Thursday, February 28, 2008

arini

Saya respect pada Inneke Koesherawati yang pegang watak Arini [nama wataknya lagi mudah disebut daripada nama sebenar] dalam drama bersiri Mutiara Hati. Walau bertudung, tak ada adegan dalam siri tersebut yang dapat memaksanya membuka aurat.

Sebagai contoh, Arini banyak kali juga dimasukkan ke hospital [rumah sakit]. Malah pernah dimasukkan ke penjara pun. Walau latar tempat cerita tersebut tak mewajibkan beliau mengenakan tudung, beliau masih dengan pegangan beliau sebagai Inneke, bukan Arini.

Beliau terikat pada set penggambaran, tapi set penggambaran masih terikat pada hukum Tuhan.

Cerita yang membawa mesej ke arah kebaikan tak menghalang pelakon atau artis bertudung turut serta. Asalkan yang kita pegang ialah Tuhan, bukan pengarah.

Ada yang mempertikaikan tudung Inneke yang pendek dan tak menutup bentuk dada. Adakah ia benar-benar mengikut syariat?

Syariat bertujuan menjaga manusia. Tutup aurat menjaga kehormatan manusia. Tradisi pemakaian tudung masyarakat Indonesia diterima ramai sebegitu. Jadi, selagi tak mendatangkan fitnah dan bahaya kepada si pemakai, insyALLAH, ia dibolehkan.

Kita kena faham budaya orang lain macam mana. Yang tak pakai tudung di sana memang seksi. Tak seperti gadis Malaysia yang masih segan nak berjalan-berjalan dengan baju tanpa lengan. Yang ni diakui oleh pelancong Indonesia sendiri, bukan saya saja cakap.

Jadi, pemakaian tudung seperti Inneke atau Zaskia A. Mecca yang pegang watak Sarah dalam siri Kiamat Sudah Dekat itu sama dengan pemakaian tudung biasa masyarakat kita yang menutup dada.


Inneke....................Zaskia


Ini cuma pandangan peribadi saya, daripada menghukum mereka tak pakai tudung ikut syarat. Mungkin kalian ada pandangan lain?

Apa-apapun, kedua-dua sinetron menjadi kegemaran saya dengan jalan cerita yang santai tapi penuh dengan mesej mengajarkan yang asas tentang Islam. Patut jadi contoh kepada industri hiburan kita.

Friday, February 22, 2008

kak ani, tahniah!

Giliran Noraniza Idris pula bertudung. Alhamdulillah, perkahwinan terbaru membuka pintu hatinya menerima hidayah TUHAN. Moga fenomena ini betul-betul boleh jadi sesuatu :)

Wednesday, February 13, 2008

Wednesday, February 06, 2008

temuduga

Syukur, secara rasminya, saya bergelar PROGRAMMER ;)

Kawan-kawan yang lain semua dah dapat kerja seawal habis belajar tempoh hari. Saya antara yang terakhir sebenarnya.

Kak Tini di Comp Science Department (CSD) dah puas telefon untuk update berita saya setelah dua bulan masih belum bekerja. Dr Mohyuddin, dean Depatment yang minta. Madam Raini pun dah pernah turut sekali. Tadi, baru dapat mesej dari Br Hamwira untuk sertai ujian kelayakan Infosys.

Untuk dua bulan yang pertama, saya memang tak usaha apa-apa. Mak abah pegang saya untuk jaga adik-adik di rumah sementara mereka di Makkah.

Terima kasih, kalian memang ambil berat kebajikan bekas-bekas pelajar CS UIA. Terutamanya batch pertama pure ICT dari matrikulasi dulu. Walau rimas, itu sebenarnya yang buat saya makin tertekan untuk cari kerja. Apa-apa syarikat, walau bukan di Kuantan. [Tapi masih memilih, mau yang dekat-dekat KL saja, tak nak sampai ke Cyberjaya atau Subang sana]

Alhamdulillah, terima kasih kepada Firdaus Ariff yang mencanangkan nama saya pada pengarah syarikat Montoque Sdn Bhd. Selepas beberapa kali cabaran temuduga, saya berjaya. Walau sedikit ketinggalan berbanding rakan-rakan lain, saya puas sebab dapat berkhidmat untuk syarikat ICT Melayu Islam. Pula, berurusan dalam industri perubatan.

Tak dapat jadi doktor, bantu doktor pun dah sangat baik ;)

Kenangkan proses temuduga yang berperingkat, saya rasa ia setanding atau lebih baik daripada syarikat-syarikat gah di KL sana.



Pertama, temuduga suai kenal. Bersama puan pengurus dan System Analyst syarikat. Di sinilah semua soalan berkaitan yang dah beberapa kali saya belajar semasa di UIA diajukan. Dah bersedia dengan jawapan, maka jadi lancar saja.

Semalam pula ada lagi dua peringkat. Bersama dengan Lead Programmer dan System Engineer, saya diaju soalan-soalan teknikal berkenaan PHP dan Visual Basic. Walau tak berapa nak pandai, saya berjaya buat-buat pandai. Bukan menipu, tapi mereka cuma nak lihat kemahiran dan keyakinan.

Pasal logik, memang tak ada masalah, sebab baru usai dengan projek FYP, Boolean Algebra Toolkit yang semuanya logik saja. Juga untuk Visual Basic yang saya memang fasih, walau kurang pengalaman menggabungkannya bersama database. Pengalaman saya semuanya software semata-mata.

Juga, selain dalam Intro to Database yang seingatnya belajar di tahun satu universiti, kami tak ada subjek lain untuk mendalami ilmu database. Harapnya, selepas permintaan saya mengadakan subjek berkenaan database kepada pelajar CS selepas tamat praktikal tempoh hari, adalah perubahannya sekarang.

Programming ni suatu yang dinamik, bukan statik. Yang penting, kebolehan untuk adaptasi dengn perubahan kehendak pasaran, bukan pengetahuan tentang coding yang kita pernah belajar. Kadang-kadang, semua tu tak penting. Lain yang kita belajar, lain yang digunakan semasa kita dah habis belajar.

Dah kutip pengalaman tu melalui Kak Nurul, supervisor syarikat semasa praktikal di MPK dulu. Katanya, apa yang beliau buat sekarang semuanya dipelajari semasa bekerja. Programming language yang beliau belajar dulu tak digunakan langsung.

Asas dan konsep programming semuanya sama. Yang berbeza cuma keyword dalam bahasanya. Kita faham programming, kita boleh buat dalam semua bahasa. Rujuk sikit-sikit saja untuk tau keyword yang digunakan. Kecuali programmer yang memang dok mengadap bahasa programming yang sama saban hari, mana ada programmer yang boleh hafal semua bahasa programming? Pasti perlu google juga.

Semalam juga, sebagai peringkat akhir temuduga, bersama dengan pengarah, Dr Nik Nizan dan isteri beliau, pensyarah subjek perubatan di UIA Kuantan. Dalam hati, ini sesi makan bersama, bukan temuduga ni. Sebab saya ditemuduga sambil makan di Restoran Just Relax, bertentangan dengan pejabat. Saya dibelanja.

Proses temuduga yang pertama saya ni memang santai. Saya bertuah dapat bersama dengan doktor Melayu Islam sebagai bos yang tak perlu dipersoalkan lagi pemahaman tentang budaya Melayu Islam. Alhamdulillah, saya tak akan diuji dengan bersalaman dengan bukan muhrim atau pasal aurat.

Apa yang saya harap, saya dapat sumbangkan kemahiran untuk kepentingan dan kebaikan masyarakat, terutamanya kepada orang Melayu. Saya juga berharap untuk menjadi orang penting syarikat. Bermula dengan menjadi satu-satunya programmer perempuan di sana!

Monday, February 04, 2008

sheila rusly bertudung

Alhamdulillah, Sheila Rusly juga dah bertudung sekarang. Selepas pulang haji. Tak ada gambar sekali. Cuma tonton Apa-Apa Aje pagi tadi ;)

Update [22 Feb 2008]: