenarnya ia terjadi dalam dunia realiti? Adakah seorang ustaz boleh 'nampak' orang yang tak bertudung sebagai teman hidupnya?

Haha, ini bukan bias pada sesiapa. Cuma satu persoalan yang sangat menarik untuk ditimbulkan. Supaya gadis-gadis tak bertudung di luar sana takkan putus asa dengan apa yang terbaik yang boleh mereka dapat dari Tuhan yang Maha Pemurah.

"Ah, aku ni bukan gadis baik. Ustaz manalah yang sudi terima aku dan sudi jadi pembimbing hidup aku?"

Segala yang berlaku ada hikmahnya. Tuhan tak pernah menzalimi hamba-hambanya melainkan mereka sendiri yang menzalimi diri.

Penulis novel in boleh dilawat di roseharissa.blogspot.com

Friday, November 23, 2007

haji

Saya dan adik-adik bersama keluarga mak dan abah baru lepas menghantar mak dan abah ke lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah yang teletak kira-kira 13 km dari bandar Kuantan. Mereka akan menunaikan ibadah haji pada tahun ni.



Kami bertolak dari rumah pada jam 9.30 pagi. Sepanjang perjalanan, saya rasa kelainannya. Mak dan abah tak bersama kami dalam van kami sebaliknya jadi penumpang kereta Paman Jit. Yalah, orang yang dirai, perlu dapat layanan istimewa. Saya yang memang pendiam ni bertambahlah diam walaupun riuh suara adik-adik dan sepupu-sepupu kecil di tempat duduk belakang. Saya sebak.

Jam 10 pagi, ketika semua jemaah haji dari Kuantan berhimpun, seorang ustaz melaungkan azan dan membacakan doa. Saya yang memang dah sebak, mengelak untuk menghayati doa. Teringin rasanya untuk keluar dari tempat itu dan menangis sepuasnya.

Kenapa ya? Saya memang jenis yang mudah sebak terutama apabila diberi tazkirah walau dalam kelas matapelajaran agama. Juga apabila diperdengar doa yang berkaitan. Semasa kami meraikan hari lahir saya, Ayuni dan Aliah bulan 10 lepas pun begitu. Abah bacakan doa murah rezeki. Panjang. Kalau dihayati, pasti pecah takung air mata.

Tak boleh. Saya anak sulung, kena kuat. Jika adik-adik tak menangis, mana mungkin saya. Walaupun mereka bertiga masih kecil dan tak mengerti banyak hal.

Kami salam abah. Saya kucup pipi mak. Khabarnya, cuaca di Madinah dingin. Siang 15 darjah Celcius, malamnya pula 5 darjah Celcius. Harap mereka dikurnia kudrat yang secukupya untuk menyempurnakan ibadah haji ni.

Petang ni lepas solat Jumaat, kami semua akan bertolak pulang ke kampung. Kami adik-beradik tak dibenar tinggal di rumah, walaupun mak dan abah percaya kami mampu urus hidup sendiri. Fahmi akan pulang sendiri ke Segamat, dengan bas mungkin, selepas tamat SPM. Fitri pula akan pulang terus dari Shah Alam ke Segamat untuk Hari Raya Aidiladha nanti.

Moga Fahmi dapat 1A dalam 12 mata pelajaran yang diambil seperti yang diharapkan oleh pihak sekolah dan kami sendiri. Itu akan jadi salah satu yang sangat bermakna untuk dirai. Prostaz pertama keluarga.

Tak sabar untuk kumpul kembali semua ahli keluarga. Meraikan kejayaan bersama.

Dan, saya mungkin tak akan online sepanjang sebulan selepas ini sebelum sekolah bermula. Kena jadi penjaga adik-adik, semasa cuti dan juga menguruskan pendaftaran adik-adik di sekolah nanti. Doakan semuanya selamat.

Thursday, November 22, 2007

Mobile Money

Saya baru saja mendaftarkan diri sebagai seorang ejen Mobile Money. Mobile Money ialah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan membeli topup dan membayar bil menggunakan SMS. Topup termasuk semua syarikat telekomunikasi yang ada di Malaysia iaitu Maxis, Digi dan Celcom. Tak ketinggalan, boleh juga beli iTalk Mobile dengannya. Bil yang boleh dibayar pula termasuklah bil TNB, air, telefon bimbit, talian tetap TM, ASTRO, kereta, rumah dan kad kredit.

Percaya tak yang kita boleh membeli topup handphone dengan hanya misscall ke nombor fixed line Mobile Money? Ya, Mobile Money boleh melakukannya! ;)

Dari segi operasi Mobile Money, selepas mendaftar, kita boleh terus menyimpan modal ke dalam 'wallet' yang diletakkan di dalam CIMB Trust. CIMB Trust ni bukan unit trust, tapi satu tabung yang Mobile Money minta CIMB wujudkan khusus untuk ahli-ahlinya.

Modal kita ada dalam simpanan bank. Jadi, jangan takut jika syarikat lingkup atau handphone kita kena curi.

Jumlah wang yang ada dalam 'wallet' itu ialah jumlah yang boleh kita guna untuk request topup dan bayar bil. Cara nak masukkan wang modal itu ialah dengan pertama sekali mendaftar nombor akaun CIMB kita di ATM untuk dilinkkan dengan 'wallet'. Selepas daftar, guna saja SMS untuk masukkan berapa saja nilai wang yang ada dalam akaun CIMB itu ke dalam 'wallet'.

Tak ada akaun CIMB? Tak ada masalah. Selain CIMB, ada lagi 3 bank lain setakat ni yang dah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Mobile Money iaitu Maybank, RHB dan Hong Leong. Kalau ada kad kredit Hong Leong, boleh SMS gateway Mobile Money untuk transfer nilai dari akaun Hong Leong kepada 'wallet'.

Untuk yang belum bekerja atau tak bercadang untuk memiliki kad kredit, macam saya, kita boleh buat 3rd party transfer dari dua lagi akaun lain iaitu Maybank atau RHB. Tak ada kedua-dua akaun tu? Tak ada masalah. Boleh juga buat cash deposit transfer ke akaun Maybank atau RHB Mobile Money. Dari mana-mana bank pun, wang modal kalian akan tetap dipindahkan ke CIMB trust.

Kesimpulannya, kalau tak ada akaun bank tu boleh sertai program ni. Akaun bank tu hanya berguna apabila kalian nak keluarkan wang dari 'wallet' ke bank. Ya, pada bila-bila masa ;)

Mobile Money bukan Multi-Level Marketing [MLM]. Jadi, untuk yang ada ideologi negatif pada MLM, ini satu peluang bisnes yang tak patut dilepaskan. Tapi, Mobile Money guna sistem MLM untuk ahlinya dapat komisen dan bonus laju sikit. Taklah dapat untung runcit melalui penjualan prepaid macam di kedai-kedai.

Guna sistem MLM, tapi bukan MLM. Apa maksudya? Dah guna MLM itu maknanya sistem MLM lah!

Tu soalan saya pada orang yang mempromosikan pada saya dulu. Tapi dia terangkan, MLM terikat dengan Akta Jualan Langsung, tapi Mobile Money berdaftar dengan Bank Negara. Akta Jualan Langsung mewajibkan orang nak nak sertai berusia 18 tahun dan ke atas. Tapi, sebab Mobile Money ni bukan MLM, sesiapa saja boleh sertai.

Sekarang, yang ramai guna prepaid ialah budak-budak sekolah rendah sampai sekolah menengah. Yang di universiti dah di tengah-tengah. Dah ada yang guna line. Jadi, kalau sertai program jual prepaid yang MLM, market tak luas. Setakat 18 tahun ke atas cuma sedikit jika dibandingkan dengan usia budak sekolah rendah sampai menengah.

Mereka yang selalu topup mesti nak sertai. Sebab, kalau beli prepaid dengan Mobile Money, dapat komisen pada setiap pembelian.

Untuk pengetahuan semua, Mobile Money bukanlah syarikat pemborong, pengedar atau peruncit prepaid. Mobile Money cuma pengantara yang memudahkan urusan jual beli antara kita dengan syarikat-syarikat telekomunikasi itu. Mobile Money tak ambil sesen pun dari pembelian prepaid kita daripada Maxis, Celcom atau Digi. Kiranya dapat untung bersihlah. Ni senarai komisen yang kita dapat dari nilai topup prepaid yang dibeli melalui Mobile Money.

Maxis dan Celcom 2.75%
Digi 1.375%
iTalk Mobile 12.5%


Nilai ini boleh berubah bergantung pada syarikat-syarikat itu sendiri. Tapi setakat ini, inilah yang saya dapat melalui setiap pembelian.

Tahukah kalian yang menggunakan Maxis, selain nilai topup RM10, RM30 dan RM60, kalian boleh juga buat eReload dengan jumlah minimum topup RM5? Ya, tak payah ke kedai! Boleh buat sendiri!

Berapa yang anda perlu bayar untuk software yang menjimatkan masa tanpa perlu ke kedai dan pejabat pos ini? RM100? RM1000?

Cuma RM10. Dan anda telah pun miliki kedai topup dan pejabat pos mini. Boleh topup sendiri, boleh bayar bil hanya dengan SMS ;)

Macam mana dengan sistem MLM yang digunakan? Aa, yang tu kena tanya saya personally. Ada cerita yang sangat menarik. Jika kalian berminat nak guna teknologi selepas Maybank2u ini untuk kemudahan diri sendiri, baru kita bual pasal bisnes lanjutan yang boleh dilakukan dengan Mobile Money, selain jadi kedaai topup ;)

Hubungi saya di amira_ruzaidi[at]yahoo[dot]com atau ym kimura_16.

Rujuk sini untuk penerangan lanjut mengenai Mobile Money.

Wednesday, November 21, 2007

tak yah la guna colgate...



Saya amat terkejut apabila mendapat info bahawa ubat gigi dari China dikatakan beracun. Bahan – bahan kimia yang beracun dan merbahaya terdapat didalam ubat gigi keluaran China.

Bahan tersebut telah diharamkan di USA dan negara Eropah tapi telah dilambakkan di negara kita yang baru je 50 tahun merdeka. Di pasaran jika kita lihat bagaimana ubat gigi keluaran China seperti Colgate kayu sugi dijual dengan harga yang begitu murah. Di sini dapat dilihat strategi serta pakatan halus untuk menipu pengguna di negara ini dengan mengaburi orang ramai supaya terpedaya dengan iklan kayu sugi ‘Mustapa Maarof’.

Ramai yang terkena bila nampak harga murah tapi tak sedar bahaya bahan beracun dari ubat gigi dari China seperti Colgate dan Darlie. Periksa kandungan serta label dibelakang pengeluar dan pengilang ubat gigi anda jangan beli yang dari China macam Colgate dan Darlie.

Saya juga ada maklumat untuk dikongsi bersama melalui laman web ini: Poisonous Toothpaste Discovered In Chicago Stores.

Harap semua pihak terlibat dalam perkara ini berbuat sesuatu.


Dari laman web rasmi PPIM.

Saya dah lama boikot Colgate. Sejak masa mula-mula ada kontroversi dulu lagi. Banyak lagi alternatif lain yang dijamin halal dan selamat. Mukmin dan Safi kan ada? Kalian macam mana?

Monday, November 19, 2007

eznet

Sebelum pulang ke rumah, saya dah berkira-kira untuk online di pejabat mak saja atas apa jua urusan di alam maya. Uish, kalau tak ada internet, memang tak produktif langsung rasanya. Kalau tak buat kerja rumah, melepek saja.

Alhamdulillah, semalam, saya nampak solusinya. Saya tak tahu kalian pernah dengan pasal EZnet 1315 atau tak.

EZnet 1315 ialah perkhidmatan Internet sedia ada untuk pelanggan talian tetap TM seluruh Malaysia. Cuma sambungkan talian telefon untuk melayari Internet. Tidak perlu mendaftar atau membayar caj bulanan tambahan. Anda hanya perlu membayar apa yang digunakan, dengan hanya caj 4 sen seminit.

Tu, ayat iklan.

Saya pun tak pasti dah berapa lama teknologi ni ada. Tapi macam dah lama, tapi sebelum terdesak ni tak berapa nak ambil tahu. Yalah, UIA syurga internet. Dari 8 pagi sampai 11 malam hari bekerja, internet, percuma!

Jadi, untuk sesiapa yang tak ada Streamyx [atau yang tak mampu nak biayai macam saya] atau tak ada juga TMNet, Jaring, Broadband Maxis dan sebagainya, jangan risau. Asal ada telefon talian tetap, sambungkan wayar pada komputer, dail 1315, tak perlu username dan password. Tadaa! Dunia di hadapan kalian! ;)

Sunday, November 18, 2007

award presentation

Ahad terakhir saya di UIA, saya mengomel-ngomel sendiri. Mak abah dan adik-adik datang ke UIA, tapi saya tak dapat ikut mereka pulang ke Kuantan sekali sebab Selasa lalu saya ada FYP Award Presentation kepada orang luar sebagai juri profesional.

Sudahlah tak dapat pulang sekali dengan mereka, kena naik bas lagi. Ingatkan dah tak ada lagi kisah naik bas KL-Kuantan selepas pulang kali terakhir untuk Hari Graduasi Fahmi di SBP Integrasi Indera Mahkota.

Pula tu, kena tambah tekanan dengan persiapan untuk membentangkan sekali lagi projek FYP kami. Saya ni bab-bab presentation memang tak suka. Saya tak suka bercakap. Saya boleh bercakap. Tapi dengan menulis. Nak dipersembahkan kepada orang luar pula tu. Kena jaga standard pelajar Sains Komputer UIA.

Along seperti biasa jadi pembakar semangat. Walau tak jadi sepenuhnya ikhlas, tapi at least saya dah tak merungut-rungut. Along kata, "Mungkin ada hikmahnya. Penulis kena berminda positif. Lepas present nanti boleh balik, tak balik-balik sini lagi."

Selepas Ahad, saya hadapi hari-hari dengan separuh hati. Tak sabar rasanya nak sudahkan semua dan pulang ke rumah untuk selama-lamanya. Hari Selasa present, malam sebelumnya baru buat slide Power Point.

Pada hari pembentangan, melihatkan persembahan projek-projek hebat sahabat-sahabat lain, saya dan partner, Do Chamilah makin tawar hati. Mereka dalam bidang networking dan embedded system yang payah nak faham, padahal kami cuma buat software, yang memang sangat mudah nak faham. Kami memang tak harap apa-apa daripada pembentangan itu.

Pembentangan kami sangat ringkas. Dan jadi satu-satunya kumpulan yang tak perlu bergerak ke mana-mana untuk tujuan demo. Sebab 'barang' kami cuma dalam komputer. Soalan yang diaju agak mudah dijawab. Skop kami tak besar. Cuma kena tahu pasal VB6, Boolean Algebra, Truth Table dan Digital Gates Circuit.

Lepas bentang, kami bergerak ke tempat duduk dengan rasa lega teramat. Semasa diumumkan pemenang tempat ketiga, kami dah bersandar di kerusi, menantikan sahabat-sahabat ambil plaque yang disampaikan oleh Dr Maziah.

Tapi tanpa disangka,

"The first runner up... BOOLEAN ALGEBRA TOOLKIT!"

Sebutan nama yang sangat familiar tu buat saya tersentak dari lamunan 'nak balik'. "Bro Rizal panggil kami ke?" tertanya-tanya dalam hati. Yang lain semua dah buat muka takjub. Seperti tak ada yang sangka kami akan dapat antara 3 nombor tertinggi tu.

Sepanjang nak berjalan ke depan, saya rasa macam dalam mimpi. "Tipulah!" berulang kali dalam hati. Rasa gembira dan teruja. Tapi dalam masa yang sama kehairanan. Juga simpati dengan sahabat-sahabat lain yang bekerja lebih teruk daripada kami sepanjang semester.

"We have to ask the examiners how they marked us."

"Yea, it's like in dream. I can't believe it."

"We have defeated Robot and Smart Home??!"


Itu antara kata-kata saya dengan Chamilah. Sambil sahabat-sahabat lain ucap tahniah, saya rasa kurang senang. Kami tak layak untuk menang. Tapi kenapa...?

Mungkin benarlah kata AbdulRahman [ya, CEO syarikat EOP saya]. Masa present, jangan terangkan pasal teknikal sangat. Tapi tumpu macam mana nak pasarkan produk kami. Sebab orang industri ni, yang pentingnya macam mana kita boleh jual produk. Mereka bukan nak tahu sangat macam mana produk tu dibuat. Tapi nak lihat hasil akhirnya.

Saya gembira juga. Hari pembentangan ni dah tersenarai dalam 'benda yang saya dapat dengan mudah' atau 'nasib saya memang baik'. Saya dah ulang semula kejayaan Pesta Type III di MRSM dulu...

Apa-apa pun, terima kasih untuk semua yang membantu, secara langsung atau tidak. Dan, terima kasih TUHAN. Hikmah atas ujianMU ini sangat jelas.

Tahniah Sidek, Najma, Malik dan Muiz.

Kawan-kawan semua, kita jumpa lagi pada hari graduasi nanti!

[Sebab keterujaan dapat tempat kedua keseluruhan FYP, saya berjaya habiskan jualan buku Akrab dengan Tuhan di dalam conference room itu juga. Tak sempat nak bawa pulang untuk dijual di rumah. Indahnya rahmat ujian!]

Baca sini: best computer science fyp awards

Friday, November 09, 2007

dah tamat...

Saya hampir menamatkan hari-hari terakhir saya di sini, UIA. [Yeay!] Saya tak akan lagi bergelar pelajar, sekurang-kurangnya pelajar yang belajar secara formal. Dan tak ada lagi dalam perancangan untuk sambung belajar.

Saya berhajat untuk bekerja dengan kerajaan, dan setakat ni ramai yang menyokong. Kerja kerajaan gaji dah tinggi dan ada banyak kemudahan. Jadi, kenapa perlu bersusah-payah?

Saya tahu. Kalian akan.. "Huh?!"

Ya, ada program lain yang akan berlangsung disamping kerja 'formal' yang akan saya buat lepas ni. Saya tak betah nak bangunkan syarikat orang. Baik saya tolong kerajaan dan negara. Ada juga sesuatu yang disumbangkan. Sambil-sambil tu, rancang untuk jadi bos pada syarikat sendiri ;)

Saya belum pun terpanggil untuk sebarang interview. Malah, saya ditahan selama sebulan untuk duduk di rumah. Mak abah saya sporting ya? Tak, saya kena jaga adik-adik yang masih kecil sementara mereka pergi menunaikan rukun Islam kelima 23 November ini.

Saya akan terus dengan 'hobi' saya. Kita lihat saja nanti kemampuan saya bekerja sambil berhobi. Pasti seronok ;)

Oh, ya. Itu jawapan saya untuk persoalan kehidupan bekerja pejabat yang membosankan untuk sahabat-sahabat yang dah pun mulakan kerjanya.

Ya, teruskan dengan hobi kalian! Teruskan dengan perkara atau aktiviti yang selalu kalian lakukan waktu belajar! Jangan hilangkan keseronokan hidup!

My plan seems to be rather simple and general. But I kinda like it.

Dulu, saya ni jenis yang suka menanti saja apa yang hidup bakal tentukan untuk saya. Tak nampak cita-cita dan arah tuju. Tapi sekarang, saya memilih untuk menanti jika ada sebarang plan yang saya suka, dan saya akan teruskan dengan plan tu. Tentunya yang ada kaitan dengan:

Menulis, internet, nasyid dan BISNES!

Haha, saya sangat suka dengan ide Pakdi yang disumbangkan dan yang saya gunakan sekian lama. BUAT DUIT DENGAN HOBI SENDIRI!

Kalian ada projek untuk saya?

Monday, November 05, 2007

nasyid VS lagu ketuhanan

2 minggu lepas, Rabbani telah ditemubual oleh terjah Melodi. Melodi kata, ramai yang keliru antara nasyid dengan lagu berbentuk ketuhanan. Macam dalam Anugerah ERA baru-baru ni yang mencalonkan Mawi dan Radja bersama mereka dalam ketegori Anugerah Lagu Nasyid Pilihan. Jadi Melodi tanya Rabbani, apa pendapat mereka?

Yang saya ingat, Rabbani kata kalau nak buat lagu tentang ketuhanan, semua orang boleh buat, sesiapapun boleh nyanyi. Tapi yang penting, penjiwaannya. Jika mereka benar-benar menghayati apa yang mereka sampaikan, ia akan terpancar juga melalui perwatakan dan cara pemakaiannya.

Mereka tak kata mereka contoh penasyid yang terbaik. Tapi bagi mereka, penasyid ada identiti dan ciri-cirinya yang tersendiri. Tapi untuk anugerah yang semacam ini, terpulanglah kepada penganjur untuk menetapkan.

Nasyid sememangnya kurang mendapat tempat dalam industri muzik tempatan. Walaupun pendengarnya adalah yang paling ramai jika dibandingkan dengan genre muzik yang lain. Dengan adanya kekeliruan antara genre asli nasyid macam ni, dicampur dengan genre lain yang membawa konsep ketuhanan, ruang untuk penasyid menonjol semakin kurang.

Jika nak diikutkan, Sifu M. Nasir juga banyak membawakan tema ketuhanan. Beliau sifu. Jika dapat dikategorikan dalam lagu nasyid, lagilah nasyid yang sebenarnya terkebelakang. Begitu juga dengan Ramli Sarip yang lagu ketuhanannya memang tak terlawan oleh orang lain. Memang boleh menitis air mata. Tapi kenapa beliau tak dikenali sebagai penasyid?



Ini masalah kekeliruan yang belum dapat difahami orang kebanyakan walaupun saya sendiri. Puncanya mungkin daripada bekas penasyid sendiri.

Apa yang penasyid bawakan itu sesuatu yang mulia. Tentang Islam. Jadi, mereka yang dah keluar dari landasan nasyid bukan mudah untuk dihilangkan titlenya. Seolah-olah, turun pangkat. Dari sesuatu yang molek kepada yang agak bercampur. Dari situ kekeliruan timbul.

Jika kita kekal dengan identiti penasyid yang asal seperti Raihan dan Rabbani, ciri-ciri utamanya ialah mereka berkumpulan, pakai songkok atau kopiah dan menggunakan alat muzik tradisional seperti kompang dan perkusi. Bagi saya, itu ciri-ciri asalnya.

Dari segi alat muzik, penasyid kita dah alami satu revolusi, kepada yang lebih bebas. Saya tak mahu komen yang ini, sebab saya bukanlah yang arif. Tapi bagi saya, asal ia tak melalaikan dan mesej dalam liriknya masih tersampai, tak mengapa.

Kumpulan atau solo juga sudah bukan persoalan. Sejak Amar atau nama sebenar beliau Arif Muazim Abdul Rahman, bekas ahli kumpulan nasyid Sabda jadi penasyid solo yang pertama Malaysia [betulkan saya jika saya silap] dan masih mengekalkan ciri-ciri nasyidnya, persembahan secara individual masih dapat diterima.



Namun, walaupun Hafiz Hamidon, bekas ahli kumpulan nasyid UNIC dalam situasi yang sama, saya tak dapat lagi melabelkan beliau sebagai artis nasyid disebabkan penampilan dan lagu-lagu yang dibawa beliau. Apatah lagi Faizal Tahir [ex-Mirwana]. Akbar [ex-Brothers]? Mungkin tidak..

[Tonton klip video terbaru Hafiz]

Tapi, songkok, kopiah, atau sebarang jenis penutup kepala seperti yang dipakai oleh kumpulan Nowseeheart dan Mirwana masih jadi trademark utama nasyid. Jika itu pun tertinggal, maka, saya tak tahu lagi apakah dia ciri sebenar artis atau sebuah kumpulan nasyid.



Seperti kata Asri Rabbani, jika seorang penyanyi nasyid benar-benar menghayati mesej yang dibawanya, kata ia akan terpancar pada cara pemakaiannya. Mungkin maksud pemakaiannya itu, salah satunya ialah dengan memakai penutup kepala.

Seseorang yang benar-benar mencintai Tuhan dan Rasulnya akan cuba sedaya upaya mengikut apa yang diperintahkan Tuhan dan apa yang diamalkan Nabi. Memakai penutup kepala itu ialah sunnah Nabi. Ia bukan wajib, tapi bukankah di situ saja kita nampak siapa yang benar-benar mahu menasyid? Yang benar-benar mahu menyampaikan?

Mungkinkah nanti hanya mereka yang pernah menjadi artis nasyid yang akan dikenali sebagai artis nasyid? Adakah kehadiran kumpulan baru yang juga mahu dikenali berada dalam arena ini sudah tak dapat label itu lagi?

Atau adakah semua yang membawa lagu berbentuk ketuhanan akan dikenali sebagai penasyid? Alangkah hodohnya jika Radja itu dikenali sebagai penasyid! Maafkan saya, tapi saya benar-benar tak suka jika ia terjadi.

ISLAM boleh jadi MLM

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur menaiki bas dua minggu lepas, saya terfikirkan sesuatu apabila terpandang seorang lelaki Cina tua yang sedang makan sepotong buah betik.

Cerita ni tak ada kena mengena dengan apa yang beliau makan. Tapi bila terpandangkan sesiapa dalam usia emas, hadir rasa simpati dalam diri. Kasihan, sudah berusia, kudrat makin kurang. Tapi masih perlu banyak melangsaikan hal dunia untuk keluarga.

Jika sepanjang usia mereka beramal jariah, mereka menolong orang, menderma dan buat lain-lain perkara baik, adakah amalan itu diterima?

Tidak, sebab mereka tak beriman!

Jadi, ke manakah halanya mereka selepas di dunia ini?

Adakah mereka yang sepenuhnya silap dengan pilihan ini?

Bagaimana dengan kita? Adakah kita akan terlepas dari segala tanggungjawab?

Mengapa kita tak mempromosi ISLAM sebagaimana ralitnya kita mempromosi produk MLM yang kita sertai?

Mengapa tak kita kuasai ilmu berkaitan ISLAM itu sebagaimana kita sedaya upaya menguasai maklumat mengenai produk yang kita promosikan dengan harapan yang mendengar akan membeli?


Saya cuba membayangkan situasi jika ia berlaku.

Wah, sudah tentu dunia ini dipenuhi dengan umat Muhammad yang beriman!



MLM itu ada pelbagai. Yang menyertainya pula bukan semua orang dan bukan juga kebanyakan orang. Tapi lihatlah bagaimana kukuh dan gahnya bangunan HQ syarikat MLM yang ahlinya bersungguh-sungguh buat kerja?

Islam, satu nama bagi agama yang agung. Islam juga adalah agama yang paling pesat perkembangan pengaruhnya. Walau sepesat mana, tanpa usaha, ia akan jadi cuma nama. Tapi adakah kita nampak usaha itu di sekeliling kita? Dapatkah kita lihat orang Islam yang duduk dalam bas bersama dengan seorang yang bukan Islam menerangkan mengenai Islam sepanjang perjalanan mereka?

Kita sedia maklum dengan nama-nama seperti HPA, Luxor, Healin, Sureco, Mymode dan sebagainya. Yang sertai sudah tentu merasai hasil pulangannya. Tapi kenapa tak semua orang yang mendengar itu sertai dan buat kerja yang sama? Apalagi dengan mereka yang tak pernah dengar pun mengenai program-program itu?

Dalam isu Islam, kebarangkalian kedua iaitu mereka yang tak pernah dengar pasal Islam mungkin boleh diabaikan. It's a big word. Tinggal lagi yang nak ambil tahu mengenainya.

Jika tak ada yang mempromosi dan menerangkan dengan mendalam, siapa yang nak ambil pusing pun? Saya pun, jika tak ada orang terangkan dengan lengkap kelebihan sertai MyMode, takkan saya nak sertai walau pernah dengar mengenainya?

Takkan semua nak tunggu Tuhan yang buat kerja? Kitakan wakilNYA di bumi?

Tahukah kita, amalan kita yang dilihat dan dicontohi orang itu, balasannya dalam bentuk 'MLM' juga?


Hah, nak pendapatan berterusan? Dengan sebarkan ilmu mengenai Islam, kita akan dapat dapat pahala berterusan. Selagi 'downline' kita menggunakan ilmu itu, selagi itu kita akan dapat hasilnya. Selagi 'downline' kita menyebarkan pula ilmu itu kepada orang lain dan orang itu menggunakannya, kita masih dapat hasil.

Tak ke selamat kita di akhirat nanti dengan tuaian hasil pahala yang terkumpul?

Jadikanlah ISLAM sebagai produk kita orang ISLAM.

bisnes dengan minat

Bisnes ialah satu pekerjaan. Jika ditambah dengan minat dan kesungguhan, ia boleh jadi satu kerjaya.

Bila bisnes dilakukan tanpa minat, ia takkan ke mana.

Ada yang nak bisnes sebab nak duit banyak dalam masa singkat. Contohnya, beliau pilih MLM antarabangsa dengan produk luar negara. Jika produk laku, memang boleh dapat hasil yang banyak. Tapi dalam nak menjadikan produk MLM tu laku [tak boleh guna kata terbitan 'melakukan' di sini], kena ambil berat beberapa aspek pula.

Beliau duduk di kampung. Tapi di kampung ni pun ada akses internet juga. Sebab tu beliau boleh tahu pasal MLM ni. MLM ni menawarkan komisen dan bonus yang tinggi. Sesuailah dengan taraf antarabangsanya.

Tapi, harga produk itu juga mestilah tinggi. Sesuai juga dengan taraf antarabangsanya. Produknya pula produk kesihatan. Siapa yang kebanyakan masa sihat tu jarang perlukan. Lagi pula harganya mahal. Bukan kata orang kampung ni tak mampu nak beli. Kebanyakan orang kampung ni lebih kaya daripada orang bandar. Tapi mereka ni jenis yang berjimat cermat. Bijak bezakan yang perlu dan yang mahu.



Jika MLM itu jual barangan harian pula, kita ada produk MLM tempatan yang sama kualiti tapi harganya yang jauh lebih murah. Nama produk itu juga dah tersohor satu Malaysia. Jikal mereka jual kopi, Radix HPA, siapa tak kenal? Apa alasannya untuk bakal pengguna menggunakan produk antarabangsa tu?

Jadi, orang boleh nampak, tujuan beliau sertai program MLM antarabangsa tu cuma untuk peluang mendapatkan lebih wang.

Tapi, perlu diingat, tanpa pasaran, wang takkan ada.

Jadi, percayalah yang orang akan utamakan barangan buatan Malaysia dibandingkan dengan produk antarabangsa yang tak dikenali, tak ada jaminan kehalalannya dan mahal. Biar kecil asal berhasil kata Chef Li.

Ada pula kes yang nak join bisnes [MLM setepatnya] sebab nak balas budi. Yalah, memang fitrah MLM, pendaftaran kita akan beri bonus pada upline.

Tapi jika yang nak membalas budi itu tak minat, beliau takkan menjual. Apatah lagi nak menaja. Bila tak menjual, payah nak kekalkan poin. Bila tak kekalkan poin, pendaftaran akan digantung atau tak ada bonus lagi. Setakat mana budi yang boleh dibalas? Dengan pendaftaran saja? Bagi saja jumlah wang tu kepada dia. Habis cerita.

Saya tak tahu pendapat orang lain, tapi bak kata Along, setiap yang kita lakukan, lakukan dengan bersungguh-sungguh. Bagi saya, nak jadi bersungguh-sungguh, perlu disertai dengan minat.

Sekadar ulasan ringkas dari yang berlaku di sekeliling. Ada pendapat lain mungkin?

Friday, November 02, 2007

ah,kena TAG!

Aduhai, saya dah kena tag pula. Walaupun tak suka nak buka pekung, tapi rasa nak menghargai juga orang yang ingat pada saya [baca: orang yang ingat nak TAG saya]. Terima kasih Ana :)

Sebenarnya, dalam entri awal-awal dulu, mungkin masih ada dalam blog ini atau dalam blog sebelum ini di Upsaid.com], menceritakan perihal diri adalah niche utama saya. Saya bercerita seolah-olah bercerita dengan diari. Saya tulis saja apa yang saya suka.

Tapi, bila saya dah sedar yang pembaca 'diari' saya bukan saya seorang atau bukan juga hanya pembaca rawak blog-jumpers, saya kena 'mahalkan' semula diri. Takkan nak cerita semua tentang diri pada orang sebarangan, kan?

Apa-apapun, kalian nilailah sendiri bagaimana isinya untuk entri yang satu ni :)

Baik, 8 perkara yang tak ramai orang tahu pasal saya:


1. Suka main permainan komputer, tapi tak suka 'lawan' dengan komputer dan tak suka permainan RPG.

Saya tak suka 'lawan' dengan komputer walaupun komputer ialah sebaik-baik lawan untuk kita tingkatkan kemahiran dan kecekapan dalam main permainan komputer. Tapi saya jenis yang berdebar bila tahu sedang lawan dengan yang lagi terrer. Selalunya main dengan adik-adik saja. Tapi ada masanya kalah juga.

Kalau main permainan berbentuk puzzle atau yang perlu berfikir, janganlah cabar Fahmi dan Amir. Mereka memang handal. Kalau permainan lawan-lawan yang perlu banyak gabungan kekunci atau guna cheat, susah nak tandingi Fitri. Sebab dia ni rajin surf internet untuk teknik paling bagus.

Dan mereka, boleh tahan main permainan RPG yang ambil masa yang lama malah berhari-hari untuk sudahkan. Kalau saya, memang dah bosan.



2. Saya tak suka bertanding dengan lawan yang 'nampak'.

Saya memang bukan orang sukan. Saya tak suka bertanding. Tapi saya selalunya ada kebarangkalian yang tinggi untuk menang bila sertai sebarang peraduan. Masa kecil dahulu, saya selalu juga dapat hadiah dari majalah-majalah dan komik-komik untuk pertandingan mewarna. Antaranya Bambino, Mingguan Kanak-kanan [warna gambar Cybercop] dan komik Kawan [warna seorang superhero Kawan ni. Siapa entah namanya].

Pada pertandingan Pesta Type III di MRSM dulu, dalam berserabutnya kumpulan di bawah pengurusan saya [entah macam mana boleh dilantik sebagai ketua], kami dengan tajuk tesis 'Bawang Putih.. Satu Penerokaan' boleh dapat tempat ketiga kategori Kajian Umum. Rasa macam tak percaya naik ke pentas ambil sijil kemenangan.

Saya juga dengan tak sangkanya boleh menang tempat pertama kuiz Maal Hijrah anjuran.. err.. persatuan mana ya? Saya tak ingat. Mungkin QYC. Pada dua semester lepas kalau tak silap. Dapat hamper biasa-biasa saja. Tak banyak beza dengan yang dapat tempat kedua atau ketiga. Tapi yang tak sangka tu, slogan Hijrah yang saya rangka dalam masa tak sampai 2 minit boleh dapat tempat pertama!

Saya ni jenis yang kalau ada pesaing, terutamanya jika pesaing itu cuma seorang, saya cenderung untuk tarik diri atau menyerah kalah. Itu memang saya.

Saya akui, dalam banyak hal kehidupan, saya memang bertuah dan selalu bernasib baik walaupun dalam banyak banyak pertandingan, saya sertai suka-suka saja dan tak ada niat untuk menang. Alhamdulillah.


3. Saya tak pernah pegang jawatan tinggi dalam sekolah sejak darjah 1 hingga Tingkatan 5

Ini kalian boleh teka sendiri agaknya. Saya tak pernah jadi pengawas waima pengawas pusat sumber atau pembimbing rakan sebaya yang boleh pakai baju lain daripada orang lain.

Di MRSM pun sama. Saya bukan Badan Wakil Pelajar [BWP], Lembaga Disiplin Pelajar [LDP], Jemaah Dakwah Islamiah [JDI], English Motivational Committee [EMC] atau Pembimbing Rakan Sebaya [PRS].

Sampai ke UIA sekarang ni. [Atau ada antara anda boleh namakan walau satu?]

Kenapa ya? Ke poin yang seterusnya.


4. Saya tak suka jadi tumpuan khalayak.

Biasalah. Jika dah nama 'introvert', memang beginilah sifat-sifatnya. Saya pendiam [rasanya yang ini, akan ada yang nak menidakkan. Boleh ke poin 5] dan saya tak suka jadi tumpuan. Dalam banyak hal, saya lebih suka berada di 'belakang tabir'.



[Buat ke poin ke poin ni dah macam buat algorithm atau use case la pulak]


5. Saya hanya ramah dengan yang saya selesa dan betul-betul rapat.

Sebenarnya, dari masa ke masa, saya cuba nak kurangkan testimoni orang yang mengatakan saya ni pendiam. Tapi setakat ni cuma boleh pilih-pilih orang. Ada juga penulis testimoni di Friendster yang akui saya ni pendiam. Tapi ada satu-satu masa saya akan bercakap lebih dari dia.

Tapi kesimpulannya, jika nak dengar suara saya, kalian kenalah tegur dulu :p

Hanya keluarga saya saja yang tahu betapa 'pendiam'nya saya.


6. Saya suka ada networking atau line dengan orang ternama.

Sejak masuk ke UIA ni, saya dapat banyak sangat peluang untuk berkenalan dengan mereka yang ada nama. Memanglah semua orang ada nama, tapi maksud saya, orang yang dikenali ramai. Atau bahasa mudahnya 'glamer'.

Nabi kata, jika kita buat sesuatu dengan niat tertentu, maka kita akan dapat apa yang diniatkan. Dah jadi salah satu sebab saya nak ke UIA pun sebab tahu di sini tempat lahirnya kebanyakan artis nasyid. Saya pun mula minat nasyid sewaktu di MRSM. Tingkatan 4. Sebelum tu Hindustan dan omputih je. Sebab minat tu, saya masuk UIA. Tanpa terdedah pada info pasal universiti-universiti lain. Bias betul.

Maka, kenallah saya dengan mereka. Dan sekarang, bila bertemu mereka, taklah rasa takjub macam jumpa Wardina Safiya di Ampang Poin semalam bersama suaminya [iklan]. Masih pandang tinggi pada mereka, tapi taklah terkesima sangat :p

Bila di UIA ni pula, saya suka bila dapat berkenalan dengan orang penting UIA [SRC saja. Taskforce tak termasuk. Kak Zeti, saya tak cakap pasal akak, tapi takut ada seorang dua ahli Taskforce yang terasa bangga lak].

Rasa kebanggaan tu termasuklah bila dapat Ustaz Maszlee Malik sebagai pensyarah kelas dan dapat Ustaz Zawawi Yusoh sebagai mentor untuk buku 'Akrab dengan Tuhan'.


7. Saya ni jenis konvensional. Susah nak keluar dari sesuatu kebiasaan.

Bila dah habis sekolah rendah, mesti sedih nak ke sekolah menengah pula. Bila dapat tawaran ke MRSM Kuantan, berat hati nak tinggalkan sekolah Panglima Perang. Padahal saya dapat peluang yang baik dan tak ramai yang dapat. Lama jugalah baru dapat sesuaikan diri hidup berasrama [jangan salah baca].

Dari matrik UIA, nak pindah ke Gombak pun sama, banyak sangat ngomelnya. Kelas jauhlah, tak macam kat matrik dulu, 5 minit sebelum kelas baru keluar pun boleh sampai on time. Dulu, tv ada di setiap aras kolej. Di sini kena ke blok lain nak tonton tv. Padahal, tak mati pun tak dapat tengok tv.

Nak keluar dari jurusan Sains Fizik ke ICT pun bimbang sangat susah nak dapat kawan. Macam tu juga bila nak khususkan ke Sains Komputer [CS], sebab masa tu, kebanyakan kawan rapat semua ambil Sains Maklumat [IS]. Semuanya bimbang. Padahal, sebab saya ni bukannya jenis yang terlalu bergantung pada kawan, boleh juga teruskan hidup. Sampailah sekarang.

Mm, apa poin yang terakhir ya?


8. Saya suka duduk di rumah :)

Macam lagu Nowseeheart yang saya quote di entri sebelum ni, "Takkan kau temui, semurni cinta keluarga."

Itu poin utama. Lagipun, dalam ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi, banyak ditekankan untuk menjaga hubungan dengan ibu bapa lebih daripada hubungan dengan orang lain. Maka, tentunya ada hikmah di situ. Tanpa mereka, kita takkan ada di dunia. Tanpa mereka yang membesarkan, kita takkan jadi elok begini.

Tanpa adik-adik yang ada banyak perwatakan, saya takkan dapat pendedahan awal kepelbagaian watak manusia di dunia. Tanpa mereka juga, tak adalah suara ketawa yang menghiburkan. Kata DMFK, jika kita peluk bayi, kita dapat rasa tenang. Sebab bayi tak ada dosa. Begitu juga dengan kanak-kanak. [Untung jadi anak sulung. Ramai adik]

Sementara belum ada apa-apa tanggungjawab besar untuk digalas, sebaiknya, kita habiskanlah masa bersama keluarga. Sebab tu sementara boleh ni, saya lepas ni bercadang nak cari kerja di Kuantan saja. Nak duduk di rumah, ringankan beban mana yang patut. Dan tak perlulah nak tambah beban dengan saraan hidup lain di tempat selain 'rumah'.

Ini semester terkhir saya. Maka kalian tak akan jumpa lagi saya di UIA [kecuali waktu clearance dan Convest tahun depan], atau di KL pun. Tapi di KL mungkin lagi. Masih banyak urusan. Saya kira.


Tagging rules:

1. Each blogger must post these rules.

2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.

3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.

4. Don’t forget to leave them a comment telling them they’ve been tagged and to read your blog



Baik, tiba masa kita lihat siapa yang kena. Senarai seterusnya yang saya nak TAG:

1. tintamadani
2. along
3. abang zamri
4. firdaus ariff
5. azree
6. paan


6 orang je cukuplah kot :p Selamat bercerita!

Tuesday, October 30, 2007

kenangan aidilfitri 1428



"Rentaslah seribu lautan
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui
Semurni cinta
Keluarga..."


Nowseeheart, Keluarga Bahagia

Sunday, October 21, 2007

semester akhir

Semester terakhir saya di sini agak pelik. Bukan sebab terpaksa berada di lab 12 jam sehari, setiap hari [tak termasuk lab ITD]. Tapi sebab subjek-subjek lain yang.. pelik. Semuanya.



Kelas EOP kurang sehari. Walaupun ditambah sejam ke dua hari yang lain, ia cuma teori saja. Praktikalnya, satu waktu kelas tak sampai waktu asalnya pun. Saya tak pula nak komen pasal ni :p Subjek EOP kami agak mudah. Belajar subjek Bahasa Inggeris perkara biasa. Kerjanya pun tak banyak mana dibandingkan dengan subjek ICT sendiri. Pula tu, semua secara berkumpulan.

Subjek IT Security II pula sekali seminggu, sebab lecturer kami, Bro Adli cuma part timer di sini. Pada bulan puasa, kelas diadakan setiap Sabtu. Bulan-bulan lain seperti sekarang, kembali ke Isnin malam. 3 jam sehari. Belajar praktikal pasal security. Mana tak berasap kepala? Tapi lepas tu, tak boleh pula nak aplikasi. Virtual Machine perlu diinstall. Ke dalam laptop 30G dengan RAM 256 ni? Tak mungkin.

Saya tak akan pun major dalam Networking. Tapi kenapa saya ambil subjek ini? Luaskan pengetahuan. Biar tahu sikit-sikit pasal semua bahagian dalam ICT. Semasa ijazah ni, memang payah sikit nak kuasai mana-mana bidang. Jika rajin, boleh belajar sendiri. Jadi, sementara berpeluang, belajar saja asas untuk semua dahulu.

Satu lagi subjek [ya, saya ambil 4 subjek saja semester ini. Subjek-subjek akhir], Algorithm Analysis and Design, AAD. Subjek 3rd level, baru ambil pada sem akhir. Kenapa? Ikut kawan. Last-last, tertinggal. Sebab ini subjek Computer Science [CS]. Dan kawan-kawan yang saya selalu ikut dulu semuanya Information Technology [IT]. Mereka tak perlu ambil subjek ni.

Jadi, dalam kelas, antara 12 orang tu [memang tak ramai], saya seorang pelajar tahun akhir. Walau jenis yang tak ramah, bolehlah juga berkawan dengan adik-adik tu.

Agak terkilan, sebab belajar subjek yang boleh diimplementasi untuk projek akhir tahun [Final Year Project] ni pada saat akhir. Maka, banyaklah info berguna yang saya terlambat tahu. Bak kata Bro Ateef yang menggantikan Bro Salah yang terpaksa pulang ke Iran secara tiba-tiba, subjek ini umpama jantung Computer Science.

Algorithm ialah perkara yang paling penting untuk buat program. Banyak algorithm yang telah terbukti berkesan yang telah tersedia untuk digunakan dalam kes-kes yang hampir sama. Bagi kami yang tak tahu, tak berapa nak tahu atau yang pernah tahu tapi tak ingat, memang rugi jika terpaksa menstrukturkan algorithm sendiri.

Dalam kaedah programming moden yang menggunakan Object Oriented [OO], banyak yang boleh dipakai semula. Kata yang selalu diulang-ulang oleh Prof Jubair dulu: "Do not reinvent the wheel."

Kemuncak pada pembelajaran ijazah semua orang ialah dengan projek akhir tahun mereka. Jadi, di sini saya ingin menjemput semua yang membaca ni untuk hadir beramai-ramai ke:


Tempat: Lab FYP Computer Science [belakang General Lab ICT]
Tarikh: 25 Oktober 2007 [Khamis ni]
Masa: 10 pagi - 1 petang
2 petang - 5.30 petang



Mari beramai-ramai. Mari kita lihat, siapa yang kena! Hehe, kalian yang hadir akan diberi penghormatan untuk mengundi projek yang paling bagus di mata kalian. Undian kalian memang akan dikira sebagai sumbangan kepada markah akhir kami. Jadi, marilah! [baca: undilah Boolean Algebra Toolkit!]

Nasihat lulusan SPM gred 3 kepada graduan

Saudara Pengarang,

SAYA mohon maaf. Tulisan ini bukan untuk membangga diri, cuma untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak kita.

Adik-adik abang yang masih menuntut di Institut Pengajian Tinggi atau pun sudah memiliki ijazah tetapi masih menganggur mungkin adik-adik termasuk dalam golongan 50,000 graduan tanpa pekerjaan. Di sini abang ingin berkongsi sedikit pengalaman diri abang.

Abang kini berusia 41 tahun, berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gred 3 tahun 1980. Ibu bapa abang bekerja di sawah. Mereka meninggal dunia ketika abang berusia 19 tahun dan tidak juga meninggalkan harta kecuali anak-anak yang ramai.

Pada waktu itu SPM gred 3 'laku' juga. Ramai kawan-kawan abang yang mendapat pekerjaan seperti pembantu makmal, posmen dan ada yang memasuki maktab perguruan.



Nasib abang pula sama seperti nasib adik-adik, memohon pelbagai jawatan tapi gagal. Waktu dulu jangankan nak dapat surat sokongan wakil rakyat, nak dapatkan surat ketua kampung pun susah. Oleh itu soal pilih kasih ini sudah wujud sejak dulu, bukan hanya sekarang.

Oleh kerana abang anak sulung, terpaksalah mencari rezeki untuk keluarga di samping adik-beradik. Abang bermula dengan menjaja ais krim di keliling kampung dan di tempat kenduri kahwin.

Selepas beberapa tahun menjaja ais krim, abang dapat pula peluang berniaga pakaian di pasar malam. Bermula dengan menggunakan motosikal buruk, kemudian kereta buruk, selepas itu van baru. Kini abang berjaya menjadi pengedar pakaian kepada peniaga-peniaga lain.



Di samping itu abang juga menjalankan perniagaan kelapa untuk diedarkan kepada peniaga-peniaga runcit. Hasil keuntungan kedua-dua perniagaan ini akhirnya abang berjaya membeli tanah seluas 12 hektar (30 ekar) dan ditanam dengan kelapa sawit.

Adik-adik, di sini abang ingin nyatakan pendapatan bulanan abang sekarang. Pendapatan utama abang adalah hasil jualan kelapa 3,000 biji sehari x 20 sen untung setiap biji = RM600 sehari x 30 hari = RM18,000 sebulan.

Pendapatan kedua abang adalah hasil kelapa sawit. Dengan harga sekarang abang mampu mencapai pendapatan RM10,000 RM12,000 sebulan. Akhirnya pendapatan yang ketiga hasil jualan pakaian antara RM6,000 RM8,000 sebulan.

Jika dicampur semua pendapatan abang, alhamdulillah pada setiap bulan pendapatan bersih abang antara RM24,000 RM28,000 selepas ditolak gaji lima orang pekerja tetap dan pekerja sambilan.

Adik-adik, banyak lagi usaha yang abang lakukan, seperti penanaman nanas Eropah, seluas lima ekar keuntungannya antara RM135,000 RM170,000 semusim. Tempohnya hanya 10 hingga 12 bulan.

Begitulah adik-beradik abang yang lain, walaupun bersekolah setakat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan SPM. Mereka juga mempunyai perniagaan sendiri. Purata pendapatan bulanan mereka melebihi RM30,000.

Walaupun mereka buta komputer dan bisu bahasa Inggeris, tiap-tiap tahun mereka melancong ke luar negara. Abang dan adik-beradik yang lain mampu tinggal di rumah besar dan berkereta mewah malahan isteri kami juga tidak bekerja.

Adik-adik abang yang dikasihi, inilah rahsia perniagaan yang tidak ramai anak-anak Melayu tahu. Oleh itu nasihat abang tak usahlah adik-adik bermati-matian merebut peluang pekerjaan makan gaji sama ada dengan kerajaan atau swasta yang hanya menawarkan RM2,000 RM3,000 sebulan.

Tanam cita-cita dan kuatkan azam untuk dapatkan pendapatan RM60,000 RM70,000 sebulan. Jika di universiti adik-adik mempunyai idea yang banyak, teori yang banyak, tenaga muda yang kuat, tetapi kenapa apabila adik-adik berada dalam masyarakat, tiba-tiba menjadi letih, lesu dan semuanya minta disuapkan.

Ciptalah kerja sendiri, seperti anak-anak bukan Melayu, rebutlah peluang perniagaan yang banyak dalam bidang pengangkutan, makanan, ternakan, pertanian, pelancongan dan lain-lain.

Nasihat abang, jika adik-adik bimbang untuk melibatkan diri dalam perniagaan secara perseorangan, buatlah secara kumpulan yang melibatkan empat atau lima orang. Peringkat permulaan buat secara kecilan, tetapi jualan hendaklah secara tunai.



Jangan fikirkan soal kelulusan. Jika ada kelulusan bidang elektrik, apa salahnya menceburi bidang pertanian. Ingatlah pesanan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk hidup berjaya orang-orang Melayu mesti berniaga.

- ABANG BERJAYA, Teluk Intan, Perak.


Saturday, October 20, 2007

hati untuk mati??

Daripada emel yang diforwardkan.

Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih?

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati
2. Jantung
3. Paru-paru
4. Perut
5. Hempedal
6. Buah pinggang
7. Jantung
8. Buah pinggang
9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
10.Telur ikan


Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini? Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran. Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya.

Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam. Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih.

Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya.

Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital. Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau


Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosaku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam.

Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi, Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan. Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.

Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah. Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Sekian wassalam wallahualam.




Boleh sesiapa tolong saya sahkan kebenaran fakta ni?

Wednesday, October 10, 2007

salam syawal 1428

tudung lagi...

Saya ada masalah yang agak berat. Saya dah jumpa ramai kawan perempuan [yang dulunya pernah jadi rakan seperjuangan di sekolah atau sekarang di UIA] yang...

FREEHAIR

Ini slanga budak-budak asrama yang maksudnya, TAK PAKAI TUDUNG.

Kalau tak tegur apa-apa, memang salah besar. Saya tahu, mereka nanti akan agak yang saya tak membangkang tindakan mereka. Maka, saya dah beri dosa pada diri sendiri walaupun saya pemakai tudung.

Tapi, untuk menegur.. Tak kuat rasanya. Saya tak tahu bagaimana nak mula, bagaimana cara yang paling praktikal dan berkesan.

Satu masa dulu, saya pernah tulis entri pasal kekecewaan saya terhadap seorang kenalan [tak rapat pun, sebab dia teman sebilik pada kawan], yang saya dapat tahu dia bukan seorang pemakai tudung bila gambarnya didedahkan secara terang-terangan di Friendster.

Saya nampak cuma dia seorang. Jadi saya tanya dia, kenapa tak pakai tudung, dan nasihatkan AT LEAST buanglah gambar yang tak pakai tudung tu dari Friendster. Malu jika sahabat-sahabat UIA lain nampak..

Saya tak ceramah panjang kepada pelajar-pelajar UIA, sebab bila dah masuk UIA dan kena belajar BANYAK subjek agama [walaupun pelajar kursus Ekonomi], pasti tahu sekurang-kurangnya perihal batas aurat [jika ditanya adik saya pun, pasti mereka tahu].

Apa yang rakan tu buat? Dia gantikan gambar utamanya dengan gambar pelakon. Tapi gambar itu masih ada dalam galerinya. Dan.. tak lama kemudian, dia tukar semula gambar utama tu pada gambarnya yang tak pakai tudung. Lebih cantik daripada pelakon tu mungkin.

Ada juga saya tegur [sumber gambar yang sama: Friendster], pelajar UIA juga, secara terang-terangan bergambar berpegang tangan dengan kekasihnya. Dia tak pula respon. Peliknya, dia masih BANYAK pos buletin tazkirah di sana. Terutama selepas saya tegur. Tapi gambarnya masih ada.

Betapa panasnya saya rasa.

Sedih, sebab, betapa Mastika dah dan sedang ambil inisiatif ubah perangai buruk budak-budak muda sekarang, tapi mereka yang di sekeliling saya pun saya tak dapat nak bantu selamatkan. Dan sebenarnya, saya tak tahu apa yang dah saya sumbang pada Islam.

Sekarang, senarai mereka yang saya dapat tahu depan-kawan-kawan-dan-pensyarah-pakai-tudung-tapi-di-luar-tak ni bukan berkurang, tapi semakin ramai... :(

Minta tolong kawan-kawan. Sempena bulan baik ni, saya nak minta pandangan dan cadangan, macam mana nak berhadapan dengan masalah ni. Moga ada usaha yang dikira.

Friday, October 05, 2007

iftar 4

Buat kesekian kalinya, saya berbuka puasa di masjid. Suasana kali ini kurang mendamaikan daripada biasa, walaupun petang tadi hujan renyai-renyai. Hujan rahmat hari Jumaat pada bulan Ramadhan.

Kenapa kurang mendamaikan? Sebab saya saksikan adegan yang kurang menyenangkan pada hari ke sepuluh terakhir Ramadhan. Yang hadir berebut makanan!

Nasi yang terhidang memang dah sedia ada di depan mata. Tapi bila ternampak saja nasi dalam bekas plastik yang masih elok di dalam plastik merah yang besar tu, ada yang jadi tamak. Ambil dahulu untuk dibawa pulang, konon yakin pasti berlebih dan dah tak ada siapa yang akan datang untuk sajian berbuka.

Ada yang tanya, "Yan, boleh tak ambil nasi?"

Along dah jawab, tunggu nanti. InsyALLAH, ada berlebih. Semalam ramai yang ambil sampai habis, belum sempat berbuka pun. Hari ni nak kena sekat dulu.

[Yan dan Along ialah orang yang sama]

Mereka tak dengar, Along. Along pergi saja, mereka ambil nasi itu. Malah, ada yang dah ambil 2, ambil lagi satu. Bukan saja orang yang tanya tu ambil awal, malah yang di hadapan dan sebelah kiri pun sama. Jika ada yang di belakang, ambil juga agaknya. Mujur belakang kita dinding.

Saya tertanya-tanya sendiri, "Kebulur benar mereka ni? Jika pun nak ambil lebih untuk bawa pulang, ambillah satu seorang. Ini sampai berkotak-kotak. Buat jariah beri satu bilik makan agaknya."

Masalahnya, jika mereka buat begitu, ada yang turut hadir di masjid tak dapat bahagian masing-masing. Sepatutnya, dahulukan mereka. Hadiah, sebab sudi ke masjid. Yang tak datang tu agaknya dah kenyang, sedap-sedap berbuka dengan makanan berplastik-plastik yang dibeli di bazaar atau kafe mahallah.

Dahulu, waktu awal-awal Ramadhan, waktu makan roti pun kami segan-segan nak ambil lebih daripada yang sepatutnya diperuntukkan untuk setiap seorang. Jadi, makanlah kami sebuku roti dengan semangkuk sup. Tak tergerak langsung nak ambil lebih, kecuali jika dipelawa.

Pada hari pertama berbuka dengan nasi pun begitu. Alhamdulillah, dapat jamu makanan ruji. Kenyang berbuka malam ni, tanpa perlu bayar walau sesen. Jika ada nasi lebih, alhamdulillah, boleh buat sahur.

Tapi, yang dijamu waktu Maghrib ialah untuk berbuka. Sahur ada menunya sendiri. Janganlah ditamakkan dulu nasi tu!

early marriage

Semalam entah apa pangkalnya, Mdm Faizah, pensyarah EOP kami bercakap tentang kahwin awal. Dia nasihatkan kami supaya kalau boleh, elakkan dari kahwin awal.

Bila ditanya mengapa, Mdm cakap, "Our preference sometimes changes. Maybe this time you prefer this than this, next time others."

'CEO' kami, AbdulRahman bangkang juga. Dia ni dah ada dua orang anak. Jangan tanya berapa orang isteri.

"But, Madam, isn't marriage makes someone be more mature?"

"Yes, it is an advantage for married people. Because they have responsibilities they have to carry. If they are not responsible, then who will feed their children?”

"When you get married in early age, you will be satisfied with what you have. I have my wife and kids, what else should I go for? You know..?" Sambungnya.

"How old are you guys now?"

Kami sama-sama jawab, "23."

"Ah, still young. The ladies should get married at youngest of 25. And the guys… 30"

"What? OMG! 30 madam?" teriak seorang pelajar Indonesia dalam kelas tu.

"Yea. For now, just focus on what you want for your career. Get a job and a good salary. Spend it for your parents' hajj and umrah. Build your life first. Then, you can start thinking about getting married."

Apa pendapat kalian?


______________________________________________________
Ketahui teknik & strategi sebenar selamatkan cinta dalam 7 hari

pagi jumaat

Satu lagi hari Jumaat yang mengetarkan lutut. Jam 9.50 pagi, ketika bertugas di lab komputer perempuan, saya disuruh ke lab komputer lelaki untuk isi kertas dalam printer. Dah habis katanya, tak ada siapa yang bertugas.

Masa jawab panggilan telefon [saya tak cam suara technician yang mana satu], yakin saja jawab, "Baik, boleh."

Masa nak ambil kertas di rak belakang tu, hati dah teragak, betul ke ni? Betul ke ni...?

Dah berjalan keluar dari lab perempuan, "Ah, teruskan aja. Alang-alang..."

Bila nak tolak pintu masuk ke lab lelaki tu, saya baca bismillah, dan tolak dengan sepenuh kudrat. Bukanlah pintu tu berat, tapi saya yang dah tak kuat. Huhu~

Lab lelaki penuh. Dan hanya saya seorang perempuan di situ. Dah la tak ada tag ke apa ke nak tunjuk yang saya bukan salah masuk lab, dah bukan tak sengaja melangkah ke situ. Mujur juga sedang pegang satu rim kertas Double A. Ah, tebalkan aja muka.

Saya tak tengok orang. Tak tahu jika semua mata renung saya buat kerja. Dahlah printer di lab lelaki tu di bahagian depan. Semua komputer menghadap ke sana. Ya ampun...

Dari pakar merobek kulit kertas A4 tu, saya jadi orang paling tak reti nak buat macam mana. Entah berapa minit ambil masa, saya pun tak tahu. Dalam hati, "Cepatlah aku keluar dari sini, cepatlah..."

Siap. Sekarang nak melangkah keluar pula. Sekali lagi, saya tebalkan muka setebal-tebalnya. Sebab saya bertentang dengan semua orang.



Akhirnya. Dah keluar dari lab lelaki. Jalan cepat-cepat kembali ke lab perempuan. Terus masuk dalam bilik admin, duduk atas kerusi, taip benda alah ni. Tangan ringan, ketar. Laju je taipnya.

Telefon berdering lagi. Saya angkat. Ada seorang lagi technician telefon, tanya jika Amin ada di situ. Saya kata tak ada. Dia mengomel, "Mana Amin.. Lab lelaki tu dah tak ada kertas."

Saya potong cepat, "Saya dah masukkan kertas tadi."

"Awak masukkan kertas?"

"Ya?"

"Di male-lab??" Macam tak percaya. Tolonglah.

"Ya, saya dah masukkan kertas di male-lab."

"Aa..a'ah, kalau macam tu tak apalah."

Dalam hati geram juga dengan lab assistant lelaki ni. Setiap kali pun, jika mereka yang buat salah, pasti kami pun terkena tempiasnya. Padahal, kami komited di sini. Jarang tinggalkan bilik admin. Jika ya pun, sekejap. Dan pastikan printer tu diisi penuh dengan kertas.

Disebabkan mereka, 'kerjaya' ini mungkin dah tak akan ada lagi semester depan. Lab akan dijaga oleh para technician. Bukanlah saya peduli, sebab saya pun semester akhir di sini. Tapi kasihan dengan kawan-kawan lain yang inginkan pendapatan tambahan. Bukan selalu dapat peluang baik macam ni.

Lelaki, lelaki... silalah jadi lebih matang dan bertanggungjawab pada usia yang sama dengan kami. Kami nak memilih pun tak mampu [sambil geleng kepala].

[P/S: Hari ini hari lahir ke-9 Ayuni Mardhiah binti Ruzaidi. Selamat hari jadi, Inuyasha! [Fitri yang panggil, sebab buang 'sha' dan eja terbalik, jadilah 'Ayuni']

Wednesday, October 03, 2007

pilihanraya kampus

Seriously, saya tak ambil port langsung untuk pilihanraya kampus kali ini. Saya tak tahu siapa yang bertanding, tak kenal langsung. Malah, sebelum ini, hari mengundi pun saya was-was. Banner-banner yang ditampal sekeliling UIA langsung tak menunjukkan bila waktu yang paling tepat pengundian.



Malah, pagi Selasa, hari berlangsungnya pengundian, saya langsung tak bermotivasi untuk bergerak keluar dari bilik. Saya hanya keluar pada sebelah petang. Itupun untuk menghadiri kelas EOP.

Abang dah puas pujuk untuk pergi mengundi. Katanya, siapa yang tak mengundi, keputusan peperiksaannya akan ditahan. Ah, ugutan lama. Dah lali. Saya bertekak. Bukan saya tak pernah tak keluar mengundi sebelum ni. Tahun lepas pun saya kecualikan diri. Walaupun dengan sebab berada di Kuantan untuk praktikal.

Tapi, mereka bukan tahu pun walau sebarang alasan untuk tak mengundi. Keputusan peperiksaan tak ada pula yang ditahan.

Selepas ke kelas EOP, baru saya tahu yang kami, orang Melayu ICT tak perlu mengundi. Hanya untuk pelajar antarabangsa saja. Sebab, calon Melayu dah menang tanpa bertanding. [Jangan tanya saya siapa, saya tak tahu].

Tapi saya tertanya-tanya juga. Macam mana dengan kerusi 'General'? Tak perlu diundi jugakah? Atau dah 'dilantik siap-siap' lagi?

Inilah fenomena Pilihanraya Kampus UIA. Keliru. Pelajar tak dapat gambaran yang paling tepat apa yang berlaku. Dari dulu lagi. Orang ni cakap ni, orang tu cakap tu. Dah keluar nanti, tak tahu apa yang boleh diaplikasikan. Mungkin sama saja pun.

Itu yang membuatkan saya tak rajin untuk melibatkan diri dalam sebarang urusan berkaitan pengundian. Tak mahu tampal poster, promo calon atau mengundi sekalipun.

Mungkin juga seperti kata AbdulRahman, bekas exco SRC tenure Abang Zarifi dan Pakdi, merangkap 'CEO syarikat IGM' [syarikat yang ditubuhkan untuk kelas EOP] kami. Kami semua dah final semester. Jadi, undian kami tak ada kena mengena pun dengan kami. Aplikasinya bermula semester depan. Jadi, kami berilah peluang kepada pelajar yang ada kesan terus dengan pelantikan mereka itu untuk mengundi.

Kepada yang terpilih, selamat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Anda pikul beban sebagai pemimpin universiti, lebih berat daripada memimpin diri sendiri.

Sunday, September 30, 2007

sami yusuf

Saya dapat emel dari mailinglist SamiYusufOnline.com. Omar Habib menghantarkan link untuk menyaksikan klip video terbaru saudara Sami Yusuf. Saya nak kongsikan bersama semua di sini:

Sami Yusuf [Asma'u ALLAH]



[Starting dia macam lagu Shape of My Heart BSB]

Sami Yusuf pandai menghasilkan video yang menyentuh perasaan. Dengan kehadiran watak-watak dari pelbagai bangsa seluruh dunia, beliau mengingatkan kita betapa Islam itu agama universal. Agama yang indah yang menggamit rasa bahagia di hati setiap penganutnya.

Dengan rasa yang sama itu, kita jadi bersaudara. Walau tiada talian darah waima bangsa. Indahnya ajaran Muhammad. Jangan kita sia-siakan mutiara di depan mata.


Update:

Hari ini, YouTube dah tak benarkan video Sami Yusuf ini disiarkan.

This video is no longer available due to a copyright claim by Awakening Worldwide LTD

Jadi, sebagai alternatif, kalian bolehlah download terus video ini dari sini.

iftar 3

Semalam ada iftar bersama dengan rakan-rakan di maktab dulu. Selepas perhimpunan kecil terakhir di majlis perkahwinan Elissa Nadia dulu, ini yang pertama yang saya sertai. Sebelum ni dah ada yang buat di Restoran Kampung Nelayan, Titiwangsa. Tapi disebabkan kos yang agak tinggi [untuk yang masih belajar ni], saya kecualikan diri dulu.

Iftar semalam di Food Court KLSentral. Ada 16 orang semuanya yang hadir. Sebenarnya boleh jadi lebih ramai, bahkan memang lebih ramai yang sepatutnya hadir. Tapi yang dah kata "boleh" pada saya, ada 3 orang tak dapat hadir sebab tak sempat nak kejarkan waktu berbuka ke sini. Yang lain, ramai juga yang pulang ke kampung halaman sebelum raya.


Atas dari kiri: Saya, Hamim, Zul, Mardhuiyah, Kak Mon, Nana, Yaya, Intan, Husna, Faznim
Bawah dari kiri: Dahlia, Joe, Ezi, Husin, Saiful, Naza



Untuk berbuka, saya cuma berbelanja RM5. Di Food Court KLSentral. Percaya tak? :p

Nasi cuma RM2.50, sebab saya ambil lauk kegemaran saya, telur goreng, sayur kangkung dan kuah asam pedas dengan kicap. Tak lupa, wajib ada sambal belacan. Cukup lengkap ;) Paling best, di situ tak ada tax. Tak macam di food court Jaya Jusco yang saya selalu juga pergi. Sebagai alternatif makan dalam UIA.

Airlah yang mahal. Juga minuman kegemaran, milo ais. Silap. Patut beli air mineral saja. Baru RM 1. Banyak pun banyak. Hilang juga dahaga.

Tapi semalam semua dah berebut. Tak sempat nak fikir panjang. Beli saja apa ada. Lagi pula, kaunter jual air di tengah-tengah food court tu ditutup untuk kerja ubahsuai.

"Eh, awak kan dah bisnes? Takkan takleh kot nak pergi tempat mahal-mahal sikit?" Ada beberapa orang yang bertanyakan hal ni.

Bisnes baru mula, kawan. Takkan boleh terus kaya? Buat masa sekarang ni, kalau ada untung pun, selayaknya disimpan dulu. Mana ada skim cepat kaya dalam bisnes. Kan? ;)

Dapat duit sikit, jangan lupa masa tak ada duit. Kenalah sentiasa beringat macam mana kita boleh survive walaupun poket kering. Hargai pengorbanan masa tu.

Lagipun, berbaloi ke nak korbankan berpuluh-puluh ringgit yang boleh sara kita selama seminggu hanya untuk sekali berbuka puasa? Dan, jika makan dengan belanja sebanyak tu, pasti tak banyak, sikit mesti ada yang tak habis. Makanan mahal, tapi tak habis. Sayang..

Jadi, solusi berbuka di Food Court KLSentral yang tanpa tax dan beli sendiri-sendiri adalah yang terbaik boleh difikirkan. Jumpa, jumpa juga. Seronok, seronok juga. Dapat juga bergambar kenangan bersama. Dapat semuanya dengan kos yang minimum.

Saya kedekut ke? Kedekut untuk diri sendiri, rasanya tak mengapa. Asal saja tak kedekut untuk orang lain. The more you give, the more you get. Tu janji Tuhan. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang pahalanya berganda-ganda.

Apa-apapun, bertemu kembali dengan kawan-kawan lama [yang mungkin sebelum ni hanya kenal muka - well, you know me] memang selalu jadi satu kenangan yang membahagia dan menggembirakan.

Katanya, minggu depan kalian nak iftar sama lagi ya? InsyaALLAH, jika berkelapangan dan ber'wang', bolehlah tumpang jenguk. Yang paling penting, the place is reachable by public transport :p

Terima kasih semua! Jumpa lagi!

Friday, September 28, 2007

hepi 23rd besday

Wah, best! Celcom beri 7 hari SMS dan panggilan telefon percuma pada nombor-nombor 8pax saya mula hari ni! Terima kasih Celcom! ^_^

It's my birthday. Dah tua, makin tua. Tapi perangai sama. Hehe.

Yang bestnya, 7 hari tu termasuklah hari lahir dua adik perempuan saya, Aliah [2 Oktober] dan Ayuni [5 Oktober]. Jadi, bolehlah bual panjang-panjang. Tak payah tunggu balik rumah :p

Terima kasih pada semua yang ingat dan wish semalam dan pagi ni. Moga yang kenal takkan hilang dan akan tambah lagi kenalan pada masa depan.

Happy besday to me!!

Monday, September 24, 2007

fenomena nasyid

Stesen radio keberatan siarkan muzik nasyid

Zainuri Misfar


ENTAH di mana atau apa sebabnya, lagu dari kumpulan dan penyanyi nasyid seolah-olah tidak ada tempat untuk diputarkan di stesen radio, kecuali hanya untuk masa tertentu.

Beberapa anugerah yang menyediakan kategori untuk muzik nasyid diadakan sekadar melepaskan batuk di tangga kerana calon yang disenaraikan bukanlah kumpulan atau penyanyi nasyid sebenar.

Pengarah Urusan Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB), Mohd Sharudin Dawam berkata, kalau diikutkan sambutan pendengar atau peminat terhadap album nasyid sebenarnya lebih tinggi daripada penyanyi yang membawakan lagu muzik kontemporari.

"Setiap kali kita membawa album nasyid ke stesen radio, ada antaranya sudah menolak dari awal-awal lagi, iaitu tidak ada tempat untuk lagu nasyid di stesen radio mereka.

"Muzik nasyid tetap sama dengan muzik lain. Adakah kita kena menyanyi dalam irama rock barulah lagu nasyid boleh disiarkan di radio? Kebanyakan muzik nasyid sekarang lebih bagus dan moden. Hanya liriknya saja yang kita kekalkan dengan tema ketuhanan, kerana itulah perbezaan lagu nasyid.

"Tapi dari segi persembahan muzik, tidak berbeza. Kita juga menggunakan khidmat pemuzik profesional dan terkenal seperti Fauzi Marzuki, Edry Abdul Halim dan ramai lagi,"
katanya.


Kasihan nasyid kita, dianaktirikan. Sampai ramai penasyid yang periuk nasinya dalam bidang seni terpaksa [*boleh dipertikaikan] tukar haluan ke genre lain.


*Kita sebenarnya boleh maju jika kita bersatu bersama. Sebab bak kata Encik Sharudin tu, sambutan pendengar terhadap nasyid sebenarnya lebih tinggi daripada genre lain. [Harap ada statistik yang menyokong kenyataan ni]

Saya sempat dengar rakaman sesi IKIM.fm bersama artis Jumaat lepas. Kumpulan Nowseeheart juga meluahkan perkara yang sama. Setuju, memang. Tapi, isu ni tak perlulah kita besar-besarkan sampai mereka nanti akan kata "Nasyid tak dapat hidup tanpa kami! We rule the industry!"

Kita patut bersyukur dengan adanya IKIM.fm yang sentiasa menyokong nasyid dan lagu-lagu berbentuk keagamaan. Dan sebenarnya, saya sendiri jarang sangat dengar stesen radio lain selain IKIM.fm, kecuali jika tumpang kereta orang atau dalam bas yang pasang radio stesen selain IKIM.fm.

Kita juga dah ada anugerah sendiri. Terima kasih sekali lagi kepada IKIM yang sudi menganjurkan Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm [ACNI]. ACNI tahun ni saya belum dapat berita bila ia akan diadakan. Tapi ada rezeki, insyaALLAH saya akan turut serta [sebagai penonton dan peminat nasyid, bukan peserta].


*Mungkin boleh difahami jika ramai antara artis nasyid kita yang bertukar haluan ke arah genre muzik lain.

TETAPI, saya sangat-sangat nak tekankan di sini, TOLONG JAGA AKHLAK DAN ADAB SEBAGAI MEREKA YANG PERNAH MEMPERJUANGKAN NASYID!

Kadang-kadang, saya sendiri rasa sangat kecewa dengan puak-puak ni. Nak dapat periuk nasi yang lebih besar di luar sana. Ok, mereka dah janji, masih dengan konsep lagu ke arah kebaikan [dakwah?] walau bukan dalam bentuk nasyid yang sebenar. Calon-calon Anugerah ERA kita pun bukan semua dari golongan nasyid asli, tapi membawa mesej bukan lagha [kalau ada mesej ke arah keburukan tak lepas ke udara awal-awal lagi].

Tapi, akhlak dan adab tak selari dengan perjuangan amar makruf, nahi mungkar yang sebenar. Dalam landasan Islam. Buat baik satu hal, tapi pakai seluar tak sampai lutut, atau bangga bergambar bersalam dengan artis yang bukan muhrim takkan jadi hal lain?

Tak ada kebenaran dan kebaikan lain selain yang ada dalam Islam.

Seperti juga orang bukan Islam, walau banyak mana kebaikan yang mereka buat, tapi tak lafaz kalimah syahadah walau setelah diseru, takkan dapat masuk syurga juga...

WaALLAHualam..

Nasyid. Moga terus diperjuangkan. Saya [walau golongan minoriti], akan terus bantu perjuangan nasyid. InsyaALLAH.

Tonton persembahan Akbar + Mirwana + Tukang Kata pada Anugerah Era yang lepas.

Manusia Lupa.



YouTube dah tak benarkan video mereka didownload melalui sebarang cara. Tapi, dengan cadangan Sidek [tq Sidek], akhirnya, terjumpa juga satu web-based engin untuk download video dari YouTube dan dari banyak lagi platform video yang lain. Tak perlu software. Boleh cuba ;)


iftar 2

Hari ni ada berita gembira. Iftar di masjid dah kembali pada orang Melayu yang laparkan nasi. Tadi ada nasi putih lauk ayam bersambal dan sayur goreng.

Tapi kedatangan petang ni kurang memberangsangkan. Banyak nasi berlebih. Baguslah, boleh kami ambil satu bekas seorang untuk sahur pagi esok :p

Jadi, kepada semua yang dah tak mampu menghadap roti dan sup masjid, bolehlah kembali memeriahkan majlis berbuka puasa di masjid esok. Dan kalau mampu, sahur pun di masjid juga. Ada nasi goreng. Kadang-kadang mee goreng.

[Bertuahnya pelajar UIA. Nak ke masjid, jalan kaki dari mana-mana pun boleh sampai. Ambillah peluang ni. Bukan semata-mata untuk makan tau!]

who let the dogs out??!

Semalam lepas balik ke Haleemah dari iftar di masjid, saya kena kepung dengan 6 ekor anjing. Teruk kan??

Masa nak turun bukit ikut tangga yang selalu saya lalu, saya tak fikir yang bukan-bukan walaupun dah seminggu setiap malam sebelum tidur, saya dengar salakan anjing sahut-menyahut. Confident je boleh sampai bilik dengan selamat.

Masa lalu di tangga tu, ada sisters di tingkat atas blok dok buat suara anjing. Menyalak. Saya tertanya-tanya, kenapa dengan dia ni? Saya terus jalan.

Sampai je kat anak tangga yang terakhir, saya dengar salakan anjing. This is for real. Tak macam suara orang yang dibuat-buat. Dalam hati dah.. alamak..

Tiba-tiba, berduyun-duyun anjing datang berlari ke arah saya. Saya sempat tengok sekali imbas tapi terus berpaling. Tak nak tengok. Takut. Tapi kaki saya? Saya tak tahu nak buat apa. Nak lari karang dikejar. Tapi kalau duduk diam, takut dihambat je nanti. Jadi? Saya berjalan pelan ke koridor blok. Dalam hati dah berserah saja. Jika diterkam memang dah tak boleh nak buat apa...

Sisters yang di tingkat atas dah menjerit macam nak halau anjing-anjing tu. "Hoi!!" Ada yang dok mengira. "Satu, dua, empat, ENAM! Banyaknya..." Dan agaknya dalam hati masing-masing dah, "Habislah sister tu..."

Tak tahulah sergahan mereka di atas berkesan atau tidak, tapi setelah sekian lama jika dikira jarak dan kelajuan anjing-anjing itu berlari, mereka tak terkam saya. Saya toleh sikit dengan kadar yang sangat perlahan. Mereka dah berpecah..

Ya ALLAH, Alhamdulillah... Walaupun anjing-anjing tu terus menyalak...

Saya terus berjalan ke blok saya. Ketar. Takut. Cuak. Tengah bayangkan apa yang jadi jika betul saya kena serbu. Dan apa sebenarnya yang mematikan niat mereka? Atau, adakah sebenarnya mereka cuma mengagah, memang tak bertujuan nak terkam pun? Atau, mereka nak halau saya dari 'kawasan' mereka?

Kawasan mereka??

Dulu, dalam 2 tahun lepas, saya pernah juga ada pengalaman yang sama. Anak-anak anjing bersepah-sepah di Haleemah. Saya terus mesej Pakdi, dan Pakdi forwardkan pada abang Rosyied.

Esoknya, terus ada orang datang tangkap anak-anak anjing tu. Sayangnya, ibu bapa anak-anak anjing itu masih berkeliaran. Lepas tu? Saya tak ingat apa yang jadi.

Baru-baru ni [dalam awal sem ni], saya terserempak dengan 3 ekor anjing besar di Kulliyyah HS, bersebelahan sungai UIA. Bila nampak saya, ada seekor yang berwarna putih menyalak dan datang menghampiri. Saya dah cuak. Tapi ada seorang sahabat ni menyalak semula pada anjing tu. Dia lari!

Ni dah sampai 6 ekor! Agaknya, tahu 3 ekor masih dapat kami tewaskan, mereka panggil lagi geng yang lain.

Haih, sampai bila UIA nak jadi sarang anjing-anjing liar? Boleh tak sesiapa tolong selesaikan masalah ni? Ini bukan cerita 102 Dalmatians!



[Nak report dalam KOSMO!? Dah pernah dah ada orang buat. Bukan saya].

Saturday, September 22, 2007

iftar mymode

Semalam, saya dan abang ke iftar untuk ejen MyMode. Baru pertama kali ke Dataran De Palma, Ampang dengan kenderaan awam sahaja. Tak susah rupanya. Pertama kali lihat bangunan yang berlabelkan MyMode, rasa gah. Sebab selama ni tengok trademark mereka di internet saja.

Lepas ni bolehlah ke sana lagi. Untuk meeting ke.. :p

Sebenarnya, kami dan kebanyakan ejen MyMode lain jarang ke meeting. Inilah [boleh dikatakan] kelebihan MyMode berbanding MLM yang lain. Tak perlu ke meeting langsung dan boleh buat bisnes. Hanya berbekalkan MyRewards Plan yang MyMode berikan.

Disebabkan kami tak bawa kamera semalam, maka tak dapatlah nak tunjuk kemeriahan sambutan iftarnya. Nak cari di internet, tak tahu jika ada sesiapa yang ada blog :p Sambutannya memang meriah walau dengan hanya 3 kanopi yang dipasang di tempat letak kereta betul-betul di hadapan bangunan MyMode.

Yang paling best, lauk-lauknya. Kalah lauk pengantin. Sedap dan pelbagai! Lauk saja ada sambal sotong, daging masak lemak dan ayam goreng. Ada juga gereh [ikan masin dalam bahasa jawa]. Sayur, kacang panjang goreng. Juga penaik selera, sambal belacan. Dan kosnya? Percuma! Memang puas sungguh makan petang tu. Dah lama tak makan sesedap tu :)

Sempatlah kenal dengan beberapa ahli yang baru saja nak belajar tentang MyMode ni. Seronok rasanya bila dapat bertemu dengan mereka yang dalam bidang yang sama dan boleh berkongsi banyak cerita dan pengalaman.

Sebab ia cuma iftar dan tak ada plan untuk buat perjumpaan rasmi, maka pertemuan ini jadi dari selepas asar ke akhir maghrib saja. Harap boleh berhimpun lagi, kawan-kawan baru!